Anda di halaman 1dari 7

Praktikal 5: LITAR ELEKTIK

Hasil Pembelajaran: Mengenalpasti kebaikan dan kelemahan litar bersiri dan selari. Pengenalan: Litar merupakan sumber kehidupan bagi segala ciptaan yang menggunakan elektronik. Bagi sesuatu perkakasan elektronik berfungsi, ia mempunyai litarnya yang tersendiri bagaimana menggunakan tenaga elektrik. Litar bersiri adalah litar yang mempunya aliran arus pada satu wayar sahaja, dan aliran keseluruhan litar akan terganggu apabila sesuatu rintangan diletakkan pada arus tersebut. Manakala litar selari adlah litar yang mempunyai aliran arus yang lebih daripada satu wayar. Sesuatu rintangan tersebut (sebagai contoh mentol) akan mempunyai sambungan arus secara sendiri. Oleh itu, apabila banyak rintangan diletakkan pada litar selari, kesemuanya akan menghasilkan output yang sama. Apabila gangguan berlaku, seperti arus terputus pada rintangan tidak akan menggangu operasi serta aliran arus elektrik pada rintangan yang lain.

Pernyataan masalah: Apakah perbezaan antara litar bersiri dan selari? Hipotesis: Litar Bersiri: Keseluruhan litar akan terganggu apabila sesuatu rintangan diletakkan pada arus tersebut. Litar Selari: Apabila gangguan berlaku, seperti arus terputus pada rintangan tidak akan menggangu operasi serta aliran arus elektrik pada rintangan yang lain. Radas dan bahan: Pemegang bateri, bateri, beberapa wayar penebat, ammeter,voltmeter, mentol.

Pemboleh ubah: a) Dimanipulasi: Rintangan (mentol) b) Dimalarkan: Jenis litar dan sumber kuasa c) Bertindak balas: Output (kecerahan mentol/ arus dan voltan yang mengalir)

Aktiviti 1: Membina litar bersiri dan selari yang ringkas.

Prosedur:

1. Dengan menggunakan bateri, pemegang bateri, beberapa wayar dan dua mentol untuk setiap litar, kedua-dua nya telah dibina seperti gambar berikut.

a.

b.

2. Semua wayar disambungkan dan mentol diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambungkan pada kedua-dua litar. Satu jadual dibina untuk merekod data bacaan. 4. Mentol pertama tidak diskrukan untuk setiap litar. Pemerhatian dibuat pada mentol kedua dan bacaan ammeter dan voltmeter untuk setiap litar direkodkan. 5. Seterusnya, mentol pertama disambungkan kembali dalam litar A secara bersiri. Pemerhaian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan. 6. Mentol 1 di litar B disambungkan semula secara selari. Pemerhatian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

Keputusan:

Bersiri Bilangan mentol digunakan 2 1 Selari Bilangan mentol digunakan 2 1 Arus (A) 4.4 2.8 Voltan (v) 2.5 2.7 Arus (A) 2.0 2.6 Voltan (v) 2.8 2.7

Perbincangan:

1. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar bersiri jika salah satu mentol terbakar?Jelaskan. Semua mentol tidak menyala. Dalam litar bersiri, hanya 1 sahaja arus yang mengalir, maka apabila sebuah mentol terbakar akan memutuskan aliran tersebut. Maka tiada arus yang mengalir dan mentol tidak menyala.

2. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar selari jika salah satu mentol terbakar? Jelaskan Mentol masih menyala. Dalam litar selari, arus mengalir melalui 2 wayar yang berbeza dan tidak hanya mengalir kepada 1 mentol sahaja. Maka, apabila sesebuah mentol terbakar, arus masih dapat mengalir melalui wayar tersebut, walau bagaimanapun dalam litar selari masih mempunyai wayar lain untuk menyalakan mentol.

3. Anda sedang membina satu utas rantaian lampu menggunakan beberapa mentol. Bagaimanakah kecerahan cahaya lampu berkaitan dengan samada anda menyambungnya secara bersiri atau selari? Apabila mentol disambungkan kepada litar bersiri, mentol yang berdekatan dengan sumber aliran elektron yang pertama akan mempunyai kecerahan yang lebih tinggi daripada mentol yang berada pada aliran elektron yang kedua. Ini disebabkan oleh arus yang mengalir terhadap mentol pertama akan mengalami rintangan yang tinggi melalui mentol pertama tersebut. Manakala, bagi litar selari, semua mentol menyala dengan kadar kecerahan yang sama. Ini adalah kerana arus mengalir secara berasingan dari wayar terus ke mentol dan tidak melalui rintangan mentol lain. Oleh itu, kecerahan mentol-mentol tersebut sama.

4. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar bersiri jika satu lagi mentol ditambah kedalam litar tersebut secara bersiri? Jelaskan. Kecerahan mentol semakin malap. Ini disebabkan mentol tersebut mempunyai rintangannya yang sendiri. Oleh itu, apabila menambah mentol, maka rintangan dalam litar tersebut juga bertambah.

5. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar selari jika satu lagi mentol yang lain ditambah dan dipasangkan secara selari didalam litar tersebut?. Jelaskan. Kecerahan kesemua mentol akan mengurang sedikit daripada sebelum mentol baru ditambah. Walau bagaimanapun, kesemua mentol mengeluarkan cahaya pada kecerahan yang sama. Ini disebabkan oleh arus yang mengalir adalah terus terhadap mentol tersebut melalui wayar masing-masing. Oleh itu, ia tidak melalui mentol lain dan tidak mempunyai rintangan daripada mentol lain selain daripada mentol itu sendiri dan wayar. Oleh itu, semua kecerahan mentol adalah sama.

Aktiviti 2: Membina litar gabungan siri dan selari.

Prosedur:

1.

Satu litar dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar, 3 mentol.

2. 3.

Suis disambungkan dan mentol diperhatikan. Sekarang, ammeter dan voltmeter disambungkan untuk mengukur arus dan potential difference melalui setiap mentol. Jadual dibina untuk merekod data bacaan.

4.

Mentol 1 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

5.

Mentol 2 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

Keputusan :

Selari dan bersiri Mentol digunakan 1, 2, 3 2,3 1,3 Arus (A) 2.6 0.0 2.0 Voltan (v) 2.5 2.9 2.6 Nyalaan mentol Bernyala Tidak bernyala Bernyala

Perbincangan:

1. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 1 dialihkan? Jelaskan. Mentol 1 berada pada kedudukan bersiri di mana hujungnya mengalirkan arus kepada metol 2 dan 3 yang berada dalam keaadaan selari. Mentol 1hanya mengalirkan arus pada melalui satu wayar sahaja. Oleh itu, apabila mentol 1 dialihkan, arus tidak dapat mengalir melalui litar tersebut. Justeru semua lampu tidak bernyala.

2. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 2 dialihkan? Jelaskan. Apabila mentol 2 dialihkan, semua mentol masih bernyala. Walau bagaimanapun, kecerahan kesemua mentol menjadi lebih cerah selepas mentol 2 dialihkan. Ini berlaku kerana mentol 2 disambung secara selari, maka arus masih dapat mengalir kepada mentol lain. Apabila mentol 2 dialihkan, rintangan litar menjadi kurang, oleh itu kesemua mentol menjadi lebih cerah.

3. Adakah anda mahukan litar dirumah anda dipasang secara bersiri atau selari atau kombinasi keduanya? Jelaskan alasan anda. Saya memilih untuk menggunakan kombinasi keduanya. Saya akan menggunakan kebanyakkan litar selari dalam rumah saya. Oleh itu, jika terdapat apa-apa

kerosakkan yang mampu memutuskan arus, bekalan elektrik saya terhadap perkakasan lain tidak terganggu. Malah, dengan menggunakan litar selari di dalam rumah akan menjadi lebih stabil kerana ia tidak akan terganggu apabila perkakasan lain digunakan kerana rintangan tidak akan mengganggu perkakasan lain. Walau bagaimanapun, saya akan menggunakan litar secara bersiri untuk sambungan terhadap litar utama dengan sumber utama elektrik. Ini adalah untuk menjamin keselamatan di mana kesemua suis akan mematikan diri mereka apabila keadaan meberhayakan seperti contoh ketika terkena kilat.

Kesimpulan: Hipotesis diterima. Litar Bersiri: Keseluruhan litar akan terganggu apabila sesuatu rintangan diletakkan pada arus tersebut. Litar Selari: Apabila gangguan berlaku, seperti arus terputus pada rintangan tidak akan menggangu operasi serta aliran arus elektrik pada rintangan yang lain.