Anda di halaman 1dari 2

BMM 3101 2011

SOALAN Kefahaman terhadap Teori Huraian Bahasa dan Pemerolehan Bahasa amat penting dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Melayu di bilik darjah. Penguasaan terhadap teori tersebut akan membantu guru menyesuaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik bagi memastikan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 1. Secara berkumpulan (3-4 orang) anda dikehendaki: a) Mencari dan mengumpul maklumat tentang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Merujuk maklumat tersebut, huraikan beserta contoh aktiviti yang sesuai bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Penjelasan hendaklah disokong oleh grafik yang sesuai. b) Mengaplikasikan satu kaedah atau teknik pengajaran Bahasa Melayu secara amali di pentas. Sesi amali hendaklah disokong dengan bahan bantu yang sesuai dengan kaedah atau teknik yang dipilih.

2. Secara individu anda dikehendaki: a) Memilih satu teknik pengajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh guru di sekolah dan menganalisis keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Analisis anda hendaklah berdasarkan pemerhatian, temu bual dengan murid dan guru Bahasa Melayu. b) Berkolaborasi dengan pensyarah, rakan sebaya, guru sekolah dan pihak lain yang berkaitan tugasan. Bukti kolaborasi hendaklah disokong dengan borang kolaborasi yang disediakan sendiri. c) Menyediakan penulisan refleksi tidak kurang 500 patah perkataan yang berkaitan tugasan dan amali yang dilaksanakan (catatan refleksi ini perlu mengandungi butiran tentang perancangan awal, pelaksanaan, kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan akan datang). Refleksi tersebut juga perlu dihantar ke Grup_PM@yahoogroups.com

iii

BMM 3101 2011


ARAHAN TUGASAN: 1. Hasil tugasan (termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan bibliografi) hendaklah bercetak menggunakan kertas putih bersaiz A4, font jenis Arial 12 dan langkau baris 1 1/2. 2. Semua sumber bahan, rujukan dan pautan internet haruslah dinyatakan dalam bibliografi mengikut format APA. 3. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (lampiran). 4. Sumber maklumat dalam penulisan perlu dinyatakan.

5. Bahagian kulit luar (warna kuning tua) dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: a) Nama Guru Pelatih b) No. Kad Pengenalan c) No. Kad Matrik d) Kumpulan/ Unit e) Kod dan Nama Mata Pelajaran f) Nama Pensyarah g) Tarikh Hantar

6. Tugasan hendaklah dijilidkan dan kandungannya mengikut tertib yang berikut: soalan, huraian (isi), refleksi, jadual pelaksanaan tugasan, boring kolaborasi, bibliografi dan lampiran (bahan rujukan). 7. Hasil tugasan hendaklah dihantar terus kepada pensyarah pada tarikh ang ditetapkan. Penghantaran lewat akan menyebabkan kehilangan markah atau kegagalan.

iv