Anda di halaman 1dari 11

Proffesional Ethic

Untuk kegunaan Pelajar Etika OUM-PPW MPKB Sahaja

About Me
N AME : S A K R I ZA K A R I A
View my complete profile

T HU R S D A Y , J U NE 01, 2 006

Etika Professional
Unit 1 PENGENALAN Unit 1 mempunyai tiga bab, menekan kepada tiga bidang utama dalam etika perniagaan dan professional. Komponen pertama mengkaji konsep-konsep dan teori-teori asas moral, sejarah dan perkembangan teori etika, kajian sistematik tentang betul dan salah dan applikasi teori etika yang kritikal bagi masalah sosial semasa. Bahagian kedua mengkaji sebab-sebab bagi tanggongjawab bermoral dan applikasinya dalam pelbagai bidang sosial dan perniagaan. Termasuk dalam bahagian ini ialah etika dalam kontek organisasi, memfokus kepada tanggongjawab sosial. Bahagian akhir dalam unit ini berkait dengan persoalan mencari keseimbangan antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial organisasi apabila berdepan dengan dilema etika. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat: 1. menerangkan pelbagai isu yang sering timbul dalam amalan perniagaan dan professional; 2. menggaris dan mengambilkira isu-isu tersebut dari sudut pelbagai teori; 3. menilai sejauhmana pendekatan-pendekatan tersebut dapat menyelesaikan tanggungan moral; 4. menggunapakai pendekatan-pendekatan tanggongjawab moral dan sosial kepada kes-kes terpilih bagi menetukan pilihan untuk penyelesaian. 5. memberi gambaran skop etika yang lebih luas dalam pengurusan moden dan memahami pelbagai ciri permasalahan etika dalam pengurusan; dan 6. melihat ethik dari perspektif Islam.

BAB 1 PENGENALAN Dalam bab ini pelajar akan didedahkan kepada konsep-konsep dan teori-teori asas moral, sejarah dan perkembangan teori etika, dan kajian yang sistematik tentang pekara salah dan benar, dan kebaikan dan kejahatan. Konsep-konsep dan teori-teori ini akan di applikasikan kepada dilema-delima pengurusan masakini. OBJEKTIF-OBJEKTIF Pada akhir bab ini anda sepatutnya dapat: 1. Memahami pelbagai isu-isu etika yang ditimbilkan oleh amalan perniagaan dan profesional; 2. memahami iisu-isu tersebut dari pelbagai perpeksif teorikal; dan 3. menilai kemampanan beberapa cara penyelesaian yang dicadangkan. 1.1 ALASAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Masalah etika juga besifat menyeluruh kerana pengurus membuat keputusan dan mengambil tindakan yang memberi kesan kepada orang lain. Sekiranya ia memberikan kesan yang negatif terhadap orang lain, sekiranya keputusan tersebut menjadikan mereka kecewa atau mendapat kecederaaan yang melampaui kawalan individu, maka kita mempunyai masalah ethik yang memperlukan beberapa tahap analisa moral selain dari analisa ekonomi yang biasa. 1.1.1 Takrif Ethik

Ethik secara umumnya ditakrifkan sebagai prinsip tingkah laku individu yang boleh di terima dari segi moral atau akhlak. Kita mengistilahkan ethik sebagai kepercayaan peribadi individu tentang kelakuan betul dan salah. Walaupun

definisi mudah ini menerangkan intipati ethik, tiga implikasi memerlukan perkiraan tambahan: a. perhatikan bahawa ethik ditakrifkan secara invidu manusia mempunyai ethik, sementara organisasi tidak; b. Apa yang dimaksudkan sebagai kelkuan beretika berbeza antara sesaorang dengan yang lain; c. Ethik ialah relatif, bukannya mutlak. Ini bermaksud apa yang dianggap kelakuan beretika ialah dari sudut pandangan yang melihat, ia selalunya (secara umumnya) bertepatan dengan nilai-nilai sosial. 1.1.2 Takrif Etika Professional Etika professional membentuk nilai-nilai sekumpulan manusia yang dilatih scara bersama, di bina untuk mengawal prestasi kerja atau cara menggunakan sumber. Mereka mengadakan (dalam organisasi) peraturan dan nilai-nilai budaya professional yang sama dengan masyarakat yang mereka wakili. Kelakuan mereka, semasa membuat keputusan, akan dicerminkan melalui peraturan dan nilai yang mereka bina itu. Setengah organisasi mempunyai banyak kumpulan pekerja professional Jururawat, peguam, penyelidik, doctor dan akauntan- dimana kelakuan mereka ditadbir oleh etik-etik professional. Etika professional membantu membentuk budaya organisasi dan menetukan nilai yang digunakan oleh ahliahlinya dalam urusan mereka dengan kumpulan lain yang mempunyai kepentingan yang sama. Kebanyakan kumpulan profesional dibenarkan untuk menguatkuasa piawai (standard) etika bagi profession mereka. Doktor dan Peguam, misalnya, boleh di tahan dari menjadi pengamal sekiranya mereka melanggar peraturan professional mereka. 1.1.3 Pembentukkan etika individu Beberapa faktor penting dalam pembentukan etika individu, (sebagaimana ditunjukkan dalam gambarajah 1.1 di bawah): Faktor-faktor yang membentuk Etika Individu Pengaruh Pengaruh Pengalaman Nilai-nilai Faktor Keluarga Rakan-Rakan Hidup Dan Moral Peribadi Situational Gambarah 1.1: Beberapa faktor yang penting dalam pembentukan etika individu (a) Pengaruh Keluarga

Individu mula membentuk standard etika semasa kanak-kanak sebagai tindakbalas kepada tanggapan terhadap tingkahlaku ibubapa mereka. Kanakkanak dari keluarga yang mengamalkan standard etika yang tinggi (contohnya bersifat benar) akan mengamalkan etika yang tinggi, tambahan pula apabila mereka mendapat ganjaran kerana kepatuhan dan hukuman jika mengingkarinya. Sekiranya ahli keluarga terlibat dalam kelakuan tidak beretika (seperti berbohong) dan membenarkan anak-anak mereka melakukan pekara yang sama, maka besar kemungkinan anak-anak tadi akan membentuk standard etika yang rendah. (b) Pengaruh Rakan-Rakan Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan di pengaruhi oleh rakan-rakan pergaulan seharian mereka. Contohnya, sekiranya rakan kanak-kanak itu terlibat dalam perbuatan mencuri, vandalism atau penyalahangunaan dadah, kanak-kanak tersebut mungkin akan turut melakukan pekara yang sama. Sebaliknya, Sekiranya rakan mereka mempunyai standard etika yang tinggi dan menolak perbuatan tersebut, besar kemungkinan mereka juga akan menerima standard tersebut. (c) Pengalaman Hidup Banyak peristiwa penting, positif dan negatif, membentuk kehidupan sesaorang dan mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika mereka. Peristiwa ini merupakan sebahagian dari proses pembesaran dan kematangan. Contohnya sesaorang yang mencuri dan terlepas dari hukuman tidak akan merasa menyesal dan akan terus dengan perbuatan tersebut. (d) Nilai dan moral Peribadi Nilai dan moral juga mempengaruhi standard etika sesaorang. Sebagai contoh, sesaorang yang meletakkan kepentingan kewangan dan kemajuan peribadi paling utama dalam kehidupan akan mengambil kod etika yang mengejar kepada kemewahan. Oleh itu ia mungkin akan menjadi rakus dalam mengejar kemewahan tanpa mengambil kira akibat pebuatan terhadap orang lain. Sesaorang yang mementingkan kekeluargaan akan mengambil kod etika yang berbeza. (e) Faktor Situasi Faktor akhir menentukan etikal individu ialah faktor situasi. Kadangkala sesaorang secara tidak sengaja berada dalam situasi yang memerlukan mereka bertindak bertentangan dengan pertimbangan yang baik. Sebagai contoh, sesaorang yang mempunyai masaalah kewangan perlu menipu dalam akaun tuntutan mereka. Walaupun keadaan ini tidak memberi justifikasi kepada

ketidakjujuran mereka, namun ianya perlu dalam kontek memberi kefahaman mengapa sesaorang akan bertindak secara tidak beretika sekiranya mereka tidak mempunyai pilihan.

