Anda di halaman 1dari 4

Saya teruskan artikel mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj, iaitu satu kaum ganas yang akan terus

menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat bilakah kiamat akan terjadi tapi tanda-tanda kecil sudah banyak. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salah satu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain pun merupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembok yang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas. Kitab suci Al-Quran memberitakan semua ini agar umat Islam mengkaji selanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baik berbanding spoon-feeding kerana ia akan menghidupkan minda dan memajukan pemikiran. Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahu lebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atas muka bumi? Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Quran dan Hadis, ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri, dan di bawah bumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-mata bersaiz gua). Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam Fathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu (1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3) Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi ialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dan tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).

Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumber hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramai berbanding manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda Allah

telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi). Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang sempit? Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai dabbatul ard. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti. Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain zaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam jangkamasa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semula ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata Esok kita akan dapat membolosinya. Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka masih boleh bekerja memecah tembok di waktu malam dengan bergilir kerana mereka ramai. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi (punya banyak jenis peralatan), dan mereka boleh dengan mudah gunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan InsyaAllah tidak pernah mereka ucapkan, hinggalah sampai pada saat bila mana Allah menghendaki mereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya. Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: Every day, Gog and Magog try to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight

through it, the one who is in charge of them says, Go back; you can carry on digging tomorrow, and when they come back, the barrier becomes stronger than it was before. This will continue until their time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will say, Go back; you can carry on digging tomorrow, InshaAllah. In this case, he will make an exception by saying InshaAllah, thus relating the matter to the Will of Allah. They will return on the following day, and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging and come out against the people. They will drink all the water, and find the hole exactly as they left it, and the people will entrench themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows into the sky, and they will fall back to earth with something like blood on them. Gog and Magog will say, We have defeated the people of earth, and overcome the people of Heaven. Then Allah will send a kind of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth will become fat. (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad) Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan atau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anak lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Quran, terdapat banyak hadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar dan Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10 tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan

Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan mereka. Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat-mayat itu daripada muka bumi. Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj

Anda mungkin juga menyukai