Anda di halaman 1dari 1

Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.

Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Begitu juga dengan saya. Oleh itu setiap pelajar mesti tahu cara-cara memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran adalah dengan membuat jadual waktu di rumah. Jadual ini akan membantu pelajar agar sentiasa menepati masa semasa di rumah. Di samping itu, para pelajar mestilah rajin membaca. Dengan membaca, pengetahuan kita akan meningkat. Ini pastilah akan menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar dalam pelajaran. Selain itu, para pelajar perlulah mengulangkaji pelajaran. Ini akan membantu pelajar terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari . Kesannya, pelajar akan cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Ini kerana aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran. Seterusnya pelajar jaga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas. Elakkan bermain-main semasa guru mengajar kerana ini menyebabkan kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah itu tidak terus berpanjangan. Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah berusaha dengan tekun dan gigih supaya impian mereka tercapai.

Anda mungkin juga menyukai