Anda di halaman 1dari 2

Keburukan Penggunaan Kalkulator Dalam P&P Matematik Sekolah Rendah

Kalkulator merupakan mesin ciptaan manusia yang digunakan oleh manusia untuk kemudahan dalam pengiraan. Namun ciptaan ini dapat menjejaskan minda para pelajar dan ingin bergantung kepada mesin ciptaan sendiri daripada menggunakan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita yang lebih baik daripada mesin tersebut. Dengan ini, saya tidak setuju dengan pengguanaan kalkulator dalam p&p matematik sekolah rendah. Dengan penggunaan kalkulator tersebut para pelajar tidak menghafal sifir dan motivasi pelajar untuk melakukan latih tubi dan mengulangi pengiraan yang dijalankan secara manual berkurangan kerana kalkulator boleh menjalankannya dengan lebih cepat dan tepat. Dengan adanya kalkulator tersebut para pelajar tidak kreatif dalam menyelesaikan masalah matematik dan proses pengiraan tidak menyeronokkan. Pada pendapat saya, menghafal sifir amat penting semasa kanak-kanak kerana ketika sekolah rendah bapa telah melatih saya supaya menghafal sifir bagi memudahkan dalam proses pengiraan dan dengan latihan itu membuatkan minda kita lebih peka berbanding kanak yang tidak menghafal sifir dan bergantung kepada mesin sahaja untuk menyelasaikan masalah. Dengan menghafal sifir para pelajar dapat menjawab dengan cepat dan pantas berbanding pelajar yang tidak menghafal yang memerlukan untuk menekan kalkulator bagi mandapatkan jawapan. Tahap pemikiran para pelajar sekolah rendah tidak memerlukan lagi penggunaan kalkulator dan perlu memelukan minda yang diberkan oleh tuhan dengan sebaik-baiknya. Semasa kanak-kanak lah senang untuk dibentuk dan dilatih kerana minda mereka semua masih suci dan bersih. Justeru itu penggunaan kalkulator tidak memberi manfaat kepada para pelajar sekolah rendah kerana kalkulator menyenangkan para pelajar bukan untuk membantu membina minda para pelajar semasa kecil. Sekian....

Motivasi pelajar untuk melakukan latih tubi dan mengulangi pengiraan yang dijalankan secara manual berkurangan kerana kalkulator boleh menjalankannya dengan lebih cepat dan tepat. Pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada kalkulator grafik walaupun untuk pengiraan congak. Jawapan yang diberi mungkin pelbagai dan jauh dari sangkaan pelajar. (unfamiliar) Setengah pelajar tidak memaksimunkan penggunaan kalkulator. Input data yang tidak mencukupi akan menyebabkan kesan dramatik terhadap jawapan.

Apakah halangan dalam penggunaan kalkulator dalam pendidikan matematik? Masalah harga kalkulator pada zaman ini tidak lagi menjadi masalah walaupun bagi daerah yang terpencil dengan harga di bawah RM5.00. Pihak sekolah boleh menyarankan pelajar mempunyai bahan sebagaimana alat tulis yang lain. Jika yang tidak berkemampuan,pihak sekolah masih boleh menanggung kosnya memandangkan harga yang tidak mahal. Selain itu, halangan dalam penggunaan ialah siapakah yang patut menggunakannya kerana ia boleh digunakan dalam penyelesaian masalah, anggaran, dan kiraan congak. Para cendikiawan dan pendidik lebih memberatkan penggunaan komputer dari kalkulator sedangkan ia sepatutnya seiiring dalam kurikulum pendidikan. National of Teachers of Mathematics berpendapat perlu ditukar penggunaan alatan pensil dan kertas bersama-sama kalkulator dan komputer sebagai alat dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah memandangkan ia membolehkan pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah. Pihak guru, pentadbir dan ibubapa perlu mengalami perubahan tanggapan dan pemahaman tentang penggunaan kertas dan pensil kepada kalkulator.

Anda mungkin juga menyukai