Anda di halaman 1dari 1

Doa Kursus Kepimpinan Pegawas Sekolah/PRS/PPS

Ya Allah,Ya Tuhan Kami,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk menghadiri Program Pemimpin Berpesonaliti Unggul pada hari ini.

Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar,


Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah,Badan Pembimbing Rakan Sebaya dan Badan Pengawas Pusat Sumber ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sebagai sokongan ke arah membantu meningkatkan kelancaran pengurusan Unit Disiplin dan Pengawas, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Pusat Sumber di Sekolah Seksyen 20 .

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas dan pembimbing kami akan menjadi pengawas dan pembimbing yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas dan pembimbing yang cemerlang, terbilang , pengawas dan pembimbing yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas dan pembimbing yang berketrampilan dan berwibawa .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram,


Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.