Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA AKTVITI SUKANEKA DAN RIADAH MURID-MURID PEMULIHAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERLIS 2012 PENGENALAN Aktiviti

sukaneka dan riadah adalah satu aktiviti regangan fizikal yang melibatkan pergerakan motor kasar dan halus. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membentuk persaingan yang sihat di antara kanak-kanak pemulihan. Melalui aktiviti ini secara tidak langsung ia dapat mengembangkan kemahiran motor kanak- kanak pemulihan. Aktiviti seperti ini amat perlu untuk murid-murid ini bagi memperkembangkan diri mereka dari aspek jasmani, rohani, dan intelek disamping dapat memupuk perasaan bangga dan lebih dihargai walaupun mengalami kekurangan. Bagi menjayakan program ini kerjasama dan sokongan dari semua pihak amatlah diharapkan. MATLAMAT
1. Mendedahkan murid pemulihan dengan persekitaran luar dalam usaha

merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran.


2. Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus dikalangan pelajar

melalui aktiviti sukaneka.


3. Membentuk keyakinan diri murid dengan aktiviti yang dijalankan.

OBJEKTIF
1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke

arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
2. Memberi peluang kepada murid-murid bekerjasama dalam kumpulan 3. Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-

murid pemulihan. 4. Muridmurid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka dapat menyesuaikan dalam apa jua keadaan.

ANJURAN Guru praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan kerjasama Program Pendidikan Pemulihan Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis. HARI KHAMIS TARIKH 5 JULAI 2012 PENGLIBATAN Aktiviti ini disertai oleh:
Murid Pemulihan tahun 2 dan tahun 3 SK Kuala Perlis : 18 orang Guru( Rujuk lampiran A )

: 5 orang : 23 orang

JUMLAH SENARAI AKTIVITI

Aktiviti sukaneka di padang sekolah.

ANGGARAN PEMBELANJAAN BIL 1 2 PERKARA Peralatan Hadiah murid-murid Jumlah JUMLAH KOS RM10.00 RM30.00 RM 40.00

JAWATANKUASA INDUK AKTIVITI SUKANEKA DAN RIADAH PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERLIS PENASIHAT En. Yussof Bin Othman (Guru Besar) PENGERUSI Cik Farizah bt Abd Samad ( Pengarah projek) SETIAUSAHA Cik Sharifah Syameem bt Syed Saffi BENDAHARI Cik Amiera Izaty Bt Mahmood SENARAI GURU YANG TERLIBAT Cik Nurul Ain bt Mohd Ariff Cik Che Fatin Azhani bt Muhammad Azahari

PENUTUP Adalah diharapkan program seumpama ini akan dapat membantu murid dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan bermasyarakat. Di samping itu juga program seumpama ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru dalam membentuk dan mendidik pelajar supaya dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Diharapkan program yang dirancangkan ini akan dapat berjalan lancar dengan jayanya sepertimana yang dirancangkan. Mudah-mudahan program ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta dapat dimanfaatkan oleh murid-murid. Sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak diucapkan ribuan terima kasih. Disediakan oleh,
Disemak oleh,

_____________________ ( SHARIFAH SYAMEEM BT SYED SAFFI) Setiausaha projek, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

__________________ ( AZHAM BIN AHMAD) Guru Pendidikan Pemulihan. Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis

Di sahkan oleh,

___________________ (YUSSOF BIN OTHMAN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis

Tentatif Program MASA 7.45 pagi 8.00 pagi AKTIVITI Berkumpul di padang SK Kuala Perlis Senaman pagi dan taklimat ringkas aktiviti sukaneka 8.15 pagi Sukaneka 1 ( Belon suku kata ) 1.Murid- murid dikehendaki memecahkan belon. 2.Murid menyelesaikan soalan matematik dalam lingkungan 10 yang terdapat dalam belon. Contoh: 5+2= 8.30 pagi Sukaneka 2 ( Cari Gula- gula dalam tepung ) 1.Murid-murid dikehendaki mencari gula-gula di dalam tepung. 2.Terdapat nombor pada setiap gula-gula. 3.Kemudian,murid perlu mengeja kad perkataan yang mengandungi nombor yang sama. 9.00 pagi Sukaneka 3 ( Sudu Ejaan ) 1.Murid-murid diminta untuk membawa bola di dalam sudu kepada rakan yang lain. 2.kemudian, murid tersebut perlu mengeja perkataan PENERANGAN AKTIVITI

yang ditunjukkan oleh rakan 9.30 pagi Upacara penyampaian hadiah yang lain dengan betul. Hadiah diberikan kepada setiap pemenang bagi 9.45 pagi Penutup aktiviti sukaneka dan riadah tahun 2 dan 3. Guru memberikan pujian kepada murid-murid di atas komitmen yang diberikan oleh mereka.

Lampiran A

Senarai Nama Guru yang terlibat.

Bil. 1 2 3 4 5

Nama Sharifah syameem bt Syed saffi Farizah binti Abd Samad Nurul Ain binti Mohd Ariff Amiera Izaty binti Mahmood Che Fatin Azhani binti Muhammad Azahari

Anda mungkin juga menyukai