Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR 1.

1 Pengenalan Pelajar tahun akhir di Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam diwajibkan mengemukakan laporan projek tahun akhir. Penyediaan dan persembahan laporan hendaklah mematuhi garis panduan tertentu. Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam hanya menerima laporan yang memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Calon seharusnya menyedari bahawa mereka bertanggungjawab menentukan bentuk laporan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Laporan TIDAK AKAN DITERIMA oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam jika ianya tidak mengikut peraturanperaturan yang ditetapkan. MAKLUMAT AM CALON-CALON HENDAKLAH MENYERAHKAN DERAF TERAKHIR KEPADA PENYELIA BERKENAAN UNTUK DIPERIKSA DAN DIPERSETUJUI SEBELUM DIJILID. CALON HENDAKLAH MENYERAHKAN DERAF PADA WAKTU YANG DITETAPKAN UNTUK PEMERIKSAAN. BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK DAN PROJEK LOGBOOK SHEET PERLU DIISI DAN DITANDATANGANI SEBAGAI BUKTI BAHAWA SEGALA PENGAWASAN DAN PEMBETULAN YANG PERLU TELAH DIBUAT. 2.1 Bilangan Salinan Setelah laporan itu selesai disediakan, TIGA (3) salinan (termasuk salinan asal) hendaklah diserah dan dijilidkan oleh Pusat Pengajian dengan bayaran tertentu. Laporan tersebut bersama satu salinan laporan dalam bentuk CD (soft copy) perlu diserahkan kepada Penolong Pendaftar di Pejabat Am Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Salinan untuk penulis terserah kepada calon sendiri.

Bilangan minimum muka surat bertulis ialah 50, tidak termasuk gambar rajah dan bahagian lampiran. Had maksimum bergantung kepada penyelia projek. 2.2 Perbelanjaan Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan laporan seperti perbelanjaan menaip salinan asal, salinan foto dan menjilid adalah tanggungjawab calon yang berkenaan.

PENYEDIAAN LAPORAN 3.1 Cara-cara Menyediakan Salinan Dua (2) salinan asal yang ditaip dan satu (1) salinan fotokopi perlu disediakan. Walau bagaimanapun calon-calon harus mengambil berat untuk menentukan yang semua salinan yang disediakan berkualiti baik dan juga tiada muka surat yang hilang atau susunan yang tidak betul. 3.2 Penaipan Persembahan teks laporan mestilah mengikut peraturanperaturan berikut: (i) Teksnya mestilah ditaip selang dua baris (double spacing) kecuali ungkapan, gambarajah atau jadual yang melebihi satu ayat bolehlah ditaip selang satu baris. Laporan yang hendak ditaip serta salinannya hendaklah dibuat pada sebelah muka kertas sahaja. Keseluruhan laporan hendaklah ditaip menggunakan Microsoft Word, Times New Roman, Font 12. Salinan laporan yang dibuat perlu menggunakan alat cetak berkualiti, contohnya, laser printer.

(ii)

(iii) 3.3

Kertas Kertas putih berukuran 210mm x 297mm (saiz A4) jenis 80 gsm mesti digunakan untuk semua salinan.

3.4

Margin

Sekurang-kurangnya 36mm di sebelah kiri kertas dan tidak kurang daripada 25mm di tepi-tepi kertas yang lain. 3.5 Rajah dan Jadual Rajah dan jadual hendaklah dimuatkan mengikut margin yang telah ditetapkan seperti di dalam bahagian 3.4. Rajah yang besar mestilah dilipatkan (biasanya ini patut dielakkan) dan dikembarkan bersama di bahagian belakang sekali laporan tersebut. Perkataan Rajah, nombor rajah dan keterangannya diletakkan (bahagian tengah) dibawah rajah itu. Perkataan Jadual, nombor dan keterangan dicetak (bahagian tengah) di sebelah atas jadual itu. Gunakan Bold Letter untuk Rajah dan Jadual.

FORMAT LAPORAN 4.1 Muka-Muka Surat Awal i. Muka Surat Tajuk Bentuknya hendaklah mengikut contoh yang diberikan dalam Lampiran A. Tajuk mestilah dituliskan dengan lengkap tanpa perkataan ringkas, tarikh hantar, ijazah yang akan diterima, nama penuh calon dan kenyataan penerimaannya. ii. Abstrak Tiap-tiap salinan laporan mestilah disertai dengan abstraknya sebagai sebahagian daripada muka-muka surat awal. Abstrak yang dituliskan di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggers mestilah disediakan. Abstrak ialah ringkasan daripada laporan, kenyataan masalah yang diselesaikan, cara-cara penyiasatan dan diikuti penutup. Adalah dicadangkan suatu abstrak tidak melebihi satu muka surat, juga tidak mengandungi formula matematik, gambar rajah dan lain-lain yang tidak berkenaan. Abstrak mesti ditulis dalam satu perenggan sahaja. iii. Isi Kandungan Satu laporan mesti mempunyai kandungan yang menunjukkan bab-bab tertentu dan bahagian-bahagian kecil dan muka suratnya. Contoh diberikan di dalam Lampiran B. iv. Senarai Rajah dan Jadual Senarai ini kandungan. v. hendaklah disertakan selepas jadual

Penghargaan. Sebarang kerjasama yang diberikan penghargaan. diperolehi seharusnya

vi.

Prakata Jika calon ingin menyertakan prakata khas, ianya boleh disertakan di dalam bahagian ini.

4.2

Teks Laporan

Teks laporan mengandungi beberapa seskyen. Susunannya terpulang kepada pelajar dan penyelianya. Lazimnya teks bermula dengan satu PENGENALAN yang mengemukakan pernyataan masalah dengan menjelaskan status masalah secara konseptual dan secara teori. Seterusnya, calon perlu membina kerangka kajian yang mencerminkan hala tuju kajian dengan jelas dan mengandungi perkara berikut :objektif/matlamat kajian, skop kajian, dan menggariskan rancangan tindakan atau protokol penyelidikan berdasarkan kepada status masalah yang telah dikemukakan dan had kajian. Tinjauan penulisan boleh juga ditulis di dalam satu bab yang berasingan di bawah tajuk tinjauan bacaan atau sorotan literatur. Bahan yang dipetik mesti mempunyai relevan kepada tajuk kajian, objektif dan kaedah atau protokol penyelidikan dan asas teori atau pendekatan yang akan digunapakai. Sorotan literatur perlu membawa kepada hasil penyelidikan yang terkini dan sumber catatan merangkumi buku, jurnal, majalah atau laporan penyelidikan dan bahan terkini dari internet. Bahagian yang berikutnya mengandungi, antara lain, perkaraperkara ini :i. Satu huraian yang mendalam tentang kaedah penyelidikan dan bahan yang digunakan. Kaedahkaedah percubaan hendaklah dijelaskan dengan satu cara yang membolehkan orang lain menjalankannya tanpa masalah. Keputusan dan analisis data. Keputusan yang didapati boleh dibentangkan di dalam bentuk satu siri rajah, jadual dll. Dengan teks yang deskriptif tetapi tidak ada perbincangan. Sebaliknya pula, membentangkan keputusan dan perbincangan serentak, kadang-kadang adalah lebih mudah. Perbincangan. Bahagian ini haruslah menitikberatkan kepada membincangkan hasil kajian/penyelidikan dengan mengaitkan antara bukti-bukti yang diperolehi daripada kajian dengan teori-teori yang telah dilaporkan. Elakkan mengulangi keputusan dalam perbincangan. Rumusan dan penutup. Ini lazimnya merupakan bahagian major yang terakhir di dalam teks. Bahagian ini akan mempersembahkan hasil kajian yang juga merupakan sumbangan utama tesis yang dijalankan. Bahagian ini tidak memerluka perbincangan ataupun

ii.

iii.

iv.

rujukan daripada karya sumbangan orang lain. Calon perlu menekankan kepada sumbangan penyelidikan. Kesimpulan yang dibuat seharusnya merangkumi jawapan terhadap kesemua objektif yang telah dituliskan. Nota :Bahagian pengenalan, bahan dan kaedah, keputusan dan perbincangan boleh ditulis sebagai babbab berasingan berasaskan keperluan tajuk penyelidikan calon. 4.3 Lampiran Persamaan matematik, aturcara dan maklumat yang perlu bolehlah disertakan di dalam bahagian ini. Jika bentuk fizikal bahagian ini berbeza daripada muka-muka surat laporan yang telah disediakan, ianya hendaklah dilipat cermat. Lampiranlampiran haruslah dinomborkan Lampiran A, Lampiran B, dll, dan diletakkan selepas bahagian rujukan. Semua lampiran perlu dirujuk dalam teks. 4.4 Rajah dan Jadual Rajah dan jadual haruslah diletakkan seberapa hampir kepada rujukan yang mula-mula dibuat. Tajuk harus ditulis dengan jelas tanpa dirujuk kembali kepada teks laporan. Tajuk untuk gambar rajah diletak di bahagian bawah dan untuk jadual di bahagian atas. Turutan pernomboran hendaklah mengikut bab. Semua rajah dan jadual perla dirujuk dalam teks. 4.5 Rujukan Sebarang laporan yang menggunakan karya-karya lain, sama ada di dalam petikan secara langsung ataupun melalui rujukan, mestilah disenaraikan. Harus diingati bahawa setiap petikan yang diambil dari teks perlulah disenaraikan pada Bahagian Rujukan. Sistem piawai yang konsisten perlu digunakan untuk menyenaraikan rujukan iaitu mengikut Sistem Harvard. Seksyen ini dimulakan pada muka surat yang baru dengan diberi judul RUJUKAN yang ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah muka surat tanpa tanda bacaan lebih kurang 5cm dari atas. Senarai rujukan dimulakan empat jarak di bawah tajuk itu. Tiap-tiap rujukan ditaip dengan dua jarak di antara satu dengan yang lain dan satu jarak di dalam rujukan yang sama. Sesuatu rujukan yang mengambil lebih daripada satu baris hendaklah diberi indentasi sebanyak 3 ruang.

