Anda di halaman 1dari 8

http://cikgusenismkbk.blogspot.com/search/label/STPM%202011%20%20contoh%20lakaran%20dalam%20folio Tajuk-tajuk dalam Folio Tajuk dan sub-tajuk di sini adalah cadangan dan contoh sahaja.

Anda boleh menambah ikut kesesuaian folio anda. Yang paling baik, minta tunjuk ajar guru seni di sekolah anda. Bab 1 : KAJIAN TEMA 1.1 Pengenalan 1.1.1 Soalan - taip semula soalan yang dipilih 1.1.2 Definisi -beri definisi tema yang diutarakan 1.2.3 Permasalahan Tema - bermaksud hipotesis/pandangan awal anda terhadap tema soalan. Hipotesis anda hendaklah disokong dengan bukti-bukti dalam Sumber Maklumat.

Contoh: Permasalahan tema yang saya kaji adalah Filem Animasi dan Nilai Kemanusiaan. Melihat potensi filemfilem animasi yang mampu melintasi batas-batas usia, jantina , kaum hingga negara; tidak syak lagi tema ini dapat dimanfaatkan untuk menyentuh tema-tema yang tidak biasa malah mampu menimbulkan gejolak rasa dengan tema-tema kemanusiaan. Saya memilih animasi kartun dan , filem Transformers sebagai bahan kajian saya. Siri kartun Transformers dan filemnya mengisahkan perang konflik di antara puak protagonis Autobots dan puak antigonis Decepticons di bumi. Kedua-dua puak itu datang dari planet Cybertron iaitu tempat tinggal asalnya. Puak Autobots yang diwakili dengan watak Optimus Prime , Bumblebee , Jazz ,Ironhide , Ratchet mempunyai hubungan yang istimewa dengan manusia terutama watak Sam Witwicky. Yang menariknya, autobots ini mempunyai NILAI KEMANUSIAAN yang tinggi di dalam diri mereka walaupun mereka hanyalah sebuah mesin! 1.2 Sumber Maklumat Tampalkan artikel-artikel, keratan berita dan gambar-gambar yang menyokong tajuk anda. Jangan lupa catatkan sumber seperti alamat laman web atau nama akhbar/majalah serta tarikh. 1.3 Kajian Catan (jika anda hasilkan catan. Jika cetakan atau kolaj, juga perlu ada artikel kajian tentang teknik tersebut) 1.3.1 Sejarah catan/cetakan/arca

1.3.2 Jenis-jenis catan/cetakan/arca 1.3.3 Media dan Teknik Catan/cetakan/arca

Kajian ini lebih kepada bentuk nota umum sahaja. Hanya buat point ringkas. Tak perlu tebal. 1.4 Kajian Pengaruh Karya ( Nyatakan aliran/gaya seni dan nama-nama pelukis serta contoh karya yang mempengaruhi karya anda. Tampalkan gambar-gambar hasil karya tokoh-tokoh tersebut)

Bab 2 : Kajian Hal Benda (Subject Matter) Kajian Hal Benda mengandungi lakaran-lakaran objek yang berkaitan tajuk dipilih. Lakaran hendaklah realistik dengan mengaplikasi unsur seni seperti kualiti garisan, bentuk, jalinan dan sebagainya. Untuk jimatkan masa, sekali lagi cikgu tekankan supaya anda menekap saja gambar-gambar tersebut untuk mendapatkan lukisan yang baik.

Bab 3 : Perkembangan Idea (Lihat contoh folio di bawah Label Folio Terbaik 2010) 3.1 Olahan motif 3.2 Kajian komposisi 3.3 Kajian Warna 3.4 Kajian Media dan Teknik Huraian lebih lanjut tentang perkembangan idea ni, cikgu bincang di fb; http://www.facebook.com/group.php?gid=115170288515610&v=wall&story_fbid=129328787099760 Bab 4 : Lakaran Akhir (jika arca, ada pandangan sudut hadapan, tepi,belakang ) Bab 5 : Proses Penghasilan Karya (dalam bentuk fotografi selang 10% langkah penghasilan)

Rujukan Tambahan Bibliografi Contoh-contoh teknik lakaran/lukisan yang boleh diaplikasi dalam folio. Posted by Noraida Radot on Monday, March 29, 2010comments (0) Berikut adalah beberapa contoh-contoh teknik lukisan yang anda boleh aplikasi dalam folio. Ada banyak teknik melukis, contohnya teknik titik-titik, teknik garis silang atau ''ross-hatching'', guna warna air, teknik campuran dan sebagainya. Teknik-teknik melukis ini anda boleh rujuk dalam buku-buku rujukan seni dan internet. Lukisan di bawah merupakan contoh-contoh lakaran yang dihasilkan oleh guru-guru seni dari Wilayah Persekutan. Lakaran ini adalah contoh untuk folio SPM tahun 2007 kalau cikgu tak salah.Terima kasih cikgu-cikgu...

Jika anda kurang mahir melukis, anda boleh melukis guna teknik lakaran menggunakan hanya garisan luar. Tak perlu kesan cahaya dan bayang. Caranya, anda hanya perlu tekap gambar yang anda inginkan ke atas kertas lukisan, kemudian ikutlah garisan tersebut dengan pen hitam (gel pen).

Lakaran di atas memerlukan anda mahir mewarna. Cikgu selalu galakkan pelajar menekap gambar (hitamkan dahulu belakang kertas yang ada gambar yang akan bertindak sebagai carbon paper). Teknik menekap tidak semestinya digunakan oleh pelajar tidak mahir melukis; pelajar yang berbakat melukis juga boleh jimatkan masa melukis dengan cara ini. Anda tak perlu lagi asyik memadam kesalahan jika kadar banding lukisan anda tak betul.

Teknik mewarna untuk gambar di atas adalah teknik catan cat air. Guna banyak air semasa mewarna bahagian yang cerah. Tak perlu guna warna putih.

Haa.. kat atas ni adalah lukisan mengikut skala. Kalau jawab soalan rekabentuk industri seperti mereka bentuk microwave, atau soalan pembungkusan ; perlu ada Lukisan Skala.

Lakaran ini pula adalah contoh lakaran perkembangan idea . anak panah berfungsi menunjukkan perubahan bentuk yang dicipta pelukis/pereka.

Lukisan Realistik diperlukan sebagai kajian terhadap subject matter (sumber idea/motif). Biasanya, anda guna gambar-gambar fotografi daripada majalah, internet atau ambil sendiri gambar guna kamera.

Anda pilihlah teknik yang sesuai dengan kemampuan melukis dan mewarna. Jika tak pandai mewarna, tak perlulah mewarna dalam folio kecuali Kajian Warna. Yang berbakat seni tu, tunjukkan kemampuan anda melukis/mewarna di dalam folio ini kerana markah folio adalah tinggi dalam keseluruhan markah kerja kursus anda.