Anda di halaman 1dari 2

Monyet dengan buaya Dua ekor buaya tinggal di dalam sebatang sungai, seekor ibu buaya dan seekor

anak buaya. Pada suatu hari, sedang mereka terapung-apung di air. Ibu buaya ternampak seekor monyet yang sedang melompat-lompat di atas pokok kelapa di pinggir sungai. Ibu buaya itu berkata kepada anaknya, Sayang, mak idamkan sesuatu yang segar. Mak ingin makan jantung monyet itu. Apabila terdengar kata-kata ibunya, anak buaya membalas kata ibunya dengan muram, Mak, bagaimana aku dapat tangkap monyet itu? Dia tidak mungkin turun te dalam sungai, saya pula tidak tahu panjat pokok. Anak buaya itu berfikir dan akhirnya ia mendapat satu akal. Dia berenang dan menaiki tebing sungai itu lalu berkata kepada monyet itu, Engkau telah bermain sepanjang hari, tak laparkah kau? Ingin tak makan pisang di seberang sungai? Monyet itu menggeleng-geleng kepalanya lalu berkata, Mana boleh? Aku tidak tahu berenang, bagaimana aku dapat menyeberangi sungai ini? Anak buaya itu pun berkata, Bukankah kita telah lama berjiran? Biarlah aku tolong. Engkau menunggang di belakang aku, aku akan membawa kau ke seberang sungai dan engkau akan dapat makan pisang dengan sepuaspuasnya. Ah, alangkah baiknya. Monyet itu berkata lalu turun dari pokok kelapa dan mendarat di belakang anak buaya itu. Anak buaya itu membawa monyet itu dan mula berenang. Apabila mereka sampai ke tengah-tengah sungai, buaya itu mula tenggelam ke bawah. Monyet utu menjerit-jerit ketakutan, Oh! Jangan bergurau , aku akan lemas nanti! Anak buaya itu tersenyum lalu berkata, Engkau hendak makan pisang, tetapi mak aku sudah lama menunggu untuk makan jantung kau.

Monyet sedar ia telah tertipu oleh buaya itu. Dia berfikir lalu berkata, Emak kau hendak makan jantung aku? Baiklah. Tetepi kenapa kau tidak beritahu saya terlebih dahulu? Aku tidak membawa jantung aku bersama. Jadi, dimanakan jantung kau? Tanya anak buaya itu. Jantung aku tertinggal di aas pokok kelapa itu. Jawab monyet itu. Anak buaya itu pun berkata, Baiklah. Kita pulang ke tebing sungai. Engkau pergila ambil jantung engkau. Dia pun membawa monyet balik ke pokok kelapa itu. Monyet melompat ke atas darat lalu memanjat ke atas pokok kelapa itu. Monyet itu berkata kepada anak buaya itu, Jahatnya anak-beranak buaya ini! Balik dan beritahu mak engkau, dia telah melahirkan anak yang paling bodoh di dunia ini. Monyet yang dapat bertenang dalam kecemasan akhirnya dapat menyelamatkan diri. Perbuatannya patut kita contohi.