Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor No. Tel : 07-2262100, No.

Faks : 07-2263100

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN DAN TERENGGANU 2011


Menjejak Khazanah Kesenian di Bumi Warisan

DISEDIAKAN OLEH, UNIT HEM SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN DAN TERENGGANU, 2011 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan hari ini telah berubah bentuk, konsep pembelajaran tidak lagi terhad dalam bilik darjah sahaja, malahan ia meliputi satu konteks pembelajaran yang lebih luas dan mendalam. Pendidikan boleh berlaku di mana-mana tempat sahaja asalkan ia membawa erti trasformasi sesuatu ilmu baru ke atas diri seseorang individu itu. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa jauh berjalan, luas pengalaman. Pendidikan di luar bilik darjah amat penting dan perlu. Melalui lawatan yang terancang ini tentunya pelajar berpeluang melihat secara sendiri, merasa serta menikmati sesuatu perkara baru dalam konteks first-hand learning. Sehubungan itu, program lawatan sambil belajar dapat memberi input, ilmu pengetahuan, serta nilai murni yang banyak kepada mereka. Realiti dan unsur kesenian yang dapat dilihat semasa lawatan berkenaan pasti memberi input yang banyak dan berguna kepada pelajar untuk mengolah minda mereka supaya lebih kreatif dan inovatif.

Ini amat penting sebagai bekalan kepada mereka dalam menghadapi cabaran pendidikan dan dunia kerjaya di masa-masa akan datang selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada para pelajar yang telah banyak berjasa kepada sekolah dan asrama.
MATLAMAT Program lawatan sambil belajar ini bermatlamat untuk mengimbangi keselarasan kemahiran dan pengetahuan para pelajar melalui program terancang itu. Di samping itu ia mampu membuka minda dan perspektif pelajar tentang konsep seni dalam erti kata yang sebenar dan bukannya setakat coretan di dalam buku teks sahaja. 2.0 OBJEKTIF Objektif utama lawatan sambil belajar diadakan adalah seperti berikut :-

1.
2.

Menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman first-hand ketika melawat tempat-tempat seni, kebudayaan dan bersejarah itu. Meningkatkan pengetahuan di samping memperkenalkan Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru kepada institusi pengajian tinggi lain.

3.

Menghargai sumbangan pelajar dalam konteks melicinkan pengurusan pentadbiran sekolah serta kecemerlangan akademik dan kesenian. Menghayati serta menghargai hasil warisan yang masih ditinggalkan untuk belia hari ini serta keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Memupuk semangat kerja sepasukan, toleransi dan merapatkan silaturrahim di kalangan ahli dalam pasukan.

4. 5.

3.0

SASARAN Semua ahli Lembaga Pengawas dan Majlis Pengawas Asrama Sekolah Seni Johor Bahru dengan bilangan seramai 72 orang dan bilangan guru pengiring adalah seramai 8 orang.

5.0

TARIKH /HARI PELAKSANAAN 21 hingga 24 Oktober 2011 ( Hari Jumaat hingga Isnin )

6.0

TEMPOH / TEMPAT LAWATAN: 4 Hari 3 malam di beberapa lokasi di sekitar Kelantan dan Terengganu.

7.0

CADANGAN TEMPAT LAWATAN DAN JUSTIFIKASI i. ii. iii. iv. v. vi. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pendidikan dan kerjaya Muzium Negeri Kelantan Sejarah dan Kesenian Pasar Siti Khadijah Fotografi / Lakaran Seni Visual Pusat Batik dan Songket Kesenian Pantai Cahaya Bulan Lokasi Penginapan Kampung Budaya Kebudayaan dan Kesenian Taman Tamadun Islam Sejarah dan Kesenian Islam River Cruise Fotografi / Lakaran Seni Visual Masjid Kristal Kesenian dan Rekabentuk Muzium Losong Sejarah dan Kesenian

vii. viii. ix.


x. 8.0

PENGINAPAN Penginapan pelajar dan guru di hotel berdekatan

9.0

SUMBER KEWANGAN Kos perbelanjaan ditanggung oleh pihak sekolah dengan menggunakan peruntukan sedia ada di bawah OS4200, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 1.Kos Pengangkutan RM 1,400 x 2 bas x 4 hari 2. Pakej Lawatan (Penginapan, Makanan, Tempat) RM 180.00 x 80 orang 3.Kos Tiket tempat lawatan a) Muzium Kelantan c) Taman Tamadun Islam d) River Cruise e) Muzium Losong -RM 1.00 x 80 orang = -RM 10.00 x 80 orang = -RM 2.00 x 80 orang = JUMLAH 11.0 JAWATANKUASA PENGELOLA JAWATANKUASA PENGELOLA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN DAN TERENGGANU, 2011 Pengerusi CIK HAJAH ROHANA BT ISMAIL Pengetua Sekolah Seni Johor Bahru Timbalan Pengerusi CIK HAJAH NORZIAH BT AZIZ Penolong Kanan Pentadbiran Penyelaras Program EN. TEE TIAM CHAI Penolong Kanan HEM Setiausaha CIK NURUL AKMAR BT SAID Guru Kaunseling 80.00 800.00 160.00 = RM 28,240.00 = RM 14,400.00 = RM 2,640.00 = RM 11,200.00

-RM 20.00 x 80 orang = 1,600.00

Bendahari EN PANG HONG HAN Ahli Jawatankuasa Guru Pengiring yang dilantik 12.0 Itinerari Program/ Aktiviti JADUAL TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN DAN TERENGGANU, 2011 21 24 Oktober 2011 Tarikh/ Hari 21.10.2011 Jumaat 22.10.2011 Sabtu Masa Aktiviti/ Perkara Catatan

4.00 ptg Bertolak dari Sekolah Seni Johor Bahru 7.00 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi Dijangka tiba di Kota Bahru, Kelantan Sarapan pagi Lawatan ke Universiti Malaysia Kelantan

12.00 tgh Pulang ke tempat penginapan Pantai Inn (PCB) Makan Tengahari Pengurusan Diri Solat Zohor/Asar (Jamak) 2.00 ptg Lawatan ke Pusat Bandar Kota Bahru Lawatan ke Pasar Siti Khadijah 4.00 ptg Lawatan ke Pusat Batik dan Songket Lawatan ke Pantai Cahaya Bulan 6.00 ptg Pulang ke tempat penginapan 6.30 ptg Makan Malam 7.00 mlm Pengurusan Diri Solat Maghrib/Isyak (Jamak) 8.00 mlm Lawatan ke Kg Budaya Persembahan kesenian dari pelancongan Kelantan 10.30 mlm Pulang ke tempat penginapan Minum Malam Tidur 23.10.2011 6.30 pagi Bangun pagi

Ahad 7.30 pagi 8.30 pagi 10.30 pagi

Solat Subuh Pengurusan Diri Sarapan pagi Lawatan ke Masjid Kampung Laut (Masjid Tertua) Lawatan ke tempat pembuatan wau Lawatan ke Muzium

1.00 ptg Balik ke tempat penginapan Makan Tengahari Solat Zohor/Asar (Jamak) Pengurusan Diri 2.30 ptg Lawatan ke Masjid Beijing Ke kawasan Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang 6.00 ptg Pulang ke tempat penginapan 7.00 mlm Makan Malam Solat Maghrib/Isyak (Jamak) Pengurusan Diri 8.30 mlm Ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh 10.30 mlm Pulang ke tempat penginapan Selamat Malam 24.10.2011 Isnin 6.30pagi Bangun pagi Pengurusan Diri Solat Subuh Sarapan pagi Check Out dari tempat penginapan Bergerak ke Terengganu

7.30 pagi 9.00 pagi

12.00 tgh Lawatan ke Taman Tamadun Islam 1.00 ptg Makan Tengahari 1.30 ptg Solat Zohor/Asar (Jamak) di Masjid Kristal 2.00 ptg River Cruise 3.00 ptg Lawatan ke Muzium Losong 4.30 ptg Minum petang 5.00 ptg Bergerak pulang ke Johor Bahru 2.00 pagi Dijangka tiba di Johor Bahru

STRATEGI PELAKSANAAN

13.1 Membentuk AJK berpandukan buku pengurusan & pentadbiran . 13.2 Menyediakan Kertas kerja cadangan Lawatan sambil belajar. 13.3 Mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan daripada Pengetua.
13.4 Menghubungi pihak yang terlibat dalam urusan lawatan sambil belajar.

13.5 Memohon kebenaran aktiviti Lawatan sambil belajar dari JPN Johor /BKK, KPM/ 13.6 Menguruskan perkhidmatan bas . 13.7 Menguruskan tempat penginapan pelajar dan makanan pelajar. 13.8 Menguruskan semua surat tentang sebut harga dan pakej perkhidmatan yang
berkenaan. 13.9 Memanggil mesyuarat penyelarasan JK Pengelola peringkat sekolah.

13.10 Mengurus surat makluman dan kebenaran ibu bapa/ penjaga.


13.11 Mengendalikan program dengan sistematik dan terancang.

13.12 Membuat post mortem program 13.13 Membuat pelaporan


PENUTUP Program Lawatan sambil belajar ini diharapkan dapat memberikan input berguna kepada para pelajar Sekolah Seni sebagai pelengkap kepada kurikulum kesenian di sekolah di samping menimba ilmu baru yang boleh diketengahkan dalam konteks pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah.

Disediakan oleh: .....................................................

Diluluskan oleh: .......................................................

UNIT HAL EHWAL MURID SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR BAHRU 10 OGOS 2011