Anda di halaman 1dari 2

ASAL USUL PERKATAAN MELAYU Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda diantara bangsa-bangsa lain didunia.

Sebelum membicarakan siapa itu bangsa Melayu dan apa itu bahasa Melayu terlebih dahulu kita perlu memahami asal usul perkataan Melayu. Dari perkataan Mo-lo-yeu atau Ma-lo-yu. Tidak diketahui secara pasti bilakah perkataan Melayu mula di gunakan. Dalam tulisan Cina (dahulu Tiongkok) ada didapati berita yang menyatakan bahawa suatu masa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang datang dari kerajaan Mo-loyeu. Berita Cina ini diperkirakan sekitar tahun 644 M. Kerajaan Mo-lo-yu ini dipercayaai di daerah Jambi (di Pulau Sumatera dibahagian Selatan) yang ada sekarang ini. Perkataan yang hampir sama ditemui daripada seorang rahib Budha yang bernama I-Tsing. I-tsing pernah singgah dan mendalami agama di Sriwijaya sebelum ia sampai di Benggala (India) untuk mendalami agama Budha di Universiti Nalanda (675-685 M). Dalam salah satu cacatannya ditemui perkataan Malayu. Terjemahan cacatan ini ialah, Apabila I-Tsing melawat Samutera, dia menemui dua kerajaan yang besar iaitu Malayu yang berpangkalan di Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Palembang. Kerajaan tersebut menggunakan bahasa tempatan iaitu bahasa Melayu yang disebut oleh I-Tsing Kwun Lun di Sriwijaya sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke-7. Dari perkataan Himalaya. Menurut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal dari perkataan Himalaya yang telah disingkatkan kepada Malaya, dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan Himalaya berasal daripada perkataan Hima yang bermaksud salji atau salju. Manakala perkataan alaya pula bermaksud tempat. Apabila digabungkan kedua-dua perkataan tersebut, Himalaya adalah tempat sejuk seperti di puncak gunung yang tinggi. Dari perkataan Sanskrit Malaya. Mengikut Slametmuljana, kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit. Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang Utara Selat Melaka, perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya, iaitu Malaya manakala di sberang sebelah Selatan mengalami perubahan bunyi kepada Melayu. Dari perkataan pamalayu. Terdapat juga pengkaji, berpendapat perkataan Melayu berasal daripada perkataan pamalayu iaitu peristiwa berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan sumatera Barat. Salah satu bukti kokrit yang menyokong teori ini adalah dengan penemuan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa sebagai peringatan berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu bermaksud Ekspedisi Melayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.

1. Asmah Haji Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Mohd Rain Shaari, Abu Hassan Abdul (2009). Bahasa Melayu: Penguasaan dan Penggunaan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam SDN BHD.

PENGERTIAN PERKATAAN MELAYU. Dalam pengertian yang luas. Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisionalnya disebut gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang ini. Berkaitan dengan itu bahasa-bahasa yang terdapat dalam kawasan berkenaan tidak jarang disebut bahasa Melayu atau bahasa-bahasa Austronesia di Malaysia. UNESCO dalam tahun 1972 menggunakan nama Melayu itu untuk merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung termasuk orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. UNESCO turut mencatatkan bangsa Melayu merupakan salah satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama. Dalam konteks linguistik bandingan konsep Melayu dari UNESCO itu sama dengan konsep Indonesia dalam pengelompokan bahasa-bahasa Austronesia. pengertian yang dibawa oleh UNESCO iti lahir dari projeknya yang dinamakan The Malay Culture Study Project yang meliputi kawasankawasan yang disebutkan diatas itu. Dalam masa yang sama UNESCO melancarkan Oceanic Culture Study Project yang meliputi kawasan-kawasan Austronesia lainnya iaitu kawasan di sebelah Timur yang meliputi keluarga-keluarga Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Dengan demikian UNESCO membahagikan kawasan Austronesia kepada kawasan Melayu (Austronesia Barat) dan kawasan Oceania (Austronesia Timur).

Dalam pengertian yang sempit. Penggunaan istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu,yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, Pantai Timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa suku bangsa ini adalah bahasa Melayu yang secara rasminya diangkat sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan Indonesia. Di alaysia bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia manakala di Indonesia pula dikenali sebagai Bahasa Indonesia. Di Malaysia pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan Islam kerana dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan antara lain orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cra hidup orang Melayu. Dilihat dari satu segi takrifan seperti ini menyempitkan pengertian Melayu, tetapi dari segi yang lain takrifan itu menjadikan satu bangsa Melayu sebagai satu sistem terbuka dalam perkataan lain siapa saja boleh menjadi ahli suku bangsa Melayu asal dia memenuhi keperluankeperluan dalam takrifan tersebut. Ungkapan masuk Melayu dengan jelas mengambarkan konsep ini. seseorang India atau Cina atau dari suku bangsa mana-mana pun juga akan dikatakan sudah masuk melayu jika di memeluk agama Islam. Takrifan ini dapat disimpulkan bahawa apa yang dimaksudkan sebagai Melayu dari segi penentuan taraf kewarganegaraan, penduduk yang menjadi rakyat Negara melayu berkenaan boleh menjadi sesiapa sahaja selain rakyat Melayu sahaja.

1. Asmah Haji Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Mohd Rain Shaari, Abu Hassan Abdul (2009). Bahasa Melayu: Penguasaan dan Penggunaan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam SDN BHD.