Anda di halaman 1dari 5

Contoh Karangan BM PMR 2011

Karangan 3/2011: Syarahan Anda akan menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah Kebaikan Bersukan. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Cempaka, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, Kepentingan Bersukan. Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat. Kata-kata ini menunjukkan bahawa kesihatan badan adalah pemangkin kepada seluruh sistem badan. Bersukan ialah satu daripada cara untuk menyihatkan badan. Kita dapat melihat perbezaan antara orang yang aktif bersukan dengan orang yang kurang bersukan. Orang yang aktif bersukan akan kelihatan bertenaga, ceria dan awet muda. Orang yang tidak aktif bersukan pula akan kelihatan mudah letih dan lemah. Bersukan dapat mengisi masa lapang juga. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa dengan sia-sia. Kita dapat berkumpul bersama-sama dengan rakan dengan cara yang sihat. Hubungan sesama kenalan dapat dipererat menerusi aktiviti bersukan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terjebak dengan gejala yang kurang sihat seperti lepak dan lumba haram. Hadirin yang dihormati, Amalan bersukan dapat menyatupadukan rakyat di negara kita. Jika kita lihat dalam sesuatu permainan, pemain-pemain yang terlibat bukan hanya dimonopoli oleh satu-satu kaum saja. Contohnya, dalam permainan bola sepak. Dalam satu pasukan itu terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini dapat menyemaikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Di sekolah, murid-murid digalakkan menyertai aktiviti sukan. Menerusi aktiviti sukan, murid dapat mengetengahkan kebolehan dan seterusnya mewakili sekolah. Dalam pasukan juga ada seorang ketua yang akan memimpin pasukan ini. Hal ini dapat memupuk sikap kepemimpinan dalam kalangan murid di samping bijak mengatur strategi agar pasukan yang dipimpin memperoleh kejayaan sekali gus melatih murid agar lebih berdisiplin, menepati masa, dan saling bekerjasama. Oleh itu, jelaslah bahawa bersukan banyak mendatangkan faedah. Pada era ini, sukan telah diiktiraf oleh pihak kerajaan dengan terdirinya sekolah sukan, universiti yang menawarkan kursus dalam bidang sukan dan imbuhan yang memberangsangkan. Jadikanlah aktiviti sukan sebagai aktiviti riadah yang menyihatkan selain bidang kerjaya yang menjamin imbuhan yang lumayan. Sekian, terima kasih. Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Sumber: Xpress Pro Penulisan PMR 123, Sasbadi Sdn. Bhd. 2010. Karangan 3/2011: Syarahan (Latihan Melengkapkan Teks Karangan)

Anda akan menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah Kebaikan Bersukan. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Cempaka, para hakim yang adil lagi ___________, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan _________ bertajuk, Kepentingan Bersukan. Otak yang ___________ ada pada badan yang sihat. Kata-kata ini menunjukkan bahawa kesihatan badan adalah pemangkin kepada seluruh sistem badan. Bersukan ialah satu daripada cara untuk _______________ badan. Kita dapat melihat perbezaan antara orang yang aktif bersukan dengan orang yang kurang bersukan. Orang yang _______ bersukan akan kelihatan bertenaga, ceria dan awet muda. Orang yang tidak aktif bersukan pula akan kelihatan mudah letih dan lemah. Bersukan dapat mengisi masa ________ juga. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa dengan sia-sia. Kita dapat berkumpul bersama-sama dengan rakan dengan cara yang sihat. Hubungan sesama kenalan dapat dipererat menerusi aktiviti bersukan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terjebak dengan _________ yang kurang sihat seperti lepak dan lumba haram. Hadirin yang dihormati, Amalan bersukan dapat menyatupadukan _________ di negara kita. Jika kita lihat dalam sesuatu permainan, pemain-pemain yang terlibat bukan hanya dimonopoli oleh satu-satu kaum saja. Contohnya, dalam permainan bola sepak. Dalam satu pasukan itu terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini dapat ______________ semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Di sekolah, murid-murid digalakkan menyertai aktiviti sukan. Menerusi aktiviti sukan, murid dapat mengetengahkan ___________ dan seterusnya mewakili sekolah. Dalam pasukan juga ada seorang ketua yang akan memimpin pasukan ini. Hal ini dapat ____________ sikap kepemimpinan dalam kalangan murid di samping bijak mengatur strategi agar pasukan yang dipimpin memperoleh kejayaan sekali gus melatih murid agar lebih berdisiplin, ________________ masa, dan saling bekerjasama. Oleh itu, jelaslah bahawa bersukan banyak mendatangkan __________________. Pada era ini, sukan telah diiktiraf oleh pihak kerajaan dengan terdirinya sekolah sukan, universiti yang __________________ kursus dalam bidang sukan dan imbuhan yang memberangsangkan. Jadikanlah aktiviti sukan sebagai aktiviti __________ yang menyihatkan selain bidang kerjaya yang menjamin imbuhan yang lumayan. Sekian, terima kasih.

Keruntuhan Akhlak Remaja Zaman ini, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja semakin bertambah. Di dada akhbar, saban hari pelbagai masalah yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak

diberitakan. Antaranya termasuklah kes buli, gangsterisme, dan vandalisme. Justeru, tidak hairanlah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini semakin membimbangkan. Banyak faktor yang mendorong kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Namun begitu, punca utama ialah kegagalan remaja itu sendiri mengawal diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Mereka hendak mencuba perkara baharu tanpa memikirkan kesannya. Mereka terlalu ghairah menunjukkan kehebatan diri sehingga mendorong golongan remaja terlibat dalam gejala merokok, penyalahgunaan dadah, dan vandalisme. Selain itu, golongan remaja agak mudah dipengaruhi oleh kawan sebaya. Mereka akan terburu-buru menurut ajakan dan suruhan kawan sebaya, apatah lagi jika remaja berkenaan bergaul dalam kumpulan remaja yang bersikap negatif dan bermasalah dalam kehidupan sehari-hari. Seterusnya, remaja juga agak mudah terpangaruh oleh paparan negatif dalam media massa. Pada masa yang sama juga, kemudahan Internet, yakni dunia tanpa sempadan turut menawarkan cukup banyak laman negatif yang mudah dilayari oleh remaja. Laman-laman inilah jika tidak dikawal selia akan mempengaruhi jiwa raga remaja pada hari ini. Keluarga yang porak-peranda turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini. Ibu bapa remaja kurang menunjukkan teladan yang dapat dijadikan ikutan atau contoh yang baik. Sebaliknya, sesetengah ibu bapa kurang mengambil tahu masalah anak-anak mereka. Justeru, anak remaja yang terbiar tanpa bimbingan dan kasih sayang yang sepatutnya mula mencari jalan keluar dan bergaul dengan anasir-anasir negatif di luar rumah. Mereka mula bergentayangan di pusat beli-belah, kafe-kafe siber dan menjadi ahli samseng jalanan. Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari ini merupakan umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.

Sebagai setiausaha sebuah persatuan di sekolah, anda diminta untuk menyiapkan laporan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun. Sediakan laporan anda selengkapnya. LAPORAN KEGIATAN PERSATUAN BAHASA MELAYU, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST, TANJONG MALIM BAGI TAHUN 2011 Penasihat : Puan Maizon bt. Abdul Hamid Pengerusi : Sdri. Nor Fahana bt. Mohamed Zain Naib Pengerusi : Sdra.Mohd Syazwan bin Isyan Puzi Setiausaha : Sdra.Tan Jia Meng Bendahari : Sdra.Michael Goh Joon Seng Ahli Jawatankuasa : Sdri. Siti Ayisah bt. Selamat Sdri. Nor Faizahtul Ain bt. Basri Sdra. Mutu a/l Ganeson Sdri. Mimi Gan Siew Leng Juruaudit: : Sdra. Bah Los a/k Nah Liew Persatuan Bahasa Melayu ialah persatuan yang ditubuhkan sejak sekolah ini dibuka. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bahasa Melayu telah diadakan pada 12 Januari 2011. Kehadiran sebanyak 120 orang ahli dan tiga orang guru penasihat cukup memberangsangkan AJK PBM. Tujuan Persatuan Bahasa Melayu ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan kegiatan kokurikulum di sekolah. Persatuan ini harus aktif sepanjang tahun dengan menganjurkan dan melakasanakan pelbagai aktiviti. kebahasaan dan kesusasteraanBahasa Melayu dalam kalangan ahli yang berbilang kaum, agama dan latar belakang. Dari segi kegiatan, Persatuan Bahasa Melayu dianggap sebagai persatuan yang paling aktif di sekolah sepanjang semester pertama tahun 2011. Antara kegiatan yang dijalankan ialah pertandingan syarahan dan peraduan bahas antara kelas. Sebenarnya, pertandingan tersebut diadakan sebagai usaha pihak sekolah untuk mencungkil bakat dan memilih wakil sekolah ke pertandingan di peringkat Daerah Batang Padang. Pada semester kedua pula, Persatuan Bahasa Melayu dapat menganjurkan peraduan menulis karangan, sajak dan cerpen. Pertandingan tersebut bertujuan untuk memperoleh karya-karya yang bermutu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah, IMPETUS. Pada semester ini juga, pihak sekolah melalui Panitia Bahasa Melayu turut menghantar peserta kepada pesta pantun.

Syabas dan tahniah kepada para pemantun sekolah yang telah mengungguli Pesta Pantun Daerah Batang Padang dan berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri. Pada penghujung semester, kebanyakan ahli persatuan menumpukan perhatian kepada bidang akademik, yakni mereka dikehendaki menghadiri ceramah, seminar, dan bengkel PMR dan SPM 2011. Pada keseluruhannya, semua kegiatan yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli. Kalau sokongan seperti ini terus diberikan, kami amat yakin bahawa persatuan akan bertambah aktif lagi pada masa depan. Akhirulkalam, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan guru penasihat PBM, khususnya Cikgu Maizon bt. Abdul Hamid yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami sepanjang tahun 2011. Salam Bahasa Jiwa Bangsa. Laporan disediakan oleh, Tan Jia Meng (TAN JIA MENG) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai