Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI /2011 HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

ZAINUN BINTI IBRAHIM 730805115206002 730805-11-5206 019-9428677 zaicheim@yahoo.com.my IPGM TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS

WIFE MADZHA

ISI KANDUNGAN
1.0 2.0 2.1 3.0 4.0 4.1 Pengenalan ................................................................................. 2 Pembentukan Konsep 3 Fives ................................................... 3 Aplikasi Konsep 3 Fives ............................................................. 3 Elemen Five Keys To Safer Food ........................................4-7 Elemen Five Keys To A Healthy Diet .................................. 7-9 Amalan Pemakanan dan Diet Sihat ............................................ 9-10

5.0 Elemen Five Keys To Appropriate Physical Activity ....................11-13 6.0 Kesimpulan ...............................................................................14 Rujukan Lampiran ..............................................................................15 ..............................................................................16-18

1|Page

1.0

PENGENALAN

Semua individu perlu menjaga kesihatan diri supaya mereka berada didalam keadaan sihat . Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu sentiasa berada didalam keadaan baik.Jika kita memikirkan kesihatan lebih awal berkemungkinan kita dapat menghindarkan diri dari penyakit . Tanpa kesihatan yang sempurna, hidup kita mungkin akan pincang. Manusia kini hampir lupa tentang kesihatan mereka, ditambah pula bila mereka merasakan mereka sihat ,mereka akan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bergaduh, merempit, merokok setiap masa tanpa menghiraukan orang lain sedangkan tabiat tersebut boleh menjejaskannya kesihatan dan merugikan. Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh kita memerlukan penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga . Adalah sukar untuk kita menjaga kesihatan tubuh sekiranya kita tidak tahu apa-apa mengenainya. Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama bagi setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani yang sempurna.. Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, kita memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu 3 kunci utama iaitu keselamatan makanan, pemakanan dan aktiviti fizikal. Kombinasi keselamatan makanan, pemakanan dan aktiviti fizikal ini bukan sahaja mempunyai hubungan yang khas dengan para atlet, namun boleh diamalkan oleh rakyat seluruh dunia.

2|Page

2.0

PEMBENTUKAN KONSEP 3 FIVES

Dilancarkan di China pada kesempatan Sukan Olimpik 2008 Beijing, 3 Fives kini telah diterima pakai oleh Jabatan Kesihatan Afrika Selatan sebagai sebahagian daripada kempen promosi kesihatan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang sumbangan utama makanan yang selamat dan berkhasiat dan aktiviti fizikal untuk gaya hidup sihat. Konsep 3 Fives oleh WHO dilihat satu produk yang unik, awalnya dibuat khusus untuk acara sukan besar. Kombinasi khusus dari keselamatan makanan, nutrisi dan aktiviti fizikal mempunyai resonansi khusus dalam kombinasi dengan atlet, tetapi juga mempunyai daya tarikan umum kerana dia bekerja untuk semua orang di seluruh dunia. 3 Fives bersama-sama dikembangkan oleh WHO Jabatan Keselamatan Makanan dan Zoonosis, Nutrisi Kesihatan dan Pembangunan dan Kronis Penyakit dan Promosi Kesihatan. WHO, bekerja sama dengan Jabatan Kesihatan, Beijing Keselamatan Makanan Pentadbiran dan Beijing Organizing Committee untuk Sukan Olimpik XXIX dalam menyelenggarakan kesihatan promosi kempen manfaat kesihatan dari keselamatan makanan, diet sihat dan aktiviti fizikal yang sesuai dengan tubuh badan.

2.1

APLIKASI KONSEP 3 FIVES

Konsep The 3 Fives dan mesej pada umumnya sangat praktikal dan dianggap sebagai alat yang sangat baik untuk menggalakkan dan mempromosikan gaya hidup sihat.Apabila 3 Fives dilancarkan untuk pertama kalinya di Sukan Olimpik Beijing, pihak yang terlibat telah awal mencetak 1,4 jutaan salinan risalah dan poster dalam Bahasa Inggeris dan Cina untuk disebarkan ke lokasi strategik seperti seperti lapangan terbang, hotel, tempat Olimpik dan di masyarakat.Sebuah versi irama puisi diterbitkan dalam bahasa Cina untuk memudahkan mengingat sebagai medium penyampaian mesej.Media, termasuk acara TV, digunakan untuk mempromosikan mesej konsep 3 Fives.Penilaian kempen Selama Sukan Olimpik Beijing, kakitangan organisasi ini telah mengambil kesempatan untuk mengambil reaksi dan komen dari penonton, atlet dan jurulatih mereka.
3|Page

