Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH TAHUN 2011


Tarikh hari Masa Tempat : 16 November 2011 / Rabu : 7.30 pagi 12.30 tengah : Dewan Intan Baiduri SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur

Anjuran: SK INTAN BAIDURI KUALA LUMPUR Dengan kerjasama Persatuan IbuBapa dan Guru SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur

BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI

PENDAHULUAN Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah adalah antara program tahunan yang dirancang dan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri. Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah merupakan antara aktiviti kemuncak yang dirancang di sekolah ini sebelum menutup tirai sesi akademik pada tahun tersebut. Majlis ini dirancang adalah untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian murid-murid di sekolah ini dalam bidang akademik sepanjang tahun. Melalui pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada murid-murid yang cemerlang dan berjaya, adalah diharapkan penghargaan seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid sekolah ini untuk terus berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Majlis seperti ini juga dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid meraikan kejayaan mereka.bersama-sama ibu bapa mereka. Melalui majlis sebegini juga, murid-murid yang menjayakan pelbagai persembahan berpeluang mengenengahkan dan menunjukkan bakat mereka kepada ibubapa, guru dan rakan-rakan, melalui persembahan yang ditunjukkan. Penghargaan dan penilaian yang diberi adalah berdasarkan kepada pencapaian murid-murid di sekolah ini dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (2) dan juga melalui pencapaian dalam beberapa siri ujian bulanan yang telah dijalankan di peringkat sekolah.

RASIONAL Program ini dirancang bertujuan untuk; 1. Menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid-murid di sekolah ini sepanjang tahun.

2. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid tentang kepentingan pencapaian yang cemerlang.

OBJEKTIF Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah dirancang dan dilaksanakan, berdasarkan kepada objektif-objektif berikut; 1. Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang menunjukkan daya usaha dan kesungguhan dalam bidang akademik. 2. Menanamkan rasa ingin terus berusaha dalam diri setiap murid di sekolah ini. 3. Meningkatkan keyakinan diri murid-murid terhadap kebolehan dan potensi diri sendiri. Disediakan oleh, Hashimah Binti Hussein Setiausaha J/kuasa Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai