Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengenalan Kemalangan merupakan sesuatu kejadian yang tidak dapat dijangkakan yang mengakibatkan kecederaan atau pun kerosakan harta benda. Antara faktor kemalangan adalah: o Faktor fizikal o Faktor kemanusiaan o Faktor pentadbiran Faktor Fizikal a) Persekitaran Kawasan tempat kerja yang tidak diberi perhatian seperti tidak dibersihkan, licin dan berselerak. Pencahayaan yang tidak mencukupi akan menyebabkan individu sukar untuk melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna. Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberikan kesan psikologi seperti terperanjat dan hilang tumpuan, mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran. Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan minda dan tumpuan individu kerana suasana bengkel yang sangat panas dan tidak selesa semasa membuat amali. Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh membawa akibat buruk kepada persekitaran.
b) Peralatan dan mesin Susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja. Keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai digunakan lagi. Keadaan mesin dan peralatan tangan yang tidak diselenggarakan dengan baik. Penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah. Penggunaan dan penyimpanan peralatan yang tidak teratur.
c) Sistem pendawaian Pendawaian yang telah melebihi 40 tahun adalah tidak selamat untuk diguanakan lagi. Terdapat kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus elektrik. Beban lebih had juga merupakan salah satu punca kemalangan dalam aspek sistem pendaiwaian. Pendawaian tambahan tanpa kebenaran. Pemasangan wayar yang salah iaitu memasang wayar hidup kepada punca bumi pada alatan yang digunakan. Faktor Kemanusiaan Kita tidak dapat nafikan bahawa terdapat kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kecuaian dan kesilapan manusia sendiri. a) Kecuaian Kurang memberi tumpuan kepada kerja Mengelamun atau berkhayal semasa kerja
b) Kurang pengetahuan Tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkenaan dengan kerja yang dilakukan. Tiada pengetahuan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan semasa membuat kerja. Kurang latihan untuk melakukan tugas. Bersikap tidak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan betul.
c) Tidak berdisiplin Bergurau semasa kerja Gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam bengkel Mengambil jalan pintas semasa membuat kerja
d) Keadaan mental dan fizikal manusia. Emosi, kesihatan, keletihan dan mengantuk semua ini akan
menyebabkan individu melakukan kesilapan semasa membuat amali dan secara tidak langsung akan berlaku kemalangan dan kecederaan kepada diri sendiri, rakan-rakan dan harta benda.
e) Pengulang kemalangan (accident repeater) Individu yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang peka dan cermat serta reaksi pada kesakitan yang rendah ini akan cenderung untuk melakukan kesilapan yang sama.
Faktor Pentadbiran 1. Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak dilaksanakan dengan baik. 2. Kurang atau tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakan tugas. 3. Kawalan kelas yang lemah akan menyebabkan murid-murid hilang kawalan sehingga mereka tidak mendengar arahan dan terjadinya kemalangan. 4. Tiada atau kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas dan amali. 5. Tiada prosedur kerja yang ditetapkan. 6. Tiada memberi latihan pencegahan keselamatan untuk kesedaran tentang keselamatan di dalam bengkel. 7. Sikap guru dan pentadbir sekolah yang tidak serius dalam pengurusan bengkel akan menjadikan bengkel tempat yang tidak selamat.