Anda di halaman 1dari 5

10 Wasiat Imam Hasan Al-Bana R.

A Kaedah Berdakwah 12 : Bertaaruf dengan Madu Faktor Asasi untuk Menambat Hatinya

Kaedah Berdakwah 11 : Dakwah adalah satu seni dan kepemimpinan. Ia tegak atas perancangan dan pemantauan (mutabaah).
Mei 23, 2011 oleh azizeehasan

Sebahagian besar para duat menyangka bahawa dakwah hanyalah usaha menyeru manusia kepada kebaikan dengan menggunakan kalimah-kalimah yang baik pada mana-mana situasi atau kondisi.Kemungkinan juga dakwah itu berlaku secara tidak berperancangan berdasarkan perbezaan kemampuan para daie. Ada sebahagaian para daie diberikan allah kemampuan yang luar biasa dan hebat menyampaikan dakwah. Manusia mudah tertarik dengan seruan dakwahnya dan sang daie tadi mampu menjinakkan hati-hati para madunya. Manakala sebahagian yang lain pula dikalangan para daie tidak memiliki kemahiran (skill) dan seni untuk berdakwah dan menarik pandangan para pendengar. Namun, kedua-dua kelompok duat ini amat-amat memerlukan kepada memahami prinsip-prinsip berdakwah, tahu uslub dan teknik berdakwah serta latihan-latihan kemahiran untuk berdakwah. Justeru itu dakwah adalah satu seni yang perlu dipelajari, kaedah dan uslub yang dikembangkan dan metod yang terkesan dengan cara yang modern dan kontemporari. Ini memerlukan kepada perancangan (plan). Dakwah yang tidak terancang akan mudah dikalahkan dengan jahiliyah yang terancang. Jika para daie gagal merancang untuk dakwah bermakna para daie tadi merancang untuk menggagalkan dakwah. Perancangan atau takhtit (di dalam Bahasa Arab) adalah elemen penting bagi memenangkan dakwah. Apatah lagi dakwah perlu merentasi fasa-fasanya yang menuntut kepada strategi dan perancangan. Seerah Rasulullah SAW sendiri menunjukkan bahawa baginda mengambil kira faktor perancangan bagi menjayakan setiap misi dakwahnya. Peristiwa Hijrah cukup membuktikan kepentingan berperancangan di dalam melaksanakan amal dakwah agar amal dakwah itu menjadi Amal Qawiy.

Perancangan yang penuh sedar akan menghasilkan seni dakwah yang produktif. Ini kerana perancangan merupakan tasawwur teorikal terhadap perjalanan dakwah. Sejauh mana perancangan itu disusun dan menguasai setiap dimensinya akan membawa kepada keberhasilan hasil (natijah) dengan bantuan dari allah dan selepas bertawakal kepadanya. Dunia moden hari ini adalah dunia yang berasaskan kepada strategi dan perancangan samada dalam aspek ekonomi, politik dan pendidikan. Tanpa perancangan tidak akan lahir hasil dan kesannya kepada organisasi mahupun masyarakat sekitarnya. Dalam konteks ini, kerja dakwah amat-amat memerlukan kepada perancangan. Perancangan pula mesti mengandungi 4 perkara iaitu :

Ada matlamat yang jelas, sfesifik dan mudah dicapai. Ada wasilah (metod) untuk mencapai matlamat tersebut. Ada bahan iaitu sumber manusia yang bersifat material atau maknawi bagi melaksanakan tugas dan peranan tersebut. Ada pemantauan dan penilaian yang berterusan.

Jika ini dilaksanakan, dakwah akan menzahirkan kesannya kepada organisasi dan umat.

Dalam merencanakan dakwah, setiap organisasi perlu memiliki dua matlamat iaitu matlamat besar dan matlamat kecil. Matlamat besar adalah matlamat utama di akhir pengoperasian dakwah, sedangkan matlamat kecil adalah matlamat yang terikat dengan tempoh tertentu, tempat tertentu kepada individu tertentu. Setiap matlamat tersebut saling memberi kesan kepada setiap yang lain. Kegagalan dalam menentukan matlamat dengan jelas, sfesifik akan membawa kegagalan dalam amal dakwah. Jika sekiranya matlamat dakwah tidak tercapai dan hasil dakwah minima, maka para duat perlulah merefleksi semula apakah tujuan dia berdakwah dan kenapa aku berdakwah?. Mungkin daie yang pertama mennyatakan: aku berdakwah untuk membersihkan jiwa manusia sesuai denganfirman allah di dalam surah As-Syam Qad aflahaman zakkaha wa qad khoba man dassaha... Untuk mencapai tujuan tersebut, dikumpulkan manusia yang berminat,

dilaksanakan satu peraturan yang mengandungi arahan-arahan berbentuk amali, melaksanakan aurad dan zikir-zikir tertentu bagi mencapai tujuan tersebut. Mungkin daie yang kedua pula berkata : Matlamat dakwah saya ialah membantu fakir miskin dan berlaku ehsan terhadap mereka. Lalu dia pun mengajak orang-orang yang baik melakuakan ihsan, memberikan sedekah dan mengeluarkan zakat atau mendirikan pertubuhan kebajikan sebagai sebaik-baik cara untuk mencapai matlamat ini. Mungkin daie yang ketiga pula berkata : tujuan dakwah saya ialah menyelesaikan permasalahan ilmiah yang menjadi titik perselisihan dan mengumpulkan hadis-hadis yang sohih... Jadi untuk mencapai tujuan tersebut, dia mengadakan halaqah-halaqah ilmu, mendirikan sekolah-sekolah dan institusi khusus serta menerbitkan buku-buku. Manakala daie yang keempat pula berkata : Tujuan dakwah saya ialah memastikan umat Islam memiliki kesedaran politik yang tinggi, tahu perancangan strategik musuh, apakah cara-cara mereka dan sebagainya... Atas dasar itu, daie tadi berusaha mendirikan pusat-pusat kajian strategik dan polisi, meneliti apa yang disebut oleh musuh dan pandangan mereka terhadap Islam.

Melihat kepada matlamat atau tujuan dakwah tadi, kita dapati para duat tadi tidak meletakkan satu matlamat yang besar kepada pencapaian dakwah. Matlamat-matlamat tadi lebih menumpukan kepada matlamat kecil yang merupakan antara batu penghalang di dalam amal islami dan sebab utama permasalahan umat Islam. Sepatutnya dalam gerak kerja dakwah, para daie berpegang kepada prinsip berikut :

Matlamat yang besar di dahulukan dari matlamat yang kecil Matlamat yang menyeluruh hendaklah diutamakan dari matlamat yang bersifat juzie. Matlamat yang merangkumi semua lapisan masyarakat didahulukan dari matlamat yang hanya merangkumi individu atau kelompok tertentu. Matlamat yang berterusan didahulukan dari matlamat yang bersifat sementara dan terhad. Matlamat yang dapat dicapai didahulukan dari matlamat yang tidak mungkin dicapai. Matlamat yang paling teratas didahulukan dari matlamat yang paling bawah.

