Anda di halaman 1dari 6

Isu-Isu Yang Terlibat Dalam Pengimplementasian Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau (GSCM) Dalam Nanoteknologi

Nik Nurul Falkiah binti Ismail dan 2Faisal bin Zulhumadi


Kolej Perniagaan, Sekolah Teknologi Maklumat dan Logistik, Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok, Kedah, Malaysia Email: 1niknurul@uum.edu.my, 2faisal@um.edu.my

ABSTRAK Nanoteknologi di Malaysia dan pengurusan rantaian bekalan di dalam industri dapat membantu dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktorfaktor yang terlibat dalam pelaksanaan GSCM dalam nenoteknologi, untuk meneroka dengan lebih lanjut berkenaan proses nanoteknologi di Malaysia, dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh organisasi dalam nanoteknologi. Di samping itu, nanoteknologi juga dapat membantu organisasi meningkatkan fungsi sesuatu produk dan dapat membuka pasaran baru untuk memasarkan produk yang lebih canggih kepada pengguna. Seterusnya, kaedah pengumpulan data adalah melalui temubual di UniMAP, Perlis dan data kualitatif dikumpul. Kata Kunci Produk nanoteknologi hijau, rantaian bekalan. 1.0 PENGENALAN Tidak dapat dinafikan bahawa dunia sekarang telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan seharian manusia. Hal ini kerana, pelbagai teknologi yang lebih canggih telah direkabentuk bagi memudahkan sesuatu kerja. Walaubagaimanapun, dengan pembangunan pada semikonduktor, komputer sekarang lebih canggih dengan penggunaan teknologi yang terhad dan mempunyai saiz yang lebih kecil. Sehingga kini, teknologi yang lebih canggih giat diaplikasikan dalam setiap industri termasuklah nanotechnology. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti apakah isu-isu yang terlibat di dalam pengimplementasian GSCM dalam nanoteknologi dan untuk menganalisis cabaran yang wujud dalam mengkomersialkan produk nanoteknologi hijau terutama untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas. 2.0 ULASAN KARYA Nanoteknologi sering dirujuk sebagai manipulasi sesuatu pada peringkat molekul atom di mana telah mengubah pandangan para saintis pada pembangunan saintifik yang akan wujud pada masa

yang akan datang. Perkataan nano diambil daripada bahasa Greek iaitu nanos yang membawa maksud kerdil, dwarf. Nanometer adalah satu billion meter atau kira-kira 75,000 kali lebih kecil berbanding dengan lebar rambut manusia. Manakala anggaran 3 hingga 6 atom boleh dipadatkan di dalam nanometer (nm), di mana bergantung kepada atom tersebut. Di samping itu, nanoteknologi merujuk kepada kegunaan sesuatu peranti yang hanya mempunyai saiz beberapa nanometer sahaja. Disiplin semulajadi nanoteknologi memerlukan saintis daripada bidang dan disiplin yang berbeza (Lenhert, 2000) yang berupaya berkomunikasi secara tepat dengan istilah maksud yang berkesan (Siepman,1999). Menurut Cingolani (2002), beliau telah mengenalpasti bidang yang berkaitan dengan pembangunan nanoteknologi termasuklah nanoelektronik, bahan, persekitaran dan tenaga, perubatan dan kesihatan, penyelidikan asas, dan angkasa lepas. 2.1 Bidang Yang Nanoteknologi Berkaitan Dengan

Nanoteknologi akan memberikan kesan pada kemunculan teknologi terkini dalam kebanyakkan sektor industri. Menurut Cingolani (2002), beliau telah mengenalpasti bidang yang berkaitan dengan pembangunan nanoteknologi termasuklah nanoelektronik, bahan, persekitaran dan tenaga, perubatan dan kesihatan, penyelidikan asas, dan angkasa lepas. 2.1.1 Bahan dan Pembuatan

Pembuatan produk mengandungi atom dan molekul. Kegunaan sesuatu produk adalah bergantung kepada bagaimana atom-atom tersebut diatur. Berdasarkan daripada peringkat molekul sekarang, kaedah pembuatan microscopic adalah lebih mudah dan tepat. Contohnya, proses yang melibatkan casting, milling and welding dan semua kaedah pembuatan secara tradisional yang lain menjadikan atom lebih baik. Berbanding pula dengan teknologi semasa, nanoteknologi mengawal struktur tersebut pada tahap molekul.

501

2.1.2

Nanoelektronik Komputer

dan

Teknologi

pelupusan yang wujud dan sumber air yang dicemari. 2.1.6 Pengesanan Pencemaran Dan Pengukuran

Nanoteknologi telah menyumbang kepada peningkatan peralatan eksponen menjadi lebih kecil, lebih cepat dan semi-konduktor yang lebih murah digunakan dalam teknologi komputer. Kapasiti yang terdapat pada cip silikon masih terus meningkat. Menurut Undang-undang Moores, kuasa atau keupayaan yang ada pada komputer yang mempunyai cip yang sama, keupayaan komputer tersebut akan bertambah dua kali ganda setiap 12-18 bulan. 2.1.3 Perubatan dan Kesihatan

Melibatkan penyakit dan masalah kesihatan yang disebabkan oleh masalah kerosakan pada peringkat molekul dan sellular. Nanobiologi merupakan bidang yang semakin pesat berkembang dengan begitu cepat. Tambahan lagi, nanobiologi telah membawa banyak perubahan pada keseluruhan industri baru terutama dalam penjagaan kesihatan, ubat-ubatan, makanan dan nutrisi, pengurusan persekitaran, sintesis kimia dan pertanian. Hal ini adalah kerana, pengenalan awal pada penyakit dan rawatan awal dapat diramal dalam penggunaan nano-bioteknologi dan pemahaman tentang sesuatu cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah kesihatan yang timbul. 2.1.4 Penerokaan dalam Bidang Angkasa Lepas

Seperti yang sedia maklum, pendedahan zarah halus dalam jangka panjang merupakan risiko yang penting di mana boleh meyebabkan kematian kanser paru-paru pada manusia. Biasanya, zarah halus yang terdapat dalam kandungan udara menunjukkan jumlah yang besar iaitu antara 100 hingga 300 nm (Johnston, 2002). Sensor yang tepat dapat membantu dalam mengesan bahan cemar yang terdapat pada peringkat molekul. Hal ini sangat penting dalam meningkatkan keupayaan kita untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar. 2.1.7 Pencegahan Pencemaran

Pencegahan pencemaran merujuk kepada pengurangan sumber dan amalan lain yang menggunakan sumber dengan cekap seperti bahan mentah, atau sumber lain untuk mengurangkan atau menyingkirkan pembaziran yang berlaku. Strategi ini termasuklah dengan menggunakan toksik dalam kuantiti yang sedikit atau memperbaharui agen dan pemprosesan bahan sebaik yang mungkin dan pembuatan produk yang lebih menekankan persekitaran hijau (Masciangioli, 2003). 2.2 Isu-Isu Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan GSCM Dalam Nanoteknologi

Bidang seterusnya yang mendapat faedah daripada pembangunan nanoteknologi adalah sistem angkasa. Keupayaan pembuatan semasa telah mengehadkan prestasi, kebolehpercayaan, dan kemampuan dalam sistem angkasa, tetapi nanoteknologi mempunyai potensi untuk menghasilkan peralatan angkasa dengan penambahbaikan dalam prestasi dan kemampuan dan pada kos yang rendah dan stabil. Seterusnya, nisbah untuk mengukur kemampuan dan berat serta kos komponen merupakan faktor yang penting untuk menilai prestasi dan tahap ekonomi pada kapal angkasa, tetapi dengan penggunaan nanoteknologi, kedua-dua parameter tersebut akan dipertingkatkan. 2.1.5 Persekitaran dan Tenaga