3.0

ELEMEN FIVE KEYS TO SAFER FOOD

Lima Kekunci makanan yang lebih Selamat Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih dan bebas daripada pencemaran. Makanan adalah keperluan asas bagi manusia. Makanan dapat membekalkan nutrien-nutrien penting untuk keperluan pembesaran dan pertumbuhan. Menurut Che Wan Jasimah (2000), fungsi utama makanan adalah untuk : i) Menyediakan tubuh badan dengan bahan-bahan yang di perlukan. Ini membolehkan seseorang itu membuat kerja dan mendapat tenaga haba. ii) Menyediakan bahan-bahan untuk tumbesaran, memelihara dan membina tisu-tisu badan. iii) Sebagai pembekal bahan-bahan yang selalunya berkitar keperluannya seperti penghasilan tenaga ataupun untuk proses pertumbuhan dan membaik pulih tubuh. Kebersihan sewaktu penyediaan dan penyimpanan makanan amat perlu diamalkan oleh pengendali makanan. Kebersihan merupakan kunci kepada kesihatan. Selain itu kebersihan juga merupakan asas kepada kejayaan dan kegagalan kepada perniagaan yang membabitkan makanan (Aishah, 1989). Menurut Zahara (1983) dalam Jamiah (2001) pula, untuk menyediakan atau menyajikan makanan perlulah dihindari dari segala penyakit yang boleh berjangkit. Luka-luka hendaklah dibalut dengan pembalut luka yang kecil kerana penyakit tersebut boleh berjangkit kepada orang lain.

Peralatan yang telah digunakan perlu dicuci sebelum digunakan semula dan kita hendaklah mencuci tangan setiap kali sebelum memulakan kerja dan selepas ke tandas . Ini ada dinyatakan

4|Page

di dalam risalah The 3 Fives iaitu berkaitan dengan kunci yang pertama iaitu Keep Clean. Menurut Jamal (1998),terdapat lima jenis bahaya yang boleh berpunca daripada makanan iaitu bahaya disebabkan kuman, kurang makan dan terlebih makan, persekitaran yang tercemar, racun atau toksin semulajadi dalam makanan dan aditif makanan. Bahaya yang disebabkan kuman merupakan peringkat bahaya paling atas diantara kelima-lima jenis bahaya tersebut. Mikroorganisma seperti bakteria dan virus akan membiak berkali ganda apabila berada pada medium dan persekitaran yang sesuai. Kontaminasi makanan dapat dihindari dengan menutup makanan daripada dicemari lalat, meminimumkan persentuhan dengan makanan, memastikan

makanan mentah dan makanan yang telah dimasak diasingkan. Sistem pembuangan sampah yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan kontaminasi..

Oleh yang demikian, kebersihan persekitaran memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan berlakunya kontaminasi, pencemaran makanan dan pembiakan

mikroorganisma.Persekitaran dapur memasak juga mestilah bebas dan bersih daripada haiwan dan serangga perosak seperti lalat ,tikus dan lain-lain ini kerana ia adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria. Kawalan serangga dan haiwan ini dapat membantu mengurangkan pencemaran makanan . Selain itu juga , kita perlulah mengasingkan bahan mentah dengan bahan yang telah dimasak. Dalam risalah juga ada dinyatakan berkenaan ini (Kunci kedua Makanan Selamat iaitu Separate Raw and Cooked). Makanan masak dan makanan mentah perlu diasingkan tempat penyimpanannya di mana ia disimpan di tempat dan suhu yang selamat.Makanan yang hendak disediakan perlu dinyah bekukan secukupnya sebelum dimasak. Kita perlu mengelakkan makanan disimpan di antara suhu 10oC 60oC, sebaliknya makanan hendaklah disimpan pada suhu dibawah 4oC dan melebihi 60oC. Kita juga perlu mengasingkan penyimpanan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak pada ruang yang berbeza.Makanan mentah dan makanan masak perlu disimpan di dalam bekas tertutup rapat. Ini bertujuan menghalang pencemaran silang. Pencemaran bersilang boleh berlaku pada hidangan masakan dengan cara mencampur aduk peralatan masakan seperti melalui bekas-bekas masakan, perkakas hidangan, papan pemotong, sentuhan pekerja, daging, atau makanan laut. Pencemaran seperti ini amat bahaya dan boleh menyebabkan penularan penyakit-penyakit berjangkit seperti kolera dan
5|Page