Inilah yang diertikan bahawa matlamat dakwah yang besar (al-hadaf al-akbar) ialah merupakan matlamat yang menyeluruh, paling atas, dapat dicapai, berterusan dan meliputi semua lapisan masyarakat. Matlamat paling besar Matlamat dakwah yang paling besar dang agung ialah meraih keredhaan allah dan melaksanakan ubudiyah lillahi wahdah (pengabdian diri kepada allah) secara total. Ini selaras dengan matlamat penciptaan manusia di dalam firman allah : wamaa kholaqtul jinna wal insa illa liyabuduu.. ( tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku Azzariyat : 56) Matlamat yang agung inilah mendorong para sahabat r.a, generasi terdahulu merentas bumi sahara, gua dan gunung ganang demi membawa satu misi agung sebagaimana yang diungkapkan oleh Rubi b. Amir dihadapan pemimpin Parsi: Kami datang untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesame manusia kepada perhambaan kepada allah, dari penindasan agama-agama kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.. Berdasarkan kepada matlamat tadi, ,maka matlamat utama dan besar bagi individu muslim atau jamaah Islam atau negara Islam ialah mencapai Ubudiyah Lillah (ketundukan kepada Allah).Matlamat yang besar ini memastikan seluruh manusia, masyarakat, negara kembali menjadikan Allah sebagai yang berhak disembah, yang berhak ditaati, yang berhak diberikan kecintaan, yang berhak menggubal undang-undang, yang berhak mengurus dan mentadbir alam ini. Faktor Wasilah ( Metod) dan Masa Bagi mencapai matlamat yang besar ini, ia memerlukan kepada wasilah. Wasilah pula ada yang bersifat secara langsung atau tidak secara langsung. Jika sekiranya ibadah dapat dicapai dengan adanya seorang hamba yang kuat dari segi akal,ruh dan jasad, maka banyak cara untuk mencapai perkara tersebut seperti menjaga kesihatan, khusyuk dalam beribadah, memilki pengetahuan dan sebagainya. Semua ini adalah wasilah untuk mencapai tujuan ibadah tersebut. Dalam kerangka mencapai matlamat dakwah ia memerlukan kepada wasilah dan uslub yang sesuai dan efektif. Menggunakan wasilah dan uslub terbaik adalah faktor keberkesanan dakwah. Antara uslub dalam berdakwah seperti uslub lembut-keras, uslub targhib dan tarhib (dorongan-ancaman), uslub meramai- sedikit, uslub sir-jahr (rahsia- terbuka), uslub fardi jamaie (individu jamaah), uslun tarikhi- wasfi (sejarah gambaran sifat), uslub meransang minda rangsang emosi, uslub memberi derita - memberi harapan, uslub mengambil memberi. Untuk membuat perancangan pula perlu kepada maklumat. Maklumat tersebut mestilah lengkap dan terperinci. Setiap daie perlulah mempunyai maklumat dan informasi berkaitan realiti atau suasana lingkungan dakwahnya, ada informasi berkaitan politik, ekonomi, sosial, aliran

pemikiran, faham dan tahu titik kekuatan dan kelemahan juga tahu halangan-halangan dan faktor pendorong keberhasilan dakwahnya. Ini akan memudahkannya membuat plan dakwah dan mencapai objektif dakwah. Inilah yang disebut sebagai dakwah ala basiroh [ qul hazihi sabili, aduu ala basirotin ] Salah satu faktor lain untuk menjayakan perancangan dakwah ialah mengambira faktor masa. Setiap perancangan perlu melihat kepada keupayaan merealisasikannya berdasarkan timeline (garis masa). Bagi mencapai matlamat tersebut, perancangan tersebut perlulah ada perancangan bersifat mingguan, bulanan, tahunan, penggal sehinggalah dapat memenuhi matlamat yang besar. Setiap perancangan perlu dinilai, dipantau, diberi penambahbaikan agar objektif dan matlamat dakwah tercapai. Melalui proses penilaian dan murajaah ia membantu para daie mengetahui apa yang dapai dicapai atau tidaka dapat dicapai, apa yang mudah dan susah, mana matlamat yang perlu didahulukan dan yang dikemudiankan serta mendedahkan kualiti atau tidak berkualiti uslub yang digunakan. Langkah terbaik bagi mencapai perkara tersebut ialah dengan Mutabaah (follow-up). Perancangan yang hebat akan gagal jika tidak ada mutabaah (pemantauan) manakala perancangan yang lemah pula boleh jadi berjaya jika ada mutabaah yang berterusan. Bagi menjayakan perancangan dakwah ini, setiap duat perlu mengambil manfaat dari ilmu-ilmu terkini dan kontemporari. Para duat hari ini perlu memiliki hardskill dan softskill untuk menguasai gelanggang dan arena dakwah di samping menyerahkan segala urusan kepada allah setelah melaksanakan semua aspek-aspek tadi dari segi perancangan, strategi, mengambil wasilah yang terbaik dan sesuai, penilaian dan pemantauan. Para duat hari ini perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kemahiran seperti ilmu pengurusan, ilmu komunikasi, kemahiran berbahasa, kemahiran beretorik, kemahiran pengucapan awam, kemahiran perundingan, kemahiran personal dan intrapersonal dan apa sahaja yang diperlukan oleh seorang daie bagi menjayakan khittah dakwahnya. Daie yang hebat adalah daie yang proaktif, berprinsip dan mampu beraksi dalam semua situasi terutama waktu-waktu sulit dan sukar. Dia mampu mengharungi perjalanan dakwah ketika berdepan untuk menyatakan pendirian yang begitu sukar, namun dia dapat mengatasinya disebabakan dia sudah memiliki persedian,ada tasawwur yang jelas dan tahu penyelesaiannya.

Anda mungkin juga menyukai