Anda di halaman 1dari 5

Penggunaan Nanoteknologi dalam Produk: Pengetahuan Pelajar Pengurusan Teknologi UUM Mengenai Produk yang Menggunakan Nanoteknologi

Naziah binti Abd. Ghafur dan 2Faisal Zulhumadi

Sekolah Pengurusan Teknologi dan Logistik, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok, Kedah, Malaysia Email: 1naziahabdghafur@gmail.com, 2faisal@uum.edu.my ABSTRAK Kebanyakan produk yang dihasilkan kini adalah produk yang menggunakan dan berasaskan nanoteknologi.Produk yang dihasilkan menggunakan nanoteknologi bukan hanya tertumpu kepada produk kosmetik malah semakin popular digunakan dalam pelbagai jenis produk.Penggunaan nanoteknologi kini semakin meluas dalam produk seperti produk makanan, farmaseutikal dan juga asas tani.Kajian-kajian dijalankan mengenai produk berasaskan nanoteknologi dan penemuan daripada kajian mendapati bahawa produk yang menggunakan nanoteknologi mempunyai kebaikan dan kelebihan yang tersendiri.Produk-produk yang dihasilkan berasaskan nanoteknologi amat berpotensi digunakan bagi mengubah atau memperbaiki ciriciri produk dalam pelbagai aplikasi. Kata Kunci Produk nanoteknologi, produk kosmetik, jenis produk, kebaikan produk, pembaikan produk . perkhidmatan misalnya dalam proses rawatan air, dalam usaha menangani masalah-masalah berkaitan alam sekitar dan juga dalam industri makanan (Saifollah Abdullah & Mohamad Rusop, 2009). Meskipun nanoteknologi memainkan peranan dan tanggungjawab yang besar dalam industri kini, namun hakikatnya pengetahuan tentang nanoteknologi masih kurang dikalangan masyarakat kita.Oleh itu, perkongsian dan penyebaran maklumat mengenai nanoteknologi ini harus dilakukan kepada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.Menurut pemerhatian para pengkaji, penggunaan nanoteknologi ini dikatakan mampu menyelesaikan masalah global yang acapkali timbul sejak kebelakangan ini. Ini adalah merujuk kepada tepada teknologi itu sendiri di mana nanoteknologi merupakan satu teknologi yang berlandaskan faktor saiz iaitu pada ukuran nanometer atau teknologi pada tahap molekul atau setara dengan 50,000 lebih kecil daripada saiz rambut manusia, dan teknologi ini dilihat dapat membantu dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu produk itu (Saifollah Abdullah & Mohamad Rusop, 2009). Namun, permasalahan timbul kerana kesedaran dan penghayatan mengenai nanoteknologi memakan masa kerana nanoteknologi diklasifikasikan sebagai satu pelayaran saintifik untuk masa hadapan.Sejak sedekad yang lalu, nanoteknologi telah menjadi satu teknologi strategik dan pelbagai kajian telah dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan dan impaknya. Kajian ini akan dijalankan ke atas mahasiswa dan mahasiswi universiti bagi mengenalpasti sejauh mana kesedaran mereka tentang penggunaan nanoteknologi dalam produk disedari oleh pengguna khususnya golongan berpendidikan iaitu dikalangan mahasiswa dan mahasiswi. Selain itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan antara jenis produk yang menggunakan nanoteknologi dan bagi mengenalpasti produk yang paling banyak menggunakan teknologi strategik ini, iaitu nanoteknologi

1.0 PENGENALAN
Nano merupakan perkataan yang berasal dari perkataan Greek yang membawa makna kerdil atau tersangat kecil (Hazlan, 2010).Nanoteknologi merupakan suatu perkataan yang dianggap masih baru di Malaysia walaupun teknologi ini telah diperkenalkan sejak awal tahun 1990-an dan idea mengenai nanoteknologi telah diutarakan lebih 50 tahun yang lalu, oleh seorang saintis, Richard P. Feynman. Ia merupakan sebuah kajian pada tahap atom iaitu pada ukuran satu per bilion meter (Saifollah Abdullah & Mohamad Rusop, 2009). Penggunaan nanoteknologi mempunyai permintaan yang tinggi dalam bidang-bidang tertentu sepertinanoteknologi untuk kegunaan pertanian, nanoteknologiberasaskan hasil pertanian kita sendiri, nanoteknologi berasaskan herba bagi kegunaan makanan, minuman, kosmetik dan farmaseutikal (Saifollah Abdullah & Mohamad Rusop, 2009). Selain itu juga, nanoteknologi ini amat berpotensi untuk digunakan dalam bidang

125

2.0 ULASAN KESUSASTERAAN


Penggunaan nanoteknologi dalam produk ialah perbuatan menggunakan sesuatu barang yang menggunakan barang yang mempunyai jirim-jirim yang bersaiz kecil.Manakala pengetahuan pelajar pengurusan teknologi UUM mengenai produk yang menggunakan nanoteknologi boleh disimpulkan sebagai pengalaman yang dimiliki hasil daripada produk yang berteraskan nanoteknologi mengikut pandangan mahasiswa dan mahasiswi yang mempelajari bidang yang berkaitan dengan hal mengurus aktiviti dan kajian yang berlandaskan serta berpandukan sains. Nanoteknologi atau nanosains adalah ilmu pengetahuan dan teknologi pada skala nanometer atau seperbilionmeter.Nanoteknologi merupakan suatu teknologi yang dhasilkan dari kelebihan sifatsifat molekul atau struktur atom apabila berukuran nanometer (Mario e. Poli, 2006).Nanoteknologi merupakan ilmu satu sains yang unik pada skala nano (1-100 nm) muncul daripada paduan semua ilmu sains kimia, fizik dan biologi.Nano berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud 'kerdil'.Dengan lebih tepat, satu nano ialah saiz yang sangat kecil iaitu satu per bilion meter.Mengikut ukuran, satu nanometer ialah 0.000000001 meter (Halimaton Hamdan, 2011). Teknologi Nano adalah pembuatan dan penggunaan bahan pada ukuran sangat kecil.Bahan ini berada pada ukuran 1 hingga 100 nanometer. Satu nanometer sama dengan satu per milion meter (0,000000001 m). Yang bererti 50.000 lebih kecil dari ukuran rambut manusia. Para pakar sains menyebut ukuran 1 hingga 100 nm ini sebagai skala nano (nanoscale), dan material yang berada pada ukiran ini disebut sebagai kristal-nano (nanocrystals) material nano (nanomaterials) (Hadi Santa, 2010).Nanoteknologi diberi definisi sebagai bidang kajian dan penghasilan alat atau perkakas bersaiz nanometer iaitu satu perbilion meter (Utusan Malaysia, 2008). 2.1 Sejarah Nanoteknologi Pada asalnya, teknologi yang menggunakan konsep nanometer ini tidak digelar nanoteknologi. Tetapi, istilah "nanoteknologi" telah ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, seorang Profesor di Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi',". Beliau menyatakan seperti berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul" (Wikipedia, 2011). Namun, pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini kemudiannya diperiksa

dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau mempromosikan pengertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, "Enjinenjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang" (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan "Sistem-sistem Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan" (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and Computation, ISBN 0-47157518-6) dan disebabkan oleh kajian beliau, istilah itu mempunyai maksud sendiri kini (Wikipedia, 2011). Dengan kewujudan nanoteknologi ini juga dikatakan bahawa pelbagai masalah yang sering timbul pada era kini akan dapat diatasi hasil daripada penggunaan nanoteknologi. Ini adalah kerana nanoteknologi ini sesuai digunakan dalam pelbagai bidang dan tidak terhad dalam sesuatu industri.Kini, pelbagai produk dan juga perkhidmatan berteraskan nanoteknologi dapat kita lihat dalam pasaran. Program NanoMalaysia juga telah dicadangkan oleh Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan (NND) untuk menjadikan pembangunan nanoteknologi sebagai satu landasan bagi aktiviti penyelidikan sains dan teknologi yang menghasilkan produk dan perkhidmatan yang inovatif dan berpotensi untuk dipasarkan (Laupa Junus, 2011). 2.2 Kajian Nanoteknologi Menurut Laupa Junus (2011), ketika ini penyelidikan dan pembangunan berkaitan nanoteknologi di MIMOS yang ada termasuk pembangunan top downdan bottom down nano pembuatan, nanomaterial dan kemudahan ujian nano peralatan. Selain itu, MIMOS juga memfokuskan kepada program simulasi nanopencirian dan menghasilkan model matematik bagi nano pembuatan, nanomaterial dan nano peralatan (Laupa Junus, 2011).Ini adalah hasil dari kerjasama antara MIMOS dan NND.Sejak penubuhannya pada 2004 beliau berkata, setakat ini antara produk inovasi yang berjaya dihasilkan ialah pelbagai nanopartikel, nano tiub, nanowayar dan nanokomposit (Laupa Junus, 2011). Menurut Saifullah Abdullah dan Mohamad Rusop (2010), Para penyelidik dari Institut Sains, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara misalnya telah berjaya menghasilkan tiub karbon bersaiz nano atau lebih dikenali sebagai CNTs (Carbon NanoTube) dari bahan buangan hasil pertanian. Kebiasaannya, tiub jenis ini dihasilkan menggunakan bahan berasaskan hidrokarbon.Mereka juga mendapati bahawa bahan nano ini amat berpotensi digunakan dalam pelbagai kegunaan dari perkakasan kegunaan harian