Senarai rujukan mesti ditulis mengikut Sistem Harvard (sila rujuk Lampiran C) 4.6 Persamaan Matematik Persamaan matematik atau persamaan lain mestilah ditulis di atas baris yang terasing dan hendaklah dinomborkan mengikut turutan bab. Sebagai contoh, persamaan pertama dalam bab 2: Y = mx + c 4.7 Cara Merujuk Rujukan kepada buku teks dan penerbitan lain mesti dinyatakan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah Harward di dalam kurungan sebagai contoh: Batu boleh menyingkirkan mangan dari air pada pH 8.5 (Yeop et al, 1992), atau Yeop et. al, (1992) menyatakan . 4.8 Cara Menomborkan Muka Surat Untuk muka awal, nombor kecil Roman (i, ii, dll) hendaklah digunakan dan ditulis di bahagian bawah muka surat tersebut. Muka surat tajuk tidak perlu dinomborkan dan dianggap sebagai muka surat i. Nombor Arab (1, 2, dll) mesti digunakan untuk muka surat teks laporan. NOTA: Format keseluruhan tesis hendaklah bersih dari header/footer yang mengikut citarasa masing-masing, (no header/footer are allowed) melicinkan nota kaki yang khas untuk rujukan sahaja. Lampiran A Contoh Muka Surat Tajuk dalam Bahasa Malaysia (2.1)

ANALIS PENCEMARAN UDARA OLEH KENDERAAN BERMOTOR DI BANDARAYA IPOH

Oleh

Ahmad b. Maher

Disertasi ini dikemukakan kepada UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat keperluan untuk ijazah dengan kepujian

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEJURUTERAAN AWAM)

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia Julai 2006 Contoh Muka Surat Tajuk dalam Bahasa Inggeris

GIS SMART MAPPING TECHNIQUE FOR URBAN SPATIAL PATTERN ANALYSIS A CASE STUDY ON NIBONG TEBAL SUB-DISTRICT

By

Ramlah Binti Ahmad

This dissertation is submitted to UNIVERSITI SAINS MALAYSIA as partial fulfillment of requirements for the degree of

BACHELOR OF ENGINEERING (CIVIL ENGINEERING)

School of Civil Engineering, Universiti Sains Malaysia April 2005


Lampiran B Contoh Jadual Isi Kandungan KANDUNGAN MUKA SURAT PERHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN ii iii iv

SENARAI RAJAH v SENARAI JADUAL vi SENARAI LAMPIRAN BAB 1 2 10 1.2 1.3 BAB 2 OBJEKTIF KAJIAN SKOP KAJIAN 12 14 16 20 25 28 30 34 36 PENGENALAN 1.1 PERNYATAAN MASALAH vii 1

SOROTAN LITERATUR 2.1 2.2 PERCEMARAN UDARA PENGUKURAN PERCEMARAN UDARA

BAB

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 PENGENALAN LOKASI KAJIAN ATURCARA UTAMA 3.2.1 PENCERAPAN DATA

BAB BAB

4 40 5 45

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN KESIMPULAN DAN CADANGAN

RUJUKAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B CATATAN: CARTA ALIR ATURCARA UTAMA CALON BOLEH JUGA MENGGUNAKAN HURUF KECIL JIKA TAJUK B BAB DAN BAHAGIANNYA DITULIS DENGAN HURUF KECIL.

Lampiran C Contoh Senarai Rujukan (mengikut abjad)

RUJUKAN Appan, A., Alsagoff, F. and Tan, K.W., 1988. A feasibility Study on the Utilisation of Surface Runoff from a Small Paved Catchment as a Supplementary Source for Non-protable Use. Proceedings of the 6th World Water Congress, Ottawa, Vol. 1, pp172. Broms, B.B., 1984. Expander Bodies as Ground Anchors. Ground Engineering. Vol. 18, No 7, pp. 19-23. Chen, C.N. and Wong, T.S.W., 1987. Comparison of Kinematic Wave and Rational Methods for Site Drainage Design. Proceedings of Technical Session D. XXII IAHR Congress and the 4th International Conference in Urban Storm Drainage, Lausane, Switzerland, pp. 264-269. Fan, H.S.L., 1998. Microwave Landing System Impact on Runway Capacity. Journal of Transportation Engineering, American Society of Civil Engineers, Vol.114, No 5, Sept, pp.607-621. Low, B.K., 1995. Analysis of the Behaviour of Reinforced Embarkments on Weak Foundations. PhD Thesis, University of California, Berkeley. Peck, R.B., Hanson, W.E. and Thornburn, T.H., 1974. Foundation Engineering. 2nd ed, Wiley, New York. Tay, J.H., 1987. Bricks Manufactured from Sludge. Journal of Environmental Engineering. American Society of Civil Engineers, Vol. 113, No 2, pp. 278-283.

SELAMAT MAJU JAYA

Anda mungkin juga menyukai