typhoid. Untuk mengelakan insiden seperti ini, semua bahan mentah masakan seperti daging , ayam , ikan, dan sayur-sayuran yang belum masak perlu diasingkan daripada hidangan yang sedia untuk jualan. Papan pemotong perlu di asingkan pengunaan untuk memotong sayur dan untuk memotong daging atau ikan.

Makanan hendaklah disimpan pada suhu selamat (Keep food at safe temperature) . Pada amnya makanan yang sudah di masak tidak boleh disimpan lebih daripada dua jam pada suhu bilik (Kementerian Pendidikan Malaysia Dan Kementerian Kesihatan Malaysia, 1989). Ini turut disokong oleh Fatimah (2002), menurut beliau bakteria boleh membiak dengan cepat pada suhu di antara 10C-63C. Adalah penting bagi pengendali makanan mengambil langkah penyimpanan makanan yang betul iaitu simpan makanan dengan cepat ke dalam peti sejuk dan mengetahui kesan suhu ke atas pembiakan bakteria. Menyimpan makanan dengan cara yang betul dapat menghidari makanan dari menjadi basi dan tercemar. Makanan juga perlu dimasak sepenuhnya (cook thoroughly)terutamanya makanan berasaskan daging, ayam dan juga makanan laut. Masak daging dengan sepenuhnya bermaksud tidak harus ada daging yang berwarna merah dan jus yang keluar apabila dicucuk atau dihiris. Jangan masak makanan separuh masak kerana ini meningkatkan risiko pertumbuhan bakteriaMakanan seperti sup perlulah dimasak sehingga mencecah ke suhu 70 C.Memasak pada suhu yang tinggi melebihi 7 C) akan memusnahkan kebanyakkan bakteria.

6|Page

Begitu juga dengan penggunaan air dan bahan mentah. Kita perlu memastikan air yang digunakan untuk kegunaan harian dan memasak bersih dan selamat. Ini kerana bahan mentah, termasuk air atau ais mungkin mengandungi kuman yang berbahaya. Racun mungkin terhasil di dalam makanan yang rosak atau berkulat. Kita sepatutnya memilih makanan yang segar dan bermutu kerana ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman. Buah-buahan atau sayur-

sayuran yang hendak dimakan mentah juga perlu dicuci dengan sempurna. Kupas kulit sayur dan buah yang memiliki kulit tebal, terutama buah dan sayur yang dilapisi lilin. Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan. Kekurangan air akan menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan. Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal. Oleh itu, bekalan air seharusnya bersih, tidak mempunyai bau serta tidak mempunyai sebarang bendasing di dalamnya. Air juga perlu dimasak sehingga mendidih bagi membunuh mikroorganisma di dalamnya.

4.0

ELEMEN FIVE KEYS TO A HEALTHY DIET

Lima Kekunci Diet yang Sihat Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet sihat dapat menghasilkan tubuh yang sihat manakala pemakanan yang teruk akan menyebabkan kita rasa letih dan tidak bermaya serta berisiko untuk menghidap pelbagai penyakit. Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.

7|Page

Aspek pertama yang ditekankan dalam risalah The 3 Fives ialah memberi bayi anda susu ibu dalam tempoh 6 bulan pertama kehidupannya dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga
mencapai umur 2 tahun. Ini kerana susu ibu merupakan makanan yang sempurna untuk bayi

kerana ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi ,mudah hadam, sentiasa tersedia pada suhu yang tetap dan bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.

Selain itu, susu ibu memberi perlindungan kepada bayi kerana terdapatnya kolostrum pada hari pertama penyusuan sehingga ke hari ketiga, ia juga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan jika dibandingkan dengan penyusuan secara lain.

Elemen ke 2 :Makan berbagai macam makanan Kita digalakkan mengambil makanan dengan kombinasi makanan yang berbeza: contohnya makanan ruji, kekacang dan bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan dari sumber haiwan.Kepelbagaian makanan ini perlu untuk memastikan kita mendapat cukup zat dan nutrien yang diperlukan tubuh badan.

8|Page

Elemen ke 3 :Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan Menambah pengambilan pelbagai sayuran dan buah-buahan (lebih dari 400 g per hari). Makan mentah sayuran dan buah-buahan sebagai snack bukan makanan ringan yang tinggi gula atau lemak. Ketika memasak sayur-sayuran dan buah-buahan, elakkan terlalu masak kerana hal ini boleh menyebabkan kehilangan vitamin penting. Tin atau sayur-sayuran kering dan buahbuahan boleh digunakan, tetapi memilih kelainan tanpa tambahan garam atau gula. Elemen ke 4 : Kurangkan jumlah lemak dan minyak dalam makanan Gunakan atau pilih minyak tak tepu (contohnya zaitun, soya, jagung bunga matahari,) daripada lemak atau minyak haiwan yang tinggi lemak tepu (contohnya kelapa dan minyak sawit) Pilih daging putih (ayam misalnya) dan ikan yang umumnya rendah lemak daripada daging merah.Gunakan susu rendah lemak dan produk tenusu yang baik. Elakkan yang telah diproses, dipanggang, dan makanan gorengan yang mengandung asid lemak trans industri. Elemen ke 5 : Makan sedikit garam dan gula Masak dan menyiapkan makanan dengan garam sesedikit mungkin. Elakkan makanan dengan kandungan garam tinggi. Hadkan pengambilan minuman ringan dan minuman buah manis dengan gula. Memilih buah-buahan segar untuk makanan ringan, bukan makanan manis dan gula-gula (misalnya kuih muih).

4.1

AMALAN PEMAKANAN DAN DIET SIHAT

Diet sihat adalah salah satu aspek yang membantu dalam mengekalkan kesihatan. Ia penting untuk menurunkan risiko kesihatan yang kronik, seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes, hipertensi dan kanser. Diet sihat melibatkan jumlah yang tepat apabila memakan semua nutrisi penting dan mendapatkan jumlah air yang cukup. Nutrisi boleh diperolehi daripada makanan yang berbeza, jadi ada banyak diet yang boleh dianggap sihat(Ranfer,2001). Diet sihat mesti
9|Page

mempunyai keseimbangan macro nutrients (lemak, protein, dan karbohidrat), kalori untuk menyokong keperluan tenaga, dan mikro untuk memenuhi keperluan gizi manusia tanpa

mengandungi racun atau berat badan yang berlebihan dari jumlah yang pengambilan yang berlebihan. Selain diet sihat kita juga disaran mengambil makanan seimbang serta membuat latihan fizikal yang baik untuk memberi kesan pada berat badan. Ini, penting untuk mendapat berat badan yang idea dengan tinggi badan . Kegemukan berkemungkinan dapat mengundang penyakit jantung, diabetes , tekanan darah tinggi, sesak nafas, arthritis, masalah hempedu,osteoar thritis dan lainlain. Kita boleh menentukan sama ada seseorang menderita kelebihan berat badan atau tidak dengan mengira BMI (Body Mass Index). Mereka yang mempunyai BMI antara 25-29,9 adalah mempunyai kelebihan berat badan, sementara mereka yang mendapatkan BIM di atas 30 adalah obes. Dalam kajiannya tentang diet dan nutrisi Vahn Bromer,pakar diet seimbang beliau menyatakan;kita sebenarnya boleh mula merancang diet sihat dengan membaca panduan diet yang banyak dari sumber-sumber yang baik. Panduan ini termasuk kumpulan makanan melalui giza piramid yang menunjukkan cara menyediakan makanan yang berbeza,ia boleh digabungkan untuk mendapatkan gabungan makanan diet yang sihat. Bukan mudah untuk mengikuti diet sihat dan makan makanan dengan diet yang sihat..

Terdapat banyak jenis makanan dan banyak cara yang berbeza boleh digunakan untuk menggabungkan makanan bagi membuat makanan lengkap dalam kaedah yang lebih efisyen. Makan adalah salah satu kenikmatan terbesar dalam hidup dan kita boleh menggunakan piramid makanan seimbang sebagai titik permulaan untuk mendapat kesihatan yang lebih unggul

10 | P a g e

5.0

ELEMEN FIVE KEYS TO APPROPRIATE PHYSICAL ACTIVITY

Lima Kekunci Aktiviti Fizikal yang Sesuai Dalam risalah The 3 Fives menyatakan kunci untuk menghargai aktiviti fizikal. Di antaranya

ialah ia menyatakan jika kita adalah individu yang tidak aktif dari segi fizikal, namun tidak terlalu lewat bagi kita untuk melakukannya dan mengurangkan aktiviti sedentary. Ini bermaksud kita perlulah mencari aktiviti fizikal yang menyeronokkan bagi mendorong kita untuk melakukannya. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas, seseorang perlulah melakukan senaman. Aktiviti fizikal merupakan langkah mudah untuk memelihara kesihatan dan kecergasan fizikal. Realitinya terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya

berjoging,bersukan atau berkebun. Gaya hidup masyarakat sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan . Gaya hidup sedentary adalah corak kehidupan yang dilalui tanpa melakukan aktiviti fizikal. Kehidupan sebegini boleh memudaratkan kesihatan individu. Bagaimanapun, kita seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang kita perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan kesihatan jantung, membina otot dan mengurangkan stres.

11 | P a g e

Bersenam tidak dapat dipisahkan apabila berbincang berkenaan dengan aktiviti fizikal. Jika kita tidak bersungguh-sungguh, perkara ini sukar untuk dijadikan sebahagian daripada rutin hidup, Senaman dapat memberi manafaat kepada kita antaranya boleh mengawal berat badan, mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi; mengurangkan risiko sakit jantung, kencing manis, strok dan tekanan darah tinggi; melancarkan aliran darah serta meningkatkan daya ketahanan badan. Ia juga dapat membantu memperbaiki emosi serta dapat mengurangkan

tekanan.Bagi individu yang mengalami masalah cepat berasa penat, senaman antara ubat terbaik dan murah untuk anda. Senaman mudah ialah berjalan setempat selama 20 hingga 30 minit di bilik tidur atau di depan televisyen ,ia mampu memberi kesan ketara pada anda. Jika malas untuk keluar bersenam, kita juga boleh melakukan tugasan rumah seperti mengemas ,memasak atau menyapu sampah.Jangan hanya duduk di hadapan televisyen atau komputer sahaja.

12 | P a g e

Ibu bapa patut menggalakkan anak-anak supaya melakukan aktiviti fizikal dengan secukupnya dengan memberi peluang untuk anak-anak melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan badan. Ia boleh dilakukan selama satu jam sehari. Ini bermakna anak-anak perlu dibiarkan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam atau bermain sekurang-kurangnya satu jam sehari. Anak-anak juga perlu digalakkan untuk menyertai aktiviti yang menambah fleksibiliti, kekuatan dan stamina mereka, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu, seperti meregang badan, bermain palang senaman. Laporan klinikal oleh Kenneth R. Ginsburg yang diterbitkan dalam jurnal American Academy of Pediatrics menyatakan bahawa bermain merupakan penyumbang utama kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi serta kesejahteraan kanak-kanak yang turut memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak mereka. Pendapat itu turut dipersetujui oleh Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson, Stanford Guo yang menyatakan bahawa bermain membolehkan kanak-kanak mencipta dan menerokai suatu dunia yang dapat mereka kuasai .Dalam dunia tersebut, mereka memperolehi kebolehan baru yang membawa kepada keyakinan diri serta ketabahan yang di perlukan bagi menghadapi cabaran. Kanak-kanak juga digalakkan untuk bermain di luar kerana ruang yang luas. Mereka boleh berlari bebas dan ini membantu mereka untuk tidur lena pada waktu malam dan mengurangkan risiko obesiti. Pakar perkembangan kanak-kanak mengatakan bahawa kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di luar rumah mempunyai perilaku yang lebih baik serta lebih mudah dikawal. Selain itu, anak-anak perlu digalakkan menyertai kegiatan kokorikulum di sekolah bukan semata-mata akademik, pagi sekolah, petang tuisyen, malam kelas tambahan. Ini dinyatakan dalam risalah The 3 Fives iaitu kunci yang terakhir.
13 | P a g e