1.1.4 Pandangan-Pandangan Tentang Etika Apabila sesaorang individu berdepan dengan masalah etika, mereka selalunya memerlukan panduan untuk memilih tindakkan yang betul. Keputusan akhir, walaubagaimanapun, bergantung kepada pandangan sesaorang tentang etika. Pandangan-pandangan yang biasa dirumuskan seperti berikut:

Gambarajah 1.2: Pendapat Tentang Etika

(a) Utilitarian Mengikut pandangan Utilitarian tentang etika, sesaorang harus menilai dilema etika dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal timbul dari tindakannya. Sesuatu tindakan yang baik dari segi moral ialah tindakan yang menghasilkan natijah yang paling baik bagi orang yang paling ramai. Greatest Good merujuk kepada tahap kenikmatan atau kesakitan yang terhasil dari sesuatu tindakan, tahap dimana khendak sesaorang dapat dipenuhi, atau dipanggil kebaikan ekonomi (Economic Benefits). Untuk mengunapakai pandangan ini, kita perlu menentukan: Siapa yang mendapat kesan secara langsung atau tak langsung; Apa kebaikan dan kerosakan yang akan mereka perolehi; dan Berapa lama kesan tersebut akan berakhir. Satu contoh yang baik dalam hal ini ialah dalam membuat keputusan tentang alam sekitar. Keputusan untuk mengekal atau menghapuskan alam sekitar akan memberikan kesan yang meluas. (b) Golden Rule Golden rule ialah istilah yang digunakan oleh agama kristian kepada ajaran Christ, lakukan ke atas orang lain sebagaimana kamu ingin mereka lakukan ke atas kamu. Prinsip yang sama juga boleh didapati dalam kebanyakkan agama lain (walaupun tidak semua). Ia memerlukan penentuan beberapa cara

tindakan dan memilih cara yangmana kita inginkan orang lain bertindak terhadap kita. Orang lain dalam yang perlu diambil kira dalam peraturan ini ialah oarng-orang yang berkepentingan (stkeholders) dalm organisasi. Orangorng yang berkepentingan dalam organisasi ialah para pelabur, rakan kongsi, kakitangan, kesatuan pekerja, pelanggan, pembekal dan kerajaan. (c) Kantian/Rights (hak) Diutarakan oleh ahli falsafah Immanuel Kant, Pandangan Kantian/Rights mengandaikan bahawa alam moral (Moral Universe), setiap orang mempunyai beberapa hak yang asas, sebagaimana ditunjukkan dalam jadual 1.1:

Hak (Rights) Keterangan Hak untuk memberi kebenaran Setiap orang mempunyai hak mendapat layanan selagi mereka secara sedar dan memberi kebenaran untuk di layan. Hak persendirian (privacy) Setiap orang mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja dalam waktu rahasia mereka, dan mereka berhak untuk mengawal apa yang hendak mereka ceritakan tentang aktiviti persendirian mereka. The right of freedom conscience Setipa orang mempunyai hak untuk menolak dari nelakukan sesuatu yang bertentang dengan kepercayaan moral mereka kerana kepercayaan ini selalunya melambangkan norma-norma yang boleh diterima. The right of due process. Sekirannya ssaorang merasakan hak-hk mereka telah di cabuli, merka mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan yang adil. Mengikut pandangan-pandangan tentang etika Kantian/rights, tindakan yang benar dari segi moral ialah yang tindakan yang mempunyai unsur pecabulan yang paling minima keats hak di atas. Untuk menyelesai dilema etika, mengikut pandangan golongan ini ialah sesaorang hendaklah mengambil kira golongan stakeholder yang mana yang mendapat kesan dari tindakan mereka dan sejauhmana hak-hak mereka telah dicabuli.

(d) Enlighten Self Interest Satu lagi pandangan tentng etika ialah kepentingan diri (self interest) boleh menjadi satu kekuatan yang positif. Oleh kerana individu berusaha kearah kepentingan diri, mereka akhirnya meningkatkan kebajikan semua ahli organisasi. Oleh itu, jurutera yang mencipta pattentable process, pemasar yang mendidik pembeli tentang perkhidmatan baru, dan pengguna yang membeli almari baru semuanya menyumbang kepada taraf hidup orang lain. Untuk meningkatkan kefahaman anda, cuba latihan berikut.

1.2 FALSAFAH NORMATIVE DAN RELATIVISMA ETIKA

Falsafah normatif telah melihat kepada isu ini sejak 2400 tahun yang lalusejak zaman Plato (hidup antara 427 347 BC). Mereka telah cuba untuk mengadakan satu proses pemikiran yang logik berdasarkan incontrovertible first principle yang akan menentukan samada sesuatu tindakan itu benar atau salah, baik atau jahat, adil atau tidak adil. Isu berikut yang perlu di atasi dalam kenyataan teknik moral reasoning berkait dengan relativisma etika. Soalan di sini sangat mudah. Wujudkah prinsip-prinsip universal yang objektif di mana sesaorang dapat membina satu sistem etika yang dapat dipakai bagi semua kumpulan dalam semua budaya pada setiap masa? Standard moral bagi kelakuan berbeza diantara kumpulan dalam satu budaya, antara budaya dan antara masa yang berbeza. Ini jelas, sebagai contoh, di Malaysia, dimana standard moral bagi keputusan tentang keselamatan barangan berbeza antara pemimpin kumpulan yang menjaga kepentingan pengguna dan ekesutif syarikat-syarikat besar. Besar kemungkinan perbezaan dari segi standard keselamatan barangan ini mempunyai perbezaan yang lebih besar dibanding antara Malaysia dan Timur Tengah, atau antara masa kini dengan lewat abad ke 19.

1.3 TEORI ETIKA Telah diterima secara universal bahawa kita terhutang sesuatu kepada orang lain dalam masyarakat, dan kita terikat dengan konsep betul dan salah dalam tingkahlaku kita kepada orang-orang ini, harus dijadikan kenyataan. Iaitu, kita perlu mengadakan berapa cara analisa yang konsisten dalam mengkelaskan tindakan kita sebagai salah atau betul. Sekiranya kita tidak mampu ianya bukanlah kerana kita tidak mencuba. Sebagaimana yang ditengkan sebelum ini, sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu penuh dengan percubaan untuk menjustifikasikan standard moral dan untuk mengadakan sistm moral. Tidak ada yang berjaya secara sempurna namun sekurang-kurangnya terdapat lima sistem utama yang mempunyai kaitan langsung dengan keputusan pengurusan. Ianya ialah: Eternal law (Thomistic Natural Law) Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism Classical Deontological Ethical Theory: Universalism Distributive Justice Theory Personal Liberty Theory 1.3.1 Eternal Law (Hukum Abadi) Ramai pemimpin Agama dan beberapa ahli Falsafah (Thomas Aquinas & Thomas Jefferson, diantaranya) percaya bahawa terdapat hukum-hukum yang abadi dalam pemikiran tuhan, ditonjolkan dalam bentuk keadaan Semulajadi (nature), diwahyukan dalam kitab-kitab suci yang selalunya nyata kepada sesiapa yang mengkaji alam semulajadi atau kitab-kitab tersebut. Thomas jefferson, merupakan ahli kemanusiaan sekular yang pertama percaya bahawa kebenaran hukum adalah self-evident. Dalam prasanya yang masyhur, hak-hak tidak dapat dipisahkan (inalienable) dan tanggongjawab terbit dari hak tersebut.

Apa yang silap dengan hukum abadi atau hukum semulajadi (ditafsirkan oleh pemimpin agama atau ahli falsafah normatif) sebagai asas kepada sistem etika

dalam pengurusan? Tiada. Kecuali kepada beberapa tafsiran. Kedua-dua ahli agama mahupun ahli teori hukum semulajadi ini dapat bersetuju secra tepat tentang peruntukan dalam kebenaran yang di turunkan (wahyu) atau kebenaran berdasarkan alasan. Setiap agama memperuntukkan standard moral bagi ahli-ahli mereka dan banyak diantara hli-ahli mereka menerimapakai serta menggunakan standard ini dalam kehidupan mereka. Walaubagaimanapun, stndard ini berbeza antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain, dan tidak terdapat satu cara yang tepat untuk mengetahui mana satu yang betul, terbaik atau sesuai untuk masyarakat. Golden rule pun, yang betul mudah, elegant, pnduan yang sesuai untuk kehidupan, tidak dapat di applikasikan secara universal pada setiap masa. 1.3.2 Classical Teleological Ethical theory: Utilitarianism

Beberapa ahli falsafah barat seperti Jeremy Bentham dan J.S. Mill , berpendapt bahawa nilai moral bagi kelakuan peribadi boleh ditentukan semata-mata kepada kesan atau natijah daripada kelakuan tersebut. Yaitu, sesuatu tindakan adalah betul sekiranya ia memberi kesan baik kepada manusia. Sebaliknya ianya salah jika ia menyebabkan kecederaan atau kerosakkan. Objektifnya ialah untuk mengadakan tahap faedah yang tinggi kepada jumlah manusia yang paling banyak dn mengurangkan kerosakan kepada tahap yang paling sedikit. Faedah-faedah ini bukan setakat faedah material semata-mata persahabatan, pengentahuan, kesihatan dan lain-lain kepuasan dalam hidup juga perlu diambil kira. Jumlah kepuasan atau faedah untuk masyarakat juga perlu diambil kira. Faedah-faedah ini tidak semuanya positif. Terdapat juga kos negatif dan kesan buruk yang timbul dari tindakan perlu juga diambil kira untuk mengujudkan keseimbangan. Kos negative atau kesan buruk termasuklah kesakitan, penyakit, kematian, kejahilan, pemulauan dan kemurungan. Jumlah kerosakan atau kecederaan perlu diambil kira dan diimbangi dengan kesan bersih dapat di kira. Sistem etika teleological, yang menfokus kepada kesan terhapad individu, bukannya niat sesuatu tindakan ini disebut sebagai Utilitarianisma. Ia biasanya di kaitkan dengan Jeremy Betham (1748-1832), seorang ahli fikir British. Perkataan ini diambil dari perkataan utility , yang, pada abad ke 18,

merujuk kepada kegunaan barangan rumah atau binatang peliharaan. Dalam teori ekonomi mikro, ia mengukur tahap kepuasan atau kecenderungan kita kepada sesuatu barangan atau perkhidmatan berbanding dengan harga. Dalam teori utilitarian, istilah ini merujuk kepada persepsi kita terhadap faedah bersih dan kos yang berkait dengan satu-satu tindakan. Utiulitarianisma berbeza dari konsep analisa kos/faedah bidang ekonomi dimana agihan kos dan faedah perlu dimasukkan bersama-sama, iaitu setiap individu dalam masyarakat perlu diambil kira. Dalam teori utilitarian, Kebaikan yang paling besar kepada jumlah manusia yang paling bank mendahului Kebaikan yang paling besar kepada golongan sedikit, lebih elite dari segi jumlah. Apa yang silap tentang Utilitarian? Tidak banyak, kecuali ia mungkin di salahgunakan. Dalam keadaan mudah dimana (dalam kes majoriti) tidak ada siapa yang akan mendapat kerosakan, dan dalam keadaan dimana faedah dan kos dapat dikira melalui pengiraan kewangan, analaisa sebegini amat berguma sekali. Tetapi terdapat juga keadaan dimana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan cuba memberi justifikasi faedah kepada golongan majoriti masyarakat dengan mengenakan penalti atau mengorbankan kepentingan minoriti. Utilitarian gagal kerana: (a) Dalam keadaan sebenar terdapat 2 prinsip: Kebaikan yang paling besar dan jumlah yang paling besar. Dalam proses perbincangan kita, 2 prinsip ini berkonflik, dan kemudian kita tidak mempunyai satu cara untuk menentukan yangmana tindakan yang benar atau terbaik atau sesuai. (b) Utilitarian juga gagal kerana kita mungkin akan dapat bersetuju bahawa terdapatnya tindakan-tindak yang salah walaupun ia memberikan kebaikan kepada jumlah masyarakat yang ramai. Misalnya pembunuhan keatas seorang kanak-kanak yang tidak bersalah tetapi memberi kebahagian kepada orang ramai. Tindakan sebegini tidak dapat diterima. (c) Teori teleological juga gagal untuk menjadi penentu tindakan moral kerana adalah mustahil untuk memngimbangi faedah bagi majoriti dan pengorbanan golongan minoriti. 1.3.3 Classical Teleological Ethical Theory: Universalism

Dari segi intipati prinsip ini berlawanan dengan prinsip teori teleological.

Sekiranya anda mempunyai hasrat yang mulia untuk orang lain maka hasrat anda itu perlu dipuji, walaupun perbuatan anda mungkin akan menyusahkan orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai