NAMA AHLI KUMPULAN : ANG WEI KAI GOH HUI SWEN LAW CHII CHIN LIM KAH JO TAN BEE KIANG WONG YIK YAN
JALINAN
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Terdapat 2 jenis jalinan iaitu: a- Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto. b- Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
JALINAN SENTUH
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
JALINAN SENTUH
Kulit kerang
Anyaman penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
Tenunan jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
Sulaman semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.
Kolaj merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain
JALINAN TAMPAK
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
JALINAN TAMPAK
Kertas dinding
Kulit tembikai
Capan
Kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.
Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagianbahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki.
Pualaman menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
Batik Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
Batik blok
batik canting
Lukisan dan catan menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan.
FUNGSI JALINAN
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
2. Menahan Geseran
tayar kereta
tapak kasut
3. Sebagai hiasan
Corak pakaian
jala ikan
Jenisjenis ruang
terbuka
tertutup
PERHUBUNGAN RUANG DAN BENTUK - ruang dapat mempengaruhi saiz dan warna pada jarak tertentu. -nilai warna akan berubah mengikut jarak ruang
Perspektif ialah perubahan saiz, jarak dan warna objek dilihat dari jarak jauh Garisan grid digunakan dalam lukisan untuk menimbulkan ilusi 3D melalui 2 cara iaitu -perspektif satu titik lenyap -perspektif dua titik lenyap
Warna adalah tindak balasn cahaya ke atas permukaan atau objek di dalam sekeliling. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
Warna Asas Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna Sekunder * campuran dua warna asas * warna hijau, ungu dan jingga
Warna Tertier Warna tertier terhasil daripada campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder
Warna Neutral Warna neutral ialah warna yang tidak tergolong dalam warna asas, sekunder dan tertier iaitu warna hitam dan putih serta campuran kedua-keduanya.
NILAI WARNA Ton warna -ton warna ialah nilai kecerahan dan kegelapan
sesuatu warna. -Diperolehi melalui campuran warna asal dengan warna hitam atau putih. - Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam.
Antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah: Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.
Warna Harmoni / Warna Sekeluarga -ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah menyebelah dalam roda warna. -mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama
Warna penggenap / Bertentangan -ialah sekumpulan warna yang terletak bertentangan dalam roda warna.
SUHU WARNA -Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau sejuk -Ada 2 jenis suhu warna: * warna panas - kelihatan garang * warna sejuk - kelihatan tenang dan redup
warna panas
-warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi -warna yang berupaya memberi kesan terang dan garang
warna sejuk
-warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah -warna yang berupaya memberi kesan redup, tenang dan damai serta sejuk mata memandang.
Warna Bertindak
-warna bertindak ialah warna yang akan menimbulkan kesan pantulan warna yang berbeza apabila bertemu dengan warna latar yang berlainan. -Pantulan kesan warna yang kuat pada latar belakang yang berkontra warna melahirkan warna bertindak yang aktif.
-pantulan kesan warna yang lemah pada latar belakang yang sewarna melahirkan warna bertindak yang pasif.
Perspektif Warna
-Merupakan gubahan warna yang mempunyai perubahan ton, sama ada dari terang ke gelap atau sebaliknya. -Perspektif warna lebih jelas apabila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau sewarna. -Perspektif warna dapat mewujudkan kesan ilusi ruang, jarak atau kedalaman perspektif.
Warna dan Budaya Masyarakat Malaysia menyamakan warna dengan objek alam sekeliling