6.0

KESIMPULAN

Konsep 3 Fives oleh WHO pada awalnya dianggap sebagai produk yang unik, dibuat khusus untuk acara sukan besar sebagai gabungan tertentu keselamatan makanan, nutrisi dan aktiviti fizikal mempunyai resonansi khusus dalam kombinasi dengan atlet. Selain itu, mengakui bahawa acara sukan global yang mempunyai potensi untuk mencapai mega-penduduk, berbilion-bilion iaitu orang melalui lebih luas kempen, termasuk iklan TV. WHO disajikan konsep 3 Fives di 2008 World Health Assembly dan Codex Alimentarius Suruhanjaya. 3 Fives Model sangat diterima dengan baik oleh Negara Anggota sebagai produk menanggapi arus kebimbangan kesan keselamatan makanan, nutrisi dan aktiviti fizikal pada kesihatan manusia secara menyeluruh. Oleh itu pengamalan konsep 3 FIVES melalui makanan yang selamat, diet seimbang serta aktiviti fizikal yang berterusan dilihat sebagai nutrisi semulajadi yang sihat untuk semua tubuh. Makan serta pastikan kita mengambil makanan yang selamat,bersih serta terjamin kualitinya. Diet sihat adalah lebih banyak tentang apa yang kita makan bukan dari berapa banyak di makan, kita boleh menghitung kalori dan meniggalkan diet tanpa tidak sihat. Mendidik anak-anak pada perilaku pengendalian makanan yang selamat merupakan kunci untuk mencegah penyakit bawaan makaanan.Mengintegrasikan pelajaran keselamatan makanan ke dalam kurikulum sekolah dapat memberi pengetahuan yang berguna kepada pelajar tentang cara menjaga pemakanan dengan betul. Menguruskan acara serta agenda keselamatan makanan harus dilakukan secara antarabangsa dan sejak awal lagi dan ini akan dijadikan sebagai konsekuensi multinasional yang diharapkan oleh semua pihak. Langkah terbaik yang boleh dilakukan untuk menjaga diri untuk terus sihat adalah makan makanan berkhasiat sepanjang masa, tidak hanya ketika ingin menurunkan berat badan. Makan secara sihat adalah pilihan gaya hidup jangka panjang, sesuatu yang kita boleh lakukan untuk seumur hidup kita.

( 3000 Patah perkataan )

14 | P a g e

RUJUKAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

http://www.who.int/features/factfiles/food_safety/en/index.html http://www.ifsqn.com/articles_detail. http://www.infosihat.gov.my/artikelHP/ http://www.naturalnews.com/food_safety.html http://www.who.int/foodsafety/en/ http://blogmoh.moh.gov.my/?p=184 Stansfeld SA, Hart CL, et al. Psychological distress, physical illness and mortality risk. J Psychosom Res 2004;57(3):231-6.

8.

Reddy S, Ounpuu S, et al. Global burden of cardiovascular diseases: part I: general considerations, the epidemiologic transition, risk factors, and impact of urbanization. Circulation 2001;104(22):2746-53.

9.

Denn K(2000). Nutrition Models andLlife-tables. J R Stat Soc (Ser B) 1972;34:187-220. Anon. International Statistical Classification of Diseases and Related Health Problems. Geneva: WHO; 1992. (10th revision).

10.

MacIntyre S, Annandale E, Ecob R, et al. The West of Scotland Twenty-07 Study: health in the community. In: Martin C, MacQueen D, editors. Readings for A New Public Health. Edinburgh: Edinburgh University Press; 1989.

11.

The Academy of Medical Sciences. Calling Time. The Nation's Lifestyle as a Major Health Issue. London: The Academy of Medical Sciences; 2004.

15 | P a g e

LAMPIRAN

16 | P a g e

17 | P a g e

18 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai