Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI: JUNGLEWALK PENGENALAN Walaupun kita hidup di dalam alam sekitar yag dikelilingi oleh kawasan hutan, namun

kita tidak pernah sedar atau sensitif kepada flora dan fauna yang turut wujud di dalamnya mahupun apa yang berlaku di dalam ekosistem hutan. Oleh itu, melalui berjalan sambil menghayati alam sekitar hutan dan ekosistemnya (junglewalk) peserta-peserta dapat mendekatkan diri dengan alam sekitar semulajadi yang menjadikan ekosistem hutan stabil untuk kehidupan flora dan fauna. OBJEKTIF Supaya peserta dapat: 1. Meneliti apa yang terdapat di dalam alam sekitar kawasan hutan. 2. Mengambil nota tentang jenis-jenis kehidupan flora dan fauna di dalam kawasan hutan. 3. Membuat cadangan tentang bagaimana dapat mewujudkan ekosistem hutan yang stabil. 4. Memahami peranan dan tanggungjawab individu terhadap ekosistem hutan di kawasan sekitar. GERAKERJA 1. Fasilitator akan menyediakan peta lengkap mengenai laluan yang akan dilalui oleh peserta. 2. Setiap kumpulan akan diberi satu peta laluan. Seorang fasilitator akan mengawasi satu kumpulan bagi memastikan keselamatan peserta dan juga untuk membantu peserta memperolehi pengetahuan yang maksima dari junglewalk. 3. Sebagai contoh, empat laluan telah disediakan iaitu: Laluan 1: Laluan 2: Laluan 3: Laluan 4:

4. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti adalah satu jam termasuk masa berehat untuk membuat pemerhatian dan menulis nota. 5.