Menurut Putzger (1998) beliau menyatakan bahawa kriteria utama dalam pelaksanaan rantaian bekalan hijau adalah pemilihan teknologi yang betul dan bersesuaian di samping penglibatan pihak ketiga untuk pengangkutan dan pengurusan maklumat merupakan pilihan yang terbaik dibuat oleh pelaksana yang berjaya. Terdapat banyak organisasi yang gagal melaksanakan GSCM dalam nanoteknologi kerana mereka gagal memenuhi syarat perjanjian yang telah ditetapkan (Bowman, 1997). Menurut (Green et al. 1997), pengurusan rantai bekalan hijau GSCM melibatkan inovasi dalam pengurusan rantaian bekalan sesebuah organisasi dengan industri pembelian. Manakala, amalan pengurusan rantaian bekalan hijau mengandungi empat dimensi utama iaitu pengurusan persekitaran dalaman, pengurusan persekitaran luaran, pemulihan pelaburan, dan rekabentuk eko, (Zhu & Sarkis, 2004).

Nanoteknologi mempunyai potensi dan berkeupayaan untuk mengenalpasti kesan daripada masalah persekitaran melalui pemahaman dan kawalan pelepasan daripada pelbagai jenis sumber, pembangunan teknologi hijau baru yang meminimumkan pengeluaran yang tidak diingini daripada sesuatu produk, dan pemulihan tapak

502

2.2.1

Regulasi Antarabangsa

Isu regulasi nanoteknologi yang wujud adalah berbeza bagi sesebuah negara tetapi tidak terdapat regulasi yang khusus bagi negara yang terlibat di dalam pengimplementasian GSCM walaupun terdapat pendekatan yanng berbeza berdasarkan produk untuk digunakan di dalam negara tersebut. Contohnya, negara Kanada telah memperkenalkan rancangan laporan keselamatan untuk syarikat yang mengeluarkan atau membekalkan bahan-bahan nano telah menjadi negara pertama yang melakukan pendekatan sedemikian. Walaubagaimanapun, tahap keberkesanan rancangan tersebut masih lagi tidak dapat dikenalpasti. European commission (EC) iaitu Agen Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) dan Jabatan Persekitaran, Peternakan, dan Perusahaan Pedalaman (Defra) sebelum ini telah melancarkan program mereka sendiri untuk mengumpul maklumat berkenaan bahan-bahan nano. Maklumat yang diperolehi termasuklah gaya permintaan daripada industri dan program secara sukarela yang melibatkan penyediaan maklumat kepada pengeluar dan pengguna tentang jenis bahan yang dihasilkan, kuantiti bahan, dan bagaimana bahan tersebut digunakan tanpa melibatkan pencemaran alam sekitar 2.2.2 Kod untuk Penyelidikan Pengkomersialan dan

adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang terlibat di dalam pelaksanaan GSCM dalam nanoteknologi termasuklah potensi yang boleh membawa faedah terhadap nanoteknologi atau memberikan kesan negatif kepada persekitaran. Tambahan lagi, melalui penyelidikan tersebut, organisasi dapat meningkatkan penemuan tentang tanggapan awam dan dapat memastikan ketidakpastian yang mungkin wujud seperti risiko persekitaran dan kesihatan yang melibatkan pengeluar bahan-bahan nano dapat dikemaskini. Contohnya, penyelidikan terhadap pembangunan produk hijau di mana wujudnya ketidakpastian pasaran untuk mengkomersialkan produk hijau tersebut. 2.2.4 Pengukuran dan Keseragaman

Pada November 2008, Pertubuhan Industri Nanoteknologi (NIA) telah mengadakan program khusus dalam mengenalpasti kesan teknikal pelaksanaan GSCM pada ekonomi dan sosial yang berkaitan dengan nanoteknologi. Salah sebuah syarikat yang terlibat dalam program tersebut adalah SME. Melalui program tersebut, terdapat tujuh prinsip utama yang telah dibangunkan iaitu: i. ii. iii. iv. Keupayaan pengurusan Penglibatan pemegang saham Keselamatan dan kesihatan pekerja Keselamatan, kesihatan awam, dan risiko persekitaran

Keseragaman pengukuran untuk menilai prestasi yang melaksanakan GSCM adalah sangat penting terutama untuk mengukur ketepatan dimensi bahan-nano bagi mengelakkan pencemaran dan pembaziran sumber. Penyelidikan dimensi-nano pada produk dan perkhidmatan lebih fokus kepada ujian bahan pada skala-nano dan pembangunan teknik pengukuran mestilah diwujudkan. Negara seperti United Kingdom (UK) telah membangunkan kemudahan modal iaitu kemudahan Nanometrology (CEMMNT) yang mencadangkan pengukuran, ciri-ciri, analisis, dan perkhidmatan sistem kejuruteraan dengan menyediakan penyelesaian R&D untuk pelaksanaan GSCM yang akan dibangunkan. 2.2.5 Keselamatan dan Kesihatan

Seterusnya, kod-kod tersebut telah direkabentuk untuk disesuaikan oleh organisasi yang terlibat dalam penyelidikan persekitaran , pembangunan, pembuatan, pengedaran, pelupusan, dan kitar semula produk dengan menggunakan teknologinano. 2.2.3 Tanggapan Awam

Manusia sering sahaja terdedah kepada penggunaan partikel-nano (nanoparticles) untuk millennia, termasuklah anthropogenic nanoparticles di mana mampu bertidak balas dengan membangunkan mekanisma untuk memastikan tiada kerosakan yang memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Walaubagaimanapun, manusia lebih sensitif kepada penggunaan partikelnano ini berbanding yang lain kerana penggunaan yang melibatkan bahan kimia dan fizik ini mungkin akan meningkatkan risiko keselamatan dan kesihatan pengguna. Terdapat tiga penilaian risiko yang utama pada tubuh manusia yang perlu dikenalpasti iaitu penyedutan, pengambilan sesuatu sebagai makanan, dan penembusan kulit di dalam penggunaan nanoparticles mahupun nanofibres. Selain itu, contoh utama negara yang terlibat di dalam usaha sama penyelidikan dan program tentang pengukuran bahan-nano yang merbahaya dan risiko penilaian adalah melibatkan usaha sama negara Eropah. Terdapat dua projek utama yang ditubuhkan untuk menyokong tujuan tersebut iaitu

Salah satu contoh penyelidikan yang terlibat adalah nanojury di mana diwujudkan untuk mengetahui tanggapan umum tentang bidang nanoteknologi. Tujuan utama penyelidikan tersebut dijalankan

503

2.3.3 2.3 Cabaran yang Terlibat dalam pelaksanaan GSCM pada Produk Nanoteknologi Hijau

Kekurangan Pengalaman

Penggunaan teknologi semasa adalah meliputi bidang pembuatan, bahan, pengeluaran bahan kimia dan pengkomputeran. Contohnya, industri makanan seperti Kraft Food dan Nestle sudah mula berminat dalam melakukan penyelidikan nanoteknologi terutama dalam pembungkusan, keselamatan makanan, dan pemprosesan yang terlibat. Terdapat beberapa cabaran dalam mengkomersialkan produk nanoteknologi hijau termasuklah: 2.3.1 Kekurangan Garis Panduan Tentang Rekabentuk Penyelidikan akademik yang dilakukan sebagai sintesis baru di dalam bahan-nano hijau boleh memberikan kesan melalui pembangunan dan pengkomersialan proses tersebut, tetapi kebanyakkan penyelidik tidak sedar dan berhatihati dengan kesan negatif yang mungkin timbul. Keperluan garis panduan yang betul tentang jenis bahan dan proses yang terlibat akan dapat membantu sesebuah organisasi dan penyelidik meminimumkan kesan kesihatan dan keselamatan pengguna. Selari dengan keperluan tersebut, biasanya masalah ini wujud pada permulaan fasa pembangunan walaupun kesan tersebut melibatkan rantaian bekalan (Schuster & Remsey et al., 2009). 2.3.2 Kekurangan Teknik Pengeluaran

