Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, JALAN KOLEJ, KUCHING PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN

JANUARI 2011 LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDU KURSUS BINA INSAN GURU (BIG)

PERKHEMAHAN II & KEMBARA SOSIAL SEMESTER 4 TAHUN 2012


NAMA NO KAD PENGENALAN NO MATRIK NO. TELEFON KUMPULAN TARIKH TEMPAT PENSYARAH MENTOR : YIP JEUNBIAO : 910516-13-5751 : 2011041340138 : 014-3990883 : MT2 : 19 21 JULAI 2012 : SMK TAEE, SERIAN : PN KHOR KWEE TIANG, PN SIA NGUOK MOI

ISI KANDUNGAN

BIL. 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0

PERKARA BIODATA PENGENALAN MATLAMAT AKTIVITI OBJEKTIF AKTIVITI JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI/ TARIKH KANDUNGAN PENILAIAN KENDIRI PENUTUP/ KESIMPULAN LAMPIRAN

MUKA SURAT 3 4 6 6 7 8 11 12 14

1.0 BIODATA

Nama Jantina Bangsa Status Perkahwinan Kumpulan Pengajian Semester Alamat Tetap

: : : : : : :

LU PIK PING PEREMPUAN CINA BUJANG PISMP MT2 AMB JAN 2011 4 1B, LORONG 3, JALAN KWONG ANN, 96000 SIBU, SARAWAK

No Telefon Rumah No Telefon Bimbit Nama Waris Terdekat Perhubungan No Telefon Waris

: : : : :

084-349930 016-576 7136 LU BOON CHIN Bapa- Anak 019-857 7988


3

2.0 PENGENALAN Guru adalah pembina generasi Malaysia, pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan berkemahiran rakyat serta yang memiliki berilmu, kekuatan

spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat ini, guru- guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan kemahiran bersosial, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Justeru program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini merupakan satu sukatan wajib bagi semua guruguru pelatih kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui pengalaman yang diperolehi diharap pelatih dapat menuju ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang berterusan. Program Bina Insan Guru (BIG) ini mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005 bagi melahirkan modal insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran
4

serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan program ini, guru- guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai jenis bidang tetapi juga perlu mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya dalam pengajaran mereka. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Tun Dato Seri Abdullah Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan pembangunan ilmu

pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai jenis aktiviti sebagai intinya misalnya perkhemahan dan khidmat masyarakat. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dalam semua aspek. Secara implisitnya, Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan wahana yang berkesan untuk menjadikan wargapendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada bangsa dan negara.
5

3.0

MATLAMAT AKTIVITI Program BIG ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada

pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai- nilai keguruan. Program ini diharapkan dapat menerapkan semangat kekitaan di kalangan guru- guru pelatih di samping membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti setempat. Malah, program ini secara tidak langsung akan mendedahkan pelajar kepada pelbagai jenis persekitaran masyarakat atau komuniti dan dapat memupuk kesediaan berbakti secara sukarela kepada masyarakat atau komuniti. 4.0 OBJEKTIF AKTIVITI Melalui program BIG ini, para guru pelatih dapat mencapai objektif berikut: Menerapkan semangat kekitaan di kalangan guru- guru pelatih. Membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti setempat. Mendedahkan pelajar kepada pelbagai jenis persekitaran masyarakat atau komuniti. Memberi kesedaran supaya pelajar lebih peka kepada reality persekitaran, budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti. Meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat. Memupuk kesediaan berbakti secara sukarela kepada masyarakat
6

