Anda di halaman 1dari 2

3. Teliti puisi di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Melangkah dengan pukal, Berjalan dengan tawakal, Bercakap dengan akal. Berdakup muka mentua, Bertaup muka menantu, Takkan semenggah rumah tangga. Mengumpat pagi, Mengeji petang, Lalat buta pun tak mahu singgah. a) Nyatakan jenis puisi di atas. [1] [12]

b) Huraikan maksud setiap perenggan puisi di atas. c) Huraikan empat gaya bahasa puisi tersebut. [12] _______________________________________ a. Peribahasa Berangkap tiga baris. [1] b.

Huraikan maksud setiap perenggan puisi di atas. (3 isi x 4 markah = 12 markah)

R1 : Sebelum melakukan sesuatu perkara, sepatutnya kita mengetahui secara mendalam akan perkara tersebut, perlu melakukan dengan berhati-hati dan bijak menggunakan akal fikiran.[4] R2 : Di dalam rumah tangga, jika berlaku ketidaksefahaman antara menantu dan mentua, maka rumahtangga tersebut berhadapan dengan masalah. [4] R3 : Manusia yang suka mengumpat, mengeji dan mempunyai sifat negative, tidak disukai. Semua orang, termasuklah orang jahat atau orang yang hina sekalipun. [4] c. Huraikan empat gaya bahasa puisi di atas. (4 isi x 3 markah = 12 markah)

1. F : Metafora / Perbandingan terus perkataan di dalam baris [1]s H : Perkataan bentuk abstrak iaitu buta digabungkan dengan perkataan bentuk konkrit, iaitu lalat. Perkataan Lalat Buta di dalam perenggan ketiga baris ketiga. [1] C : Lalat buta pun tak mahu singgah [1] 2. F : Asonansi = Perulangan bunyi vokal di dalam satu baris ayat. [1] H : Terdapat perulangan huruf vokal a di dalam baris pertama di rangkap satu. [1]

C : Melangkah dengan pukal - a [1] 3. F : Aliterasi = Perulangan bunyi konsonan di dalam satu baris ayat. [1] H : Terdapat perulangan huruf konsonan g di dalam baris kedua di rangkap tiga. [1] C : Takkan semenggah rumah tangga - g [1] 4. F : Perulangan perkataan di tengah baris di dalam satu perenggan yang sama. [1] H : Terdapat perulangan perkataan dengan di tengah baris pada rangkap pertama. [1] C: Melangkah dengan pukal Berjalan dengan tawakal Bercakap dengan akal [1]

Anda mungkin juga menyukai