Anda di halaman 1dari 4

BANJIR

PENDAHULUAN Banjir adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita yang berpunca daripada pelbagai sebab dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. ISI 1. hujan yang berterusan. HURAIAN Hujan yang berterusan tanpa berhentihenti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai tersebut tidak dapat megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku. Parit yang dibina terlalu kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak, maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir kilat kerana apabila hujan turun, air akan

2. Hakisan sungai yang kerap berlaku juga boleh mendatangkan banjir kilat.

3. Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang sempurna

4. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermoden.

mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung, maka lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISI 1. Sistem peparitan yang cekap dan sistematik. HURAIAN Kerajaan tempatan perlu mengadakan satu pelan induk sistem saliran di dalam bandar bagi tujuan pembangunan. Setiap pembangunan baru perlu dikaji dengan teliti, peparitan perlu dirancangkan supaya air yang bertambah dapat disalur keluar tanpa mempengaruhi kawasan sekeliling. Ini perlu dijalankan supaya pembangunan diimbangkan dengan menanam tumbuhan di kawasan sekeliling. Pembangunan perlu diimbangkan dengan mengadakan kawasan hijau kerana ia bukan sahaja dapat menyederhanakan suhu tetapi juga dapat mengurangkan air larian permukaan bumi dan mengawal banjir. Kawasan yang rendah mudah banjir, jika pembangunan yang pesat dijalankan di sini. Ini akan menambahkan luas permukaan berturap dan bersimen seterusnya akan menambahkan isi padu air sungai. Maka, situasi ini menambahkan kekerapan dan kepesatan kejadian banjir. Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air

2. Pengawalan pembangunan guna tanah di bandar.

3. Mengurangkan pembangunan di kawasan rendah.

4. Memelihara Hutan

hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%.

Kesan-kesan Isi 1. kehilangan nyawa Huraian Sama ada kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan keterdesakan mangsamangsa banjir. memerlukan belanja dalam jumlah yang sama untuk mengembalikan keadaan kepada sediakala. Bank, premis perniagaan, semuanya mengalami kerugian teruk bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana aktiviti perniagaan yang terhenti. Syarikat yang menyertai bursa saham akan terjejas dan menyebabkan pelabur merasa tidak selamat dan mula mengalihkan modal kepada negaranegara lain sebagai alternatif. Bermula dari kegagalan fungsi hospital dan farmasi, berlanjutan kepada penularan penyakit-penyakit berjangkit. Penyakit seperti cirit-birit, taun, demam kepialu, denggi, hepatitis A dan kudis buta menjadi ancaman akibat daripada bahana banjir yang menjejaskan kebersihan makanan, minuman, persekitaran kesesakan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir turut memudahkan penularan sebarang penyakit berjangkit. Sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir turut terpaksa ditutup Murid-murid dan pelajar tidak dapat ke sekolah dan proses mengajar terbantut

2. Kerosakan harta benda

3. mengancam kesihatan

4. proses pendidikan terganggu dan menghadapi masalah

di tengah-tengah. Keadaan boleh menjadi lebih buruk yang membabitkan masa depan generasi kecil kita.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa seperti aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.

Anda mungkin juga menyukai