Anda di halaman 1dari 8

akulturasi 1.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat akulturasi merupakan penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain. Ayat: selagi satu kebudayaan bertembung dengan satu kebudayaan yang lain, selagi itulah proses akulturasi dan asimilasi akan berlaku;

KONSEP AKULTURASI Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau

pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. Akulturasi

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. AKULTURASI KEBUDAYAAN Akulturasi merupakan perpaduan 2 budaya dimana kedua unsur kebudayaan bertemu dapat hidup berdampingan dan saling mengisi serta tidak menghilangkan unsur-unsur asli dari kedua kebudayaan tersebut. Contohnya adalah akulturasi kebudayaan Hindu-Budha. Pengaruh

kebudayaan Hindu hanya bersifat melengkapi kebudayaan yang telah ada di Indonesia. Perpaduan budaya Hindu-Budha melahirkan akulturasi yang masih terpelihara sampai sekarang. Akulturasi tersebut merupakan hasil dari proses pengolahan kebudayaan dengan asing asimilasi sesuai dan dengan kebudayaan adalah

Indonesia.Berbeda

sintesis.

Asimilasi

bercampurnya dua kebudayaan sehingga membentuk kebudayaan baru. Sedangkan sintesis adalah bercampurnya dua kebudayaan yang berakibat pada terbentuknya sebuah kebudayaan baru yang sangat berbeda dengan kebudayaan asli.

Penyebab akulturasi dapat beraneka ragam, antara lain yaitu : 1. 1. Bertambahnya dan berkurangnya jumlah penduduk yamg ada

di setiap negara 2. 3. 4. 5. 6. Adanya revolusi yang terlalu cepat Masalah yang timbul antar masyarakat Adanya perubahan alam atau siklus Adanya peperangan Adanya pengaruh budaya dari kebudayaan asing atau luar.

Hasil dari akulturasi Hindu-Budha dalam beberapa bidang :

1.

1. Bidang Sosial Setelah masuknya agama Hindu terjadi perubahan dalam tatanan sosial masyarakat Indonesia. Hal ini tampak dengan dikenalnya pembagian masyarakat atas kasta.

2.

2. Bidang Ekonomi Dalam ekonomi tidak begitu besar pengaruhnya pada masyarakat Indonesia. Hal ini disebabkan karena masyarakat telah mengenal pelayaran dan perdagangan jauh sebelum masuknya pengaruh Hindu-Budha di Indonesia.

3.

3. Sistem Pemerintahan Sebelum masuknya Hindu-Budha di Indonesia dikenal sistem

pemerintahan oleh kepala suku yang dipilih karena memiliki kelebihan tertentu jika dibandingkan anggota kelompok lainnya. Ketika pengaruh HinduBudha masuk maka berdiri Kerajaan yang dipimpin oleh seorang raja yang berkuasa secara turun-temurun. Raja dianggap sebagai keturunan dari dewa yang memiliki kekuatan, dihormati, dan dipuja. Sehingga memperkuat kedudukannya untuk memerintah wilayah kerajaan secara turun temurun. Serta meninggalkan sistem pemerintahan kepala suku. 4. Bidang Pendidikan Masuknya Hindu-Budha juga mempengaruhi kehidupan masyarakat Indonesia dalam bidang pendidikan. Sebab sebelumnya masyarakat

Indonesia belum mengenal tulisan. Namun dengan masuknya Hindu-Budha, sebagian masyarakat Indonesia mulai mengenal budaya baca dan tulis, dan masih banyak lagi.

Contoh lain hasil akulturasi yang masuk ke Indonesia adalah : 1. 2. 3. 4. 5. Angpaw (Negeri Cina) Hallowen (Eropa) Thanks Giving (Eropa) Valentine (Eropa) Dll

ARKIB : 16/01/2011 Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on printMore Sharing Services9 Gabungan1Malaysia Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee MEMBACA tesis kedoktoran Aimee Dawis, warganegara Indonesia

berbangsa Cina, bertajuk "Orang Indonesia Tionghua mencari identitas" begitu menarik perhatian saya. Orang Cina Indonesia sudah tidak lagi kelihatan seperti orang Cina seperti di Malaysia. Indonesia mengamalkan asimilasi secara paksaan bermula tahun 1965, apabila jatuhnya rejim komunis pimpinan Sukarno. Suharto yang menggantikan Sukarno mengambil tindakan drastik

memutuskan hubungan orang Cina Indonesia dengan negara asalnya secara kekerasan. Asimilasi dilaksanakan seratus peratus. Cara hidup orang Cina diubah sepenuhnya menjadi orang Indonesia termasuk dari segi nama, pakaian, bahasa, sambutan perayaan dan segala cara hidup yang lain. Rancangan televisyen, radio, filem, sekolah, makalah, perayaan kebesaran dan sebagainya yang ada berbau kecinaan diharamkan. Proses

