Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN JPP IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR.

1.0

PENGENALAN Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan

melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan adalah asas kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang. Di Malaysia terdapat 2 jenis kursus perkahwinan diperkenalkan kepada semua warganegara. Bagi masyarakat Islam Kursus Pra Perkahwinan adalah diwajibkan bagi pasangan ya g ingin berumah tangga. Manakala bagi masyarakat bukan Islam, ianya boleh dibuat pilihan sama ada menghadiri Kursus Pasca Perkahwinan atau tidak perlu. Bagi masyarakat Islam, Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri sebelum mendirikan rumahtangga biasanya dilaksanakan oleh Jabatan Agama tempat masingmasing atau dilaksanakan oleh badan-badan swasta yang telah diberi tauliah oleh Jabatan Agama. Pengisian bagi kursus ini telah ditentukan oleh Jabatan Agama dan para peserta akan dibekalkan dengan modul Kursus Pra Perkahwinan Islam dari Jabatan Agama. Bayaran akan dikenakan kepada peserta kursus bagi proses penyediaan buku modul, sijil dan lain-lain.

2.0

NAMA PROGRAM

Program ini dinamakan sebagai Kursus Pra Perkahwinan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Kursus ini ditawarkan kepada semua guru pelatih di dalam institut ini.
[1]

3.0

MATLAMAT KURSUS 3.1 Membantu pelajar mendapatkan sijil pra perkahwinan yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam. 3.2 Mengeratkan hubungan sillaturahim antara guru pelatih dengan jawatankuasa perwakilan pelajar selaku pengelola program. 3.3 Dapat meningkatkan kerjasama dalam kalangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) dengan guru pelatih. 3.4 Dapat menunjukkan komitmen Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sebagai wakil pelajar. 3.5 Program ini akan menjadi titik tolak kepada program yang akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.

4.0

OBJEKTIF KURSUS
4.1

Kursus ini dapat memberi pendedahan awal alam perkahwinan kepada peserta yang ingin berumahtagga.

4.2

Kursus ini juga dapat memberi panduan kepada peserta tentang cara menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan hingga ke hari pernikahan.

4.3

Para peserta juga akan diberi panduan bagi mempersediakan diri untuk menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah keluarga serta menguruskannya.

4.4

Kursus ini juga memberi panduan bagi menghadapi konflik dalam rumahtangga dan cara mengatasinya dengan berkesan.

[2]

5.0

RASIONAL 5.1 Kursus ini adalah untuk menjayakan salah satu program tahunan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) di IPG KIK. 5.2 Dapat membantu guru pelatih mendapatkan sijil dalam kursus pra perkahwinan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. 5.3 Dapat meringankan beban guru pelatih mendapatkan sijil pra perkahwinan dengan pembayaran yuran yang berpatutan. 5.4 Dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru pelatih di IPG Kampus Ilmu Khas mengenai kepentingan mengikuti kursus pra perkahwinan. 5.5 Menggalakkan guru pelatih untuk melibatkan dengan aktiviti yang dilaksanakan.

6.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk kursus pra perkahwinan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ini ialah seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas yang terdiri daripada : i. ii. iii. Semua guru pelatih daripada kumpulan PRA PISMP,PISMP,TESL, dan KPLI Semua staf yang bekerja di IPG Kampus Ilmu Khas. Semua staf sokongan yang berkerja di IPG Kampus Ilmu Khas.

7.0

TARIKH DAN MASA : 17 & 18 HB SEPTEMBER 2011 : 8.00 pagi 6.00 petang : AUDITORIUM BLOK TESL, IPG KAMPUS ILMU KHAS : JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR(JPP) (BIRO PENGURUSAN DAN PERHUBUNGAN LUAR)

TARIKH MASA TEMPAT ANJURAN

[3]

8.0

JAWATANKUASA PENGELOLA 8.1 JAWATANKUASA INDUK PENAUNG ENCIK SHAARI B. OSMAN Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas PENASIHAT TN. HJ. SAHARUDDIN B. SUHADI Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ilmu khas

8.2

JAWATANKUASA PENGELOLA
PENGERUSI PROGRAM MUHAMAD B. IBRAHIM Pengerusi Biro Kerohanian JPP IPG Kampus Ilmu Khas

SETIAUSAHA MOHAMAD FAHRUDDIN B. MOHD FAZAIN Pengerusi Biro Pengurusan dan Perhubungan Luar JPP IPG Kampus Ilmu Khas

BENDAHARI NURLIYANA IZZATI BT. AB RAHIM Bendahari kehormat JPP IPG Kampus Ilmu Khas [4]

8.3

AHLI JAWATANKUASA KECIL


AJK PENERBITAN HASRUL SAMAD Pengerusi biro penerbitan

AJK MULTIMEDIA & SIARAYA ANIS NURSHAFIRA BT. JAMLUDDIN Pengerusi Biro Multimedia & siaraya

AJK MAKANAN ZUE BT. DAHMAN Pengerusi Biro Makanan

AJK TEKNIKAL DHAVASINI A/P ARUMUGHAM Naib pengerusi Biro Pengurusan & perhubungan Luar

AJK PERASMIAN SITI KHALILAH BT. ABDUL RAHMAN Naib Setiausaha

AJK HADIAH / CENDERAHATI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

[5]

9.0 BIL. 1.

BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AJK PENERBITAN BIDANG TUGAS 1. Menyediakan poster sebagai langkah untuk menghebahkan program ini. 2. Menempah banner sebagai iklan bagi kursus pra perkahwinan ini. 3. Mengedarkan buletin sepanjang kursus diadakan. 1. Memastikan semua alatan yang digunakan di dalam audi terutamanya mikrofon dalam keadaan baik. 2. Menyediakan LCD Projector untuk digunakan oleh penceramah. 3. Mengambil gambar sepanjang kursus dijalankan. 4. Menyediakan dokumentasi keseluruhan aktiviti dalam kursus yang dijalankan. 1. Menyediakan makanan kepada para peserta kursus. 2. Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu yang telah ditetapkan. 3. Menyediakan plastik untuk membuang sampah bagi makanan yang dibungkus. 1. Menyediakan jadual bertugas menjaga kawasan dalam auditorium. 2. Menyediakan borang kehadiran kepada semua peserta kursus. 3. Melantik ajk yang akan menyelia pendaftaran peserta kursus. 4. Menyediakan borang-borang ataupun laporan yang berkenaan. 1. Menyediakan tempat perasmian penutupan. 2. Menghantar surat jemputan kepada VIP yang dijemput. 3. Melantik jawatankuasa yang akan terlibat dengan majlis penutupan. 1. Menyediakan hadiah untuk jemputan pada majlis penutupan. 2. Menyediakan cenderahati kepada setiap penceramah.

2.

AJK MULTIMEDIA & SIARAYA

3.

AJK MAKANAN

4.

AJK TEKNIKAL

5.

AJK PERASMIAN

6.

AJK HADIAH / CENDERAHATI

[6]

10.0

TENTATIF PROGRAM

HARI : SABTU ( 17 HB SEPTEMBER 2011 )

MASA 8.00 9.00 PAGI

PERKARA / AKTIVITI Pendaftaran peserta kursus - bayaran duit yuran. - pemberian buku program dan buku perkahwinan. - pemeriksaan nama peserta program. - taklimat kursus. REHAT / MINUM PAGI

9.00 9.30 PAGI 9.30 11.30 PAGI

MODUL 1 ( AKIDAH )

11.30 1.30 TGH HARI 1.30 2.30 PETANG

MODUL 2 ( IBADAT )

MAKAN TENGAH HARI / REHAT / SOLAT ZOHOR

2.30 3.30 PETANG 3.30 4.30 PETANG

MODUL 3 ( AKHLAK ISLAMIAH )

MODUL 4 ( PERKAHWINAN DAN PROSEDUR )

4.30 PETANG

MINUM PETANG / BERSURAI

[7]

HARI : AHAD ( 18 HB SEPTEMBER 2011 ) MASA 8.00 9.00 PAGI PERKARA / AKTIVITI MODUL 5 ( HUBUNGAN DALAM KELUARGA )

9.00 10.00 PAGI

MODUL 6 ( PENGURUSAN SUMBER KELUARGA )

10.00 10.30 PAGI

REHAT / MINUM PAGI

10.30 11.30 PAGI

MODUL 7 ( PENGURUSAN KESIHATAN )

11.30 12.30 TGH HARI

MODUL 8 ( KOMUNIKASI SUAMI ISTERI )

12.30 2.00 PETANG

MAKAN TENGAH HARI / REHAT / SOLAT ZOHOR

2.00 4.00 PETANG

MODUL 9 ( PENGURUSAN TEKANAN / STRESS ) MODUL 10 ( PENGURUSAN KONFLIK )

4.00 4.15 PETANG

REHAT / MINUM PETANG

4.15 5.30 PETANG

MODUL 11 ( PERKHIDMATAN KAUNSELING ) MODUL 12 (Pengurusan talak/fasakh & Prosedur

Penceraian )
5.30 6.00 PETANG MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA JEMPUTAN DAN PENCERAMAH.

[8]

11.0

IMPLIKASI KEWANGAN 11.1 ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA MAKANAN PESERTA ( seperti di lampiran 1 ) RM 3476.00 RM 10.00 X 180 peserta ( sehari ) FAIL PESERTA / BAHAN RUJUKAN JUMLAH (RM)

BIL. 1.

2.

RM 4.00 X 180 = RM 720.00

3. 3.

SIJIL PESERTA BAYARAN PENCERAMAH RM 400 X 6 = RM 2400

4. 5.

BANNER KURSUS PRA PERKAHWINAN RM 100 HADIAH DAN CENDERAHATI 1 ) penceramah = 6 x RM 10.00 2) jemputan = RM 20.00 WANG KECEMASAN RM 80.00

6.

RM 100 RM 6866.00

JUMLAH

11.2 BIL. 1.

SUMBER PENDAPATAN PERKARA JUMLAH (RM) RM 10800.00

YURAN PESERTA RM 60 X 180 PESERTA

2.

KUTIPAN DARIPADA PENSYARAH

JUMLAH

RM 10800.00

[9]

12.0

PENUTUP Akhir sekali, saya selaku setiausaha program yang bertanggungjawab untuk

merancang perjalanan Kursus Pra Perkahwinan ini berharap agar kertas kerja ini diterima oleh pihak tuan dan seterusnya pihak saya akan dapat meneruskan perjalanan program ini dan memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Semoga dengan penyediaan kertas kerja ini akan memudahkan lagi pihak tuan untuk memberi kelulusan kepada program ini. Harapan saya ialah semoga kursus ini dapat dilaksnakan dan program ini dapat dijayakan.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

..

( MOHAMAD FAHRUDDIN B. MOHD FAZAIN) ( TN HJ. SAHARUDDIN B. SUHADI ) Pengerusi, Biro Pengurusan& Perhubungan Luar. Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal pelajar, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Diluluskan oleh : . ( ENCIK SHAARI B. OSMAN ) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

[10]