Anda di halaman 1dari 9

[PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023 Sebagai seorang pendidik yang berkualiti kita

perlu mempelajari cara mengendalikan kes-kes kemalangan sama ada kecil atau pun besar. Dengan adanya pengetahuan ini sekurangkurangnya dapat mengelakkan kecederaan atau kemalangan itu menjadi bertambah teruk. Maka pengetahuan dan langkah-langkah awal berkenaan pertolongan cemas seperti yang disampaikan dalam ceramah yang disampaikan oleh Encik Majid Fazal perlu diketahui bagi melakukan rawatan. Pertolongan kecemasan adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa sebelum menerima rawatan yang sewajarnya. Ia merupakan satu usaha rawatan pertama (first aid) dalam keadaan kecemasan dan kebiasaannya dilakukan di tempat berlakunya kejadian atau kemalangan. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pemulihan, mengelakkan berlakunya komplikasi dan juga untuk menyelamatkan nyawa sementara menunggu bantuan perubatan daripada pakar perubatan dan profesional tiba. Dalam memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa anda haruslah mampu untuk mengawal perasaan anda agar tidak panik, mengambil sedikit masa untuk berfikir dan membuat penilaian terhadap situasi kecemasan yang berlaku dengan pantas dan bertenang menghadapi insiden yang berlaku. Selain itu, dalam memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa anda haruslah peka akan bahaya yang terdapat di sekeliling yang mungkin dapat membahayakan anda dan juga mangsa, jangan letakkan diri anda dalam sebarang risiko dan bertindak diluar kemampuan anda. Perkara pertama yang harus diutamakan adalah menjauhkan dan mengeluarkan magsa dari sebarang bahaya, berikan bantuan mengikut keutamaan dan meminta bantuan pihak yang pakar iaitu dengan mendail talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan pakar perubatan. Terdapat beberapa situasi yang membolehkan kita untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa. Antaranya adalah: 1.0. Rawatan Luka dan Pendarahan. Luka adalah situasi di mana terdapat sebarang bentuk kecederaan pada tubuh badan yang mengakibatkan pecahan kulit atau tisu biasa. Terdapat bebarapa jenis luka. Antaranya adalah terguris (incised), terkoyak (lacerated), melecet (abrasion), calar balar (linear abrasion), lebam (contusion), tercucuk (puncture), tembakan (gunshot), dan letupan (blast).

[PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023 Pendarahan pula adalah situasi dimana terkeluarnya darah daripada sistem peredarannya akibat kecederaan atau penyakit. Adalah amat penting untuk mengetahui dan mengenal pasti jenis-jenis pendarahan yang terjadi bagi menentukan kaedah rawatan kecemasan yang akan dilakukan seterusnya. Antara jenis pendarahan tersebut adalah : a) Pendarahan arteri. Merupakan pendarahan dari salur darah arteri yang mengandungi oksigen dan darah yang keluar dari pendarahan ini adalah berwarna merah cerah serta keluar secara memancut-mancut mengikut rentak degupan jantung. b) Pendarahan vena. Pendarahan ini pula adalah dari salur darah vena yang mengandungi cardon dioksida dan ianya berwarna merah gelap. Apabila berlakunya pendarahan pada salur darah ini darah yang keluar dari luka adalah dalam bentuk lelehan. c) Pendarahan kapilari. Merupakan pendarahan rerambut darah yang menyebabnya darah yang keluar meleleh tidak banyak jika permukaan kulit tidak pecah akan menyebabkan lebam. Adalah amat penting dalam bertindak dengan segera dalam mengawal pendarahan bagi mengelakkan kehilangan darah, renjatan, jangkitan kuman, parut dan juga proses penyembuhan yang lambat. Terdapat tiga cara dalam mengawal pendarahan setelah memastikan jenis-jenis pendarahan yang berlaku iaitu dengan menggunakan tekanan langsung, tekanan tidak langsung atau ikatan tourniquet. Tekanan langsung adalah cara yang berkesan mengawal pendarahan dengan menekan secara langsung atau terus pada kawasan yang luka dengan menggunakan pembebat dan juga pembalut. Namun sekiranya dalam situasi kecemasan dan tidak ada pembebat dan pembalut, kain lain boleh digunakan namun haruslah bersih. Ikat pembebat dan pembalut dengan kemas pada tempat luka dan tekanan dikekalkan sehingga pendarahan berhenti iaitu dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Sekiranya pendarahn tidak berhenti setelah tekanan langsung dilakukan, barulah tekanan tidak langsung digunakan, di mana pendarahan dikawal dengan menekan pada tempat-tempat arteri tertentu di mana arteri beralaskan tulang dengan cara yang sama seperti tekanan langsung dilakukan iaitu dengan menggunakan pembebat dan pembalut sehingga pendarahan berhenti. Sebagai contoh di bahagian anggota tangan, arteri

[PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023 terletak berhampiran dengan pangkal lenggan. Tempat arteri ini dapat dikesan dengan memeriksa denyutan nadi. Arteri yang wujud dibawah lenggan ini dipanggil sebagai arteri brakial yang beralaskan tulang humerus dan mengalirkan darah ke anggota tangan, arteri femoral pula beralaskan tulang femur dan mengalirkan darah ke anggota kaki manakala arteri karotid beralaskan tulang vertebra dan mengawal perdarahan di kepala. Setelah pendarahan berjaya dikawal, immortalize mangsa dengan menggunakan kain anduh supaya anggota yang tercedera itu tadi dibalut dan dibelat supaya tidak bergerak. Cara ini digunakan bagi mengawal pendarahan dan menstabilkan kecederaan. Di dalam teks Bantuan Kecemasan 2010, ikatan tourniquet tidak digalakkan dilakukan. Namun sekiranya sudah tidak ada cara lain, kaedah ini terpaksa dilakukan. Ianya digunakan sekiranya pendarahan terlalu besar dan tidak dapat dikawal dengan menggunakan tekanan langsung dan tidak langsung. Dengan menggunakan kaian atau pembalut lebar, ikatan dilakukan di keliling anggota pada atas tempat cedera. Sebelum ikatan kedua dilakukan selitkan pen atau sebatang kayu dan putarkan supaya ikatan menjadi ketat dan pendarahan terhenti. Harus diingatkan bahawa ikatan ini harus diloggarkan setiap 15 ke 20 minit supaya sirkulasi darah ke anggota berjalan beberapa minit sebelum diketatkan semula bagi mengelakkan berlakunya gangren. Seperkara lagi harus diingatkan dalam memberikan rawatan terhadap mangsa yang mengalami pendarahan, pastikan luka dilhat dengan jelas, tanggal atau gunting pakaian jika perlu.

2.0. Rawatan Tercekik. Terdapat dua kategori tercekik iaitu mild obstruction (tercekik separuh) dan severe obstruction (tercekik penuh). Bagi mild obtruction bayi atau kanak-kanak masih boleh bernafas dengan sendiri dan batuk secara efektif. Anda tidak perlu melakukan apa-apa kerana mangsa mampu untuk mengeluarkan objek yang tercekik itu dengan sendiri. Yang anda perlu lakukan hanyalah meminta mangsa untuk membatukkan objek yang menyebabkan dia tercekik itu keluar. Jika tidak boleh segera hubungi talian kecemasan 999. Apabila severe obstruction terjadi perkara pertama yang dilakukan adalah dengan memastikan keadaan mangsa dengan bertanya keadaannya dan kenal pasti target group mangsa anda. Jika mangsa yang tercekik adalah kanak-kanak yang berumur lebih dari 1 tahun, anda boleh bawa kanak-kanak ke atas meja atau kerusi, turun atau merendahkan

[PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023 badan menyamai paras kanak-kanak tersebut bagi memudahkan bantuan diberikan kepada kanak-kanak yang tercekik itu. Kemudian terdapat dua cara untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak tercekik, yang pertama tundukkan kanak-kanak dan tepuk belakang kanak-kanak sebanyak lima kali untuk membina satu kuasa untuk menolak keluar objek yang tercekik. Yang kedua adalah dengan berdiri di belakang mangsa, genggam tangan kanan dan letakkan dibahagian antara pusat dan tulang rusuk, kemudian kunci dengan menggunakan tangan kiri dan tolak ke arah in and up untuk membina kuasa menolak objek yang tercekik itu tadi. Jika kanak-kanak kecil gunakan sebelah tangan sahaja dan daya tolakan atau tekanan adalah kurang. Lakukan sebanyak lima kali atau sehingga mangsa pengsan dan hubungi 999. Bantuan untuk bayi tercekik adalah berbeza. Anda harus pastikan terlebih dahulu sebab bayi tersebut tercekik. Sebagai contoh, sekiranya bayi tersebut demam maka kemungkinan saluran pernafasannya terkena jangkitan kuman. Oleh itu bawa bayi ke institusi perubatan dengan segera. Sementara itu biarkan bayi itu bebas berbaring untuk mencari sendiri posisi yang selesa baginya. Namun sekiranya bayi tersebut betul-betul tercekik sesuatu objek, dukung bayi dengan keadaan kepalanya lebih rendah dari badannya kemudian letakkan tangan kanan atau ibu jari dan kelingking dibawah dagu bayi (cengkam) dan telangkupkan bayi dan letakkan di bahagian tangan kanan, dengan menggunakan kaki tampung tangan yang memegang bayi tadi. Posisi yang terbaik bagi melakukan kaedah ini adalah posisi duduk. Setelah itu tepuk belakang bayi sebanyak lima kali, pusingkan semula bayi dan lakukan compression seperti di dalam kaedah CPR sebanyak lima kali. Ulang kitaran tersebut hingga objek tersebut keluar. Semasa melakukkan tepukan dan compression tersebut perhatikan mulut dan hidung bayi sekiranya kelihatan sebarang objek, sekiranya ada, cuba tarik objek itu keluar. Jika semasa kita lakukan kaedah ini, bayi pengsan segera hubungi 999 dan lakukan CPR.

3.0. Bantuan CPR untuk Masalah Sistem Pernafasan. Pertolongan kecemasan diberikan mengikut keutamaan, oleh itu anda harus membuat penilaian terhadap mangsa untuk memastikan apa yang diperlukan oleh mangsa dan sekiranya sistem pernafasan berhenti berfungsi, CPR harus segera dilakukan. Concentration oksigen dalam udara adalah sebanyak 21 peratus dan kita

[PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023 hanya menggunakan kira-kira 5 ke 6 peratus sahaja dan selebihnya itu dihembur keluar. Apabila diberikan kepada mangsa yang memerlukan ianya efektif kerana masih wujud kandungan oksigen dalam nafas yang dihemburkan keluar. Masa adalah emas dalam bantuan kecemasan. Dalam masa 4 minit jika bekalan oksigen terputus akan berlaku kematian klinikal, tetapi jika dalam masa 8 minit masih tiada bekalan oksigen akan berlakunya kematian biological yang tidak dapat diselamatkan kerana bekalan oksigen tiada di otak dan menyebabkan kerosakan pada atak yang tidak dapat dipulihkan. Apabila CPR dilakukan dalam 4 minit pertama peluang untuk hidup adalah 4 kali ganda. Kaedah atau langkah yang digunakan bagi bayi dan kanak-kanak adalah berbeza, di mana bagi bayi seperti disyorkan oleh Pertubuhan Pediatrik Malaysia gunakan formula D.R.A.B.C. manakala bagi kanak-kanak berumur lebih dari 1 tahun gunakan formula yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Amerika Syarikat iaitu D.R.C.A.B. Langkah melakukan CPR dengan menggunakan formula D.R.A.B.C. bagi bayi berumur o hingga 1 tahun adalah seperti yang berikut: D Danger Pastikan keselamatan mangsa dan diri diutamakan. Alihkan segala bahaya yang wujud. Tentukan tahap kesedaran bayi dengan menilai respon bayi dengan mengeletek atau mengosokkantelapak kakinya bagi R Respon mendapatkan respon. Jika tiada respon, hubungi talian kecemasan 999 dengan segera. Buka salur pernafasan bayi dengan menekan dahi dan angkat A Airway dagu bayi tersebut ke posisi sniffing atau posisi normal, tidak boleh hyper extend. Periksa sama ada bayi bernafas atau tidak dengan endekatkan telinga ke mulut bay bagi mendengar dan merasa nafas bayi serta melihat pergerakan dada bayi dalam masa 5 saat dan B Breathing tidak melebihi 10 saat. Jika dalam masa 10 saat bayi tidak bernafas anda berikan bayi tersebut bantuan pernafasan CPR. Letakkan bayi di dataran yang tinggi, serkup mulut dan hidung bayi bagi membentuk shell semasa melakukan CPR.
5

[PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023 Lakukan hembusan sebanyak dua kali. Harus diingat bahawa paru-paru bayi adalah kecil oleh itu hembusan udara yang dihembur semasa CPR terhadap bayi adalah sedikit berbanding dengan ketika CPR terhadap orang dewasa. Periksa nadi bayi dahulu pada bahagian brakial pulse iaitu di bawah lenggan bayi selama 5 ke 10 saat. Jika tiada denyutan nadi dikesan barulah dilakukan

compression di atas dada bayi. Letakkan 3 jari di kawasan nimple line dan gunakan 2 jari untuk compress di tengah Compression (circulation) breast bone. Compression dilakukan adalah sekurangkurangnya sedalam 4 cm. Tekan sebanyak 30 kali dan hembuskan nafas ke mulut bayi sebanyak dua kali. Ulang langkah ini sebanyak lima kitaran sebelum nilai sama ada bayi telah berjasa diselamatkan ataupun tidak. Jika tidak berjaya ulang langkah sehingga bantuan perubatan sampai.

Langkah melakukan CPR dengan menggunakan formula D.R.C.A.B. bagi kanakkanak berumur 1 tahun dan ke atas adalah seperti yang berikut: D Danger Pastikan keselamatan mangsa dan diri diutamakan. Alihkan segala bahaya yang wujud. Tentukan kesedaran mangsa dengan menepuk atau

menggoncangkan bahu mangsa dan bertanya keadaan R Respon mangsa. Jika tiada respon, minta bantuan dan hubungi talian kecemasan 999. Compression (Circulation) Nilai sama ada kanak-kanak masih bernafas atau pun tidak dengan cara yang sama dengan formula untuk CPR terhadap bayi.

[PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023 Jika tiada sebarang tanda kanak-kanak bernafas dan tiada denyutan nadi, terus lakukan compression pada dada kanakkanak. Bagi kanak-kanak yang besar atau 6 tahun gunakan sebelah tangan, manakala bagi kanak-kanak kecil guna cara compress yang sama dalam formula untuk bayi namun terdapat perbezaan kedalaman compression iaitu sebanyak 5 cm. Lakukan sebanyak 30 kali. Jika kanak-kanak masih tidak bernafas, buka saluran A Airway pernafasannya dengan menekan dahi dan mengangkat dagu kanak-kanak pada posisi yang membolehkan saluran

pernafasanya terbuka. Berikan bantuan pernafasan sebanyak dua kali. Nilai semula keadaan kanak-kanak, sekiranya tiada sebarang perubahan, ulang semula langkah compression terhadap dada B Breathing kanak-kanak dan bantuan pernafasan. Namun sekiranya tidak yakin untuk melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut, boleh juga dilakukan compression sahaja.

4.0. Rawatan untuk Kecederaan Akibat Terbakar atau Melecur. Terdapat banyak tahap kecederaan kebakaran. Matlamat utama pertolongan cemas dalam kecederaan terbakar adalah untuk : a) Menjauhkan pesakit daripada punca atau bahan kebakaran. b) Mengurangkan kesan-kesan setempat akibat kecederaan yang dialami. c) Mengurangkan kesakitan pesakit. d) Mencegah dari berlakunya jangkitan atau sepsis. e) Mencegah dari berlakunya renjatan. f) Memulihkan pesakit sekiranya berlaku sekatan kardio-

pulmonari(cardiopulmonary arrest) g) Mengangkat mangsa dengan seberapa segera ke pusat rawatan atau hospital yang berdekatan.
7

[PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023 h) Perhatian kepada kawasan-kawasan sensitif seperti mata, hidung,mulut, telinga, genitalia dan paru-paru.

Sekiranya kecederaan berlaku adalah disebabkan haba, segera sejukkan kawasan kecederaan dengan meletakkan bahagian tercedera di bawah air yang mengalir, dan jangan gunakan ais atau letakkan kompres sejuk yang diperbuat daripada tuala, sapu tangan atau kain yang bersih. Setelah itu tudung atau tutup kawasan tercedera dengan menggunakan pembalut yang telah disteril, sekiranya kesederaan melebihi 15 peratus kawasan permukaan tubuh, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Jangan pecahkan repuh-repuh, jangan guna bahan-bahan berminyak, tanggalkan barang perhiasan daripada bahagian yang tercedera dan angkat anggota tubuh yang terbakar. Namun sekiranya kecedaraan disebabkan bahan kimia, secara umum basuh dan simbah bahagian yang terkena bahan kimia dengan air yang secukupnya, minta bantuan perubtan dengan segera. Harus diingatkan agar tidak memecahkan repuh-repuh atau membuang kulit yang musnah, menekan tempat yang terbakar, menggunakan bahan berminyak atau ubat-ubatan sendiri tanpa pengetahuan doktor serta guna bahan lain untuk meneutralkan bahan kimia yang terlibat. Sekiranya bahan kimia tersebut terkena pada kulit, basuh dan simbah dengan air dan jika perlu mandikan mangsa, tanggalkan pakaian selepas itu sambung usaha-usaha pembasuhan dan penyiraman anggota yang cedera, balut kecederaan dan bawa mangsa ke hospital. Perkara yang sama turut dilakukan sekiranya bahn kimia termasuk ke dalam mata atau saluran pernafasan cuci mata atau bahagian mulut dengan air secukupnya. Namun begitu tatacara rawatan mangsa kecederaan terbakar akibat arus eletrik agak berbeza dimana langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mematikan suis punca arus eletrik, asingkan mangsa dari pendawaian eletrik, dan jangan sentuh mangsa sekiranya tidak pasti akan keselamatan diri. Pemulihan CPR perlu diberikan segera sekiranya perlu. Langkah-langkah seterusnya adalah sama seperti kecederaan disebabkan oleh haba. Setelah itu periksa tanda-tanda fraktur dan kecederaan lain dan alih mangsa untuk dibawa ke hospital dengan segera.

5.0. Rawatan terhadap Kecederaan dalam Sukan. Dalam memberikan rawatan terhadapat kecederaan yang disebabkan oleh sukan seperti terseliuh dan sebgainya kita menggunakan formula R.I.C.E. iaitu rest, ice,
8

[PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023 compress, dan elevate. Pertama sekali minta kanank-kanak untuk berehat seetiak kemudian barulah tuam kawasan kecederaan dengan menggunakan ais, setelah itu compress kawasan kecederaan dengan menggunakan bandage yang boleh diregangkan dan elevate atau tinggikan kecederaan. Selepas 24 hingga ke 48 jam selepas dituam dengan ais barulah dituam dengan menggunakan tuam panas. Namun begitu kecederaan ini harus dirujuk ke hospital bagi mengelakkan sebarang koplikasi berlaku dan kecederaan menjadi lebih parah. Sebagai guru dan pendidik yang bertanggungjawab, kita juga harus memastikan kawasan institusi pendidikan dibawah seliaan kita menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan. Kita tidak akan dapat menjangka bila sesebuah kemalangan atau insiden buruk akan berlaku. Oleh itu kita harus tahu serba sedikit tentang cara untuk memberikan rawatan awal sementara bayi dan kanak-kanak mendapatkan rawatan perubatan daripada profesional. Dalam memberikan pertolongan cemas peralatan seperti peti pertolongan cemar amat berguna. Maka pendidik harus sentiasa periksa secara berkala bagi memastikan kandungan peti kecemasan boleh digunakan. Sesebuah peti pertolongan cemas mestilah mengandungi plaster, pembalut, pembalut tiga segi atau kain anduh, pembebat, kapas, gunting, lotion acriflavine, lotion gention violet dan SSD cream yang digunakan dalam merawat kecederaan akibat kebakaran.