'pengIndonesiaan' berlaku secara ekstrem. Tujuannya tidak lain, untuk membina sebuah negara bangsa. Hal ini tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku di Thailand dan Filipina, tetapi tidak seagresif Indonesia. Hari ini, orang Cina Indonesia tidak lagi seperti orang Cina. Mereka tidak ada beza langsung dengan orang Indonesia dari cara hidupnya. Hatta, perkaraperkara kecil melibat istilah juga dijaga rapi. Orang Cina di sana tidak dipanggil orang Cina Indonesia tetapi dipanggil orang Indonesia Tionghua. Negara Indonesia didahulukan berbanding dengan bangsa. Semua ini mengingatkan saya iklan 1Malaysia di kaca televisyen yang disiarkan saban hari. Antaranya berbunyi, "nama saya Saifuddin, saya orang Melayu, nama Pugalmani a/l Maniam, saya orang India, begitulah seterusnya

seterus orang Cina, Iban dan sebagainya. Kenapa kita tidak dahulukan Malaysia seperti saya orang Malaysia Melayu, orang Malaysia Cina atau orang Malaysia India? Hari ini kita sibuk memperkatakan bangsa Malaysia. Tidakkah wajar perkara sebegini ini diteliti walaupun kelihatan 'kecil' oleh penerbit? Saya lihat dari sudut lain, cara kita menamakan universiti sudah tepat iaitu Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak dan sebagainya. Kenapa kita tidak praktikkan istilah yang sama dalam konteks anak bangsa yang hidup bersama di sini? Membandingkan Malaysia dan Indonesia, ternyata bukan Melayu di bumi bertuah ini cukup bernasib baik dan beruntung. Mereka masih boleh mengekalkan semua identiti mereka, tanpa diubahsuai dan langsung tidak diasimilasikan. Semuanya mengingatkan saya kepada ceramah Profesor Rupert Brown daripada Univeriti Sussex, England baru-baru ini, mengenai dinamika akulturasi di negara lain, di kalangan minoriti atau imigran. Akulturasi bermaksud peminjaman budaya orang lain (majoriti) untuk diamalkan (minoriti) tetapi tidak kekal. Misalnya, bangsa minoriti meminjam budaya majoriti seperti pemakaian baju Melayu dan bersongkok oleh bukan Melayu. Sama juga, seperti orang Melayu memakai pakaian tradisi bukan Melayu dan sebagainya. Persoalannya, adakah proses akulturasi sebegini berjalan dengan baik? Dari segi pemakanan, saya tidak menafikannya, seronok melihat rakyat Malaysia makan roti canai dan nasi lemak bersama-sama. Pengalaman di negara lain menunjukkan akulturasi berjaya menyatupadukan rakyat. Berbanding dengan Malaysia. Kita masih lagi bertatih atau merangkak-rangkak. Ini kerana masih ada perasaan takut diasimilasikan. Saya lihat orang Melayu lebih terbuka kepada proses akulturasi. Mereka tidak segan silu makan bersepit atau memakai pakaian bangsa lain. Sambutan

Tahun Baru Cina akan menyaksikan segalanya bagaimana semangat 1Malaysia diraikan. Tetapi saya jarang melihat bangsa lain mengakulturasikan budaya Melayu. Kalau adapun, hanya pada pemakaian baju kurung ketika majlis tertentu oleh kaum wanita. Lelaki bukan Melayu amat jarang sekali memakai baju Melayu penuh berbanding sekali sekala melihat orang putih memakainya. Bilakah agaknya kita dapat melihat keunikan akulturasi ini, meskipun asimilasi tidak dapat diterima lagi? ikhlas Sifat tulus, ikhlas dan terbuka amat penting dalam menjayakan proses ini. Jika tidak, kita akan terus dilanda dengan perasaan saling curiga-mencurigai. Misalnya, peminjaman istilah atau perkataan bahasa bangsa lain yang biasa digunakan, juga dalam akulturasi. Misalnya, isu novel Interlok yang

menimbulkan kontroversi, dikatakan menghina masyarakat India. Saya sempat membaca beberapa perenggan yang dikatakan sensitif. Jika dibaca dari sudut konteks dan bidang kepakaran, memang tidak menimbulkan masalah langsung. Masalah Persoalan saya, kenapa baru sekarang dibangkitkan? Majoriti masyarakat kita tidak ada masalah dengan novel tersebut, termasuk bukan Melayu yang lain. MCA awal-awal lagi sudah memberikan reaksi yang positif. Mereka yang memahami seni dan sastera langsung begitu memuji karya sastera tersebut. Cuma segelintir kecil sahaja yang menimbulkan masalah. Itupun bukan dalam bidang kepakaran mereka. Yang bukan pakar bercakap lebih dari pakar. Menunjukkan ada satu gerakan yang ditaja oleh pihak tertentu untuk mengambil kesempatan menangguh air yang keruh. Mereka mahu kelihatan seolah-olah seperti jaguh. Kita mahu hidup di kalangan kelompok sendiri, tanpa mahu memikirkan bangsa lain. Ingatlah, kita bukan negara sebangsa seperti negara lain. Di

negara yang mempunyai satu bangsa sahaja, mungkin mereka tidak menghadapi masalah serumit kita. Namun, negara pluralistik seperti kita terpaksa melayan tuntutan dan desakan setiap komuniti etnik atas alasan mereka mempunyai hak yang perlu dipenuhi, walaupun kadangkala tidak munasabah. Tidakkah kita sepatutnya bersyukur tinggal di bumi bertuah ini?

Perlembagaan dan dasar-dasar yang digubal sentiasa meraikan bangsa lain yang ada, sehingga jati diri bangsa asal terhakis. Lihatlah pengalaman negara lain yang mahu identiti mereka dikekalkan tanpa diganggu-gugat. Bayangkan jika perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan hari ini. Misalnya, bulan lalu kerajaan China mengumumkan larangan penggunaan singkatan bahasa Inggeris dalam akhbar-akhbar tempatan, buku, dan laman sesawang kerana bimbang ketulenan bahasa Cina berada dalam bahaya. Pentadbiran Am Akhbar dan Penerbitan melaporkan, peningkatan

penggunaan perkataan dan singkatan Inggeris dalam penerbitan di China akan menimbulkan kebingungan pembaca. Begitulah serius negara-negara lain menjaga bahasa kebangsaan dan identiti kebangsaan mereka. Kita sepatutnya belajar daripada pengalaman tersebut. Bukannya asyik berpolitik dan memikirkan untuk kepentingan bangsa sahaja. Pembinaan negara bangsa hendaklah diutamakan berbanding yang lain. Bayangkan jika kumpulan ini menjadi minoriti di China, apakah reaksi mereka terhadap dasar tegas kerajaan komunis ini. Di Malaysia, hak bukan Islam dijamin dalam perlembagaan, termasuk agama dan bahasanya. Tetapi janganlah mengambil kesempatan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah boleh menggagalkan program tranformasi kerajaan. Hari ini, tindakan kita adalah merubah sistem, bukannya merubah cara. Inilah kekeliruan yang selalu timbul. Pakar bahasa diketepikan dalam perkara sebesar ini. Merubah sistem melibatkan keseluruhan cara hidup dan masa depan sehingga menenggelamkan identiti dan jati diri. Sedangkan merubah cara melibat aspek teknikal dan kemahiran.

Cuba kita lihat cara orang putih berbahasa Melayu. Mereka bercakap bahasa Melayu dengan accent atau gaya orang putih, tanpa perlu memelayukan bunyi bahasa Melayu tersebut sehingga seolah-olah mereka kelihatan seperti orang Melayu. Akulturasi itu berlaku tetapi tidak menghilang identitinya. Persoalannya, kenapa orang Melayu hari ini berbahasa Inggeris sehingga hilang identiti keMelayuannya? Bertindak sebelum terlambat. Proses dinamika akulturasi perlu diberikan perhatian serius oleh kabinet daripada melayan kerenah remeh-temeh novel Interlok yang sengaja dicetuskan oleh golongan berkepentingan. Banyak lagi masalah negara yang sedang menunggu. Kita terlalu cepat melatah dalam perkara bukan isu. Interlok tidak sepatutnya dibawa sampai ke Kabinet seolah-olah isu ini adalah masalah negara. Cukup hanya

dibincangkan di peringkat kampung atau pemimpin bawahan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai