Mengurangkan penggunaan/pembakaran bahan api fosil dalam sektor industri, pengangkutan, domestik dan beralih kepada penggunaan tenaga yang mesra alam seperti tenaga hidro, tenaga solar, dan biomass. Peralihan kepada penggunaan tenaga pengganti ini menggurangkan kadar pembebasan gas-gas Rumah Hijau ke atmosfera. Dengan itu, kesannya boleh dikurangkan.
Mengurangkan aktiviti penyahutanan atau melaksanakan program penghutanan semula/penghijauan bumi supaya lebihan karbon dioksida dalam atmosfera boleh dikurangkan.Tumbuh-tumbuhan amat penting sebagai penyimpan semula jadi karbon dioksida melalui proses fotosintesisrespirasi. Oleh itu, imbangan karbon dioksida dengan oksigen di atmosfera akan dapat dikekalkan.
Kerjasama antarabangsa. Persefahaman antara negara dalam mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau seperti yang termaktub dalam Sidang Puncak Bumi di Rio de Janerio. Negaranegara utara khususnya Amerika Syarikat tidak seharusnya menyalahkan negara-negara selatan. Sebaliknya, kesan fenomena Rumah Hijau boleh dikurangkan melalui perkongsian teknologi pintar dan perkongsian untuk membaik-pulih alam sekitar global.
Langkah perundangan yang lebih tegas kepada industri-industri yang melepaskan bahan pencemar tanpa kawalan/tidak mengikut piawai yang ditetapkan. Antara langkah yang boleh diambil ialah meningkatkan denda/kompaun, menarik balik lesen operasi sesebuah kilang, menyitar premis dan lain-lain yang boleh dilakukan melalui mahkamah.
Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada masyarakat pengguna seperti menggunakan peralatan yang tidak mengeluarkan CFC/mesra alam, mencegah pembakaran terbuka agar konsentrasi gasgas Rumah Hijau dalam atmosfera dapat dikurangkan.