5.0 JADUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI/ TARIKH

6.0 KANDUNGAN Dalam program anak angkat, 4 orang ditempatkan di bawah jagaan sebuah keluarga angkat. Saya bersama-sama saudara Tuo Tai Ngie, Wong Ping Wen dan Phua Kheng Chuan adalah anak angkat kepada Mak Cik Hilda. Mak Cik Hilda berbangsa Bidayuh dan hobinya ialah menonton televisyen. Beliau ialah peladang dan berdiam di Kampung Bantang berlokasi di tengah sempadan antara Bandar Kuching dengan Serian. Mak Cik Hilda merupakan seorang yang mesra. Beliau melayan kehadiran kami dengan sudi dan gembira. Beliau berumur 43 tahun dan mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Beliau merupakan ibu tunggal di mana beliau bercerai dengan suaminya semasa berumur 20 tahun. Kini, 2 orang anak lelaki nya berumur 23 tahun dan 20 tahun dan telah pun bekerja di Sibu sebagai tukang dawai eletrik. Anak perempuannya yang berumur 19 tahun telah berkahwin dengan seorang seorang peniaga jejaka berbangsa Hindu yang berumur 25 tahun. Rumah beliau diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyang dan mula berdiam di situ sejak lahir. Beliau selalu mengingatkan kami perlu ikut adat resam apabila sampai di sesuatu tempat yang asing. Akhir sekali, beliau amat berharap kami dapat pulang untuk melawatnya pada masa cuti ataupun hari perayaan supaya beliau dapat membawa kami mengenali lebih mendalam lagi tentang adat resam kampung mereka.

7.0 PENILAIAN KENDIRI Pada 19 Julai 2012 hingga 21 Julai 2012 iaitu hari Khamis hingga hari Sabtu, saya telah menjalani Perkhemahan Program Bina Guru (BIG) iaitu Program Anak Angkat Siri 2 untuk semester keempat ini. Tempoh program ini ialah 3 hari 2 malam. Destinasi program kali ini ialah sekolah SMK Taee, Serian. Rombongan Program BIG kali ini terdiri daripada 60 orang merangkumi 12 orang guru pelatih lelaki dan 48 orang guru pelatih perempuan yang melibatkan 3 kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011 iaitu BC2, BC3 dan MT2. Jumlah keluarga anak angkat adalah 15 buah dan rombongan ini dibahagikan kepada 4 orang kepada setiap buah keluarga angkat. Selain daripada itu, tujuan progam kali ini ialah menyumbang tenaga kami untuk membuat simenfero bagi pihak sekolah SMK Taee. Matlamat kami adalah 6 set simenfero yang merangkumi 1 meja dan 4 kerusi. Kami dibahagikan kepada 10 orang setiap kumpulan yang bertanggungjawab menghasilkan 1 set simenfero. Kami berkumpul di hadapan TAZA pada pukul 7:00 pagi untuk mengangkat makanan dan barang-barang yang diperlukan semasa kami berada di SMK Taee. En. Michael Tarang memberi taklimat ringkas pelaksanaan aktiviti sepanjang tempoh semasa program ini bermula. Tepat pada pukul 8:00 pagi, kami pun mula bertolak ke destinasi. Setiba di destinasi, kami disambut mesra oleh pihak sekolah. Pada masa tersebut, pihak sekolah telah mengadakan upacara majlis penutupan Gawai. Kami juga disajikan dengan makanan dan persembahan masyarakat Iban dan Bidayuh yang menarik. Kami berasa cukup bernasib baik kerana berpeluang membuka mata terhadap tradisi masyarakat tempatan. Sebagai
9

balasan bagi pihak IPG, beberapa guru pelatih telah mempersembahkan nyanyian di atas pentas bersama-sama. Selepas itu, kami bertolak ke tapak pembinaan simenfero yang telah disediakan. Kami mengangkut semua bahan dan alat yang diperlukan ke tapak dengan segera. Sebelum kami memulakan kerja, Encik Michael menunjukkan prosedur dan cara yang betul membuat simenfero. Tanpa melengahkan masa, kami pun mula bekerja. Dalam kumpulan saya, kerja dibahagikan dan setiap orang mempunyai tanggungjawabnya. Pada waktu petang hingga lewat malam, kami membuat kerja seperti membuat pencampuran bahan mentah iaitu simen, pasir dan air, membina rangka model kerusi dan meja dan pelapisan simen pada rangka model. Setelah itu, kami bertolak balik ke rumah keluarga angkat kami di Kampung Taee. Ibu angkat kami amat gembira dan mengalu-alukan kedatangan kami tinggal di rumahnya. Kami disajikan makan malam untuk mengisi perut selepas berpenat lelah bekerja di sekolah. Selepas itu, kami duduk di ruang tamu berkenalan dan berbual-bual dengan ahli keluarganya. Kami mengambil kesempatan untuk menemu bual tentang latar belakang keluarga angkat untuk lebih mengenali keluarga mereka sementara juga untuk membuat laporan program. Pada keesokan hari pukul 7.00 pagi, kami berkumpul semula di pondok yang terletak di pintu masuk untuk menunggu bas balik ke sekolah untuk meneruskan kerja simenfero. Kami membuat lapisan kedua untuk model kerusi dan meja. Kami mengukir ukiran batang pokok pada model tersebut menunggu sambil lapisan simen ini kering. Pada sebelah petang, kami mula mengecat warna hitam dan merah pada model-model yang sudah

10

kering simennya. Dengan daya kreativiti dan idea ahli kumpulan kami, modelmodel simenfero kami kelihatan cantik dan menarik dengan seni yang unik. Kami balik ke rumah keluarga angkat pada pukul 6:00 petang. Kami meminta anak lelakinya membawa kami melawat ke sebuah gua untuk melihat kelawar. Perjalanan ini mengambil masa selama setengah jam untuk sampai di pintu gua. Saya berasa gembira dan teruja kerana ini merupakan kali pertama saya. Kami hanya singgah sebentar sahaja kerana hari sudah gelap. Apabila kami balik ke rumah angkat, saudara mara mak angkat saya datang melawat untuk berkenalan dengan kami. Kami duduk di tengah ruang tamu dan berbual-bual dengan mereka. Pada hari yang seterusnya, kami melakukan kerja pembersihan di tapak pembuatan simenfero. Kami bekerjasama dan berganding bahu membersihkan peralatan, menyapu lantai dan meletak balik peralatan sekolah ke tempat yang asal. Selain itu, kami memberi lapisan syelek pada hasil simenfero supaya kelihatan kilat dan menarik. Pada sesi terakhir, upacara majlis penutupan dan penyerahan simenfero kepada pihak sekolah diadakan. Sebagai tanda kenangan dan terima kasih, kami menyediakan cederahati kepada pihak sekolah. Selepas majis penyerahan tamat, kami berangkat pulang ke institut dengan badan yang penat tetapi hati yang memuaskan. Melalui program BIG kali ini, saya menyedari bahawa hubungan kami dengan masyarakat adalah sangat penting. Apabila saya menjadi seorang guru nanti dan akan mengajar di tempat yang tidak tentu, oleh itu saya perlu sentiasa bersedia untuk mengadaptasi diri untuk menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat tempatan. Saya faham bahawa sebagai seorang guru harus tabah dan berdikari apabila menghadapi apa-apa cabaran.

11

8.0 PENUTUP/ KESIMPULAN Program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada para guru pelatih dengan menunjukkan kepatuhan dan memahami serta menghayati nilai etika keguruan. Selain itu, diharap para guru pelatih dapat membina pemikiran yang positif semasa menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan budaya setempat. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak dan dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada guru- guru pelatih tentang peranan dan tanggungjawab mereka masing- masing. Sementelahan itu, program tersebut mengandungi pelbagai jenis aktiviti sebagai intinya

contohnya khidmat komuniti yang dapat membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek. Seseorang guru seharusnya sentiasa bersedia untuk berbakti kepada masyarakat tanpa mengharapkan balasan. Akhir kata, kami berharap semua pihak dapat bekerjasama untuk menjayakan program ini kerana Bersatu teguh, bercerai roboh. Kesimpulannya, program BIG- Program Anak Angkat ini sudah pasti dapat membawa pelbagai faedah dalam pembentukan insan guru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi dan dapat menyesuaikan diri dalam apa- apa jua keadaaan. Program ini yang melibatkan masyarakat kampung sebagai keluarga angkat guru- guru pelatih secara tidak langsung akan melatih dan memberi kesedaran kepada para guru pelatih bahawa mereka perlu menerima profesion guru sebagai satu cabaran apabila berdepan dengan komuniti yang baru dan harus mahir menyesuaikan diri dalam komuniti dan masyarakat yang baru. Akhir kata, kami berharap semua pihak dapat bekerjasama untuk menjayakan program ini kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
12

9.0 LAMPIRAN

SMK Taee, Serian

Semasa taklimat dijalankan

Disambut dengan meriah dan minum arak

Ahli kumpulan kami menjalankan tugas

Membuat campuran simen


13

Hasil kerja pada hari pertama

Moden kerja dan meja yang dicatkan

Hasil terakhir kami

Keluarga angkat

Mengambil gambar dengan pensyarah-pensyarah bersama dengan hasil kerja kami

14

Anda mungkin juga menyukai