Anda di halaman 1dari 6

Masalah Disiplin Guru dan Pelajar Masalah disiplin di sekolah merupakan masalah budaya yang telah wujud sejak

sekian lama lagi. Masalah disiplin yang wujud di sekolah bukan sahaja berlaku kepada pelajar malah guru juga tidak terkecuali dalam masalah ini. Disiplin guru merupakan masalah yang tidak diambil berat oleh mana-mana pihak. Walaupun disiplin guru adalah masalah yang kecil jika dibandingkan dengan disiplin murid, tetapi masalah ini hendaklah dibendung kerana guru merupakan salah satu elemen yang penting dalam membentuk budaya sekolah yang sihat. Bak kata pepatah, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Antara isu yang berkaitan dengan disiplin guru ialah guru suka melepak. Walaupun perkara ini hanya dipandang ringan oleh sesetengah pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah, tetapi perkara ini dapat memberi kesan yang buruk kepada pelajar terutamanya. Masalah ini semakin menjadi-jadi sekarang apabila guru yang suka melepak telah mempengaruhi guru yang lain. Kebanyakkannya guru di sekolah suka menghabiskan masa berjam-jam duduk di kantin sekolah dengan berborak kosong. Bukan sahaja kantin sekolah, malah bilik guru, makmal komputer dan pondok pengawal keselamatan juga menjadi lokasi kepada mereka untuk menghabiskan masa dengan melepak. Sepatutnya guru menghabiskan masa yang terluang untuk merangka pengajaran mereka seterusnya atau mencari idea yang lebih menarik untuk pengajaran seterusnya. Isu yang kedua melibatkan disiplin guru adalah isu kelewatan guru ke sekolah. Ini merupakan isu yang menjadi lumrah kepada setiap sekolah. Guru tidak mempedulikan masa sekolah yang sepatutnya. Sebagai contoh, kebanyakkan guru terutamanya guru yang sudah lama berkhidmat mempunyai masalah dalam disiplin masa. Mereka memberikan alasan seperti menghantar anak ke sekolah, menguruskan anak-anak dan mempunyai kes kecemasan. Perkara ini menjadi serius sejak kebelekangan ini dan tidak ada pihak yang ingin tampil ke hadapan untuk membangkitkan isu ini. Perkara ini seharusnya dibendung dan diambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan masalah disiplin ini. Antara sebab mengapa perkara ini harus dibendung adalah ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dimana guru akan kelam kabut masuk ke kelas dan tidak melakukan persediaan langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Isu yang seterusnya membelenggu guru adalah perniagaan sampingan. Perkara ini menjadi trend atau ikutan kepada setiap guru di sekolah. Alasan guru melakukan perniagaan sampingan ini adalah kerana mereka ingin mencari pendapatan sampingan. Perniagaan

sampingan mereka termasuklah menjual produk-produk kesihatan, produk kecantikan malah guru juga menjual perkakas dapur di sekolah. Walaupun isu ini hanyalah isu yang kecil, tetapi guru seharusnya tahu dan peka bahawa tujuan utama mereka ke sekolah adalah untuk mengajar dan bukannya melakukan perniagaan. Ini kerana perkara ini secara tidak langsung boleh mengalihkan tumpuan guru dalam pengajaran. Isu yang terakhir berkaitan dengan disiplin guru ialah guru terlalu garang. Seperti kita ketahui perangai guru yang garang boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang terlalu garang akan menimbulkan suasana yang tidak selesa bagi pelajar. Ini secara tidak langsung menyebabkan pelajar sendiri akan belajar dalam keadaan ketakutan. Hasilnya, pelajar tidak dapat menumpukan pelajaran dengan sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan pencapaian pelajar terjejas. Selain guru, pelajar juga mempunyai masalah dalam disiplin. Antara isu atau faktor yang berkaitan dengan disiplin pelajar ialah sikap pelajar, pengaruh media dan teknologi, suasana dan persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan kurangnya didikan dari keluarga. Isu atau faktor yang dinyatakan berkaitan dengan masalah disiplin pelajar adalah saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Sikap pelajar yang buruk adalah disebabkan oleh pengaruh daripada rakan sebaya yang tidak baik. Pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa yang terluang dengan melepak dengan rakan sebaya. Deshion et al (1991), seseorang individu akan mencari kumpulan rakan sebaya dengan menggunakan usaha yang minimum. Menurut pandangan ini, pelajar yang tidak diterima oleh rakan sebaya akan mencari kumpulan rakan sebaya lain yang dapat menerima mereka tanpa mengkehendaki mereka membuat perubahan tingkah laku. Ini secara tidak langsung menyebabkan pelajar terpengaruh dengan perangai dan sikap buruk daripada rakan sebaya. Pengaruh media dan teknologi merupakan satu pengaruh yang besar pada masa kini, pelajar yang terlalu mudah mengakses maklumat dari media dan teknologi seperti internet dan laman-laman sosial yang lain akan mudah terpengaruh dengan benda yang tidak bagus. Hal ini kerana mereka menganggap pengaruh ini sebagai trend yang mereka harus ikuti untuk mendapatkan perhatian ramai. Selain itu, sokongan daripada keluarga yang kurang menyebabkan pelajar rapuh dalam didikan agama. Ibu bapa sekarang kebanyakkannya sibuk mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ini secara langsung telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna.

