Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran Mampu Memacu Arus Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR: Persepsi masyarakat yang memandang pencapaian cemerlang dalam akademik memberi jaminan untuk kehidupan yang lebih cerah masih wujud.

Masyarakat negara ini sering dinasihatkan supaya belajar tinggi-tinggi, hingga ke peringkat Master (Ijazah Sarjana), senang dapat kerja dan bergaji besar. Namun, sejauh manakah kebenaran di sebalik kenyataan itu? Adakah bidang akademik satu-satunya pilihan yang ada untuk pelajar mendapatkan pengajian tinggi?. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Datuk Romli Hassan, berkata kelayakan kemahiran dan akademik adalah dua skop yang berbeza pengisiannya. "Entah di mana silapnya, bidang kemahiran masih lagi dipandang enteng sekali gus sebahagian masyarakat membuat kesimpulan, bidang kemahiran hanyalah untuk mereka yang tidak berpelajaran tinggi atau dalam erti kata lain ia untuk golongan 'drop out' (tercicir). "Jika dulu, memang diakui pencapaian cemerlang dalam akademik diagung-agungkan oleh masyarakat. Tetapi berbeza dengan sekarang, bidang kemahiran juga boleh menjadi laluan baru dan suatu pilihan untuk pelajar dan penuntut capai kehidupan masa depan yang lebih baik.

"Selari dengan seruan kerajaan yang mahukan transformasi dibuat, masyarakat juga perlu mengubah persepsi ini. Kemahiran juga memerlukan komitmen dan kerja kuat, ada merit dan ganjarannya," katanya. Institut Latihan Tenaga Kerja Manusia (ILTJM) yang bernaung di bawah JTM, menyediakan hampir 100 peratus kursus pengajian berbentuk kemahiran yang meliputi pelbagai bidang termasuklah kejuruteraan, mekanikal, automotif, foundri, kimpalan arka dan gas, elektrik, mekatronik, seramik, pemesinan dan banyak lagi.

"ILTJM ini membabitkan 22 Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan satu Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). "Kami menawarkan program di peringkat sijil dan sijil lanjutan manakala ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma serta Diploma Lanjutan," katanya.

Bahasa Melayu bukan penghalang kemajuan negara

BESUT: Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan tidak menghalang kemajuan, malah penggunaannya sebagai bahasa ilmu lebih 30 tahun lalu membawa banyak kejayaan kepada negara, kata Penyandang Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), Professor Emeritus Awang Sariyan. Tidak mustahil dengan ilmu yang diperolehi daripada sumber bahasa Melayu, Malaysia satu hari nanti akan mampu mengatasi negara lain termasuk Singapura dalam beberapa hal termasuk ekonomi, katanya menerusi kiriman e-mel hari ini. Beliau mengulas kritikan bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam temu bual di New York Times baru-baru ini, kononnya bahasa Melayu sebagai bahasa sekolah, tidak boleh membantu dalam memperolehi pengetahuan moden. Ia, kata Lee, dapat dilihat pada Melayu di Singapura ''yang moden serta berpandangan jauh'' kerana berpendidikan Inggeris.

Awang berkata, bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain juga tidak pernah diabaikan malah turut dikuasai rakyat Malaysia sebagai nilai tambah kepada penguasaan ilmu mereka. Mengulas lanjut, Awang berkata, Lee sepatutnya membaca ulasan bekas perdana menteri sesudahnya, Goh Chok Tong, yang pernah melahirkan kekesalannya akan keadaan generasi muda Cina Singapura yang menurutnya hanya Cina pada biologinya tetapi sudah kehilangan Cina pada bahasa dan budayanya. Mengenai dakwaan Lee tentang "hegemoni Melayu rakyat Malaysia", Awang dengan ringkas berkata, memaku dulang paku yang serpih". Awang berkata, Lee tidak akan pernah senang dengan Malaysia kerana sejarah hitam hubungan peribadinya dengan pemimpin Malaysia sebelum ini menyebabkan beliau gemar mengeluarkan kenyataan kontroversi. - Bernama sumber :- http://www.bharian.com.myl

Malaysia juara 2 kali World Robot Olympiad

PUTRAJAYA: Malaysia muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut dengan menewaskan 250 pasukan lain dalam pertandingan World Robot Olympiad 2010 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 5 hingga 7 November lalu. Kontinjen Malaysia meraih dua pingat emas, tiga perak dan dua Anugerah Khas Kreativiti seterusnya meletakkan negara di tangga teratas berbanding 22 buah negara lain antaranya Korea Selatan, Jepun, China, Denmark, Jerman dan Hong Kong. Atas kejayaan itu, kontinjen negara yang terdiri daripada 13 pasukan dianggotai 50 pelajar termasuk guru dan mentor itu, diraikan dalam satu majlis oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah.

Dalam pertandingan itu, dua pingat emas diraih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu, Sarawak dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Ling Ayer Hitam, Pulau Pinang. SMK Bintulu turut meraih satu lagi pingat perak bersama Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan SJKC Jalan Davidson manakala dua anugerah khas kreativiti dimenangi SJKC Chi Man, Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim Kuala Lipis, Pahang. Pemilihan pasukan Malaysia untuk ke pertandingan berkenaan adalah berdasarkan kepada dua tempat yang terbaik daripada 2,800 buah sekolah yang menyertai pertandingan di dua peringkat zon dan kebangsaan. Malaysia mula menyertai pertandingan itu pada 2004 dan pertama kali muncul juara keseluruhan tahun lalu.

Anda mungkin juga menyukai