Anda di halaman 1dari 17

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING.

Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik muridmurid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya.

Punca pertama yang dapat dilihat ialah faktor pencen. Usia guru yang semakin hampir dengan pencen menyebabkan guru tersebut malas mengajar.

Telah diketahui bahawa kebanyakkan guru mempunyai pelbagai sumber pendapatan yang lain yang lebih mudah dan mendapat lebih pulangan dari gaji seorang guru. Oleh yang demikian guru tersebut banyak menghabiskan masa dengan business dari menumpukan kepada pengajaran di dalam kelas.

BUKAN SEMUA GURU TIDAK PANDAI MENGAJAR, TAPI TIDAK SEMUA GURU PANDAI MENGAJAR.

Kata-kata ini merujuk kepada ramainya guru bukanlah dilahirkan dengan bakat-bakat tertentu untuk muncul sebagai seorang guru dalam erti kata yang sebenarnya. Terbukti semakin ramai guru di sekolah semakin banyak pula pusat tuisyen tumbuh merata-rata. Mengapa ini berlaku ? Pelajar yang kurang cemerlang di sekolah, apabila mendapat tuisyen di pusatpusat ini kembali dengan keputusan-keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. Itu salah satu bukti betapa sesetengah guru sekolah tidak pandai mengajar, sudah tidak minat mengajar atau sudah tewas mengajar.

Seorang guru perlu menguasai bidangnya, bukan dia dikuasai oleh bidangnya itu. Guru yang dikuasai oleh bidangnya adalah seorang yang malas mencuba, dia mengikut sahaja rentak yang sedia ada. Tiada daya usahanya untuk mencuba sesuatu yang baru yang boleh diertikan sebagai profesionalismenya dalam bidang berkenaan. Guru yang tidak pandai menguasai juga adalah guru yang gagal sebelum perjuangan sebenar. Murid mungkin akan mula tidak ambil perhatian terhadap pengajaran guru dan tidak mustahil mereka mula mempermainkannya pula

Seorang guru perlulah menjadi seorang pelakon yang baik, apa lagi kalau dia mengajar di sekolah rendah, dia perlu banyak berlakon dalam memukau perhatian murid-muridnya. Dia bukan sekadar mengajar mata pelajaran yang dikhususkan kepadanya mengajar, tetapi melakonkan mata pelajaran itu.Seorang guru bukanlah guru yang baik kalau ilmunya banyak tetapi setiap kali dia berada di hadapan murid dia menjadi seorang yang membosankan, murid mungkin hilang tumpuan, mengantuk atau mungkin juga tertidur dengan nyenyaknya.

Mengajar adalah satu cabang seni yang memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu. Seorang guru perlu kreatif dalam menjalankan tugasnya. Guru kreatif sentiasa ada idea baru untuk mencorak pengajarannya. Suka mempelbagaikan gaya pengajaran, pendekatan, memikirkan kaedah dan teknik yang menarik untuk menyampaikan ilmu agar pelajar memahami apa yang diajarnya. Penggunaan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar menjadi satu kemestian bagi pelaksanaan aktiviti pelajar agar wujud pembelajaran bersama atau kolaborasi yang menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Jarang-jarang masuk kelas. Susah hendak faham apa yang diajar. Cikgu ini banyak memberikan kerja tetapi dalam kelas dia duduk sahaja dan menyuruh kami membuka buku ( subjek dirahsiakan ) dan baca sama-sama. Dia cepat tidur di kerusi. Bila dia tidur kami semua main. Itu yang bising sangat sampai cikgu Fahmi tegur hari tu. ( p/s saya tak perasan ada guru dalam kelas )

Anda mungkin juga menyukai