Anda di halaman 1dari 28

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


(MASALAH PENGLIHATAN)

PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)


TAHUN DUA

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


MASALAH PENGLIHATAN

PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)


TAHUN DUA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pendidikan jasmani (suaian) : (masalah penglihatan). Tahun dua (Kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas) ISBN 978-967-0359-52-6 1. Physical education and training--Study and teaching (Primary). 2. Blindness--Study and teaching (Primary). I . Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 372.86043

Dicetak oleh: Attin Press Sdn. Bhd. No. 46, Jalan 2/108, Taman Salak Jaya Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur

KANDUNGAN
Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Objektif Mata Pelajaran Organisasi Kandungan Pelaksanaan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran v
vi

1 1 2 2 3 4 4 4 6 7 - 18

iii

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah

aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Mata pelajaran baru dan pengubahsuaian dalam KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dan menjadi pendokong kepada hasrat pelaksanaan mata pelajaran lain Masalah Penglihatan adalah dalam KSSR Kebangsaan yang selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas

selaras dengan KSSR Kebangsaan dengan penambahan dan pengubahsuaian mata pelajaran. Mata pelajaran baru yang diperkenalkan adalah Kemahiran Asas Individu Masalah

Pendidikan Kebangsaan. MATLAMAT KBSR bermatlamat Pendidikan untuk Khas Masalah Penglihatan dalam

Penglihatan (KAIMaL), manakala mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual diubahsuai dan untuk lain-lain mata pelajaran lain menggunakan KSSR Kebangsaan. Penambahan dan pengubahsuaian mata pelajaran ini adalah berdasarkan keperluan murid bermasalah penglihatan dalam memperoleh pendidikan yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan semasa mereka. Proses pelaksanaan kurikulum perlu mengambil kira

menyuburkan

potensi kanak-kanak

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk pengetahuan sikap dan positif dan seterusnya menguasai melalui ilmu

kemahiran

proses pengajaran dan

pembelajaran yang relevan dan bersesuaian untuk memenuhi keperluan individu selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

kepelbagaian kebolehan dan keupayaan individu. Pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan pendekatan yang fleksibel dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru -guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi 1

OBJEKTIF KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi Kurikulum modal Berasaskan insan yang Tunjang dibina bagi dan

membangunkan

berpengetahuan

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna; ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian; iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri

kehidupan bekerjaya; iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna; v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk; vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam; vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah; menghargai keindahan alam dan warisan budaya; dan menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD


KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal

dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kandungan bentuk yang perlu dikuasai oleh murid. Standard

dan modular

Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam yang mengandungi elemen pengetahuan,

kemahiran dan nilai.

5.1

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard

Kandungan.

Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

FOKUS MATA PELAJARAN Fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun Dua ialah membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan

viii.

mematuhiperaturan

dan

mengamalkan

langkah

keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan ix. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

berdasarkan kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal. OBJEKTIF MATA PELAJARAN Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut: i. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan; ii. mengembangkan kemahiran motor; iii. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan; iv. v. mengenal pasti aktiviti meningkatkan kecergasan; mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala; vi. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; vii. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan selamat; 4 kebolehan dalam pergerakan dan

ORGANISASI KANDUNGAN Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Sekolah Rendah Tahun 2 merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 2 dibina berasaskan lima aspek iaitu:Aspek 1 : Kecekapan Kemahiran Pergerakan Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:1. 2. Konsep pergerakan; Pergerakan lokomotor, asas yang melibatkan pergerakan

bukan lokomotor, manipulasi alatan dan

pergerakan berirama; 3. 4. 5. Gimnastik asas; Akuatik Asas; dan Rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Melalui aspek 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam

Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan. Melalui aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan: 1. 2. Konsep kecergasan; dan Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu aerobik, kelenturan, kekuatan dan komposisi badan. Aspek 5: Kesukanan. Melalui aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep, sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti daya kapasiti

pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:1. 2. Konsep pergerakan; Pergerakan lokomotor, asas yang melibatkan pergerakan

tahan otot, dan

bukan lokomotor, manipulasi alatan dan

pergerakan berirama; 3. 4. 5. Gimnastik asas; Akuatik Asas; dan Rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Melalui aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan

fizikal dengan berkesan yang melibatkan:1. 2. 3. 4. kapasiti Keselamatan dan pengurusan; Tanggungjawab kendiri; Interaksi sosial; dan Kumpulan dinamik.

mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:1. 2. Konsep kecergasan; Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu aerobik, kelenturan, kekuatan dan komposisi badan; dan 3. Pentaksiran Kecergasan;

daya tahan otot, dan

Susunan aspek-aspek ini adalah bertujuan memudahkan kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 2 yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur pertama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard

persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru yang berkelayakan.

Ringkasannya adalah seperti berikut:-

Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai. Modul 1: Kemahiran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Aspek 1

Kecekapan Kemahiran Pergerakan Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan Kesukanan Kecergasan

Aspek 2 Aspek 5

Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 2 adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan jasmani. Bagi tujuan pengajaran Modul 1: Kemahiran, guru menggunakan Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran Modul 2: Kecergasan, guru menggunakan Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan. Dalam Aspek 1, guru boleh memilih antara akuatik asas atau rekreasi dan kesenggangan dalam pengajaran PJ Suaian. Bagi yang memilih akuatik asas, Aspek 5 Modul 2: Kecergasan Aspek 4 Aspek 3

Meningkatkan Kesihatan Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan Kesukanan

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan Konsep pergerakan. Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. Pergerakan Asas Pergerakan Lokomotor Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran

1.1

1.1.1 1.1.2 1.2.1

Melakukan pergerakan ke ruang am yang telah ditetapkan. Meningkatkan kelajuan pergerakan semasa bergerak . Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping), menggelongsor, melompat, melompat sebelah kaki (hopping), skip dan melonjak (leaping). Melompat pada satu jarak, mendarat dengan dua kaki dengan lutut dan pergelangan kaki difleksi . Melompat berterusan tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan .

1.2

1.2.2

1.2.3

1.3

Pergerakan Bukan Lokomotor Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas dengan lakuan yang betul .

1.3.1

Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, membuai, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang. Menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan . Menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan

1.3.2

1.3.3

Standard Kandungan 1.4 Manipulasi Alatan Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul . 1.4.1

Standard Pembelajaran Melambung, menyambut , menggolek, menendang, menyerkap, melantun, membaling, menangkap, memukul dan menggelecek. Menggolek bola berbunyi pada satu jarak . Membaling bola berbunyi pada satu jarak. Menangkap bola berbunyi dengan serapan daya. Menendang perlahan bola berbunyi yang digolekkan dengan perlahan. Menyerkapkan bola berbunyi yang bergerak . Memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan pemukul yang mempunyai permukaan luas seperti raket. Memukul bola yang diletakkan di atas tee dengan menggunakan pemukul berbentuk silinder seperti bat sofbol . Menggelecek bola berbunyi menggunakan tangan. Menggelecek bola berbunyi menggunakan kaki.

1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5

1.4.6 1.4.7

1.4.8

1.4.9 1.4.10

1.5

Pergerakan Berirama Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak.

1.5.1

Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo. Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan mengikut tempo .

1.5.2

Standard Kandungan Gimnastik Asas Hambur ( spring) dan Pendaratan Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul.

Standard Pembelajaran

1.6

1.6.1

Melakukan hambur dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai arah . Melakukan hambur di atas peti lombol dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi.

1.6.2

1.7

Kawalan Badan dan Sokongan Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan.

1.7.1 1.7.2

Melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan. Melakukan imbangan dengan tiga, dua, dan satu tapak sokongan menggunakan bahagian badan secara berpasangan. Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan imbangan statik mengikut iringan muzik.

1.7.3

1.8

Putaran Berkebolehan melakukan kemahiran putaran dengan lakuan yang betul. Akuatik Asas Keyakinan dan Keselamatan dalam Air Menguasai kemahiran keyakinan dan keselamatan di air.

1.8.1 1.8.2

Melakukan guling sisi. Melakukan guling depan.

1.9

1.9.1 1.9.2 1.9.3

Mematuhi peraturan sekitar kolam dan di dalam kolam. Melakukan kemahiran apungan lentang. Berdiri dalam air dari posisi apungan lentang.

1.10

Renang Asas Menguasai kemahiran asas renang dengan lakuan yang betul.

1.10.1

Melakukan tendangan keribas (flutter kick). 9

Standard Kandungan 1.11 Rekreasi dan Kesenggangan Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan 1.11.1

Standard Pembelajaran Menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti menjejak dan mencari harta karun. Melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai semasa melakukan aktiviti rekreasi. Menggunakan kemahiran mencongklang, memukul, membaling dan menangkap semasa melakukan permainan tradisional dan rekreasi.

1.11.2

1.11.3

10

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Standard Kandungan Konsep Pergerakan Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. Standard Pembelajaran

2.1

2.1.1 2.1.2 2.1.3

Membezakan pergerakan mengikut ruang. Membezakan pergerakan mengikut tempo. Mengenal pasti perlakuan yang boleh meningkatkan kelajuan.

Pergerakan Asas Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

2.2

2.2.1

Mengenal pasti ciri-ciri perlakuan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Mengenal pasti kepentingan fleksi dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Menyatakan postur badan yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

2.2.2

2.2.3

2.3

Kemahiran Manipulasi Alatan Memahami konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan.

2.3.1

Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek. Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan. Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang. Mengenal pasti perlakuan menggunakan tangan, kaki dan alatan 11

2.3.2

2.3.3 2.3.4

Standard Kandungan Pergerakan Berirama Mengaplikasikan konsep pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak.

Standard Pembelajaran yang menggerak dan menghentikan objek.

2.4

2.4.1 2.4.2

Membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo. Mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.

Gimnastik Asas Hambur dan Pendaratan Memahami konsep hambur dan pendaratan. Kawalan Badan dan Sokongan Mengetahui konsep kawalan badan dalam pergerakan.

2.5

2.5.1

Mengenal pasti postur yang betul semasa hambur dan mendarat.

2.6

2.6.1 2.6.2 2.6.3

Mengenal pasti kepentingan keluasan tapak sokongan. Mengenal pasti perkaitan antara imbangan dan sokongan. Menyatakan situasi dalam kehidupan harian yang melibatkan imbangan dalam pergerakan lokomotor

2.7

Putaran Memahami konsep putaran dalam pergerakan.

2.7.1 2.7.2

Menyatakan variasi guling sisi. Mengenal pasti postur badan semasa melakukan guling depan.

Akuatik Asas Keyakinan dan Keselamatan dalam Air Memahami konsep keyakinan dan keselamatan dalam air.

2.8

2.8.1 2.8.2 2.8.3

Mengenal pasti peraturan di kolam renang. Mengenal pasti postur badan semasa melakukan apungan lentang. Mengenal pasti teknik dirian selepas apungan lentang. 12

Standard Kandungan 2.9 Kemahiran Asas Renang Mengetahui kemahiran asas renang. 2.9.1

Standard Pembelajaran Mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendangan keribas (flutter kick).

2.10

Rekreasi dan Kesenggangan Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan 2.10.1 kesenggangan. 2.10.2

Mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan mencari harta karun. Mentafsir maklumat dalam aktiviti pandu arah dan mencari harta karun. Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam permainan tradisional.

2.10.3

13

Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Standard Kandungan Konsep Kecergasan Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan. Standard Pembelajaran

3.1

3.1.1 Melakukan aktiviti yang meningkatkan suhu badan, kadar pernafasan, kadar nadi dan keanjalan otot.

3.2

Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik Berkebolehan melakukan aktiviti yang meningkatkan kapasiti aerobik. Kelenturan Berkebolehan melakukan senaman kelenturan dengan betul. Kekuatan dan Daya Tahan Otot Berkebolehan melakukan senanam meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot dengan betul.

3.2.1 Melakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kapasiti aerobik dalam jangka masa yang ditetapkan.

3.3

3.3.1 Melakukan aktiviti regangan secara dinamik dan statik pada otot-otot utama dengan lakuan yang betul.

3.4

3.4.1 Melakukan aktiviti kekuatan dan daya tahan otot yang melibatkan ringkuk tubi separa, tekan tubi ubahsuai, jengkit kaki setempat, posisi separa cangkung (half squat), lentik belakang dari posisi merangkak dan hamstring curl. 3.4.2 Melakukan aktiviti bergayut dan meniti pada palang menggunakan tangan.

3.5

Komposisi Badan Mengenal pasti komposisi badan

3.5.1 Mengukur ketinggian dan menimbang berat 3.5.2 Merekod pertumbuhan diri dari segi ketinggian dan berat.

14

Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan Standard Kandungan Konsep Kecergasan Menguasai konsep kecergasan yang diaplikasi semasa melakukan aktiviti kecergasan fizikal. Standard Pembelajaran

4.1

4.1.1 Menyatakan perkaitan antara aktiviti memanaskan dengan suhu badan, pernafasan dan kadar nadi. 4.1.2 Menyatakan perkaitan antara menyejukkan badan dengan suhu badan, pernafasan dan kadar nadi. 4.1.3 Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal. 4.1.4 Menyatakan makanan yang memberi tenaga dan membantu pertumbuhan.

Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik Menguasai konsep asas kapasiti aerobik.

4.2

4.2.1 Membandingkan kesan melakukan aktiviti fizikal dengan peningkatan kadar pernafasan. 4.2.2 Membandingkan perubahan kadar nadi selepas melakukan aktiviti fizikal. 4.2.3 Memerihal degupan jantung dan kadar pernafasan semasa melakukan aktiviti fizikal.

4.3

Kelenturan Memahami konsep asas kelenturan.

4.3.1 Mengenal pasti otot-otot utama pada bahagian badan yang meregang semasa aktiviti kelenturan dilakukan.

15

Standard Kandungan 4.4 Kekuatan dan Daya Tahan Otot Memahami konsep asas kekuatan dan daya tahan otot.

Standard Pembelajaran 4.4.1 Menyatakan otot-otot utama pada bahagian badan yang terlibat semasa melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot. 4.4.2 Menyatakan kepentingan melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot.

4.5

Komposisi Badan Mengetahui komponen badan.

4.5.1 Mengenal bentuk badan. 4.5.2 Membanding berat dan tinggi sendiri dengan carta pertumbuhan normal. 4.5.3 Menyatakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan komposisi badan.

16

Aspek 5 : Kesukanan Standard Kandungan Keselamatan Dan Pengurusan Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan Standard Pembelajaran

5.1

5.1.1 Menyatakan persediaan diri dan kesesuaian pakaian mengikut jenis aktiviti yang dijalankan. 5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat. 5.1.3 Mengenal pasti alatan yang selamat digunakan. 5.1.4 Menggunakan alatan mengikut peraturan penggunaan dan fungsi alatan dengan betul 5.1.5 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti.

5.2

Tanggungjawab Kendiri Mempunyai keyakinan, dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.

5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif. 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti. 5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan

5.3

Interaksi Sosial Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.

5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

17

Standard Kandungan 5.4 Dinamika Kumpulan Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan tersebut.

Standard Pembelajaran 5.4.1 Memilih sendiri rakan untuk membentuk kumpulan. 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok. 5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan.

18

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-8884 200 Faks: 03-88889917 http://www.moe.gov.my/bpk