Anda di halaman 1dari 104

TEKNIK DALAM PENGHASILAN KARYA BERDASARKAN 4 BIDANG

THEVAKI A/P RAZINDRAN ROHAIDA BT ISMAIL RUBINDRAN NAIR A/L CHANDRAN NAIR

PENGENALAN
Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanakkanak melalui pemikiran dan pengalaman.

4 Bidang PSV KBSR


Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

MENGGAMBAR
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya.

Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah


lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan mozek

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

1. TEKNIK LUKISAN
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.

Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

Teknik Melukis 1. Teknik garisan, 2. Teknik garisan pangkah, 3. Teknik titik, 4. Teknik lorekan dan 5. Teknik campuran.

Asas Sebelum Melukis


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Memilih teknik melukis. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan. Memilih objek untuk dilukis. Menentukan cahaya dan sudut pandangan. Membuat Lakaran objek. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap. Tetingkap Fokus Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah. Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda. Memilih sudut yang menarik dan indah. Digunakan untuk melukis di luar studio.

Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis: Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.

Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk.

Kucing yang sedang duduk


Langkah 1 - lukiskan bulatan kepala badan dan kaki (peha)

Langkah 2 - Lukis pula kaki dan ekor kucing

Langkah 3 - Bolehlah dilukiskan kepala telinga dan kalau nak warna boleh mula warna pada step ni dan tak perlu masukkan ton lagi

Langkah 4 - Padamkan garisan-garisan struktur yang tidak diperlukan, Lakaran kucing telah siap. Bolehkan masukkan jalinan dengan berpandukan arah cahaya dan bayang.

The Picnic Charcoal Pencil Drawing on Canson Grain Paper 7.5 x 5.5"

2. TEKNIK CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .

Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

Teknik-teknik catan
basah atas basah Basah atas kering Kering atas basah Kering atas kering

3. TEKNIK KOLAJ
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.

Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Teknik membuat kolaj


Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni, kita perlulah memikir dan merancang kerja agar ianya mempunyai satu tema khas. Setelah sesuatu tema telah ditetapkan, maka ianya akan lebih mudah kepada pelajar untuk menetapkan saiz dan bahan yang diperlukan.

Seterusnya ialah teknik memotong dan mengoyak atau menjahit. Pelajar perlulah teliti di dalam melakukan kerja tersebut. Untuk menjahit pula amatlah sesuai jika pelajar menggunakan perca kain sebagai bahan kolaj.

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman iaitu kaeadah penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dankemahiran menggunakan bahan. Jika kita kaitkan ketiga tiga proses di atas dengan penghasilan kolaj maka, amat tepatlah bahawa pelajar perlu menjana idea mereka di dalam mencari sesuatu tema untuk kolaj mereka.

4. TEKNIK MONTAJ
Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.

Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

5. TEKNIK CETAKAN
Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti .

Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.

6. TEKNIK RESIS
Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.

Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.

7. TEKNIK GOSOKAN
Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil.

Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

Teknik membuat gosokan


Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan Gosokan secara pusingan Gosokan menggunakan berbagai bagai warna Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja. Gosokan potongan kertas

8. TEKNIK STENSILAN
Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

9. TEKNIK PERCIKAN
Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserakserak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.

Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.

10. TEKNIK GURISAN


Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas.

Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

11. TEKNIK CAPAN


Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan.

Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

12. TEKNIK MOZEK


Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.

Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.1 Corak tidak terancang 2.2 Corak terancang secara: secara: 2.2.1 Lukisan 2.1.1 Pualaman 2.2.2 Catan 2.1.2 Tiupan 2.2.3 Cetakan 2.1.3 Titisan 2.2.4 Capan 2.1.4 Ikatan dan celupan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.1.5 Renjisan dan percikan 2.2.6 Resis 2.2.7 Kolaj 2.2.8 Kaligrafi

GURISAN
Menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Contoh: Kertas lukisan disapu secara berlapis dengan menggunakan krayon disapu dengan krayon. Alatan tajam seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk menguris untuk menghasilkan gambar/corak.

STENSILAN
1. Gambar yang ada ditebuk mengikut kehendak supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. 2. Gambar yang ditebuk diletakkan di atas kertas lukisan. Warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas lukisan tadi. 3. Warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

CAPAN
1. Menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. 2. Capan tidak perlu disediakan blok cetakan. 3.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contoh bahan: sayur-sayuran seperti kentang, bawang besar, bendi dsbnya. Cap jari juga boleh digunakan.

MOZEK
1. Hasil seni dari serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. 2. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecilbahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaanyang tidak rata dan menghasilkan pantulan atau kilauan. 3. Satu imej yang disusun berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau kertas

PERCIKAN
1. Satu teknik hiasan catan dengan cara: mendetik,mengetuk, menjentik. Bahagian bulu berus atau berus gigi yang akan menghasilkan kesan 2. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat dengan pelbagai warna. 3. Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair. Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.

RESIS
1. Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. 2. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.

3. Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
4. Warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.

5. Lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. 6. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. 7. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan iaitu tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

GOSOKAN
1. Ia adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan Ia juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. 2. Gosokan ialah pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Contoh: duit syilling, cermin tingkap, lantai simen, tapak kasut.

3. Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

4. Tujuannya untuk menghasilkan atau merakamkan merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.

CETAKAN
1. Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. 2. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. 3. Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.

4. Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain.

5. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Pengenalan
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi.

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin, tanah liat, tepung dan papier mache.
Alat dan Bahan Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan


Teknik Picitan Teknik Lipatan Teknik Potongan Teknik Cantuman Teknik Pembungkusan Teknik Guntingan Teknik Luakan

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

5.1 Arca Timbul Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj. 5.2 Arca Mobail Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.

5.3 Arca Stabail Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan. 5.4 Asemblaj Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.

5.5 Model Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buahbuahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.
5.6 Diorama Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan

5.7 Boneka Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.

5.8 Topeng Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan.
5.9 Origami Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.

Origami

Kraf Tradisional

Alat permainan

Alat Permainan

Alat Pertahanan Diri

Perhiasan Diri
Dokoh Dokoh berbentuk daun sukun yang indah. Kelongsong azimat dan beberapa azimat serta beberapa kepingan emas yang mirip reka bentuk India dirangkaikan bersamasama dokoh ini.

Sisir Sisir ini dibentuk daripada kulit karah. Pemidangnya diperbuat daripada emas dan diukir dengan motif daun. Ditengah-tengahnya diukir sebuah mahkota sebagai lambang utama.

Batik

Tekat

Ukiran

Tenunan

Anyaman

RUJUKAN
http://muhazirpsv.blogspot.com/2009/03/2-membuat-corakdan-rekaan.html http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-psvkbsr.html http://smktphpsv.wordpress.com/2009/11/07/psv-edisi-notapengertian-strategi-bidang-aktiviti-pp-apresiasi/ http://www.pendsv.smkrajaperempuanipoh.com/HSP/sp_pse ni_kbsm.pdf

Muhammad Nasir Ibrahim, i. h. (2003). Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. pahang: PTS PUBLICATION & DISTRIBUTION SDN BHD. http://nurh4nim.tripod.com/anyaman.htm http://nurh4nim.tripod.com/alatan.htm http://nurh4nim.tripod.com/pewarnaan.htm