Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

DARUL AMAN

KERTAS KERJA PROGRAM ANAK ANGKAT SEMESTER 5/2012

KUMPULAN

:- PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) PENDIDIKAN SENI VISUAL (IP5H) AMBILAN JANUARI 2010

TARIKH TEMPAT TUTOR

:- 8 Mac 2012 :- UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) :- PN. NORINI BINTI OMAR

TAJUK :-

LAWATAN PENANDA ARAS

1.0

ANJURAN :-

Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Seni Visual Ambilan Januari 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

2.0

PENSYARAH PEMBIMBING / TUTOR 1. Pn. Norini Bt. Omar

3.0

PENGENALAN / PENDAHULUAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang wajib bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar atau dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenali diri ( real- self ) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia juga mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

Pelaksanaan BIG lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai serta akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

Program ini bertujuan untuk membuka mata guru-guru pelatih supaya lebih mendekati, mengalami, merasai serta melihat sendiri bagaimana pengurusan semasa mengendalikan sebarang aktiviti serta kemampuan bakal guru dalam memimpin anak murid kelak. Iklim juga budaya sekolah yang kondusif berupaya memberikan pendidikan secara kognitif, psikomotor serta efektif untuk menghasilkan satu perubahan sikap yang positif dan ianya perlu ada pada setiap guru dalam era globalisasi ini. . Oleh itu, pembelajaran secara formal dan informal ini secara tidak langsung telah pun merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran-kemahiran asas dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan. Dalam program ini, pelajar sendiri mengendalikan segala hal berkaitan dengan aktiviti dan para pensyarah pula akan bertindak sebagai pemudahcara yang akan memberikan penambahbaikan apabila perlu.

4.0

RASIONAL

Menyedari hakikat kebenaran pepatah Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul danYang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek, guru pelatih perlu berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin bagi mendapat pengalaman dan kesediaan dalam menghayati jerih-payah profesion keguruan ini. Secara tidak langsung, ia menjadi satu proses pembelajaran inkuiri tidak formal buat guru pelatih. Dengan adanya aktiviti seperti ini, para pelajar berpeluang menimba pengalaman dan pengetahuan sebanyak mungkin mengenai hal-hal kepimpinan serta pengurusan

sebarang aktiviti sebagai seorang guru melalui tunjuk ajar serta motivasi yang telah diberikan.

5.0

MATLAMAT

Selaras dengan tema Guru Bertaraf Dunia, setiap bakal guru Pendidikan Seni Visual harus memiliki sikap kerjasama, keyakinan, bertanggungjawab ,kepimpinan serta mempunyai sahsiah bersepadu serta bertolak ansur. Penglibatan diri yang aktif dalam mengendalikan dan menguruskan sebarang aktiviti yang melibatkan banyak pihak ini akan menjadikan guru Pendidikan Seni Visual lebih yakin, berketerampilan dan berwibawa.

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk meransang pemikiran, bakat dan inkuiri guru pelatih semasa berhadapan mahupun melihat hasil karya golongan yang lebih profesional dalam bidang Seni Visual di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Selain daripada memenuhi struktur pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) pada semester ini, program ini juga bertunjangkan matlamat menggalakkan proses sumbangsaran bermakna antara pelajar Institut Pendidikan Guru dan pelajar Institut Pengajian Tinggi.

6.0

OBJEKTIF

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru ini, guru pelatih dapat menguasai kemahiran atau pengalaman yang baru seperti yang disenaraikan di bawah :

1. Membina sifat kepimpinan dalam kalangan guru pelatih. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. 3. Membuat apresiasi terhadap karya-karya yang dilihat. 4. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 5. Mendidik cara kemahiran komunikasi yang baik semasa berhadapan dengan golongan profesional dan mahasiswa IPT. 6. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama, dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

7. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

7.0

TARIKH 8 Mac 2012

8.0

TEMPAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

9.0

BILANGAN PESERTA

Seramai 21 orang guru pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Seni Visual (IP5H) beserta seorang pensyarah pengiring iaitu tutor kumpulan kumpulan berikut. Nama pensyarah pengiring dan guru pelatih yang

menyertai program ini seperti di dalam Lampiran 1.

