Anda di halaman 1dari 30

KERJA KURSUS GEOGRAFI PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2012

PERNIAGAAN RUNCIT DI USJ 10, UEP SUBANG JAYA , SELANGOR DARUL EHSAN.

NAMA: . KELAS: GURU PENILAI: .


1

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

PENGHARGAAN Saya Mohd Aniq Bin Razak, pelajar Tingkatan 3 Bakti mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya membuat Kajian Geografi Tempatan (KGT).
3

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan upcapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13 iaitu Puan Hajah Siti Salmiah Bt. Yaakob kerana memberi sokongan kepada saya menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Pn. Rahmah dan Encik Razak kerana membantu saya menyediakan bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan laporan ini dan mengizinkan saya menemu bual reponden di kawasan kajian. Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya, Pn. Santi Bt. Dapari kerana telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbing dengan begitu dedikasi. Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Zainal, Branden dan Mahilan. Mereka telah memberi maklumat yang amat berguna kepada saya. Di samping itu, mereka juga
4

menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini. Akhir sekali, ucapkan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua responden yang telah sudi ditemu bual. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.

PENDAHULUAN

Kajian Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib untuk lulus subjek Geografi dalam Penilian Menengah Rendah. Kajian ini memerlukan murid turun ke lapangan untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan laporan yang lengkap. Saya memilih tajuk kajian iaitu Perniagaan Runcit Di USJ 10, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan sebagai tajuk
5

kajian kerja kursus Geografi. Saya memilih tajuk ini kerana perniagaan runcit ( pasar sari) yang dibuka setiap pagi Ahad di kawasan tersebut menyumbang peranan yang penting kepada penduduk sekitar. Selain itu, kawasan kajian kerana kawasan ini berhampiran sekolah saya iaitu SMK USJ 13 yang jaraknya hanya 0.7 km. Tambahan pula, ramai rakan saya juga tinggal di kawasan tersebut dan memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat untuk dapatan kajian. Saya menjalankan kajian ini selama 6 minggu iaitu meliputi kerja-kerja pemerhatian, soal selidik, rujukan dan menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut;


6

1.

Mentakrifkan konsep perniagaan runcit. Mengenal pasti dan menghuraikan kepentingan perniagaan runcit di USJ 10, Subang Jaya.

2.

3.

Menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian.

4.

Menyenaraikan dan menjelaskan kesan negatif perniagaan runcit.

5. Mencadangkan dan menghuraikan langkah mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian.
6.

Memupuk nilai bersyukur dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi kesan perniagaan runcit di USJ 10, Subang Jaya.

KAWASAN KAJIAN Kawasan yang saya kaji bernama USJ 10, UEP Subang. Kawasan ini terletak di daerah Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Kawasan ini berkeluasan kira-kira 0.25 km persegi dan dimajukan sebagai pusat perniagaan seperti kedai perabot, klinik, restoran, bank dan butik. Kawasan USJ pada asalnya merupakan ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Estet Seafield. Kawasan ini kemudian dimajukan sebagai kawasan perniagaan pada tahun 1990 untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah akibat
8

perkembangan kawasan perindustiandi Sungai Way dan kepadatan penduduk di Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan USJ 10 berkembang sebagai pusat perniagaan kerana pertambahan penduduk di taman-taman yang behampiran seperti di USJ 9, USJ 11, dan USJ 6. Sila rujuk peta 1. Kawasan perniagaan runcit iaitu pasar sari yang dibuka pada setiap pagi Ahad terletak di Barat USJ 10. Sila rujuk peta lakar 1. Kawasan ini terletak di Selatan daerah Petaling Jaya dan Barat Daya Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan USJ 9 terletak di tengah-tengah zon UEP Subang Jaya iaitu di Utara USJ 13 , Timur USJ 11 dan Barat USJ 8. Sila rujuk peta 1. Kawasan ini hanya terletak 10 km daripada Bandar raya Shah Alam dan 10 km daripada Bandar Puchong. Kawasan ini juga terletak 35 km daripada Bandaraya Kuala Lumpur dan boleh dihubungi 40

minit melalui Lebuh Raya Persekutuan dan 20 minit melalui Lebuh Raya Pantai Baru (NPE).

10

PETUNJUK: U Kawasan USJ 10

11

PETA 1: Kedudukan kawasan kajian dalam zon UEP Subang Jaya

12

PETA LAKAR 1: Kawasan USJ 10 UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang telah digunakan untuk menghasilkan kajian ini ialah ; 1. Pemerhatian Saya telah memperhatikan bentuk muka bumi kawasan kajian.Saya juga telah memperhatikan jens barangan yang dijual di Pasar Sari.
13

2. Temu bual Saya telah menemu bual 3 orang penduduk di kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang kesan perniagaan runcit . Sila rujuk lampiran
3.

Rujukan Saya telah membuat rujukan melalui intternet untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang kawasan kajian. Sila rujuk lampiran

4. Soal Selidik Saya telah membuat membuat soal selidik terhadap 20 orang responden dengan menggunakan borang soal selidik. Sila rujuk lampiran

14

DAPATAN KAJIAN

Konsep Perniagaan Runcit Perniagaan runcit ialah perniagaan secara kecil-kecilan yang menjual barangan keperluan harian kepada pengguna terakhir. Perniagaan runcit seperti gerai, pasar malam, pasar tani, pasar minggu, dan pasar mini biasanya dijalankan oleh individu dan dibantu oleh ahli keluarga. Antara barangan yang dujual ialah makanan, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan kraftangan, pakaian, ikan dan daging.

Kepentingan Perniagaan Runcit Di USJ 10, UEP Subang Jaya , Selangor Darul Ehsan

Kepentingan perniagaan runcit di USJ 10, UEP Subang Jaya ialah seperti berikut:
15

1. Menyediakan Barangan Yang Segar Melalui pemerhatian, saya dapati barangan yang dijual di pasar sari di kawasan tersebut seperti sayur dan ikan serta buahbuahan dijual dalam keadaan yang segar. Daging ayam dan lembu juga dijual segar. Melalaui temu bual dengan beliau lebih suka membeli barangan basah di pasar sari ini kerana barangan yang dijual di pasaraya berdekatan tidak segar dan daging dijual dalam keadaan beku. 2. Menjimatkan kos pengguna Melalui temu bual, encik .

menyatakan barangan yang dijual seperti ikan daging, makanan dan pakaian dijual dengan harga yang lebih murah berbanding pasaraya berdekatan. Oleh itu, kemudahan pasar sari ini telah dapat menjimatkan kos pengguna dan meringankan beban kerana kos sara hidup di bandar sememangnya tinggi.
16

3. Menyediakan Peluang Pekerjaan Pasar sari ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk berhampiran. Melalui temu bual dengan salah seorang peniaga,., beliau tinggal di USJ 16, sudah lebih 3 tahun berniaga sebagai penjual air di pasar tersebut. Oleh itu, peluang pekerjaan tersebut telah memberi pendapatan tetap kepadanya untuk menyara keluarga.Peluang pekarjaan yang ditawarkan sudah pastinya dapat mengurangkan kadar pengangguran penduduk di kawasan berhampiran. 4. Memudahkan Penduduk Tempatan Membeli Barangan Keperluan Melalui soal selidik, sebanyak % responden menyatakan kewujudan pasar sari tersebut memudahkan mereka membeli barang kerana kedudukannya yang

berhampiran dengan rumah mereka. Pelanggan tetap pasar sari


17

ini ialah penduduk di USJ 9, USJ 11, USJ6 dan USJ13. Mereka lebih suka membeli barangan basah dan kering kerana lokasinya yang dekat berbanding pasaraya lain seperti Maidin atau Carrfour yang terletak lebih kurang 3 km dan perlu menempuh kesesakan jalan raya. Saya selaku penduduk di USJ 13 berasa bersyukur kerana kewujudan pasar sari di USJ 10 dapat memudahkan urusan dan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan perhampiran.

Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Pasar Malam Di Bandar Kuala Berang. Faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam di Bandar Kuala Berang ialah seperti berikut :
1.

Faktor Governan/ kerajaan.


18

Faktor governan telah menggalakkan kewujudan pasar malam di Bandar Kuala Berang. Hal ini demikian kerana Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) telah menyediakan tapak yang sesuai untuk pasar ini. Tapak tersebut pada asalnya ialah pakir kenderaan dan padang bola sepak telah disewakan kepada peniaga pasar malam. Pasar ini hanya dibuka pada petang Rabu sahaja. Kemudahan tapak pasar yang luas telah menggalakkan peniaga-peniaga menyewa tapak pasar tersebut. 2. Pertambahan penduduk Jumlah penduduk dibandar Kuala Berang telah bertambah kerana kawasan tersebut sememangnya kawasan perumahan. Melalui rujukan dari internet jumlah penduduk di Bandar Kuala Berang telah mencapai 5 800 orang pada tahun 2011. Oleh

itu, jumlah penduduk kampung kampung yang berhampiran Bandar Kuala Berang dianggarkan 12 700 orang. Jumlah
19

penduduk yang ramai ini sudah pastinya dapat meluaskan pasaran barangan yang dijual di pasar malam tersebut. Permintaan terhadap barangan harian juga akan meningkat. 3. Darjah Ketersampaian Darjah ketersampaian yang tinggi di kawasan tersebut telah menggalakkan kewujudan pasar malam. Pasar malam tesebut sangat mudah dihubungi dengan menggunakan jalan raya. Jalan raya sistem sehala dua hala telah memudahkan penduduk berhampiran pergi ke pasar malam untuk membeli barangan keperluan.
4.

Kesesuaian Waktu Berniaga

Melalui temu bual dengan Encik .(sila tulis nama sesiapa sahaja), beliau suka pergi ke pasar malam tersebut

kerana masanya yang sesuai pada petang hari Rabu.. Hal ini demikian kerana pada pagi hari biasa mereka sibuk bekerja dan
20

keadaan jalan raya agak sesak. Masa petang yang sesuai menyebabkan pasar malam menjadi pilihan penduduk

berhampiran untuk membeli barangan keperluan. Saya juga bersukur kerana kewujudan pasar malam pada masa yang sesuai telah memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan.

21

Kesan Negatif Perniagaan Pasar Malam Di Bandar Kuala Berang.

Kewujudan perniagaan runcit telah mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk sekitar seperti berikut:
1.

Persaingan Dengan Kedai Runcit Tempatan Kewujudan pasar malam telah memberikan persaingan

kepada kedai runcit tempatan di kawasan tersebut dan kawasan berhampiran. Di kawasan Bandar Kuala Berang
22

memang sudah ada kedai buah-buahan dan terdapat kedai runcit dan gerai gerai di tepi jalan. Oleh itu, tumpuan penduduk pada petang hari Rabu ke pasar malam menyebabkan jualan mereka pada hari tersebut terjejas.
2.

Harga Tanpa kawalan

Masalah yang sering dihadapi oleh pembeli ialah penjual tidak meletakkan harga pada barangan yang dijual. Keadaan ini menyebabkan ada pengguna tertipu kerana barangan yang dibeli lebih mahal daripada yang sepatutnya. Contohnya, sayur-sayuran yang dijual di pasar malam lebih mahal berbanding yang dijual di pasaraya Mydin. Ada juga peniaga yang memberikan alasan harga barang meningkat kerana faktor cuaca seperti musim hujan dan musim tengkujuh. 3. Barangan Tidak Berkualiti

23

Melalui

soal

selidik

sebanyak

30

orang

responden,

menyatakan barangan yang dijual di pasar tersebut tidak berkualiti. Contohnya, ada buah-buahan yang dijual murah tetapi sudah rosak. Pakaian juga ada yang tiruan dan jahitannya tidak berkualiti. Oleh itu, sudah pasti pembeli tidak puas hati dan rasa tertipu.

4. Kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas kerap berlaku di sekitar pasar malam kerana ada pembeli yang meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan. Hal ini demikian kerana sikap mereka yang

mementingkan diri dan tidak mahu meletakkan kereta di kawasan parkir yang disediakan atau di taman perumahan yang berhampiran. Keadaan ini menyebabkan aliran trafik dalam Bandar Kuala Berang menuju ke lampu isyarat Majlis Daerah
24

Kuala Berang menjadi perlahan. Saya sebagai penduduk berhampiran sedar dan perlu lebih bertanggungjawab untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

Peta minda menunjukkan kesan perniagaan runcit di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.

KESESAKAN LALU LINTAS

HARGA TANPA KAWALAN

KESAN PERNIAGAAN RUNCIT BANDAR KUALA BERANG 25

BARANGAN TIDAK BERKUALITI

PERSAINGAN DENGAN KEDAI RUNCIT TEMPATAN

Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit adalah seperti berikut: 1.Kuatkuasa Undang-undang Pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) hendaklah bertindak tegas dengan mengenakan kompauan kepada pemilik kederaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan. Selaian itu, kenderaan tersebut hendaklah ditarik segera
26

supaya pemiliknya sedar dan tahu tindakan mereka itu mennyuasahkan orang ramai. Tindakan tegas MDHT akan dapat mengatasi kesesakan jalan raya terutamanaya pada setiap petang Rabu. 1. Pengawalan Kawalan Harga Pegawai MDHT hendaklah memeriksa dan memantau peniaga supaya meletakkan tanda harga pada setiap barang yang dijual. Sekiranya ada peniaga yang tidak meletakkan harga barang atau menjual barang lebih mahal daripada di tempat lain, mereka perlu mengambil tindakan yang tegas. Cadangan tindakan yang perlu dilakukan ialah amaran, pembatalan lesen dan kompauan. 2. Peranan Dan Pemantauan Persatuan Penduduk Persatuan bekerjasama penduduk memantau seperti keadaan
27

kejiranan dan

hendaklah yang

masalah

diwujudkan oleh pasar sari. Mereka perlu menyediakan kemudahan kepada penduduk untuk menyalurkan setiap aduan tentang pasar sari seperti Faceboook. Setiap aduan yang diterima perlu disiasat agar tiada peniaga yang menjual makanan yang sudah rosak atau barang yang dujual mahal tetapi tidak berkualiti. Oleh itu, saya sedar amalan bekerjasama dan muafakat antara penduduk dapat mengatasi masalah yang berlaku di kawasan kejiranan masing-masing. 3. Pemeriksaan Kesihatan Kepada Peniaga Pihak bekerjasama pekerjanya MPSJ dan pegawai setiap kesihatan hendaklah dan

memantau mempunyai

peniaga

makanan

sijil

telah

menerima

suntikan.. Lankah ini adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah keracunan makanan, taun dan perebakan penyakit hipetitis A yang boleh merebak melalui makanan.
28

Pekerja yang tiada sijil akuan suntikan perlu diarahkan untuk mendapatkan suntikan terlebih dahulu. Pemantauan dan pemeriksaan kesihatan dari masa ke masa akan mengatasi masalah perebakan wabak penyakit.

RUMUSAN Sebagai rumusan, saya dapati pasar sari yang terdapat di UDJ 10 telah memberikan banyak faedah kepada penduduk seperti mudah mendapat barangan keperluan, harganya yang murah dan segar. Antara faktor perkembangan pasar sari ialah governan, permintaan yang tingi daripada penduduk yang senakin bertambah dan darjah ketersampaian yang tinggi. Walau bagaimanapun pasar sari ini mendatangkan kesan negatif seperti kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan barangan yang
29

dijual tidak berkualiti. Oleh itu, beberapa usaha perlu dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit. Antaranya, menguatkuasakan undangundang dan pemantauan oleh persatuan penduduk dari masa ke masa. Saya bersyukur kerana pasar sari di USJ 10 telah meberi banyak faedah kepada penduduk sekitar. Walaupun ada kesan negatif tetapi dengan adanya budaya kerjasama dan muafakat setiap masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan

30

Anda mungkin juga menyukai