Tidak dapat dinafikan bahawa saintis dan jurutera yang terlibat di dalam pembangunan GSCM dalam produk nanoteknologi masih kekurangan pengalaman yang mendalam terutama dalam membangunkan produk hijau Edquist (2005). Hal ini kerana, produk nanoteknologi hijau masih lagi baru diperkenalkan di negara kita dan sangat bersaing dengan produk komersial dari luar negara. Dalam kaedah pengeluaran, penyelidik dan jurutera yang terlibat bagi sesebuah organisasi tidak mempunyai pengalaman yang mendalam tentang cabaran teknikal yang khusus di mana terpaksa dihadapi oleh mereka dalam memperkenalkan dan mengkomersialkan produk nanoteknologi hijau. Bagi menangani masalah tersebut, usaha sama yang erat di antara industri dan akademik sangat diperlukan untuk membantu melatih industri kimia dan jurutera yang berpengalaman dalam teknologi baru dan proses untuk melaksanakan GSCM terhadap produk nanoteknologi hijau yang lebih mesra alam sekitar di mana dapat meninggalkan kesan yang positif bagi industri kecil dan besar di negara kita. 2.3.4 Analisis pada Toksik dan Protokol

Apabila wujudnya masalah seperti kekurangan teknik pengeluaran, secara tidak langsung akan meningkatkan keperluan untuk penyelidikan asas, penyelidikan kejuruteraan, dan penggabungan antara industri dan penyelidikan komuniti tentang kepentingan pelaksanaan GSCM dalam nanoteknologi Tushman dan Anderson (1986). Seterusnya, pengeluaran produk hijau pada skala komersial memerlukan kaedah keseluruhan yang baru. Tambahan lagi, pengeluaran produk hijau adalah lebih mahal, lebih sukar, dan wujud ketidakpastian untuk menukarkan teknologi baru pada fasa makmal dan kepada pengeluaran. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, penglibatan daripada industri dan akademik sangat diperlukan dalam bidang kimia, proses kejuruteraan, dan sains bahan untuk membangunkan teknik baru yang sangat berguna dalam meningkatkan lagi usaha pelaksanaan GSCM dalam produk nanoteknologi. Selain itu, komunikasai di antara kedua-dua pihak yang terlibat juga sangat penting dalam menentukan keberhasilan teknik yang akan dibangunkan.

Menurut Bilker, Hughes, dan Pinch (1987), nanoteknologi hijau memerlukan teknik analitikal yang baru dan protokol toksik untuk meningkatkan kefahaman yang menyeluruh tentang kesan daripada penggunaan produk nanoteknologi hijau kepada manusia dan persekitaran. Bidang ini memerlukan keseimbangan pada tugasan yang dilakukan dengan mencari langkah yang paling sesuai untuk menganalisis teknologi baru dengan lebih cekap dan untuk membangunkan kefahaman tentang perbezaan bagi setiap bahan-nano dan perkaitannya dengan kesan alam sekitar dengan menyediakan panduan kepada pembuatan supaya mereka dapat menghasilkan produk nanoteknologi hijau yang pelbagai tetapi memberikan kesan yang paling minimum terhadap persekitaran. Tambahan lagi, rekabentuk hijau perlulah ditekankan oleh organisasi di peringkat awal pembangunan produk. 3.0 METODOLOGI Kaedah pengumpulan data adalah satu kaedah yang bersistematik dalam memperolehi maklumat atau data yang diperlukan serta digunakan di dalam pelbagai bidang kajian. Data boleh diklasifikasikan kepada data sekunder dan juga data utama. Seterusnya, data sekunder pula terbahagi kepada dua iaitu dalaman dan luaran. Oleh yang demikian, kajian ini hanya menggunakan data-data utama yang diperolehi dari segi kualitatif sahaja.

