Anda di halaman 1dari 9

METRO AHAD, 13 OGOS 2004

Mayat Lelaki Dalam Konkrit: SEORANG anggota Bomba dan Penyelamat memotong konkrit untuk mengeluarkan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh, berhampiran Taman Putra Perdana di Puchong, tengah hari semalam. Konkrit itu ditemui di dalam sebuah tong dram di tepi sebuah lombong oleh seorang lelaki yang pergi memancing kira-kira 12.30 tengah hari. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, berkata mangsa bunuh itu dikenali sebagai Satimin, 45, dari Jawa Timur yang bekerja sebagai buruh binaan berdasarkan dokumen pengenalan diri di dalam saku seluarnya. Zahedi berkata, siasatan awal mendapati mangsa mati kira-kira tiga atau empat minggu lalu.

WANITA DIBUNUH KEJAM TEMAN LELAKI OLEH: ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tidak sampai 48 jam rakyat Malaysia digemparkan dengan berita pembunuhan kejam seorang suri rumah, hari ini seorang lagi wanita dibunuh mangsa kelima melibatkan kaum hawa di Lembah Klang dalam tempoh dua minggu.
Mayat mangsa terbaru ditemui dalam keadaan mengerikan berbogel dengan kaki, lutut dan tangan terikat ke belakang, di Hotel Fujisan di sini. Mayat Liew Pai Sea, 23, yang berlumuran darah, tertiarap di bilik mandi di hotel itu di Jalan Barat off Jalan Imbi. Mangsa mati akibat cedera parah ditikam dengan senjata tajam sebanyak lima kali di muka dan empat kali di belakang kepala serta bahu. Wanita berkenaan dipercayai diseksa sebelum dibunuh. (Utusan Malaysia-24 Feb 2005)

MAUT DIBELASAH ANAK Lelaki Amuk Serang Bapa Dengan Cota Oleh Efindi Badarudin Efindi@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Seorang bapa meninggal dunia kerana serangan sakit jantung selepas bergaduh dan dibelasah anak sulungnya yang berang dilarang menggunakan motosikal di sebuah rumah di Jalan Laksamana 11, Taman Ungku Tun Aminah. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika mangsa, Yahya Mohamad, 58, seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah restoran di sini baru pulang ke rumahnya. Sementara itu, isteri mangsa, Jumi Mistam, 53, berkataselepas memukul bapanya dengan cota, anaknya berusaha mengambil parang untuk menetak bapanya tetapi dia sempat menghalang. Saya terpaksa mendepakan tangan dengan berada di tengah-tengah antara mereka dengan menyuruh anak saya membunuh saya dulu jika mahu membunuh bapanya (10, Mei 2005)

DIPUKUL ANAK: Bujang cedera di kepala dan badan akibat dipukul anaknya. Bujang Mahabib, 74, tidak menyangka anak bongsunya itu sanggup bertindak demikian hanya kerana ditegur supaya memperlahankan suara televisyen kerana ketika itu sudah awal pagi. "Saya tegur dia kerana suara TV kuat. Tiba-tiba dia menerkam saya dan turun bawah (ke dapur) ambil kayu dan serang saya...banyak luka pada kepala, dua batang gigi juga tercabut (17 Nov 2005).

PEMUDA BELASAH IBU SAMPAI MATI Oleh Ahmad Naim Tahir, Jaafar Mulup dan Mohd Amin Jalil GEMAS: Seorang pemuda membelasah ibunya hingga mati sebelum mencampak mangsa ke lereng cerun berhampiran rumah mereka dipercayai kerana berang diarah memperlahankan bunyi televisyen di Felda Pasir Besar, di sini awal pagi semalam. Lelaki berusia 29 tahun itu yang dipercayai penagih dadah juga memukul bapanya di kepala sehingga menyebabkan mangsa terpaksa menerima 48 jahitan akibat luka serta retak tulang tangan kirinya. Kejadian itu dikatakan berlaku jam 12.50 pagi apabila bapanya, Bujang Mahabib, 74, menegur anaknya yang juga seorang penganggur kerana menonton televisyen mereka pada awal pagi dengan bunyi yang kuat. (17 Nov 2005)

Anda mungkin juga menyukai