10.0

JAWATANKUASA KERJA

10.1

Jawatankuasa Induk

Penasihat

: Tuan Haji Mustafa bin Abd. Hamid (Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim)

Pengerusi

Tn. Haji Ahmad Sobri B. Saad (Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim)

Setiausaha

En. Nazri bin Bedin (Ketua Unit Gerak Kerja Kokurikulum - GERKO)

Bendahari

Pn. Noormah Bt. Abdul Hamid (Pegawai Eksekutif Kanan)

Ahli

1. Ketua Jabatan PJSS (Jawatankuasa Peralatan) 2. En. Abdul Rahim B. Ibrahim (Ketua Jurulatih) 3. Setiausaha Peperiksaan dan Penilaian (Jawatankuasa Penilaian) 4. Ketua Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (Jawatankuasa Kerohanian dan Moral)

Pensyarah Pembimbing

1. Pn. Norini Bt. Omar

10.2

JAWATANKUASA KECIL

Pengerusi Projek Timbalan Pengerusi Projek Setiausaha Projek Naib Setiausaha Bendahari

: : : : :

Ainun Nasibah Bt. Johar NurFaryana Bt. Md. Nazari Nur Hawa binti Zul Amira Nabila Binti Adam Nor Hazirah binti Haron

Ahli-Ahli Jawatankuasa (AJK) : AJK Perhubungan : : Annisa Binti Suib Noor Halimah Binti Che Long

AJK Makanan

: :

Norakma Liyana Binti Mohamad Salleh Nur Shafinaz Binti Ismail

AJK Pengangkutan

: :

Nurul Syafiqah Binti Mohamed Yusuf Maisarah Binti Owi Jin @ Othman

AJK Dokumentasi dan laporan

: :

Abdullah Affan Bin Nashiron Muhammad Shauqi Bin Che Soh

AJK Cenderamata

: :

Amirah Binti Che Azuha Mohamad Safwan Bin Mahzin

AJK Pengaturcara Majlis

: :

Nur Shuhaida Binti Jalaludin Norasikin Binti Jais

AJK Buku Program

: :

Mohd. Rusydan bin Mohd. Rosli Fatimah Munirah Binti Ahmad

AJK Kebajikan dan Keselamatan

: :

Nur Farahiyah Binti Azmi Siti Azrina Izyan Binti Ahmad

11.0

PENGANGKUTAN pembimbing dan guru pelatih PISMP Pendidikan Seni

Pensyarah-pensyarah

Visual(IP4H) dan Matematik (IP4D) serta akan menuju ke destinasi dengan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim.

12.0

ATURCARA PROGRAM MASA/TARIKH 12.00 malam 8.00 pagi


-

BUTIR PROGRAM
Bertolak dari IPG KSAH Tiba di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

8.00 pagi 9.00 pagi 9.00 pagi 10.30 pagi

Majlis Tautan Hati (Sesi Suai Kenal) Lawatan ke Galeri dan sekitar Pusat Pengajian

10.30 pagi 11.00 pagi 11.00 pagi 1.30 tengah hari 1.30 tengah hari 2.15 petang

Rehat / Minum Pagi Bual Bicara (Sesi sumbang saran) Makan tengah hari Pengurusan Diri Solat Zohor Majlis Penutup dan Salam Akhir Bertolak pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

2.15 petang 4.30 petang 4.30 petang 5.00 petang

13.0 PERBELANJAAN

Melalui peruntukan kewangan dari IPG

(RM16.00 x 21 orang peserta) JUMLAH

RM 336.00 RM 336.00

14.0

PENUTUP

Dengan perancangan yang telah dibuat adalah diharapkan agar program ini diluluskan dan berjaya mendatangkan faedah kepada semua guru pelatih PISMP Pendidikan Seni Visual(IP5H) Ambilan Januari 2010. Semoga program ini menjadi suatu program yang dapat menjalinkan kerjasama antara guru pelatih. Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai