Anda di halaman 1dari 12

ii.

Ujian Pra Pengkaji melaksanakan Ujian Pra terhadap masalah kepada subjek yang telah di kenal pasti mengalami masalah yang ingin dikaji. Kaedah ini digunakan untuk menjadi pengukur sama ada tindakan yang pengkaji gunakan bagi mengatasi masalah ini berkesan ataupun tidak. Ujian pra ini dilakukan sebelum intervensi dijalankan kepada subjek. Dalam ujian yang dilakukan, pengkaji meminta subjek menyebut huruf kecil yang ditunjukkan dengan menggunakan kad huruf. Tinjauan awal masalah ini dilakukan pada 15 minit sebelum pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terhadap semua subjek. Huruf yang terlibat hanyalah huruf b, d, p dan q sahaja. Sebanyak 5 kali pertanyaan diberikan kepada subjek untuk setiap abjad. Ujian ini dijalankan secara individu ke atas subjek. Kekerapan jawapan yang betul dan salah setiap subjek direkodkan menggunakan borang ujian. Rujuk lampiran C.

iii.

Ujian Pasca Pengkaji melaksanakan Ujian Pra kepada subjek yang telah di kenal pasti mengalami masalah yang ingin dikaji. Kaedah ini digunakan untuk menjadi pengukur sama ada tindakan yang pengkaji gunakan bagi mengatasi masalah ini berkesan ataupun tidak. Ujian ini dilakukan selepas intervensi diberikan kepada subjek pada hari terakhir tindakan dijalankan. Tujuannya untuk melihat peningkatan kekerapan jawapan betul sebelum dan selepas intervensi diberikan. Dalam ujian yang dilakukan, pengkaji meminta subjek menyebut huruf kecil yang ditunjukkan dengan menggunakan kad huruf. Ujian Pasca ini dilakukan pada 15 minit selepas pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terhadap semua subjek. Huruf yang terlibat hanyalah huruf b, d, p dan q sahaja. Sebanyak 5 kali pertanyaan diberikan kepada subjek untuk setiap abjad. Ujian ini dijalankan secara individu ke atas subjek. Kekerapan jawapan yang betul dan salah setiap subjek direkodkan menggunakan borang ujian. Rujuk lampiran D.
13

iv.

Pemerhatian tidak berstruktur Pengkaji melaksanakan pemerhatian terhadap penguasaan subjek mengenal dan membezakan abjad. Pemerhatian ini dilakukan ketika murid menjalankan sesi P&P di dalam kelas.. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada subjek dapat menyebut abjad dengan betul ataupun tidak. Pemerhatian dilihat sepanjang hari semasa murid menjalani sesi pembelajaran termasuklah ketika kanak-kanak membuat latihan bacaan di dalam kelas. Segala pemerhatian direkodkan dengan menggunakan nota lapangan. Rujuk lampiran E.

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah


Kesemua instrumen yang dipilih seperti di atas, diharapkan dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan juga memahami dengan mendalam berkaitan masalah utama subjek iaitu tidak dapat menyebut dan membezakan abjad. Penggunaan instrumen ini akan dapat membuktikan permasalahan utama yang ingin diselesaikan oleh pengkaji. Berikut adalah tatacara penggunaan instrumen untuk membantu pengkaji dalam menyelesaikan dan mendapatkan maklumat berdasarkan permasalahan yang dikaji secara terperinci : i. Ujian Diagnostik Ujian Diagnostik dilakukan setelah masalah telah dikenalpasti oleh pengkaji . Ujian ini dilakukan ke atas semua murid prasekolah iaitu seramai 25 orang. Ujian Diagnostik ini juga dilakukan untuk memilih murid bagi dijadikan subjek kajian. Subjek yang dipilih berdasarkan kepada jumlah kesalahan membulatkan jawapan yang betul bagi keempat-empat abjad. Analisis ujian diagnostik di bawah
14

menunjukkan tentang peratus murid yang mengalami kekeliruan abjad mengikut abjad yang dikaji. Daripada peratus ini pengkaji memilih subjek yang mengalami masalah kekeliruan pada tahap yang tinggi iaitu untuk keempat-empat abjad. Hasil analisis ujian diagnostik dicatatkan pada Graf 1: Graf 1: Jumlah peratusan murid yang mengalami kekeliruan mengikut abjad.

Peratus murid mengalami kekeliruan abjad


35 30
30

30 25

25

20
15

abjad b
abjad d abjad p

15 10
5 0

abjad q

abjad b

abjad d

abjad p

abjad q

Daripada Graf 1 di atas, abjad yang sering menjadi kekeliruan kepada murid adalah b dan d di mana masing-masing memaparkan jumlah 30%. Hal ini mungkin kerana bentuknya yang seakan sama dan apa yang membezakannya hanyalah bulatan bagi membentuk abjad sama ada bulat ke kanan mahu pun ke kiri. (b- bulat ke kanan, d- bulat ke kiri).

15

Selain itu, peratus kedua tertinggi adalah bagi abjad p di mana kebanyakkan daripada murid juga mengalami kekeliruan bentuk. Sebanyak 25% murid yang

mengalami masalah mengenal abjad ini. Selain itu, kebanyakan daripada mereka gagal untuk menyebut p dengan baik memandangkan bunyinya hampir sama dengan abjad b dan d. Bagi peratusan terkecil ialah abjad q di mana peratus yang ditunjukkan adalah sebanyak 15%. Mungkin pada abjad ini lebih mudah berbanding 3 abjad yang lain memandangkan ketiga-tiga abjad itu lebih hampir bentuknya berbanding abjad q yang mempunyai sedikit bahagian ekor pada abjad q. Walau bagaimanapun, abjad q juga merupakan salah satu abjad yang menjadi masalah di kalangan murid akibat kekeliruan bentuk berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat. ii. Tinjauan Awal Masalah / Ujian Pra Tinjauan Awal Masalah dianalisis menggunakan kiraan kekerapan dan peratusan iaitu dengan membandingkan bilangan jawapan yang dijawab dengan betul dan salah sebelum didedahkan kepada tindakan yang dilakukan oleh pengkaji . Ujian ini juga dilakukan kepada subjek yang telah dikenal pasti untuk mengesahkan lagi tentang masalah menyebut dan membezakan huruf terhadap subjek ini. iii. Ujian Pasca Ujian pasca dianalisis menggunakan kiraan kekerapan dan peratusan iaitu dengan membandingkan bilangan jawapan yang dijawab dengan betul dan salah selepas didedahkan kepada tindakan yang dilakukan oleh pengkaji . Teknik kiraan ini sama seperti Ujian pra. Ujian ini juga dilakukan kepada subjek yang telah dikenal pasti untuk Melihat perkembangan dan peningkatan dalam menyebut dan membezakan huruf selepas tindakan dijalankan.

16

iv.

Pemerhatian tidak berstruktur Pemerhatian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam kelas. Tujuan pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap murid dalam mengenal dan huruf-huruf yang hampir sama bentuk. Selain itu, pemerhatian juga bertujuan untuk melihat perkembangan responden sepanjang hari ketika tindakan dijalankan. Perkara penting akan dicatatkan dan direkodkan dan membuat huraian secara lebih terperinci dengan mengambil isi-isi penting yang diperlukan. Contohnya, pemerhatian terhadap kekerapan subjek menyentuh Loket 3D yang digunakan dan kepekaan responden ketika namanya dipanggil semasa menggunakan Loket 3D. Pemerhatian yang direkodkan adalah menggunakan nota lapangan. Melalui pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa responden mengalami kekeliruan abjad pada tahap yang lemah untuk 4 abjad iaitu b,d p, dan q. Hal ini dapat diperhatikan ketika murid menjalani sesi bacaan huruf di dalam kelas dan juga ketika sesi membuat latihan. Subjek menulis abjad secara terbalik. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengenalpasti fokus kajian ini iaitu untuk meningkatkan kebolehan membezakan dan mengenal 4 jenis huruf iaitu b, d, p dan q di dalam bacaan bagi murid- murid prasekolah. sering melakukan kesilapan menyebut dan

