Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH DISIPLIN PELAJAR Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. (ayat penyata) Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? (ayat tanya) Masalah ini semakin serius kerana anak pelajar kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga mereka tidak bertanggung jawab untuk menjaga dan mendidik anak-anak. Hal ini telah menyebabkan anak-anaknya terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. (ayat penyata) Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Rakan sebaya akan menjejaskan pelajar melakukan sesuatu yang tidak baik dan menimbulkan masalah kepada orang lain. (ayat penyata) Kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. (ayat penyata) Mengapa pihak sekolah selalu merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka? (ayat tanya) Hal ini kerana tidak mahu nama sekolah dijejaskan oleh pelajar. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. (ayat penyata) Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang telah disaksikan oleh mereka telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah

disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah ditonton oleh mereka sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. (ayat penyata) Sila fikirkanlah masalah yang akan timbul pada masa depan.(ayat perintah- larang) Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulangkali .Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata. (ayat penyata)

Ayat penyata Ayat tanya Ayat perintah Ayat seruan

Warna biru Warna hijau Warna kuning -

Anda mungkin juga menyukai