Anda di halaman 1dari 12

Lyn6764

KATA KERJA

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Tak Transitif

Ayat Pasif

KKP Diri Pertama & Ke-2

KKP Diri Ke-3

KKP Berawalan Ber & Ter

KKP Berapitan Kean

Lyn6764

KATA KERJA TRANSITIF


1. Tidak dapat berdiri sendiri dalam binaan sesuatu ayat. 2. Memerlukan frasa nama sebagai objek atau penyambut yang menerima akibat atas perbuatan kata kerja itu. 3. Boleh dipasifkan. 4. Berimbuhan meN

Contoh ayat :
1. Petani itu menanam jagung di sawah. 2.. Si Tompok mencakar tangan Azim sehingga calar.

3. Orang buta itu memang pandai menganyam bakul dan tikar.


4. Kamu harus mengisi borang permohonan biasiswa itu dengan teliti. 5. Rakyat Malaysia harus mempelajari sejarah tanah air agar dapat memupuk semangat cinta akan negara.

Lyn6764

Contoh ayat :
1. Musa menembak. ( menembak apa? maksud ayat tidak lengkap ) Musa menembak tupai. tupai - objek yang ditembak

2. Mak Temah membeli di pasar. Mak Temah membeli ikan, daging dan sayur-sayuran di pasar. 3. Pada hari minggu, banyak orang mengunjungi Zoo Negara.

Mengunjungi
Zoo Negara -

kata kerja transitif


kata nama

Lyn6764

Contoh ayat :
1. Pak Ali menebas rumput di belakang rumah. Rumput di belakang rumah ditebas oleh Pak Ali. 2. Seekor helang telah menyambar anak ayam Mak Limah. Menyambar dipasifkan menjadi disambar

Anak ayam Mak Limah disambar oleh seekor helang. 3. Saya telah membaca buku cerita itu. Buku cerita itu telah saya baca. 4. Kami telah menjelaskan hutang itu. Hutang itu telah kami jelaskan.

Lyn6764

Imbuhan Men Men...i Menkan Memper

KK Transitif Menjahit Menjalani Mencantikkan Memperluas

Contoh Ayat Kakak bekerja mengambil upah menjahit baju. Ramlan sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun. Pak Abu sedang mencantikkan rumahnya. Kerja-kerja memperluas jalan sedang dijalankan.

MemperI

Memperingati

Tugu Negara dibina untuk memperingati perajurit yang gugur di medan perang.
Mereka sedang memperkatakan tentang isu ketiadaan air.

Memperkan memperkatakan

1. Perkataan yang menunjukkan maksud perbuatan atau melakukan sesuatu.

Lyn6764

2. Boleh wujud sendiri ( tanpa imbuhan ) atau bergabung dengan


imbuhan. ( berimbuhan ) C1

3. Ada juga yang menunjukkan keadaan.


4. Kata kerja boleh di dahului oleh kata bantu aspek. C2 Contoh 1
makan mati lari ada keluar sakit bermain hidup membaca berdoa memanjat tinggal

Contoh 2
telah masuk sudah mati sedang berdoa akan pergi masih membaca pernah tinggal

Lyn6764

KATA KERJA TAK TRANSITIF


1. Boleh berdiri sendiri dan sempurna maknanya tanpa objek ( kata nama ) sebagai penyambut.

2. Hadir dalam dua bentuk iaitu bentuk kata tunggal dan bentuk kata berimbuhan ber-, men-, ter-, ber-an, ber-kan.

Contoh ayat :
1. Burung helang itu terbang.
2. Emak dan kakak sedang berbual-bual di dapur. 3. Anak kucing yang baru lahir itu tidur. 4. Orang tua itu terbaring dibiliknya. 5. Daun pokok sena itu berguguran. 6. Adik ketawa terbahak-bahak melihat aksi dua orang pelawak itu.

Lyn6764

Bentuk Tunggal demam balik pergi

Contoh Ayat Adik demam sejak dua hari yang lepas. Ayah belum balik lagi Dia telah pergi meninggalkan kami.

Bentuk Berimbuhan

Contoh Ayat

berkawan
menguning termenung berselimutkan berpimpinan

Kami telah berkawan hampir sepuluh tahun.


Padi sedang menguning di sawah. Kakak termenung di jendela. Pengemis itu tidur berselimutkan embun. Mereka berpimpinan ketika melintas jalan.

KATA KERJA PASIF

Lyn6764

1. Terhasil apabila frasa nama yang menjadi subjek itu menjadi penderita. 2. Mempunyai kata berawalan di dan disertai dengan kata sendi oleh.

3. Tidak mempunyai imbuhan awalan meNContoh Kata Kerja Pasif : ditarik dibawa dimasukkan kehairanan berpanas kena gilis berjahit berhias terlanggar tertewas

kena tembak Contoh ayat :

1. Bangunan itu dirasmikan oleh ADUN Kawasan Jempol. 2. Semua tempat yang menarik telah kami lawati. 3. Baju yang koyak itu belum berjahit. 4. Paku yang tajam itu terpijak oleh Haikal. 5. Sayup-sayup kedengaran suara orang menyanyi. 6. Banyak pelajar yang kena buang sekolah.

Lyn6764

KATA KERJA PASIF DIRI PERTAMA DAN KEDUA


1. Tidak boleh dibubuh awalan di dan kata sendi oleh. 2. Kata kerjanya tidak berawalan meN- tetapi didahului oleh kata ganti diri. 3. Tidak boleh disisipkan dengan apa-apa kata ditengah-tengah kata kerja dengan kata ganti diri. Contoh ayat : 1. Surat itu saya tulis untuk abang yang sedang menuntut di luar negara. 2. Akan kubaca buku yang tebal itu. 3. Pasu bunga itu awak pecahkan. 4. Akan kami perindah gubahan bunga di atas meja itu. 5. Jangan awak percayai semua kenyataan itu. 6. Bilik mandi itu telah saya bersihkan. 7. Semua kebolehan telah kuperlihatkan kepada mereka.

Lyn6764

KATA KERJA PASIF DIRI KETIGA


1. Mestilah didahului dengan awalan di, dipeR-.., dipeRi, dikan, dii, atau dipeRkan serta kata sendi oleh sebelum kata ganti diri atau nama. Contoh ayat : 1. Pokok kelapa itu ditebang oleh Pak Man. 2. Semak-samun itu ditebas oleh penduduk kampung.

3. Cadangan Samy tidak disenangi oleh majikannya.


4. Hutang itu telah dijelaskan oleh mereka. 5. Lagu itu diperdengarkan oleh penyanyi terkenal. 6. Bangunan itu dirasmikan oleh beliau.

Lyn6764

Anda mungkin juga menyukai