Anda di halaman 1dari 5

Pengurusan Mesyuarat SMVBP

Lampiran PK 15/2

KERTAS KERJA PROGRAM/AKTIVITI


TAJUK :

``Twitter - 1 Buku 1 Pelajar


Ke Arah Memperkasakan Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat SPM 2011/2012

MATLAMAT/LATARBELAKANG

KOMSAS atau Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu telah mula diperkenalkan pada tahun 2000. Sepuluh tahun berlalu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengubah isi kandungan Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu melalui KOMSAS. Novel Di Hadapan Pulau (Tingkatan 4), Novel Putera Gunung Tahan (Tingkatan 5), Antologi Anak Laut dan Antologi Kerusi yang telah digunakan selama sepuluh tahun telah ditukarkan kepada teks yang baru menjelang 2010 bermula dengan memperkenalkan teks baru tingkatan 4. Teks yang baru ialah Novel Melunas Rindu dan Antologi Harga Remaja (tingkatan 4) bermula tahun 2010 manakala Novel Kabus Di Perbukitan dan Antologi Dirgahayu BahasaKu bagi tingkatan 5 menjadi teks KOMSAS bermula 2011. Sehubungan dengan itu, para guru sedang bertungkus lumus mendalami teks baru ini agar dapat dikongsi faktanya sedalam mungkin bersama para pelajar. Di samping kesungguhan para guru mendalamkan kemahiran, Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu pada November 2010 telah sepakat bersetuju agar semua pelajar diwajibkan memiliki senaskhah buku rujukan dan soalan-soalan topikal untuk melengkapi teks baru tersebut. Hal yang demikian memandangkan pelajar sememangnya belum lagi mengetahui secara umum mahupun secara khusus berhubung teks baru ini. Buku-buku rujukan yang ada di Pusat Sumber juga sangatlah terhad. Memandangkan majoriti pelajar tinggal di asrama, lebih mudah pihak sekolah yang memilihkan buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan pelajar. Setelah membuat penelitian dan pemilihan terperinci, Buku Twitter terbitan Info-Didik telah dipilih sebagai buku tambahan para pelajar tingkatan empat dan lima.

Pengurusan Mesyuarat SMVBP

Lampiran PK 15/2

Twitter merupakan hasil tangan guru-guru yang sangat berpengalaman dalam bidang bahasa dan sastera iaitu Sdr Khairuddin Ayip dan Sdri Esah Buang. Kedua-dua penulis ini masih lagi bertugas sebagai pendidik di SM Vokasional Shah Alam, Selangor. Mereka terdiri dalam kalangan Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Selangor dan sering menjadi penceramah sebarang kursus berkaitan bahasa Melayu peringkat Kebangsaan.

OBJEKTIF: Dengan memiliki senaskhah Twitter, para pelajar sekurang-kurangnya dapat :1. membuat rujukan bagi menyiapkan nota tersusun KOMSAS yang jumlah keseluruhan genrenya ialah 26 buah setiap tingkatan 2. Membuat latihan pemahaman sekurang-kurangnya satu latihan bagi setiap tajuk KOMSAS 3. Membuat latihan tambahan merumus petikan di luar waktu P&P 4. Membuat latihan tambahan kertas 1 ( karangan )

SASARAN

: Semua pelajar tingkatan empat dan lima

ANGGARAN PERBELANJAAN/SUMBER KEWANGAN: PENDAPATAN Sumbangan PIBG RM8 x 325 T4 = RM2600 Jumlah = RM5000.00 PERBELANJAAN RM 8 x 300 T5 = RM2400

Pengurusan Mesyuarat SMVBP

Lampiran PK 15/2

STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Satu pelajar satu buku 2. Pelajar merujuk panduan nota KOMSAS untuk membina nota ringkas tersusun dengan bimbingan guru sama ada dalam kelas atau di luar P&p 3. Menggunakan soalan-soalan rumusan sebagai latihan dalam kelas 4. Menggunakan soalan-soalan karangan sebagai latihan dalam kelas 5. Menggunakan contoh set lengkap soalan SPM sebagai latihan pengukuhan. 6. Modul Latihan Akademik Negeri Johor dijadikan panduan pembahagian latihan pelajar. 7. Latihan tambahan lain akan turut diberikan dari semasa ke semasa.

PENILAIAN/PENUTUP

1. 80% latihan dapat dibuat sebelum peperiksaan akhir tahun bagi tinggkatan 4 dan selebihnya sebagai latihan ulangan tingkatan lima. 2. Semua latihan dapat dibuat oleh pelajar tingkatan lima. 3. Nota KOMSAS lebih lengkap. 4. Prestasi peperiksaan meningkat

Disedia oleh:.......................................... (PN. NARIMA SAHURI) Setiausaha, Program Twitter; 1 Buku 1 Pelajar

Disahkan:.....................................

Pn Hudallazai Bt Bagus Ketua Panitia Bahasa Melayu En. Hassan Darmawi Guru Kanan Mata Pelajaran

Pengurusan Mesyuarat SMVBP

Lampiran PK 15/2

Panitia Bahasa Melayu SM Vokasional Batu Pahat KM 7 Jalan Kluang 83000 Batu Pahat, Johor Kod Sekolah :JHA0002 Melalui; Penolong Kanan Pentadbiran SM Vokasional Batu Pahat, KM 7 Jalan Kluang 83000 Batu Pahat, Johor. Kepada, Tuan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Guru SM Vokasional Batu Pahat KM 7 Jalan Kluang 83000 Batu Pahat, Johor. Tuan,

Ruj Kami : SMVBP 600-2/3(2) Tarikh : 22 Januari 2011

Permohonan Membiayai Buku Latihan dan Rujukan Kertas 1 & 2 Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5, Program 1 Buku 1 Pelajar Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Bahasa Melayu telah merancang satu Strategi Program Peningkatan Mata Pelajaran melalui pelaksanaan Program Twitter; 1 Buku 1 Pelajar. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja bagi memperincikan program ini. 3. Sehubungan dengan itu, Panitia Bahasa Melayu ingin memohon untuk menggunakan kewangan PIBG sebanyak RM 5000.00 bagi membiayai pembelian buku berkenaan . 4. Segala perhatian dan kerjasama tuan amatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang menurut perintah,

Pengurusan Mesyuarat SMVBP

Lampiran PK 15/2

KERTAS KERJA PROGRAM/AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU SM VOKASIONAL BATU PAHAT TAJUK:-

Twitter
1 Buku 1 Pelajar Ke Arah Memperkasakan Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat SPM 2011/2012