504

Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini iaitu temubual dan pemerhatian. 3.1 Temubual

Penyusunan data

Menurut Patton (1990), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga jenis teknik temubual yang terlibat iaitu temubual secara formal, temubual secara tidak formal dan temubual secara terbuka. Temubual adalah merupakan salah satu cara yang dilakukan secara langsung untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan daripada responden yang ditemubual. Melalui proses ini, penyelidik boleh mendapatkan pandangan serta nasihat melalui pengalaman responden. 3.2 Pemerhatian

Data analisis
Rajah 3.3: Kaedah Pengumpulan Data

4.0 PERBINCANGAN Melalui kajian yang dijalankan oleh penyelidik, kerjasama yang erat di antara pihak Unimap diharap dapat membantu penyelidik mengenalpasti isu dan cabaran yang terlibat di dalam pelaksanaan GSCM dalam nanoteknologi. Seterusnya, penyelidik berharap maklumat yang diperolehi daripada temubual adalah mencukupi dan dapat membantu dalam pengutipan data yang seterusnya supaya kajian ini dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, tujuk ajar daripada Unimap juga amat diharapkan bagi berkongsi maklumat yang tepat untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin dan berharap kajian ini dapat mencadangkan alternatif yang terbaik terhadap pelaksanaan GSCM dalam nanoteknologi. 5.0 KESIMPULAN Semua faktor-faktor yang terlibat di dalam pelaksanaan GSCM dalam nanoteknologi mestilah dikenalpasti dan analisis yang lebih mendalam perlulah dilakukan. Seterusnya, kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam membangunkan produk nanoteknologi bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Melalui nanoteknologi, negara kita dapat bersaing dengan negara yang maju dan secara tidak langsung penyelidik dapat berkongsi idea dan maklumat yang penting untuk meningkatkan kualiti produk nanoteknologi yang dihasilkan. Selain itu, rumusan yang dibuat perlu dinilai semula supaya objektif utama kajian dapat dicapai. Jadi, cadangan kajian yang berkaitan dengan isu dan cabaran dalam pelaksanaan GSCM dalam nanoteknologi juga disediakan. Terdapat beberapa pilihan yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuklah pembangunan pada teknologi, sokongan langsung dan tidak langsung, pembangunan infrastruktur dan pembangunan tenaga kerja. 6.0 RUJUKAN Cingolani, R. (2002). Nanotechnology Revolutionary Opportunities and Societal Implications. European Commission. C. Edquist, Systems of Innovation (2005). Perspectives and Challenges, in: J.

Pengumpulan data secara pemerhatian atau juga dikenali sebagai tinjauan pula sering digunakan dalam pengutipan data sekiranya kajian yang dilakukan adalah menekankan kepada perlakuan orang atau sesuatu peristiwa. Pemerhatian atau tinjauan di kawasan kajian adalah untuk melihat sendiri dan mengkaji tentang pengendalian dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan berkaitan dengan pengurusan rantaian bekalan hijau dalam nanoteknologi. 3.3 Latar Belakang Unimap

Unimap mempunyai sebuah Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) di mana ditubuhkan sebagai pusat inovasi, penyelidikan dan kepakaran di Malaysia. INEE menekankan aktiviti penyelidikan dalam kejuruteraan nano elektrik di mana fokus pada nano biocip, peranti memori, dan peranti nano fotonik. Peranan utama INEE adalah untuk membangunkan dan mewujudkan kerja berpasukan dan disiplin dalam penyelidikan di antara saintis dan teknologi. Rajah 3.3 menunjukkan kaedah pengumpulan data adalah seperti berikut Pengumpulan data

Data utama

Data sekunder

Temubual, pemerhatian dan dokumentasi

Buku rujukan, jurnal, tesis, majalah, akhbar dan laman web

505

Fagerberg, R.R. Nelson, D.C. Mowery (Eds.), The Oxford Handbook of Innovation, Oxford University Press, Oxford, UK, 2005: pp. 181 208.

D.

Archibugi, C. Pietrobelli, (2003). The globalization of technology and its implications for developing countries: Windows of opportunity or further burden?, Technological Forecasting & Social Change. 70 (2003) 861-883.

506

Anda mungkin juga menyukai