Mereka seharusnya mencari masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama anakanak. Ini dapat membantu pelajar dalam mengelakkan mereka dari terjebak daripada pengaruh dan persekitaran luar yang tidak baik. Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini seharusnya diberikan motivasi dan kaunseling yang sesuai bagi membantu mereka untuk membina jati diri dan seterusnya menjadi insan yang berguna. Selain itu, pihak sekolah juga harus membimbing pelajar ini untuk menjadi insan yang berguna dan bukannya mengabaikan mereka hanya kerana mereka tidak cemerlang dalam pelajaran. Jurang Pencapaian Subjek Matematik Jurang pencapaian subjek matematik merupakan satu masalah yang telah menjadi budaya kepada setiap sekolah di Malaysia. Setiap sekolah di negara ini mempunyai matlamat pendidikan yang sama, kurikulum yang selaras, tetapi jurang itu masih wujud kerana faktorfaktor yang akan kita bincang. Sebuah kajian yang telah dilakukan di Malaysia mendapati pencapaian pelajar dalam matematik berkait rapat dengan keyakinan pelajar itu sendiri terhadap matematik, sumber rujukan yang mencukupi, kekerapan menggunakan komputer dan selalunya golongan bukan melayu yang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang matematik. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jurang pencapaian dalam subjek Matematik adalah petempatan sekolah itu sama ada berada di luar bandar atau bandar, iklim sekolah, halangan bahasa dan motivasi pelajar. Kita dapat lihat jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar sangat ketara terutamanya dalam subjek sains dan matematik. Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini (2010) masih ketara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (berita harian, 2010). Perkara ini telah mendapat perhatian dari banyak pihak dan kerajaan juga telah melakukan beberapa pendekatan untuk mengurangkan lagi jurang antara bandar dengan luar bandar. Antaranya kerajaan telah memperuntukkan sebahagian daripada duit kerajaan untuk menyumbangkan komputer riba kepada golongan yang kurang berpendapatan. Ini termasuklah penduduk daripada luar bandar. Selain daripada langkah memberikan komputer riba secara percuma, kerajaan seharusnya membuat pemasangan wifi secara percuma kepada sekolah yang berada di luar bandar. Ini dapat membantu pelajar yang beraa di luar bandar untuk mengakses maklumat dengan lebih senang. Faktor halangan bahasa juga menyebabkan jurang pencapaian dalam subjek Matematik. Bradby, Owing, dan Quinn (1992) menemui kemahiran bahasa inggeris adalah

mempunyai hubungan positif dengan pencapaian matematik apabila mengkaji hubungan skor pencapaian pelajar keturunan Hispanik dan Asia. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua akan mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris. Faktor yang terakhir mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek matematik adalah motivasi pelajar sendiri. Menjadi budaya pelajar apabila mereka menganggap matematik adalah salah satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Mereka mempunyai sikap yang sedemikian yang boleh menyebabkan kemahiran mereka dalam bidang matematik menjadi lemah seterusnya pencapaian mereka dalam subjek matematik juga akan terjejas. Isu ini dapat dibendung dengan kerjasama dari semua pihak. Pihak sekolah seharusnya mengendalikan banyak motivasi kepada pelajar tentang sikap mereka terhadap subjek matematik. Ini juga menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membimbing pelajar dalam pembelajaran anak mereka. Bimbingan daripada ibu bapa akan menyebabkan pelajar merasa dihargai dan diterima. Selain itu, guru harus mengambil peranan dengan mengadakan aktiviti-aktivit yang mudah dan menarik untuk pelajar. Penggunaan Tracking System Di Sekolah Penggunaan tracking system juga dikenali sebagai student branding. Sistem ini adalah sistem yang semakin mendapat tempat di semua sekolah. melalui sistem ini, pelajar akan dibahagikan dalam kelas mengikut pencapaian pelajar itu sendiri. Pelajar yang cerdik pandai akan ditempatkan dalam satu kelas yang berbeza manakala pelajar yang lemah pula akan ditempatkan pada satu kelas yang berlainan. Aktiviti yang diberikan kepada setiap pelajar juga berlainan mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Pemberian guru mengikut kelas juga mengikut tahap pengalaman guru dimana guru yang pakar dan berpengalaman akan mengajar kelas yang pandai dan begitu juga sebaliknya. Faktor yang menyebabkan wujudnya pengelasan pelajar ini adalah untuk memudahakan pengajaran guru. Kelas yang cerdik pandai akan mempunyai aktiviti yang berlainan dengan pelajar yang lemah. Selain itu, ini boleh mengurangkan masalah disiplin di sekolah dimana pelajar yang cerdik pandai akan kurang bergaul dengan pelajar yang bermasalah. Selain itu, sistem ini akan membantu meningkatkan mutu bagi pelajar yang cerdik pandai.

Kesan daripada penggunaan sistem ini adalah wuud dua golongan pelajar di sekolah iaitu pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah. Selain itu, pelajar yang lemah akan mempunyai masalah emosi seperti kurang keyakinan diri terhadap pelajaran. Pelajar yang lemah akan merasakan guru berat sebelah dan hanya memberikan perhatian kepada pelajar pintar.

Bradly, D., Owing, J., & Quinn, P. (1992). Language characteristics and academic achievement: A Look at Asian and Hispanic grades in NELS. Dishion, T. J., Patterson, G. R., Stoolmiller, M., & Skinner, M. L. (1991). Family, school and behavorial antecedents to early adolescent involvement with antisocial peers. Developmental psychology.

Anda mungkin juga menyukai