Anda di halaman 1dari 8

FITRAH KEJADIAN MANUSIA 1.

0 Pengertian Fitrah Manusia Perkataan fitrah adalah berasal daripada Bahasa Arab yang bererti sifat, asal, kejadian, kesucian, bakat atau tabiat. Menurut Aa Gym (2005), beliau mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah. Oleh itu, ini bererti fitrah merupakan suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental ataupun suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan, yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal. Sehubungan itu, setiap makhluk di muka bumi ini mempunyai bakat atau sifat semula jadi, yang disifatkan sebagai anugerah, yang perlu disalurkan sepenuhnya kea rah kesejahteraan kehidupan di dunia dan akhirat. Manusia dilahirkan di muka bumi ini cenderung ke arah kebaikan. Menurut Rogers (1951), manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik. Oleh itu, manusia sentiasa berusaha kepada penyempurnaan diri. Sifat semula jadi manusia seperti ingin tahu, suka menolong, mendorong manusia untuk meneroka

persekitarannya dan ini membantu manusia untuk mencapai kemajuan sejajar dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya.

1.1Fitrah Kejadian Manusia Mengikut Perspektif Agama Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini. Semua agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan ke dunia dengan sifat-sifat yang baik. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan, membezakan kejadian manusia dengan makhluk-makhluk lain yang ada di muka bumi ini. Menurut Ragib Al Isfahami (dalam Pikiran Rakyat, 2005), fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya. Hal ini juga disokong oleh Al-Ghazali (1971) yang mengatakan setiap insan wajib mengenal Allah s.w.t yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi

insan yang bertakwa.

Beliau juga turut menyatakan tentang dua unsur berkaitan

dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad. Sehubungan itu, ini bererti agama Islam percaya manusia yang dijadikan di dunia ini mempunyai keperluan-keperluan tertentu mengikut fitrah kejadiannya iaitu:

a) Kehidupan Beragama Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia dalam diri setiap manusia di muka bumi ini. Ini ditegaskan Allah s.w.t dalam Al Quran ,(Surah Al Imran : 19) Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah s.w.t hanyalah Islam

Dengan mengenali PenciptaNya, manusia akan mensyukuri akan keunikkan kejadian manusia, dan ini akan menyebabkan manusia menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada setiap hambanya. Ini bermakna kehidupan beragama, merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Zariyat (51:56) yang bermaksud, Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhamba diri kepada-Ku

Selain itu, manusia diciptakan Allah s.w.t agar ia beribadat kepada-Nya dan melakukan perbuatan yangs sesuai dengan suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Hal ini kerana kehidupan beragama dapat membantu manusia mengawal emosi dan dapat menguasai diri sejajar dengan tuntutan arus kemodenan untuk kemajuan masyarakat dan negara (Hassan Langgung, 2005). Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Zariyat (51:56) yang bermaksud,

Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhamba diri kepada-Ku

Ini juga bererti manusia diciptakan Allah s.w.t agar ia beribadat kepada-Nya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi laranganNya. Oleh itu, kehidupan beragama adalah merupakan suatu yang penting dalam kehidupan manusia sekiranya mereka ingin mencapai kemajuan yang menyeluruh dari segi segi kerohanian dan kebendaan di samping merupakan naluri kepercayaan kepada agama, seterusnya menegaskan kewujudan Allah s.w.t dalam keseluruhan kehidupannya.

b) Manusia Sebagai Khalifah Allah Status khalifah di muka bumi ini mendorong manusia menyedari bahawa terdapat banyak pilihan dalam kehidupan ini, tetapi manusia mestilah bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan. Ini kerana di akhirat kelak, kita semua akan dihidupkan semula dan akan bertanggungjawab terhadap pilihanpilihan yang kita lakukan ketika hidup di dunia dahulu. Pemberian akal kepada manusia, menjadikan darjat manusia lebih tinggi berbanding dengan makhluk yang diciptakan Allah s.w.t di muka bumi ini. Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (dalam Manusia Dua Islam, 1990): Telah bersabda Rasullulah s.a.w Dan alat bagi mukmin ialah akal Dan tiang agama ialah akal. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan yang menyerukan orang-orang beribadat ialah akal.

Hadis ini menunjukkan akal sangat penting kepada manusia, dengan sendirinya ia juga penting kepada agama. Justeru itu, Islam diturunkan untuk membimbing dan menunjuk ajar manusia ke arah kesempurnaan. Kesempurnaan kehidupan di dunia akan menyumbang kepada kesejahteraan hidup di akhirat. Sumber bersifat maknawi, iaitu hati, akal, emosi dan nafsu juga bersifat lahiriah seperti pancaindera, kebijaksanaan, hasil bumi dan sebagainya, mendorong manusia mengembangkan potensi ke tahap yang maksimum.

Kesimpulannya, asas-asas ajaran yang wajib diamalkan oleh manusia menurut Islam ialah: i. ii. iii. iv. Manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan Allah s.w.t Manusia wajib beribadat kepada Tuhan Yang Maha Esa. Manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya. Manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan kepada ajaran agama yang dianuti Kesimpulannya, manusia mempunyai dua sifat iaitu manusia sebagai makhluk jasmani dan makhluk rohani. Secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik yang dianugerahkan oleh PenciptaNya. Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai kebebasan memilih. Lantaran itu dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

1.2 Fitrah Kejadian Manusia dan Kaitannya Dengan Potensi Potensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan. Istilah potensi dalam Kamus Dewan (1989), membawa makna kemampuan (mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan,

keupayaan untuk berkembang maju. Justeru itu, potensi seseorang individu itu berkembang sejak manusia itu dilahirkan. Persekitaran keluarga dan masyarakat turut menyumbang kepada perkembangan potensi seseorang individu. Ini bererti potensi: i. Berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal untuk berkembang, selaras dengan fitrah manusia dijadikan di muka bumi ini. ii. Merangkumi ke semua aspek dalam kehidupan iaitu aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan dengan itu, manusia perlu mengoptimumkan potensi ada dalam dirinya selaras dengan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t agar manusia memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Potensi manusia boleh dihuraikan berdasarkan lima aspek iaitu: Perkembangan intelek: Potensi intelek individu boleh dilhat daripada daya pemikiran, cara seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah, mereka cipta dan kebolehan menaakul. Perkembangan Rohani: Aspek ini merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai dan norma masyarakat serta perlakuan peribadi individu. Individu yang mempunyai pegangan agama, nilai dan moral yang baik akan membentuk tenaga penggerak dalam jiwa dan perasaan dalaman yang akan melahirkan perilaku manusia yang baik. Perkembangan Emosi: Perkembangan emosi individu dilihat sebagai suatu keadaan di mana seseorang itu dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain. Dengan ini, manusia berkeupayaan untuk mencapai kesedaran, keinsafan, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Perkembangan Jasmani: Ia merujuk kepada kebolehan dan keupayaan fizikal dalam bentuk kemahiran psikomotor dalam aktiviti permainan dan bersukan.

1.3 Fitrah Kejadian Manusia Dari Perspektif Biologi Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikkan tersendiri, anugerah yang tidak ternilai daripada PenciptaNya. Keunikkan manusia meliputi seluruh bidang kehidupan-daripada aspek ekonomi, sosial, pendidikan, agama, budaya dan

sebagainya. Ini bermakna manusia berkemampuan untuk menyumbangkan potensi yang ada dalam diri mereka ke tahap yang maksima. Fitrah manusia daripada perspektif biologi memperlihatkan asas-asas genetic seperti baka dan faktor persekitaran, yang menyumbang kepada pembentukkan diri seseorang. Baka Fitrah kejadian manusia adalah berbeza. Ini merujuk kepada ketidaksamaan yang dimiliki oleh seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu, daripada aspek:

i. ii. iii.

Mental tahap kecerdasan seseorang Fizikal warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan sebagainya Emosi temperaman atau kesabaran dalam menghadapi cabaran

Persekitaran Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia daripada aspek: i. Latar belakang keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul bagi membantu perkembangan tumbesan yang sempurna. Ini termasuk suasana isi rumah yang mesra dan penuh kasih sayang, serta makanan yang berzat dan seimbang. ii. Pengaruh rakan sebaya turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi individu. Ini kerana rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasan dapat membantu keperibadian positif. iii. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat menyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Ia turut melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat yang sihat, anggotanya menjadi lebih bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, kuat agama dan mempunyai pegangan nilai kerohanian yang tinggi. iv. Sumber teknologi turut menyumbang kepada perbezaan individu. Ia merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, televisyen, radio dan internet. v. Guru dan sekolah turut menyumbang kepada perbezaan individu. Ini kerana guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan

bertanggungjawab.

Implikasi Fitrah Kejadian Manusia Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan dilihat sebagai suatu ruang yang menyediakan pelbagai peluang untuk memperkembang segala sesuatu potensi yang ada dalam diri seseorang individu. Persekitaran pembelajaran yang berkesan akan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan dalam membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi yang terpendam, yang belum digilap lagi. Sifat-sifat ingin tahu, keterbukaan, daya cipta dan kebolehan menyelesaikan masalah perlulah ditingkatkan, kerana ia dapat membantu kanak-kanak menyedari kebolehan diri sendiri. Ini bermakna guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang dapat menggilap potensi intelek kanak-kanak. Sebagai contoh dalam menyelesaikan masalah Matematik Tahun 1, kemahiran mengira menggunakan objek dapat mengembangkan potensi pelajar untuk berfikir secara logik. Aktiviti ko-kurikulum di sekolah seperti pasukan beruniform, membantu para pelajar mengembangkan potensi dari segi bakat, sahsiah dan emosi yang baik. misalnya sifat tolak ansur dan tolong-menolong dapat dipupuk menerusi aktiviti penyelesaian masalah atau tugasan secara berkumpulan. Di samping itu, murid-murid turut meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi seorang pemimpin. Selain itu, pelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran selaras dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru perlu terus berusaha merangsang pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dan menarik. Guru juga perlu menguatkan kekuatan dalaman murid. Contohnya kesediaan dan kesungguhan murid dalam melaksanakan tugasan atau menjawab soalan. Elakkan daripada membesarkan kelemahan murid. Hargai setiap komitmen yang diberi oleh murid kerana ini akan merangsang mereka untuk terus belajar dan berusaha. Aspirasi sekolah yang turut menekankan kepada kecemerlangan sukan, turut membantu murid-murid mengembangkan potensi murid-murid berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotor yang ada dalam diri mereka. Misalnya dalam permainan tenis dan badminton, murid-murid berupaya melakukan servis,

memulangkan bola dengan tepat dan berupaya mengawal permainan di dalam gelenggang.

Kesimpulannya, guru perlu menyedari potensi murid-murid adalah berbeza antara satu sama yang lain. Guru yang peka terhadap perbezaan potensi yang ada dalam diri murid-murid membolehkan murid-murid berkembang mencapai kemajuan dalam setiap bidang yang diceburi. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan potensi manusia. Jika pendidikan yang diterima berkesan, maka potensi manusia itu akan terus meningkat dan berkembang. Oleh yang demikian, program pendidikan perlulah dirancang dengan teliti dan berkesan untuk menghasilkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai