Anda di halaman 1dari 4

[ PENDIDIKAN ALAM SEKITAR] July 23, 2012

NILAI-NILAI MURNI ALAM SEKITAR


Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah. Sekolah Lestari merupakan satu Anugerah Alam Sekitar yang membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Terdapat 16 nilai murni yang boleh diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Rendah diri merupakan salah satu nilai murni yang menitik beratkan kepada perasaan kerdil terhadap penciptanya yang menciptakan bumi. Bumi bukanlah milik manusia.Kita adalah sebahagian daripada dari bumi dan alam. Rasa rendah diri ini boleh dititipkan kepada pelajar-pelajar di sekolah supaya lebih merasakan pengabdian kita kepada penciptanya supaya lebih menghargai alam sekitar. Bumi ini diciptakan supaya manusia dapat mendapat faedah daripadanya bukanlah merosakkannya. Oleh itu manusia perlu bersyukur dan merasakan rendah diri. Nilai bekerjasama ialah peranan kita memahami alam tabii dan bekerja serta hidup dengan cara seiring jalan atau dengan cara yang berharmoni dengannya dan bukan untuk melawan atau menjajahnya.Alam ini diciptakan untuk kita hidup saling memainkan peranan antara satu sma lain dalam menjaganya supaya tidak tercemar.

[ PENDIDIKAN ALAM SEKITAR] July 23, 2012 Nilai menghormati alam atau bumi bermaksud semua spesis mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup, oleh kerana ia juga makhluk yang dijadikan Tuhan. Hak mereka ini tidak bergantung kepada samada spesis tersebut 'berguna' kepada manusia. Seterusnya nilai murni alam sekitar ialah hidup seimbang.Ini bermaksud perkara-perkara yang terbaik di dalam hidup ini bukan sahaja memiliki kebendaan, perasaan kebahagiaan perlu diambilkira.Jika memiliki harta benda tetapi hidup dipenuhi oleh perasaan tidak bahagia kerana berlakunya pemusnahan alam, ia tidak beerti buat kita semua. Disamping itu,nilai murni yang seterusnya ialah mementingkan kemampanan ekosistem.Sesuatu itu adalah baik apabila ia dapat mengekalkan keutuhan ekologi, keterusan dan kepelbagaian sistem-sistem yang menyara kehidupan di bumi untuk kita dan hidupan-hidupan yang lain dan salah apabila ia mengakibatkan yang sebaliknya.

Mengekalkan hidupan liar dan kepelbagaian hidup atau biodiversiti juga merupakan salah satu nilai murni alam sekitar. Manusia yang mengakibatkan kepupusan mana-mana spesis liar serta menghapus dan memusnahkan habitat mereka adalah satu tindakan yang salah. Hidupan liar mempunyai hak untuk hidup. Manusia yang memusnahkan habitat mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Selain itu, nilai murni yang seterusnya ialah kerosakan yang minima.Sekiranya kita ingin melakukan perubahan kepada alam atau bumi, kita mestilah mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan alam atau bumi. Apabila manusia rakus membuat pembangunan tanpa memikirkan kerosakan alam ini, maka berlakulah pelbagai kerosakan alam.Contohnya pembangunan dibuat di kawasan lereng bukit yang maksima maka berlakulah tragedi tanah runtuh yang mengorbankan harta dan nyawa.

[ PENDIDIKAN ALAM SEKITAR] July 23, 2012 Nilai murni seterusnya ialah perubahan berterusan.Sekiranya kita ingin melakukan perubahan kepada alam atau bumi,kita mestilah mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan alam atau bumi. Perubahan suhu di dunia kian meningkat berlaku adalah sebab manusia mmbuat perubahan ke atas alam ini tidak mengikut kadar dan cara yang sesuai. Pokok-pokok yang ditebang perlulah ditanam semula agar suhu dunia menjadi stabil.

Seterusya ialah ekonomi bukanlah segala-galanya.Amatlah salah sekiranya dianggap manusia dan benda-benda hidup sebagai tidak mempunyai sebarang nilai selain daripada nilai ekonomi.

Mengiktiraf hak generasi yang akan datang adalah salah satu nilai murni alam sekitar.Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama atau keadaan yang lebih baik lagi. Sebarang kerosakan bumi yang dilakukan menyebabkan generasi akan datang akan mewarisi apa yang.ditingalkan oleh generasi sekarang.

Nilai murni yang seterusnya ialah tanggungjawab setiap individu.Semua orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degradasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya.Membuang bahan pencemar di tempat lain adalah seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat di mana kita membuang bahan pencemar itu.

Disamping itu, nilai kesederhanaan.Tiada individu, badan korporat ataupun negara mempunyai hak yang tidak terbatas ke atas sumber-sumber alam atau bumi yang terhad,Oleh itu,keperluan jangan dibiarkan bertukar menjadi laba. Manusia tidak perlu menjadi tamak mengaut keuntungan ke atas sumber-sumber alam atau bumi ini. Sumber- sumber ini adalah terhad dan terbatas.

[ PENDIDIKAN ALAM SEKITAR] July 23, 2012 Disamping itu, perlindungan dan pemulihan ekosistem perlu dijaga.Kita mestilah melindungi ekosistem yang sedia ada dan memperbaiki semula semua yang telah rosak. Ini kerana setiap ekosistem akan mempengaruhi ekosistem lain.

Selain itu,etika melebihi hukum juga merupakan nilai murni alam sekitar yang boleh diterapkan dalam bidnag pendidikan. Di dalam melindungi dan memastikan kemandirian alam atau bumi, berbuatlah lebih daripada apa yang diminta oleh undang-undang.

Mengalami dan menghayati adalah yang paling baik merupakan elemen yang perlu ada pada setiap manusia. Manusia perlu mencintai alam atau bumi dengan mengalami dan menghayati udara, air,tanah,tumbuhan dan haiwan-haiwannya. Ini merupakan komponen alam sekitar yang diciptakan untuk manusia hidup supaya dapat mengalami menghayatinya. dan

Perasaan cintakan persekitaran perlu ada dalam setiap individu. Manusia persekitaran kita.

perlu kenal dan pupuk rasa cinta pada

Sebenarnya, penerapan nilai murni berlaku secara berterusan dalam hidup kita sama ada dalam masyarakat, di rumah, mahupun di sekolah. Di sekolah pula penyerapan nilai murni dapat berlaku di luar dan di dalam bilik darjah. Penerapan nilai murni di dalam bilik darjah dilakukan secara lebih terancang, siap dengan objektif afektifnya, dan dilaksanakan dengan teknik-teknik tertentu.