126

sehinggalah kepada teknologi tinggi seperti penapis udara dan air, peranti elektronik dan optoelektronik, sumber tenaga dan penyimpan tenaga dan lain-lain lagi.

Selain itu, nanoteknologi juga diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti kimia dan lingkungan kedoktoran (nanoteknologi biomedik, nanobioteknologi, dan nanomedicine, informasi dan komunikasi (nanoRam), pembinaan, tekstil, optik dan lain-lain. Sistem rawatan air menggunakan penapis saputnano memberi kualiti air yang sangat baik, bebas bakteria dan zarah halus dengan kecekapan tinggi, akan membantu mengurangkan kos rawatan air. Ia akan membantu rakyat dari negara miskin menikmati kemudahan asas ini lebih murah dan terjamin kebersihannya. Penjagaan kesihatan juga dapat dipertingkatkan bagi penduduk dunia dengan penghasilan pelbagai makanan kesihatan berasaskan nanoteknologi selain rawatan perubatan berteknologi-nano dan produk farmaseutikal berteknologi-nano (Saifollah Abdullah & Mohamad Rusop, 2009). Menurut Sam, W. (2011), dari perkembangan teknologi ini, orang ramai boleh menikmati faedah seperti komputer yang lebih berkuasa dan ruang penyimpanan data yang lebih besar, analisis yang cepat dengan kuantiti sampel yang kecil, penemuan baru dalam dianogsis perubatan, rawatan dan penyaluran ubat ke destinasi yang tertentu dalam badan, menghasilkan industri yang cekap tenaga, bahan yang 100 kali lebih bertahan, teknologi baru untuk penghasilan tenaga dan perubahan tenaga (sel bahan api dan fotovoltik), super konduktor untuk tujuan kecekapan tenaga, dan nanorobot untuk tujuan pembedahan yang lebih terperinci.

Rajah 1 : Kesan penggunaan nanoteknologi (Aguspur, 2007).

2.3 Kebaikan Nanoteknologi Nanoteknologi ini mampu merentasi semua bidang sama ada perubatan sehinggalah kecantikan.Antara produk nano yang telah dikomersilkan ialah bahan berstruktur nano logam, polimer dan seramik, mangkin, fabrik kalis kotoran, bahan pengadang matahari, bahan pengikat gigi, dakwat bercetak resolusi tinggi, paparan kamera digital, televisyen paparan rata dan cakera keras komputermuatan tinggi (Halimaton Hamdan, 2009). Selain itu, Halimaton Hamdan (2009) turut menyatakan bahawa nanoteknologi diramalkankan mampu membaikpulih molekul dalam badan manusia, memusnahkan sel kanser yang mula tumbuh, membuang toksin dalam badan dan melambatkan proses penuaan sel manusia. Segalanya menjadi tidak mustahil dengan penggunaan nanoteknologi kerana mesin mahupun robot-robot kecil mampu dibina hasil daripada penggunaan skala nano.Teknologi yang canggih ini mampu membantu memudahkan sesuatu pembedahan dilaksanakan.Contohnya, dalam satu penyelidikan saintis telah berjaya mencipta kenderaan kecil yang boleh merentasi dari darah ke dalam otak untuk menghantar bahan kimia yang memusnahkan tumor secara berkesan (Halimaton Hamdan, 2009). Nanoteknologi turut digunakan dalam bidang pertanian. Dengan adanya nano teknologi dalam pertanian ianya akan dapat meningkatkan produktiviti pertanian, kualiti produk, penerimaan pelanggan dan kecekapan penggunaan sumber daya. Kesannya, ini akan dapat membantu dalam mengurangkan pembiayaan dalam kos pertanian, meningkatkan nilai produksi dan sekaligus meningkatkan pendapatan pertanian. Ini juga akan menyebabkan peningkatan kualiti sumber daya alam dalam sistem penghasilan produk pertanian.