17

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian Perbincangan dalam bahagian ini berdasarkan kajian literatur yang melibatkan pembacaan buku-buku jurnal, tesis, kertas kerja dan bahan-bahan bacaan lain yang bersifat akademik. Pengkaji melaporkan perkara-perkara yang berkaitan dengan

pembelajaran mengenal dan mengecam abjad dan keberkesanannya tahap pencapaian membaca menerusi pendapat tokoh-tokoh ilmuan. Kajian literatur ini mengandungi penulisan berkaitan perkembangan dan kekeliruan murid dalam mengenal dan mengecam huruf menurut pendapat beberapa tokoh pengkaji tempatan mahu pun dari luar negara yang membincangkan tentang isu atau hal yang berkaitan dengan masalah ini. Pembelajaran di sekolah dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu belajar untuk membaca dan membaca untuk belajar (Bernand et al.1996). Menurut beliau untuk peringkat pertama iaitu peringkat belajar untuk membaca, terdapat proses yang dinamakan nyah-kod (decoding) yang melibatkan penterjemahan huruf kepada bentuk fonologikal dan bahasa. Sementara satu lagi proses yang terlibat ialah kefahaman (comprehension), iaitu proses yang lebih kompleks dan melibatkan pengekstrakan makna dari fonologikal yang dihasilkan. Isu kekeliruan dan kelewatan perkembangan pembelajaran di kalangan kanak-kanak dikenali sebagai disleksia. Menurut Gibson & Lewin (1975) pula, beliau telah mengenalpasti bahawa huruf dipelajari dengan mengenali ciri-ciri spatial yang tertentu. Dalam kes ini beliau berpendapat bahawa guru-guru sangat berperanan dalam membantu kanak-kanak pada tahap awal membaca untuk membezakan huruf-huruf secara visual dengan menggunakan alat bantuan mengajar seperti buku huruf dan penggunaan kad huruf.

21

Berdasarkan Teori Pembelajaran Semasa (Adams 1990), adalah lebih baik untuk memperkenalkan huruf besar terlebih dahulu berbanding huruf kecil kepada kanak-kanak, dan memperkenalkan beberapa huruf pada satu -satu masa berbanding banyak huruf bagi meningkatkan penguasaaan pengetahuan mereka terhadap bunyi dan huruf. Pendapat ini telah disokong oeh Rosner & Rosner (1990) bahawa memperkenalkan huruf-huruf manuskrip kes rendah (huruf kecil) pada tahap skala persepsi visual yang tidak sesuai di samping penggunaan mnemonic yang tidak efektif serta kesalahan konsep pengecaman yang diamalkan oleh kanak-kanak tersebut ketika mempelajari huruf buat kali pertama boleh memberi kesan fenomena huruf terbalik. Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk

memanipulasikan pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesu atu masalah. Contohnya, seperti ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif b kepada p yang ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf b dengan huruf d dan huruf p dengan q ( Higgins et al.1996). Melalui jurnal Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Universiti Malaya, Jilid 11, (1984/85) yang bertajuk Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad: satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k. Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usaha memadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters). Penulis juga menekankan
22

bahawa mengenal abjad dari segi bentuk dan namanya adalah penting pada peringkat permulaan awal mengenal abjad sebagai peringkat permulaan kanak-kanak belajar membaca. Walau bagaimanapun, kanak-kanak juga sebenarnya mempunyai pengalaman dan pengaruh kegemaran tersendiri terhadap sistem simbol seperti cetakan huruf, nombor, geometri dan sebagainya (Haensly & Lee 2000). Terdapat masa-masa tertentu pada awal usia kanak-kanak untuk mereka mula belajar mengenal huruf dan seterusnya membaca. Kesediaan untuk membaca mengambil kira tahap kematangan fizikal dan neurologikal untuk memudahkan kanak-kanak tersebut memahami arahan bagi melicinkan proses pembelajaran. Selain itu, Leornard Bloomfield (Chall, J.S.1967, halaman 29) seorang ahli bahasa telah memperkenalkan kaedah abjad sebagai langka pertama dalam h pengajaran bacaan permulaan. Kanak-kanak perlu diajar mengenal simbol-simbol perkataan yang mudah dan diketahui mereka. Beliau menekankan pengajaran huruf huruf abjad dahulu sebelum perkataan dan ayat. Oleh itu, bersesuaian dengan kenyataan ini, bahawa penggunaan Loket 3D dapat dikaitkan sebagai langkah pengajaran dalam bacaan permulaan. Sebarang pengalaman pada usia awal kanak-kanak yang melibatkan proses pembelajaran mungkin boleh menjejaskan perkembangan membaca (Peachey & Howell 1990). Kanak-kanak dengan usia yang lebih muda sebenarnya memerlukan pendekatan pengajaran yang berlainan berbanding kanak-kanak yang lebih dewasa. Aktiviti-aktiviti yang memberikan pendedahan dan pengalaman yang bermakna dari segi akademik mesti diutamakan.

23

Snow et al. (1998) telah mendapati bahawa kanak-kanak yang kurang mendapat pendedahan akademik lebih cenderung untuk menghadapi masalah membaca. Pencapaian yang memuaskan dalam kemahiran membaca bergantung kepada berapa banyak dan bilakah pendedahan terhadap pembacaan dimulakan terhadap kanak-kanak tersebut. Waktu pendedahan adalah pelabagai iaitu 4 tahun, 5 tahun atau ketika kanak-kanak tersebut mengikuti kelas prasekolah iaitu 6 tahun. Meningkatkan kebolehan membaca di kalangan murid penting kerana mahir membaca adalah laluan utama untuk mahir dalam kemahiran akademik yang lain. Murid yang mahir membaca menggunakan lebih banyak bahan bacaan bercetak dan ini memberi banyak kelebihan dalam meningkatkan kemahiran membaca sepanjang sesi persekolahan. Pembelajaran membaca selalunya memerlukan arahan yang jelas. Sebelum murid boleh membaca mereka perlu memahami prinsip abjad (alphabetic principle) iaitu idea bahawa huruf di dalam perkataan yang bercetak menghasilkan bunyi jika dituturkan dengan cara yang sistematik. Menurut Linnea Ehri (1999 dlm. Carol K. Sigelman, 2003) terdapat empat langkah dalam proses belajar membaca. Pertama; fasa praabjad iaitu fasa ini

mengingat semula turutan visual tertentu untuk mengingat perkataan. Mereka boleh mengingat semula huruf pada gambar yang pernah dilihat dalam buku dan mengingat perkataan yang pernah disebut oleh ibu atau orang dewasa. Mereka boleh mengenal pasti perkataan berdasarkan perbezaan bentuknya dalam bahan bercetak. Kedua; Fasa sebahagian abjad. Pada fasa ini mereka belajar bentuk dan bunyi huruf dan menggabungkannya dengan bunyi tertentu. Murid mula menghubungkan satu huruf awalan dalam perkataan dan dengan bunyi perkataan. Secara amnya murid

mengenal huruf awalan bagi perkataan sebelum mengenal huruf lain (Traiman & Broderick, 1988 dlm. Carol K. Sigelman & Elizabeth A. Rider, 2003).
24

Ketiga; Fasa huruf penuh.

Pada fasa ini murid memperoleh kesedaran

fonologi iaitu sensitiviti sistem bunyi dalam bahasa yang membolehkan mereka menyebut suku kata dalam perkataan. Murid yang mempunyai kesedaran ini boleh membezakan bunyi perkataan bercetak yang berbeza, mengekod perkataan yang tidak pernah dilihat dan boleh menguasai bacaan perkataan baru yang diberikan dengan menukar huruf berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Keempat; Fasa pengukuhan abjad. Pada fasa ini huruf yang lazimnya digabungkan bersama-sama sebagai satu unit. Oleh kerana kemahiran membaca dipengaruhi oleh pengenalan huruf, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah kekeliruan huruf b-d-p-q dari segi sebutan dan pengecaman di kalangan kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu. Jelasnya di sini, kajian-kajian lepas dan beberapa pendapat tokoh ilmuan menunjukkan bahawa pembelajaran mengenal dan membezakan abjad memerlukan medium bacaan yang sesuai dengan peringkat umur golongan sasaran dan keberkesanannya telah dibuktikan dapat membantu peningkatan tahap kemahiran mengenal abjad yang diharapkan.

25

26

27

Anda mungkin juga menyukai