Anda di halaman 1dari 15

1.

Pendahuluan Terdapat ramai ahli falsafah yang membincangkan dan membentang idea-idea yang bernas

berkenaan dengan Falsafah Pendidikan di serata dunia. Nama-nama mereka yang selalu meniti di bibir-bibir para ilmuwan dan ilmiah yang mengkaji dan menyelidiki tentang kehebatan dan keazaman para ahli falsafah ini untuk mencari dan membuktikan kesungguhan mereka dalam menjayakan misi dan visi mereka dalam mewujudkan system pendidikan yang berkesan pada zaman masing-masing. Socrates, Confucius, Plato, Al-Farabi, Vivekananda, Paolo Freire dan John Locke ialah nama-nama besar di dalam bidang pendidikan dan falsafah mereka dirungkai dan diguna pakai dari zaman ke zaman sehingga ke hari ini. Di dalam tugasan ini, kita akan membincangkan dua dari tokoh-tokoh falsafah ini dan membanding bezakan hujah-hujah mereka tentang Matlamat Pendidikan, Kurikulum dan juga tentang peranan Guru dan Kaedah Mengajar.

2.0

Matlamat Pendidkan Matlamat pendidikan Plato berteraskan konsep Negara Ideal. Plato bermatlamatkan konsep

Negara Ideal yang berteraskan keadilan dan cara mengekalkannya.. Dalam matlamat pendidikannya, Plato telah membahagikan rakyat kepada tiga kumpulan iaitu golongan hamba, golongan tukang kayu dan golongan Penjaga (Guardian). Golongan Penjaga adalah kumpulan rakyat yang mempunyai tanggungjawab untuk mentadbir dan mengetuai Negara pada masa akan datang. Manakala, bagi Al-Farabi, matlamat utama pendidikannya ialah melahirkan manusia atau individu yang sempurna. Menurut Al-Farabi, manusia yang sempurna (al insan al kamil) ialah manusia yang dapat menguasai budi mulia teoretikal dan budi mulia praktikal. budi mulia harus menjadi sebati dengan gaya hidup seseorang dan dia mesti sanggup bertindak. Budi mulia hendaklah diingini oleh semua dan tidak dianggap sebagai sesuatu yang membebankan.(Al-Farabi, Fusil mabadi ahl al-madina al-fadila in Kitab al-Milla, edited by Muhsin Mahdi, Beirut, Imprimerie catholique, 1968, p.24) Pada firasat Plato, kepuasan individu adalah tidak penting melainkan sumbangan yang boleh ditawarkan kepada negara dalam mengekalkan konsep Negara Ideal, The aim of education is not personal growth but service of the State (Charles Hummel,1999)

Matlamat ini berbeza dengan matlamat pendidikan Al-Farabi kerana matlamat pendidikan AlFarabi adalah berteraskan ilmu Al-Quran dan Pendidikan Islam. Matlamatnya berkisar tentang penguasaan nilai, pengetahuan, dan kemahiran dalam mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan dalam diri individu tersebut, the cultivation of the intellect should be the highest aim of education (Miriam Galston, the political philosophy of Alfarabi, 1990) Matlamat pendidikan Plato juga menggariskan matlamat pendidkannya untuk mengekalkan status quo. Bagi Al-Farabi pula, matlamat pendidikannya boleh tercapai dengan pembentukan suatu komuniti ideal dimana orang tolong-menolong dan bekerjasama ke arah pencapaian kebahagiaan. all work together in order to attain happiness(Al-Farabi, Mabadi ahl al-madina al-fadila Edited by Albert Nusri Nadir, Beirut Imprimerie catholique, 1959, p. 97) Matlamat pendidikan Al-Farabi juga menyentuh tentang matlamat mendidik pemimpin yang sempurna untuk mengurus masyarakat menjadi komuniti ideal. Menurut Al-Farabi, individu bukan mempelajari warisan kebudayaan negara tetapi menguasai ilmu yang membawa kepada kematangan perasaan, pertimbangan, pengadilan, tindakan dan memperkembangkan pemikiran kritis. (Al-Farabi, Mabadi ahl al-madina al-fadila Edited by Albert Nusri Nadir, Beirut Imprimerie catholique, 1959, p. 97) Falsafah ini bertentangan dengan pendapat Plato di mana Plato mewajibkan kanak-kanak yang belajar supaya mempelajari ilmu-ilmu warisan kebudayaan yang ada. Dan apabila mereka mentadbir negara, mereka harus mencuba untuk mengekalkan corak pentadbiran yang ada sedaya mungkin. Bagi Plato, perubahan hanya membawa bencana. in an ideal State, change can bring about only decadence and corruptions (Laws, 797d) Berdasarkan konsep keagamaan, Al-Farabi telah menyangkal dakwaan Plato terhadap kriteria Negara Ideal. Al-Farabi mendakwa Negara Ideal ialah negara yang diperintah oleh seorang NabiImam. Bagi Al-Farabi, Negara Ideal ialah Madinah yang diperintah oleh Nabi Muhammad.

Al-Farabi incorporoted the Platonic view, drawing a parrallel from within the Islamic context, in that he regarded the ideal state to be ruled by the prophet-imam, instead of the philosopher-king envisaged by Plato. Al-Farabi argued that the ideal state was the city of Medina when it was governed by the prophet Muhammad as its head of state, as he was in direct communion with Allah whose law was revealed to him.(Al-Farabi, Al-Madina alFadila) 3.0 Kurikulum Plato ialah seorang ahli falsafah yang menubuhkan The Academy dan menjadi ketua di sana selama lebih 40 tsahun. Matlamatnya lebih menjurus kepada menyiapkan individu dari kumpulan Penjaga untuk menjadi seorang yang boleh memberi sumbangan kepada Negara. Maka, terhasillah Kurikulum seperti yang tercatit di dalam (The Republic, books ii-v and vii) dan (The Laws, book i, ii & vii). Plato menyediakan kurikulum berteraskan konsep lifelong learning atau pembelajaran berterusan. Menurut pandangan Plato, sistem pelajaran diketuai oleh Supervisor of Education atau Penyelia Pelajaran di mana beliau ialah seorang lelaki yang berumur lebih 50 tahun, berkeluarga yang sah dan mempunyai anak lelaki dan perempuan. a man of not less than 50 years, and the father of a legitimate family, preferably of both sexes (Laws 765d-e) Di bawahnya, terdapat beberapa orang Penyelia seperti Penyelia Gimnasium dan Penyelia Sekolah yang menjaga kehadiran dan pengadil pertandingan sukan dan muzik. He will have working under him superintendentds of gymnasiums and schools in charge of their seemly maintenance as well as of the education given and the supervision of attendences and accomodation for children of both sexes, together with judges of performers contending in both musical and athletic competitions (Laws, 764c-d) Plato mengambil berat soal pendidikan kanak-kanak sejak dari awal lagi. Latihan jasmani bermula ketika dari dalam kandungan. Perempuan yang mengandung disarankan untuk berjalan dan bergerak sebanyak mungkin sebagai persediaan kepada bayi yang sihat. Menurut Plato, setiap gegaran, pergerakan dan [berkomunikasi] dan tidak bercakap perkara yang bukan-bukan kepada bayi yang belum dilahirkan.

every sort of shaking and stirring [communicates] health and beauty, to say nothing of roboustness to the unborn infant (Laws, 789d) Untuk peringkat Pra-sekolah, Plato menitik beratkan soal disiplin di mana ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak harus mendisiplinkan kanak-kanak menjadi seorang yang patuh pada disiplin dan undang-undang. Menurut Plato, kanak-kanak yang terlalu dimanja boleh menjadikan mereka cepat marah, takut dan mudah kecewa dengan perkara kecil. Sebaliknya, disiplin yang terlalu ketat boleh menjadikan mereka tidak bermaya, sedih lembap dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian kelak. while spoiling of children makes their temper fretful, peevish and easily upset by mere trifles, the contrary treatment, the severe and the unqualified tyranny which makes its victims spiritless, servile, and sullen, renders them unfit for intercourse of domestics and civic life (Laws, 791c) Pendedahan budaya adalah langkah yang penting selepas mendisiplinkan kanak-kanak. Plato meletakkan tanggungjawab ini kepada ibu bapa dan penjaga untuk menyampaikan cerita-cerita bertujuan untuk pembinaan karekter dan minda. Selain dari itu, sukan juga merupakan elemen penting untuk pembentukan manusia yang sihat dan cerdas. Menurut Plato, kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun perlu bermain bersama kanak-kanak yang lain di bawah pengawasan seorang perempuan yang ditugaskan untuk tugasan tersebut. Menurut Plato di dalam buku Laws 643b, kanak-kanak yang handal dalam sesuatu perkara seperti orang lelakki dewasa mesti berlatih sejak dari zaman kanak-kanak lagi. he who is to be good at anything as a man must practice that thing from early childhood (Laws, 643b) Pada umur enam hingga 10 tahun, kanak-kanak mula dihantar ke sekolah untuk mempelajari ilmu membaca, menulis dan mengira. Dan pada umur 10 tahun hingga 13 tahun, kakan-kanak diajar bermain gambus atau juga dikenali sebagai lyre. Menurut Plato, tiada ibu bapa atau pelajar yang perlu diberi keizinan untuk memanjang atau memendekkan jangka masa ini samada suka atau tidak suka terhadap subjek-subjek yang diajar.

no boy, no parents shall be permitted to extend or curtail this period from fondness or distaste for the subjects(Laws, 809e-810a) Selama lapan tahun kanak-kanak tersebut diajar menulis, membaca, mengira,dan bermain gambus. Selepas itu, kanak-kanak tersebut diajar bersukan termasuk menunggang kuda dan latihan bersenjata. Kesemuanya perlu diseimbangkan dengan budaya dan gimnastik pada tahap se sempurna yang mungkin. the balance between culture and gymnastics should be maintained as perfectly as possible.(Republic, 411 c et seq.) Seterusnya, pada umur 18 hingga 21 tahun, kanak-kanak yang sudah melalui pelbagai pertandingan dan peperiksaan, remaja lelaki dan perempuan perlu menghadirkan diri untuk latihan fizikal dan latihan ketenteraan yang ekslusif selama dua atau tiga tahun. Selepas latihan ini berakhir, pelajar yang layak berdasarkan ujian, pertandingan dan peperiksaan pada zaman persekolahan dan di kem ketenteraan akan layak masuk ke pusat pengajian tinggi pada umur 21 tahun. Pada tahap ini, mereka akan diperkenalkan dengan ilmu-ilmu falsafah asas dan pentadbiran Negara. Plato sangat mengambil berat akan hal pendidikan dan kemudiannya mewajibkan pendidikan ke atas semua individu sehingga ke umur 20 tahun. Menurut Plato, all this study must be presented not in the form of compulsory instruction because a free soul ought not to pursue any study slavishly (Republic, 536d-e). Plato mencadangkan pengajian tinggi ini dilakukan selama lebih 10 tahun. Pelajar perlu menggunakan ilmu yang mereka dapat ketika di zaman persekolahan dan di dalam kem ketenteraan. Bagi Plato, ini akan membantu mereka memahami dan mengaplikasi apa yang mereka belajar selama ini. Plato berkata, for he who can view things in their connection as a dialectician (Republic,537c) Perhatian khusus diberikan kepada empat tunggak utama dalam memahami falsafah iaitu matematik, geometri, astronomi dan harmoni. Matematik dan geometri dipercayai membebaskan minda dari berjaga, membiasakan diri dengan dunia akal yang suci dan menukarkan jiwa kepada ketinggian duina idea. Menurut Plato dalam Republicnya,

geometry is the knowledge of the eternal existent (Republic, 527b) it is through geometry that one learns how to manipulate concepts (Republic, 510-511) Seterusnya, pada umur lebih 30 tahun, pelajar mula mempelajari ilmu Falsafah atau Dialektik. Selepas lima tahun mempelajari Falsafah atau Dialetik, mereka dikerah untuk kembali ke bahagian ketenteraan atau jawatan awam untuk berkhidmat selama 15 tahun. Mereka akan terus diuji dengan latihan dan ujian. Dan pada umur 50 tahun, sesiapa yang telah disahkan sebagai penjawat awam atau disahkan dalam bidang ketenteraan akan diberi peluang untuk mentadbir Negara sehingga bersara. Seperti kata Plato di dalam bukunya, At the age of 50 those who have approved themselves altogether the best in every task and form of knowledge and when they have thus beheld the good itself they shall use it as a pattern for the right ordering of the State (Republic, 540a) Apabila mereka bersara, mereka bebas untuk menikmati ganjaran mutlak dalam menghayati Falsafah dimana ini akan menjadi ganjaran yang tidak ternilai. Ini adalah kurikulum yang dicadangkan oleh Plato pada zamannya. Seterusnya, kita akan melihat hujah-hujah Kurikulum yang dibentangkan oleh ilmuwan Islam yang tersohor, Al-Farabi. Dalam kurikulumnya, Al-Farabi menekankan keutamaan pembelajaran Al-Quran dan Pengajian islam yang lain seperti fiqh(undang-undang), qanun(undang-undang Islam), dan kalam(teologi). Dalam mempelajari ketiga-tiga ilmu yang dianggap penting, Al-Farabi turut menyuarakan ilmuilmu keduniaan yang juga dikatakan penting dalam memahami hukum alam dan dalam mengesakan Allah. Diantara subjek-subjek yang diberi perhatian oleh Al-Farabi termasuklah Bahasa, Logik, Matematik, Sains dan Muzik. Penguasaan bahasa amat penting. Al-Farabi menggalakkan para pelajar untuk menguasai bahasabahasa yang lain agar ilmu-ilmu yang terdapat dalam bahasa yang berbeza dapat dikaitkan. AlFarabi sendiri telah menguasai beberapa bahasa lain yang membolehkannya untuk membanding bezakan budaya dan bahasa. Menurut Al-Farabi, kemahiran tatabahasa memudahkan pelajar untuk mengekspresi diri. Tanpa kebolehan berbahasa, seseorang tidak akan dapat belajar dan berkembang dengan baik.

the sequence of learning must begin with the language and its structure i.e. its grammar, so that the students can express himself as do the people who speak that language, without this ability, he will not be able to understand others nor they him, and he will not develop properly. Mastery of the common language, the foundation for all other kinds of knowledge, is therefore indispensable.(Al-Farabi) Selanjutnya, Al-Farabi memberi penekanan kepada ilmu Logik. Kita sendiri tahu yang Al-Farabi begitu minat dan mahir tentang ilmu Logik kerana dia banyak menghabiskan masanya menelaah buku-buku hasil tulisan Aristotle yang bekisar tentang ilmu Logik. Menurut Al-Farabi, ilmu Logik dapat membantu pelajar mendalami ilmu Sains dan Matematik untuk refleksi yang waras dan teratur. Menurutnya, Matematik adalah tahap tertinggi dalam hirarki sains teoretikal. Sesiapa yang ingin mempelajari seni teoretikal mula dengan mempelajari nombor dan diikuti dengan pengukuran dan kemudian optiks. (Al-Farabi) Al-Farabi turut menyediakan pembahagian Matematik kepada tujuh bahagian iaitu: 1.Nombor 2.Geometri 3.Sains Perspektif 4.Astronomi 5.Muzik 6.Dinamiks 7.Mekaniks Menurut Al-Farabi, pengajaran Matematik perlu dimulakan dengan pengajaran Nombor kerana Nombor adalah tepat, jelas dan tidak mengelirukan pelajar serta melatih intelek pelajar. Selain dari itu, Matematik perlu diajar secara berperingkat-peringkat bermula dengan yang konkrit dan boleh diukur kepada yang lebih abstrak. Bermula dengan pengiraan, diikuti dengan geometri yang hendak diajar supaya tidak wujud ketidaktentuan. Kemudian pelajar diajar Sains Perspektif, Astronomi, Muzik, Dinamiks dan akhir sekali Mekaniks. Barulah pelajar boleh didedahkan kepada Sains Semulajadi yang berkaitan dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Seterusnya, Al-Farabi menekankan Sains sebagai satu subjek yang penting. Al-Farabi mengklasifikasikan Sains dengan tujuan pendidikan. Menurut Al-Farabi, pendidikan Sains adalah tidak bermakna dan tidak berguna jika pelajar tidak dibenarkan untuk

mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Sains hanya berguna jika ia dapat dikaitkan dengan dunia sebenar dan pelajar mesti diberi peluang mengaplikasikannya. Tujuan pengajaran Sains juga telah ditakrifkan oleh Al-Farabi untuk mencapai beberapa objektif. Objektif pertama sebagai panduan asas dalam pemilihan subjek. Yang kedua, sebagai panduan untuk memahami hirarki Sains. Yang ketiga, membantu memastikan tahap sepatutnya pembelajaran sesuatu ilmu Sains itu dan akhirnya untuk membantu pelajar menguasai subjeksubjek yang perlu dipelajari sebelum mereka mendakwa telah menguasai bahagian-bahgian Sains yang tertentu. First, the classification was intended as a general guide for students in the choice of subjects that would be beneficial to them. Second, the classification enabled students to understand the hierarchy of Sciences. Third, its various divisions and subdividsions were helpful in determining the extent to which specialization may be legitimately pursued. Finally, the classification informed students of the subjects they must master before they can claim mastery in a particular field. (Osman Bakar, Classification of Knowledge in Islam, 1992) Al-Farabi tidak mengasing-asingkan ilmu Sains ini dengan Sains Islam seperti tafsir, Hadith, shariah, atau tawhid. Ilmu Sains Islam sentiasa menjadi dominasi kepada ilmu-ilmu Sains yang lain. Pada akhirnya, Al-Farabi dan para ilmuwan Islam yang lain telah memperkenalkan dimensi baru pengetahuan dan mengintegrasikan ilmu Sains ini dengan Sains Islam dengan skema bersepadu. What Al-Farabi and later philosophers did was to introduce new dimensions of knowledge and integrate these with religious sciences within a unified scheme. (Rosnani Hashim, 2011)

4.0

Peranan Guru dan Kaedah Mengajar Seterusnya, kita akan meneliti dan menganalisis perbezaan dan perbandingan antara

Peranan Guru dan Kaedah Mengajar mengikut apa yang dicadangkan oleh Plato dan apa yang dituliskan oleh Al-Farabi. Mulanya, kita akan meneliti apa yang dicadangkan oleh Plato. Seperti yang diketahui ramai, Plato dipengaruhi oleh corak pendidikan gurunya, Socrates. Plato meneruskan usaha dan cara gurunya mengajar dengan kaedah question and dilaogue atau persoalan dan perbincangan. Plato percaya dengan kata-kata yang diucapkan oleh Socrates, Pindahan ilmu daripada guru kepada pelajar seperti pindahan air dari cawan yang penuh ke cawan yang kosong.- Socrates. Menurut Plato, peranan guru sememangnya penting dan Plato mengambil berat tentang tanggungjawab seorang guru. Bagi Plato, seorang guru patut tahu dan fahaman tentang apa yang diajar. Peranan ini bersamaan dengan peranan guru yang diutarakan oleh Al-Farabi. Guru mesti menunjukkan kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak diajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar yang berkesan yang memudahkan pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan mereka.(Al-Farabi) Untuk itu, pada zamannya, Plato memanggil ahli-ahli Falsafah yang terkenal pada zamannya seperti Euxoda, pakar matematik, astronomi, geografi dan fizik untuk mengajar di The Academy-nya, Plato, himself a seasoned mathematician, invited other scholars accomplished in this discipline to teach at the academy. These included Euxodas who was a mathematician , astronomer, geogarpher and physician. (Charles Hummel, 1999) Menurut Plato lagi, guru dan pelajar mestilah tinggal di dalam satu komuniti. Tujuannya adalah untuk memudahkan pelajar dan guru untuk menghadiri sesi-sesi perbincangn dan persoalan. Juga, untuk mewujudkan semangat intelektual dan suasana pembelajaran yang diingini. Teachers and pupils lived there in a community atmosphere that was enhanced by a dialectical method of teaching, in which doctrinal presentations are followed by discussion. (Charles Hummel, 1999)

Selain dari itu, peranan guru juga adalah untuk membebaskan masyarakat daripada kejahilan dan membawa individu ke jalan kebenaran. Contoh yang terbaik ialah Analogi Gua. Analogi Gua merujuk kepada penceritaan Plato terhadap apa yang terjadi kepada Socrates. Analogi ini menunjukkan kejahilan masyarakat yang membunuh seorang yang berfikir di luar gua. Plato juga menyatakan yang tugas atau peranan seorang guru ialah mendidik seseorang menjadi orang yang terpelajar bukannya sifat semulajadi seseorang itu. Selain itu, Plato juga meletakkan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar di atas bahu seorang guru. Namun begitu, Plato menyuarakan pendapatnya dalam mendisiplinkan pelajar, Guru hendaklah berhati-hati dalam mendisiplinkan pelajar kerana kekerasan keterlaluan boleh menyebabkan murid tidak bermaya, lemah semangat, putus asa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat (terjemahan Laws, 791c) Pendapat ini sama dengan pendapat yang diutarakan oleh ilmuwan Islam, Al-Farabi yang mengatakan, Guru hendaklah mengelak dari memberikan hukuman yang terlalu keras kerana ini akan membuat pelajar benci kepada guru. Sebaliknya jika terlalu lembut,kemungkinan pelajar tidak memberi perhatian dan menjadi malas(Al-Farabi) Guru juga tidak boleh mendiskriminasi di antara pelajar lelaki dan perempuan. Jika perlu, pelajar perempuan perlu diarahkan untuk menyertai tentera untuk berperang, In the Platonic state girls, like boys, do their gymnastics in the nude adn are expected to go to the war clad in the same armour as the men.(Charles Hummel, 1999) Plato mencadangkan bahawa cerita dan puisi yang bakal digunakan oleh seorang guru supaya di tapis terlebih dahulu supaya tidak merosakkan minda pelajar. Akhir sekali, Plato menggalakkan para guru untuk memberi galakan kepada para pelajar untuk mempelajari ilmu Muzik dan Pendidikan Jasmani yang dapat memperkasakan minda dan badan mereka. Plato telah mewajibkan subjek ini di dalam Kurikulumnya, Together with this literary and musical education, students of the Platonic state engage in all sorts of sports, including horse-riding and weapons training. The balance between

culture and gymnastics should be maintained as perfectly as possible.(Republic, 411 c et seq.) Menurut Al-Farabi pula, seorang guru itu perlulah seorang yang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta, terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada), ingin mencari kebenaran, sukarela dan tidak dipaksa kecuali dalam keadaan yang mendesak. Peranan guru yang diutarakan oleh Al-Farabi telah kita bincangkan pada sesi di atas yang sama dengan hujah Plato terhadap peranan guru. Al-Farabi telah mengetengahkan beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh para guru untuk mencapai tahap pembelajaran yang optimu. Al-Farabi memperkenalkan Kaedah Demonstrasi dan Kaedah Memujuk. Kaedah Demonstrasi- Guru bercakap dan sesuai untuk pengetahuan khusus. Pelajar digalakkan berdebat dan memberi pendapat. Kaedah Memujuk- Guru bercakap dengan memberi contoh, metafora dan iluistrasi. Pelajar digalakkan menggunakn sensori sentuhan,visual dan pendengaran untuk mempelajari sesuatu. (Al-Farabi, Falsafat Aristutalis, edited by Muhsin Mahda, Beirut, Dar majallat al-chir, 1961) Al-Farabi turut menyatakan perbezaan antra Hafalan dan Kefahaman. Hafalan ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan berkali-kali sehingga dia hafal seperti mempelajari bahasa, menghafal Al-Quran dan lagu serta puisi. Sebaliknya, Kefahaman pula apabila pelajar memahami maksud dan dapat menginterpretasi sesuatu bahan tulisan. (Al-Farabi, Al-Burhan). Menurut Al-Farabi, Kefahaman adalah lebih baik dari konsep hafalan kerana pelajar memahami konsep, prinsip dan teori yang dikuasai dan dapat mengaitkan maklumat baru yang dipelajari dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari. (Al-Farabi, Ajwibat masa il su ila anha)

Oleh yang demikian, Al-Farabi menekankan betapa pentingnya guru menerangkan konsep dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Al-Farabi ialah: 1.Guru bermula dengan mencari perkataan yang sama maksud dengan konsep yang hendak diterangkan. 2.Memberi definisi konsep yang berkenaan. 3.Penerangan tentang bahagian-bahagian konsep yang berkenaan. 4.Penerangan ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum konsep berkenaan. 5.Menggunakan metafora, analogi, ilustrasi dan contoh untuk menjelaskan konsep berkenaan. Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan dalam pengajaran. Permainan pendidikan bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan pembelajaran aktif ddi kalangan pelajar. Selain dari itu. Al-Farabi juga menekankan kepentingan menilai hasil pembelajaran. Tujuan peperiksaan ialah untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu. Menurutnya, untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep dan prinsip, bahan-bahan seperti kompas, sempoa, pembaris, dan skala hendaklah disediakan untuk kegunaan pelajar.

5.0

Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, kita akan merumuskan perbandingan antara sumbangan-

sumbangan kedua ahli falsafah yang hebat ini, Plato dan Al-Farabi. Hujah-hujah mereka berkaitan dengan Matlamat Pendidikan, Kurikulum dan Peranan guru dan Kaedah Mengajar yang dicadangkan dan dibentangkan pada zaman mereka. Matlamat utama Plato ialah menyediakan rakyat Greek tentang kefahaman Negara Ideal dan cara mengekalkannya. Dengan menggunakan medium pendidikan, Plato telah mengajar penduduk Greek untuk mewarisi corak pentadbiran yang dilakukan saban abad demi mengekalkan Greek sebagai Negara Ideal. Golongan Penjaga atau The Guardian diberi tanggungjawab untuk belajar semenjak dari dalam kandungan untuk mendapatkan kuasa memerintah Greek pada suatu hari nanti. Namun begitu, matlamat pendidikan Al-Farabi talah membuka lembaran baru dunia pendidikan. Matlamatnya yang menyeru pelajar atau individu

untuk mencapai kesempurnaan kendiri memastikan falsafahnya lebih digemari dan lebih diguna pakai sehingga ke hari ini. Al-Farabi mencadangkan pembelajaran berasaskan ilmu keagamaan iaitu ilmu yang datang dari Allah melalui Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad. Selain dari itu, huraiannya tentang matlamat utama pendidikan ternyata lebih menepati keperluan semua indivdu. Berkat hasil kajian dan penyelidikannya, Al-Farabi telah mengubah haluan pendidikan untuk mencapai sesuatu yang lebih dari sekadar mewarisi budaya dan formaliti masyarakat. Seterusnya, Kurikulum yang dicadangkan oleh Plato ialah satu perancangan dan susun atur yang paling terperinci. Menggesa rakyat untuk menghasilkan bayi yang sihat, cantik dan kuat adalah permulaan bagi individu yang mantap. Seterusnya, corak pembelajaran yang tenang dan tidak mengelirukan kanak-kanak seperti mendengar cerita dan pengenalan kepada asas budaya Negara Ideal dapat membantu kanak-kanak mengetahui dan memahami akan tindakan yang bakal dilakukan untuk mencapai masa depan yang gemilang untuk negara mereka. Dengan pembelajaran di sekolah, latihan ketenteraan, pengajian tinggi untuk yang layak dan ilmu falsafah yang ada dapat membantu para pelajar memenuhi kriteria individu untuk menyumbang kepada negara. Secara tidak langsung, mereka dapat mengaplikasi ilmu-ilmu yang dipelajari sejak mereka di bangku sekolah sehingga ke peringkat pengajian falsafah. Selepas mereka bersara, mereka akan dapat menikmati dan meluaskan pengetahuan mereka terhadap ilmu falsafah yang menjadi ganjaran mutlak. Sesungguhnya, Kurikulum yang dirancang dan dilakukan dengan baik telah membantu Plato membuktikan corak kurikulum yang diketengahkan adalah efektif. Bagi Al-Farabi pula, kurikulum yang berasaskan Pengajian Islam amat sesuai dipraktikkan demi membantu manusia mencapai nikmat kesempurnaan kendiri sebagai hamba yang soleh. Al-Farabi percaya permulaan atau asas yang kukuh akan membantu para pelajar untuk memperoleh ilmu secara berperingkat-peringkat akan berkesan. Dimulai dengan ilmu Pengajian Islam dan seterusnya penguasaan Bahasa. Penguasaan Bahasa akan membantu meningkatkan kefahaman untuk belajar subjek seterusnya iaitu Logik yang seterusnya membawa pelajar mendalami Matematik, Sains dan Muzik. Pada akhirnya, Al-Farabi dan ilmuwan Islam yang lain telah menghasilkan satu dimensi baru dalam Kurikulum pembelajaran yang mengintegrasikan kesemua aspek di dalam Pengajian Isalam dan ilmu-ilmu yang lain.

Peranan guru yang dibentangkan oleh Plato dan Al-Farabi mempunyai banyak persamaan. Peranan guru tidak lain tidak bukan untuk membantu pelajar keluar dari kejahilan dan mencari kebenaran, mendisiplinkan pelajar dengan cara yang sesuai, membawa pelajar mencapai ilmu dengan pemikiran kritis dan menggalakkan pelajar untuk membantu diri sendiri demi mencapai tahap tertinggi dalam pembelajaran. Namun begitu, kaedah yang digunakan oleh Plato dan AlFarabi adalah berlainan. Plato dengan cara Questions and Dialogue atau persoalan dan perbincangan manakala Al- Farabi denga Kaedah Demonstrasi dan Kaedah Memujuk. Al-Farabi juga lebih bijak mengatur strategi pengajaran dengan kaedah-kaedah yang lain yang telah kita bincangkan seperti penggunaan kata atau maksud yang sama, memberi definisi konsep dan juga penggunaan metafora dan analogi yang sesuai untuk konsep berkenaan. Kaedah ini terus-terusan diguna pakai oleh ramai pendidik pada zaman ini. Jelaslah bahawa, peranan guru dan kaedah mengajar yang mereka ketengahkan menjadi inspirasi buat guru-guru pada masa kini dan akan datang. Akhir sekali, walaupun kedua-dua ahli falsafah ini hidup di tempat yang berbeza dan pada masa yang jauh antara satu sama lain, namun sumbangan mereka terhadap dunia pendidikan dijadikan tunjang kejayaan sistem pembelajaran di setiap pelosok dunia. Walaupun terdapat beberapa idea yang ekstrem dan berkemungkinan tidak masuk akal, kita perlu ingat yang ahli falsafah ini beerfikir tentang apa yang berpatutan pada masa, rencana kehidupan dan kehendak tamadun tersebut.

RUJUKAN amazingfilsafat.blogspot.com/2007/04/filsafat-pendidikan-al-farabi.html Charles Hummel, (1999). Plato, PROSPECTS: the quaterly review of education

(Paris,UNESCO: International Bureau of Education), vol. 24, no 1/2, 1994 p. 329-42. http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Farabi http://en.wikipedia.org/wiki/Plato http://www.muslimphilosophy.com/farabi/ http://www.paperbackswap.com/Plato/author/ Nota Kuliah Falsafah Pendidikan Bab 1 Pengenalan kepada Falsafah, Bab 4 Al-Farabi and Ibn Sina dan Bab 5 Socrates & Plato Osman Bakar, Classification of Knowledge in Islam, Kuala Lumpur: Institute of Policy Research, 1992, p. 124. Oxford ADVANCED LEARNERS Dictionary Internatinal Students Edition, Seventh Edition 2005(2nd impression), Oxford University Press, Longman, Chambers, the Universities of Oxford and Lancasster and the British Library. Rivai Bolotio, AL FARABI ANALISIS PENDIDIKAN DALAM KONSEP PENDIDIKAN JIWA P. 1-8. Rosnani Hashim, (2004) EDUCATIONAL DUALISM IN MALAYSIA Implications for Theory and Practice, 5 The Islamic Philosophy of Education The Other Press Sdn. Bhd. p. 96-104. www.ibe.unesco,org/fileadmin/userupload/archice/publications/ThinkersPdf/farabie.pdf

Anda mungkin juga menyukai