Anda di halaman 1dari 4

PROSEDUR 5 & 6 : MENGENALPASTI SPESIES LARVA DIBAWAH MIKROSKOP BAGI TUJUAN PENGUATKUASAAN & PENGAWETAN LARVA.

Tarikh : 26/3/2012 Lokasi/Lokaliti : Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak Anggota Terlibat : PKA En Reduan bin Hassan Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih) Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih) Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih) Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)

Objektif : Untuk mengenal pasti spesies larva nyamuk bagi tujuan bukti kes dan pendakwaan. Sebagai pengesahan sama ada larva yang di pungut adalah larva nyamuk atau bukan. Untuk mengenal pasti samaada larva tersebut adalah dari sepsis baru. Mengelakan larva tersebut rosak jika kes penguatkuasaan di bawa ke mahkamah.

Peralatan dan Bahan : Mikroskop Slaid Kaca Sisip Kaca Tisu Pipet Bikar

Kekunci Bergambar Botol Universal Larva Alkohol 70 %

Kaedah/Tatacara : Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan pemeriksaan larva. Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Tuangkan spesimen ke dalam bikar. Matikan larva dengan menggunakan air suam bagi memudahkan proses pengecaman larva di bawah mikroskop. Bersihkan slaid kaca dan sisip kaca dari habuk dengan menggunakan tisu. Letakkan spesimen di atas salaid kaca dengan menggunakan pipet dan pastikan spesimen berada dalam keadaan yang sesuai bagi memudahkan proses mengenalpasti larva. Gunakan tisu untuk menyerap lebihan air di atas slaid kaca tersebut. Letakkan sisip kaca di atas slaid kaca dengan cermat agar spesimen tidak rosak. Kemudian letakkan slaid kaca di atas pelantar mikroskop. Hidupkan suis mikroskop. Laraskan kanta mengikut kesesuaian 40x,50x atau 100x. Kenalpasti larva melalui : bulu palmat gigi sesikat siphon bulu spine

Rujuk kekunci bergambar untuk pengesahan larva. Setelah selesai proses mengenalpasti larva,offkan suis mikroskop.

Masukkan semula spesimen tersebut ke dalam botol universal yang mengandungi alcohol 70 % dengan cara mengalirkan alcohol di atas slaid kaca bagi mengelakkan larva daripada rosak. Labelkan dan lakkan botol tersebut dengan lak rasmi KKM. Simpan botol tersebut.

Lampiran: