Anda di halaman 1dari 8

Punca-Punca Luntur Semangat Patriotisme

Individualisme

Masyarakat mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat.

Berusaha agar kepentingan diri mereka didahulukan. Contoh: Berhijrah ke luar negara untuk melarikan diri dari kegawatan ekonomi dan sebagainya.

Era Globalisasi dan Liberalisme


Kemasukan budaya asing dengan mudah. Masyarakat terpengaruh dengan budaya negatif , ekonomi negara dikuasai sayarikat multinasional, sektor pelaburan dimonopoli negara maju.

Kedaulatan negara tergugat, masyarakat akan terikut dengan budaya asing dan semangat cinta akan negara terkubur,

Sikap Prasangka

Masyarakat bertindak mengangka dahulu berdasarkan steriotaip tanpa bukti yang kukuh. Sangkaan biasanya sangkaan buruk.

Contoh: Sesetengah masyarakat bukan bumiputera menganggap diri mereka sebagai pendatang sahaja.

Menjadi sukar untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri masyarakat tersebut.

Sentimen Perkauman
Masyarakat mementingkan kumpulan etnik sendiri dari segi politik, ekonomi dan sosial. Perjuangan kepentingan kaum dari kepentingan negara.

Unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi idealisme masyarakat. Masyarakat menjaga survival diri dan kelompoknya sahaja.

Hidup Malaysia!