3.0 METODOLOGI
Nanoteknologi telah mula diaplikasikan oleh syarikat-syarikat dalam Malaysia tetapi pengetahuan, maklumat, kepekaan dan kefahaman mereka tentang nanoteknologi masih menjadi tanda tanya. Sejauh mana nanoteknologi diterima oleh masyarakat setelah sekian lama produk-produk yang berteraskan nanoteknologi dihasilkan dan dipasarkan. Kajian akan dijalankan dalam bentuk soal selidik. Sebanyak 200 soal selidik akan diagihkan kepada pelajar-pelajar Pengurusan Teknologi. Kajian ini adalah bertujuan bagi memperoleh jawapan bagi persoalan yang berkaitan dengan pengetahuan berkaitan nanoteknologi khususnya bagi mahasiswa dan mahasiswi jurusan pengurusan teknologi di Universiti Utara Malaysia (UUM). Dalam usaha mendapatkan maklumat, teknik kuantitatif sangat sesuai digunakan bagi memudahkan proses pemprosesan data yang dikumpul daripada responden bagi kajian. Data-data yang dikumpulkan akan diproses menggunakan Statistical Package for Social Studies (SPSS) bagi

127

memudahkan data difahami. Rumusan akan dilakukan terhadap keputusan yang diperoleh hasil daripada soal selidik yang dijalankan. Kajian ini adalah merujuk kepada perkembangan penggunaan nanoteknologi dalam pelbagai bidang dan industri di negara ini.Penggunaan nanoteknologi bukan sahaja dalam penghasilan produk malah turut digunakan dalam sektor perkhidmatan.Seharusnya para pengguna peka dan menyedari kehadiran teknologi baru ini dan impaknya ke atas produk yang mereka gunakan. Kebanyakan produk masa kini banyak yang dihasilkan menggunakan nanoteknologi tanpa mengira sektor.Antara bidang yang menggunakan nanoteknologi ialah bidang medik dan pengubatan, farmaseutikal, komputer, kosmetik dan pelbagai cabang lagi.Pelbagai produk yang menggunakan nanoteknologi di dalamnya dapat dilihat.Zarahzarah yang kecil itu mampu dilihat dan dirakamkan dengan adanya teknologi yang mempunyai pelbagai kelebihan.

Rajah 4: Nanoteknologi yang digunakan dalam bidang kesihatan.

4.0 PERBINCANGAN
Impak yang besar dapat dilihat hasil daripada kemunculan teknologi strategik ini.Impak yang paling mudah untuk dijadikan perbandingan ialah komputer yang dapat kita saksikan evolusinya.Daripada hanya sebagai komputer elektrik, kini ianya dijadikan sebagai komputer mudah alih (peribadi). Kesan tersebut adalah kesan yang sangat besar pada pandangan kita, namun kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauh mana kesedaran masyarakat mengenai produk yang tidak berasaskan elektronik yang turut menggunakan nanoteknologi dalam proses penghasilan dan rekaan produk tersebut. Selain daripada contoh di atas, nanoteknologi dan konsepnya turut diapikasikan dalam bidang-bidang lain seperti dalam menyelesaikan masalah pencemaran dalam tanah (Mohd Raihan Taha, Lim, S. Y. & Zamri Chik, 2008). Ia turut digunakan dalam bidang perubatan, makanan, kecantikan dan sebagainya. Sebenarnya, nanoteknologi amat berkait rapat dengan kehidupan manusia pada masa kini. Namun, sejauh mana mereka peka terhadap perubahan dan kehadiran nanoteknologi dalam produk yang digunakan masih menjadi tanda tanya.

Rajah 2: Fokus industri yang menggunakan nanoteknologi

5.0 KESIMPULAN
Kajian ini akan dilaksanakan dalam bentuk soal selidik dan akan diberikan kepada mahasiswa dan mahasiswi jurusan pengurusan teknologi Universiti Utara Malaysia kerana mereka adalah golongan yang terlibat secara langusung dengan teknologi. Seharusnya kesedaran yang tinggi dimiliki oleh kelompok siswazah ini.Jika kefahaman dan maklumat tentang nanoteknologi masih tidak sampai kepada mereka secara logiknya maklumat dan kefahaman masih tidak sampai kepada masyarakat kita.Kesedaran tentang kehadiran teknologi baru ini adalah tidak mendatangkan impak secara berkesan sehingga kehadirannya tidak mampu menyedarkan pengguna dan tidak dirasai kebaikannya.

Rajah 3: Perubahan dari teknologi makro kepada mikro dan nano.

128

Tindakan susulan harus dilakukan dan perlu dilakukan segera agar teknologi baru ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dan pengguna mengetahui kesan dan kebaikannya. Kelewatan dalam menyedari sesuatu teknologi baru akan menjadikan kita tercicir jauh dari arus perkembangan teknologi yang kian pesat. Sebagai negara membangun, kita seharusnya memacu dengan lebih pantas agar dapat bersaing di dunia globalisasi ini setaraf dengan negara-negara maju.

Penyelidik Nanoteknologi di Universiti Teknologi Mara. Saifollah Abdullah & Mohamad Rusop. (2009). Majalah Sains. Com: Meningkatkan Penggunaan Nanoteknologi , Pensyarah dan penyelidik di UiTM Shah Alam. Utusan Malaysia. (2008). Merintis pembangunan teknologi biosensor. MOSTI. Dilayari pada 6 November 2011, daripada http://www.biotek.gov.my/index. php?option=com_papercutting&id=1419& view=show Wikipedia. (2011). Nanoteknologi. Dilayari pada 6 November 2011, daripada http://ms.wikipedia.org /wiki/Nanoteknologi

6.0 PETIKAN DAN RUJUKAN


Hazlan (2010). Sains dan Teknologi: Apa itu Nanoteknologi Hadi Santa. (2010). Nanoteknologi, teknologi masa depan. Kompasiana. Dilayari pada 6 November 2011, daripada http://teknologi.kompasiana.com/terapan/2 010/11/29/nanoteknologi-teknologi-masadepan/ Halimaton Hamdan. (2011). Nanoteknologi: Teknologi seni berimpak besar. Utusan Online. Dilayari pada 6 November 2011, daripada http://www.utusan. com.my/utusan/info.asp?y=2 011&dt=0613&pub=utusan_malaysia&sec =Sains_%26_Teknologi&pg=st_03.htm&a rc=hive Laupa Junus. (2011). MIMOS di landasan tepat bangunkan nanoteknologi. Utusan Malaysia Online. Dilayari pada 6 November 2011, daripada http://www.utusan.com.my /utusan/info.asp?y=2011&dt=1121&pub= Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Tekno logi&pg=st_01.htm Mario e. Poli. (2006). Teknologi masa depan nanoteknologi [Versi elektronik]. Mohd Raihan Taha, Lim, S. Y. & Zamri Chik. (2009). Ciri-ciri asas beberapa tanah yang dikisar [Versi Elektronik]. Jurnal Kejuruteraan, 21, 1-10. Sam, W. (2011). Nanoteknologi dengan pengguna. Konsumer Kini. Dilayari pada 8 November 2011, daripada http://www.konsumerkini.net.my/v1/index .php/berita-terkini/isu-umum/647nanoteknologi-dengan-pengguna Saifollah Abdullah & Mohamad Rusop. (2008). Utusan Malaysia: Nanoteknologi melampaui kesediaan pengguna,

129

Anda mungkin juga menyukai