Anda di halaman 1dari 15

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

TAJUK 1 BENTUK 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI


SINOPSIS Tajuk ini meliputi pembelajaran bentuk dua dimensi dan tiga dimensi. Aspek tatabahasa, ciri-ciri dan sifat merupakan komponen penting dalam

pembelajaran geometri. Bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi yang akan dipelajari meliputi segitiga, sisiempat, poligon, bulatan, prisma dan polihedra. Klasifikasi bentuk dua dimensi dan tiga dimensi akan memberi gambaran yang berfokus dalam pembelajaran dan pengajaran.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini, pelajar boleh: o Menggunakan tatabahasa mudah geometri o Mengenal ciri-ciri dan sifat segitiga, sisiempat, poligon, bulatan, prisma dan polihedra o Mengklasifikasi pelbagai bentuk dua dimensi dan tiga dimensi

KERANGKA TAJUK-TAJUK

BENTUK 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

TATABAHASA

CIRI CIRI

KLASIFIKASI

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

BAHAN BACAAN
1.1 DEFINISI

Satu poligon adalah rajah tertutup yang dibentuk oleh 3 atau lebih titik yang disambung dengan garis lurus. Satu bucu poligon ialah titik dimana dua sisi bertemu. Poligon boleh diklasifikasi sebagai sekata dan bukan sekata. Satu

poligon sekata mempunyai semua sisi yang sama dan semua sudut yang sama saiz. Poligon tidak sekata mempunyai sekurang-kurangnya satu sisi yang tidak sama panjang.

Anda mungkin mengajar segitiga, segiempat dan bulatan dan pelajar harus memahami tatabahasa berkaitan untuk membayangkan bentuk-bentuk ini. Dari segi tatabahasa, anda akan memberitahu pelajar bahawa segiempat mempunyai 4 sisi yang sama. Akan tetapi tatabahasa ini harus dihayati oleh para pelajar. Bulatan merupakan satu garis yang membentuk satu lengkung tertutup; setiap titik adalah berjarak tetap dari titik pusat bulatan.

1.2 CIRI CIRI Jadual 1 : Ciri-ciri segitiga dan segiempat Prisma Segitiga Bentuk 2D 3 sisi 3 sudut 3 penjuru Prisma segiempat 4 sisi 4 sudut 4 penjuru

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA Satu cara untuk mengkaji ciri-ciri bentuk 2-D ialah melalui jaringan geometri. Model 3-D boleh dibentuk dari jaringan 2-D . Contoh jaringan geometri termasuk kuib, kuboid, kon, silinder, prisma, tetrahedron dan sfera. Guru boleh membimbing para pelajar menyiasat ciri-ciri kuboid dengan menggunakan kotak pensil. Minta pelajar memutar dan lukis bentuk kuboid itu dari orientasi yang berlainan seperti dari atas, tepi dan depan.

Atas

sisi depan

Rajah 1 Lukis permukaan atas dan bawah kuboid itu

Rajah 2 Potong rajah permukaan atas dan permukaan bawah dan bandingkan

Bawah Rajah 3 Lukis permukaan tepi dari kiri dan dari kanan

Atas

Permukaan yang sama

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA Potong rajah permukaan tepi dari kiri dan permukaan dari kanan dan bandingkan

Sisi kiri

Sisi kanan Rajah 5

Permukaan yang sama

Lukis permukaan depan dan permukaan belakang

Rajah 6 Potong rajah permukaan depan dan permukaan belakang dan bandingkan

Depan

Belakang Rajah 7

Permukaan yang sama

Membuat perbandingan

Atas Kiri Kanan

Bawah

Depan Belakang Belakang

Rajah 8 Cantumkan kesemua untuk mendapat jaringan kuboid

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

Jaringan kuboid Rajah 9 Seterusnya cuba perhatikan jaringan 2-D untuk kuib dan buatkan model kuib dari jaringan kuib sebagai latihan. Jaringan kuib

Rajah 10 Bolehkah anda mengesan jaringan 2-D yang manakah adalah serupa? Kenapa? Jadual 2 : ciri-ciri poligon Bentuk Segitiga sama Segiempat sama pentagon heksagon Ciri-ciri Bulatan 5 Bil sisi 3 4 5 6 Bentuk heptagon oktagon nonagon dekagon Bil sisi 7 8 9 10

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA Pusat bulatan Satu titik dalam bulatan. Semua titik dalam bulatan adalah sama jarak dari pusat bulatan Jejari jarak dari pusat bulatan ke mana-mana titik di bulatan itu. Jejari ialah diameter Diameter Jarak menyeberangi bulatan dan melalui pusat bulatan. Diameter ialah 2 kali jejari Ukurlilit jarak mengelilingi bulatan Tangen satu garis yang menyentuh bulatan pada satu titik sahaja 1.3 KLASIFIKASI Satu contoh klasifikasi bentuk 2-D boleh dilihat dalam jadual berikut: Jadual 3 : Klasifikasi bentuk
Prisma segitiga

Jenis

Silinder

Prisma segiempat

Prisma poligon

Bentuk 2-D

Bentuk 3-D

Mengklasifikasi bentuk 2 dimensi melibatkan proses membina, meneroka dan menemui ciri-ciri bentuk. Pelajar harus dibimbing untuk mengenal bentuk mengikut ciri-ciri yang sama dan yang tidak sama. Menyatakan dan mengklasifikasikan bentuk mengambil masa dan ciri-ciri yang lebih kompleks mungkin ditemui dengan edaran masa. Tatabahasa bentuk 2 dimensi juga melibatkan istilah istilah yang mungkin ditemui oleh pelajar sendiri semasa 6

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA meneroka ciri-ciri dan mengklasifikasikan bentuk 2 dimensi. Sisiempat dan segitiga merupakan bentuk 2-D yang mudah bagi mengkaji dan mengklasifikasi. Cuba anda mengklasifikasikan bentuk 2-D berikut: Segiempat Lelayang Rombus Trapezium Segiempat tepat Segiempat selari

Segitiga

Segiempat sama

Pentagon

Heksagon

Heptagon

Oktagon

Nonagon

Dekagon

Dodekagon

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 1.4 TATABAHASA

Geometri merupakan pembelajaran ciri-ciri dan perhubungan antara bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi . Pepejal merupakan ruang yang dipenuhi oleh bentuk geometri. Bucu ialah titik dimana dua sisi suatu poligon bertemu.

1.5

CIRI CIRI

Polihedra mempunyai permukaan yang rata. Satu kategori pepejal yang merupakan bentuk 3 dimensi ialah prisma. Prisma ialah pepejal yang sama secara keseluruhan. Contoh prisma ialah silinder, bungkusan Tobelerone, kotak kasut dan pensil. Jika kesemua pepejal ini dipotong secara selari dengan tapak mereka, maka hasilnya ialah sama bentuk dengan permukaan tapaknya.

Euler telah menemui satu pola bagi polihedra. Beliau telah mengkaji perhubungan di antara permukaan, bucu dan sisi bagi polihedra. Pepejal Kuib Tetrahedron Piramid Ciri-ciri Polihedra: Satu polihedron ialah satu pepejal dengan permukaan yang rata. Setiap permukaan rata merupakan poligon. Jadi, polihedron tidak boleh mempunyai permukaan yang melengkung. Permukaan 6 4 5 Bucu 8 4 5 Sisi 12 6 8

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA Contoh Polyhedra:

Prisma Segitiga

Kuib

Dodecahedron

Pepejal Platonik

Prisma

Piramid

Semasa mengira bilangan permukaan, bucu dan sisi bagi pelbagai polihedra, satu penemuan yang menarik boleh diperolehi : Bilangan permukaan + bilangan bucu - bilangan sisi = 2

Perhubungan ini boleh di wakili dalam satu persamaan seperti berikut:

Formula Polihedra : F + V - E = 2 9

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA REHAT Contoh penggunaan formula ini: Kuib ini mempunyai :

Prisma ini mempunyai:


6 Permukaan 8 Bucu 12 Sisi

5 Permukaan 6 Bucu 9 Sisi

F + V - E = 6+8-12 = 2

F+VE=5+69=2

Ciri Oktahedron Oktahedron mempunyai 8 permukaan. Setiap permukaan mempunyai 3 sisi dan merupakan segitiga sisisama dan mempunyai 12 sisi dan 6 bucu. Disetiap bucu, 4 sisi akan bertemu. Diberi nama oktahedron kerana ia mempunyai 8 (octa) permukaan tentacles). Sekiranya ada lebih daripada satu oktahedron, nama oktahedra digunakan. Oktahedron biasanya merujuk kepada oktahedron sekata (pepejal yang sama saiz dan bentuk). Tetapi ini bukan semestinya selalu benar. Dalam pepejal ini, bukan semua permukaan adalah sama. (seperti octopus yang mempunyai 8

Rehat a) Cuba perhatikan rajah di sebelah. Adakah rajah di sebelah ini sebuah prisma heksagon?

b) Lihat contoh dadu bersisi 8 di sebelah . Ia adalah sebuah oktahedron yang mempunyai 8 sisi. Mempunyai peluang yang sama untuk diletakkan diletakkan diatas permukaan yang rata !! Tambahan, dadu yang adil boleh dibuat dari kesemua pepejal Platonik. 10

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 1.6 KLASIFIKASI

Kuib dan kuboid adalah prisma manakala kon dan piramid bukan prisma. Setiap pasangan permukaan bertentangan sebuah kuboid merupakan permukaan yang sama. Sebagai contoh, bungkusan Tobleron merupakan prisma segitiga oleh kerana pasangan segitiga adalah permukaan sama.

Polihedra merupakan kumpulan pepejal yang mempunyai semua permukaan yang rata. Kuib dan piramid merupakan polihedra manakala silinder dan sfera bukan polihedra. Satu cara untuk menyiasat polihedra ialah dengan

menggunakan jaringan geometri.

Semua piramid dan prisma adalah polihedra. Akan tetapi, terdapat hanya 5 polihedra yang sekata. Pepejal Platonik ini dinamakan oleh ahli Falsafah matematik , Plato (430-349 S.M.) dan setiap pepejal Platonik dinamakan berdasarkan bilangan poligon sekata yang membentuk permukaan mereka :

Nama Pepejal Platonik Tetrahedron Kuib Oktahedron Dodecahedron Icosahedron

Bilangan permukaan 4 6 8 12 20

11

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA Perbincangan

Pepejal merupakan bentuk 3 dimensi dan terdapat banyak di alam sekeliling kita seperti kuib, kuboid, silinder, kon, piramid, sfera, prisma dan hemisfera. Satu kuib mempunyai 6 permukaan rata di mana kesemua enam permukaan ini berbentuk segiempat yang mempunyai saiz yang sama. Kuboid pula,

merupakan pepejal yang mempunyai 6 permukaan rata tetapi permukaan nya merupakan segiempat atau segiempat tepat. Satu silinder merupakan pepejal yang mempunyai dua permukaan rata dan satu permukaan lengkung dengan sisi tegak. Satu kon merupakan pepejal yang mempunyai satu permukaan rata sebagai tapak dan satu permukaan lengkung dengan sisi yang bercondong. Satu prisma merupakan pepejal yang mempunyai dua tapak yang selari yang bersaiz dan berbentuk sama. Permukaan yang lain merupakan segiempat selari (biasanya segiempat atau segiempat selari). Sekiranya sisi prisma adalah bersudut tepat kepada tapak, maka prisma itu dipanggil prisma tegak.

Satu piramid merupakan pepejal dimana tapaknya ialah poligon manakala permukaan lain ialah segitiga dengan bucu yang sama. Satu sfera merupakan set titik-titik dalam ruang yang sama jarak dari satu titik tetap. Titik tetap ini dinamakan pusat. Jarak tetap dari pusat ini dinamakan jejari. Cantuman sfera dengan ruang dalaman dinamakan sfera pepejal. Hemisfera pula merupakan separuh dari sfera.

12

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA Senarai Semakan

Lukis rajah dan catatkan ciri-ciri bentuk berikut dalam satu jadual:

(a) kuib (b) kuboid (c) silinder (d) kon (e) prisma (f) prisma tegak (g) piramid (h) sfera (i) hemisfera

Bahan rujukan Askew, M. (2005). Teaching Primary Mathematics A guide for newly qualified and student teachers. London: Hodder Arnold Musser, G.L & Burger, W.F. (2001). Mathematics for elementary teachers : A contemporary approach. 5th ed. New York: John Wiley and Sons LATIHAN

Soalan 1: Namakan beberapa objek yang berbentuk bulatan 1. ___________________________________________ 2. ___________________________________________ 3. ___________________________________________ Soalan 2 : Lukis gambar objek yang berbentuk bulatan

13

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

Soalan 3 : 1. 2. 3. 4. Kenapa butang berbentuk bulat? Kenapa buku latihan berbentuk sisiempat? Kenapa kebanyakan jubin lantai berbentuk sisiempat? Kenapa piring nasi berbentuk bulatan

Soalan 4: Tunjuk SISI ku Objektif: Membuat bentuk dengan sebilangan number sisi yang kongruen.

Resos pembelajaran: geoboard 10 X 10

1. Buat satu rajah 4 sisi dimana 2 sisi ada sama panjang 2. Buat satu rajah dengan 12 sisi dimana semua sisinya adalah sama panjang 3. Buat satu rajah dengan 3 sisi dimana semua sisinya adalah sama panjang 4. Buat satu rajah dengan 8 sisi dimana 4 sisi sama panjang dan 4 sisi yang lain juga sama panjang tetapi berbeza dengan kumpulan yang lain itu 5. Buat satu rajah dengan 5 sisi dengan 4 sisinya sama panjang 6. Buat satu rajah 4 sisi dengan 2 pasangan sisi yang sama panjang dan ia bukan segiempat selari 7. Buat satu rajah dengan 3 sisi dimana 2 sisi adalah sama panjang 8. Buat satu rajah dengan 7 sisi dimana semua sisi tidak sama panjang Soalan 5: Aktiviti Banglo Bina satu koleksi banglo, yang dibuat daripada lima kuib Berapa carakah anda boleh menyisih koleksi ini ?

14

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN DATA Soalan 6 : Isikan grid berikut:

Pasangan sisi sama

Pasangan sisi selari

Cuba anda bina bentuk 2 dimensi yang bersisi empat untuk mengisi setiap sel dalam grid di atas. Ada sel sel tertentu yang tidak boleh di isi. Bolehkah anda menerangkan kenapa sebegitu? Sila namakan bentuk-bentuk ini. Soalan 7 : Latihan melayari Internet: www.mathsisfun.com/geometry/prisms.html www.math.com/school/subject3/lessons/S3U4L2GL.html math.wikia.com/wiki/Prism_(geometry) mathworld.wolfram.com/Prism.html www.worldofteaching.com/mathspowerpoints.html www.basic-mathematics.com/solid-figures.html www.nwmissouri.edu/dept/PRISM/handouts/powerpoint.ppt Layari laman sesawang seperti diatas. Anda juga boleh melayari url yang lain untuk maklumat tambahan. Buat satu ulasan 4-5 muka surat tentang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bentuk 2D dan 3-D.

15

Anda mungkin juga menyukai