Anda di halaman 1dari 47

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

1.0

Pendahuluan

Kursus PPK 290/2 Internship 1 adalah bertujuan memberi pendedahan awal dan pengalaman sebenar kepada pelajar tentang pengendalian program pendidikan khas integrasi di sekolah. Pelajar kursus ini sebagai guru pembantu hanya dikehendaki membuat pemerhatian dan membantu guru serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah supaya mereka mendapat pengalaman yang sesuai. Pada akhir internship, pelajar akan mempunyai pemahaman yang jelas tentang peranan guru pendidikan khas di sekolah.

Semasa menjalani latihan ini, pelajar tidak akan melakukan tugas-tugas sebenar guru pendidikan khas. Mereka hanya dikehendaki melibatkan diri dalam empat tugas iaitu membuat pemerhatian terhadap tugas-tugas guru pendidikan khas, pengurusan murid-murid keperluan khas, serta pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dalam kelas pendidikan khas. Selain itu, tugas guru pembantu juga meliputi membantu guru pendidikan khas mengurus murid-murid pendidikan khas, mengendali aktivitipengajaran dalam kelas pendidikan khas, mengkaji keperluan murid dan menulis laporan RPI serta menulis jurnal harian dan menyediakan laporan reflektif.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 1

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

2.0

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah, saya berjaya melalui internship atau praktikal selama sebulan di SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga SMK Rosli Dhoby, terutamanya kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pendidikan Khas dan guru-guru pendidikan khas kerana memberi peluang dan kebenaran kepada saya untuk menjalani internship selama sebulan di sekolah ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru yang sudi membimbing dan membantu saya selama saya berada di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya yang telah banyak membantu. Hasil daripada pembelajaran yang saya ikuti di Universiti Sains Malaysia, telah saya aplikasikan sepanjang saya berada di sekolah ini.

Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak kerana telah banyak membantu saya sepanjang saya menjadi guru pembantu di sekolah ini. Kerjasama yang mereka berikan amat bermakna buat saya. Setelah sebulan berada di sekolah ini, banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi. Saya juga dapat menambah pengetahuan mengenai bahasa-bahasa isyarat yang mereka gunakan di sekolah dan dalam perbualan harian. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu saya termasuklah keluarga saya dan seluruh warga SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 2

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

3.0

Objektif Internship

Objektif utama Internship 1 adalah untuk memberi pendedahan awal dan pengalaman sebenar (field experience) kepada pelajar. Pelajar akan ditempatkan dalam programprogram pendidikan khas yang sesuai dengan bidang tumpuan selama sebulan (4 minggu). Semasa menjalankan internship, pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, membantu dan melibatkan diri dalam program-program yang dijalankan supaya mereka akan mendapat pengalaman yang sesuai. Pelajar diberi peluang untuk mengkaji ciri-ciri diagnostik ketidakupayaan murid, dan cara mengurus dan mengajar murid-murid tersebut. Pelajar akan bertugas sebagai guru pembantu (teaching assistant) kepada guru-guru pendidikan khas dalam program-program tersebut. Pada akhir internship, pelajar akan mempunyai kefahaman mengenai peranan guru pendidikan khas dalam program integrasi inklusif atau badan bukan kerajaan.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 3

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.0 4.1

Refleksi Internship Refleksi Hari Pertama (9 Julai 2012 / Isnin)

Hari pertama berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby, hari pertama sebagai guru pembantu. Sekolah yang merupakan tempat saya praktikal ini mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Program ini diwujudkan sejak tahun 2002. Sewaktu itu, program ini masih berada di skala yang kecil. Mereka menggunakan sebuah kelas sahaja. Guru-guru pula menggunakan sedikit ruang di dalam kelas tersebut sebagai tempat rehat guru. Pada permulaan program ini dahulu, hanya terdapat sedikit sahaja pelajar pendidikan khas. Namun sehingga tahun 2012, mereka berkembang daripada 1 kelas kepada 5 kelas. Dahulunya hanya untuk pelajar Tingkatan 1 sehingga 3 sahaja, namun kini sudah mempunyai kelas tingkatan 4 dan 5. Hal ini menunjukkan program ini sudah banyak membangun setelah 11 tahun diwujudkan. Jika dahulu, guru hanya menumpang ruang di dalam kelas pelajar, namun kini mereka sudah mempunyai bilik rehat guru yang tersendiri. Selain itu, mereka juga mempunyai 2 orang pembantu pendidikan khas. Mereka adalah Kak Lily dan Kak Siti Hawa. Tugas mereka adalah untuk membantu guru-guru dan para pelajar di sini. Mereka membantu guru daripada segi menyediakan salinan lampiran mengajar, serta membuat tugas-tugas lain. Bagi pelajar pula, mereka membantu pelajar untuk memesan makanan di kantin dan sekiranya terdapat aktiviti luar bilik darjah, mereka membantu untuk memasak makanan untuk para pelajar. Bagi hari pertama, tidak banyak perkara yang dilakukan. Saya tiba di sekolah pada pukul 6.20 pagi, kerana sudah menjadi kebiasaan semasa bersekolah di sini dahulu. Waktu persekolahan bermula pada pukul 6.50 pagi. Pada kebiasaannya, pelajar-pelajar akan
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 4

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

berhimpun di tapak perhimpunan untuk upacara menaikkan bendera. Namun, pada hari ini, cuaca tidak mengizinkan, hujan yang turun menyebabkan pelajar-pelajar hanya menunggu di dalam kelas dan bersedia untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar sudah dilatih untuk berdikari dalam menjaga kebersihan kelas masingmasing. Sebelum masuk ke kelas, sudah menjadi rutin harian, mereka akan mengambil kunci kelas masing-masing untuk membuka bilik darjah. Kelas pendidikan khas di sini adalah sebanyak 5 buah, iaitu daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Setiap wakil daripada kelas masing-masing akan mengambil kunci kelas yang terletak di bilik guru. Selepas kelas dibuka, murid-murid akan membuat pembersihan di kelas masing-masing. Guru kelas setiap tingkatan sudah menyediakan jadual bertugas untuk memudahkan pelajar mengetahui tugas masing-masing. Tidak banyak pemerhatian dilakukan pada hari ini. Saya melakukan pemerhatian di seluruh kelas pendidikan khas daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Para pelajar kelihatan ramah apabila saya memasuki kelas mereka, walaupun mereka berasa hairan dengan kehadiran saya. Pada hari pertama, interaksi antara saya dan pelajar-pelajar di sini tidak begitu berkembang. Mereka masih kekok untuk menegur. Interaksi antara guru pula baik, mungkin disebabkan saya sudah mengenali mereka semasa zaman persekolahan dahulu. Kelas pertama yang saya masuk adalah kelas Tingkatan 1. Dalam kelas ini, ada 4 orang pelajar. Namun seorang pelajar tidak hadir ke sekolah. Apabila saya masuk untuk pemerhatian, pelajar-pelajar tersebut kelihatan rajin untuk membuat kerja. 3 orang pelajar ini dikenali dengan nama Tan Wui Chen, Saadiah bt Yusuf dan Eileen Kung. Ketiga-tiga

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 5

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

mereka mengalami masalah pendengaran. Di dalam kelas ini, mereka menggunakan papan putih untuk menggantikan papan hitam. Penggunaan papan putih ini, pada pendapat saya amat sesuai untuk pelajar pendidikan khas. Tulisan yang ditulis di papan putih kelihatan lebih jelas berbanding di papan hitam. Kebanyakan sekolah di Sarawak masih lagi menggunakan papan hitam di dalam kelas. Jadi, menjadi satu kelainan di dalam kelas-kelas pendidikan khas ini apabila mereka menggunakan papan putih. Di dalam kelas ini juga terdapat rak penyimpanan buku pelajar, mesin jahit, rak simpanan kasut, kipas dan peralatan sukan. Susun atur tempat duduk pelajar adalah berhadapan dengan guru (Lihat Lampiran A). Kelas kedua yang saya masuki adalah kelas Tingkatan 2. Kelas ini mempunyai 5 orang pelajar yang kesemuanya lelaki. Mereka adalah Alexander, Mohd Fikri, Micheal, Ting dan Nicholas. Menurut guru yang mengajar, pelajar yang bernama Nicholas, baru memasuki sekolah pada tahun 2011 iaitu semasa dia berada di Tingkatan 1. Pelajar tersebut tidak pernah menerima sebarang pendidikan semenjak daripada kecil. Oleh itu, apabila pelajar tersebut memasuki sekolah pada tahun 2011, pelajar tersebut tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai bahasa isyarat dan pelajaran yang diajar. Hal ini merupakan satu cabaran bagi guru-guru untuk mengajar pelajar tersebut daripada pengajaran yang paling asas. Pelajar-pelajar lain kesemuanya bekas murid daripada sekolah rendah pendengaran. Di dalam kelas ini, terdapat papan putih, rak simpanan buku pelajar, alat pemancar (LCD), televisyen dan kipas. Kelas seterusnya adalah kelas tingkatan 3. Kelas ini terdapat hanya 2 orang pelajar sahaja. Mereka adalah David dan Mohd Rizal. Di dalam kelas ini terdapat papan putih, rak simpanan buku pelajar, rak simpanan kasut, televisyen, kipas dan tempat simpanan alat
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 6

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

pemancar. Pelajar yang bernama Rizal mempunyai sering sakit menyebabkan badannya yang kurus semakin kurus. Jika diperhatikan, pelajar tersebut kelihatan mempunyai penyakit lain yang menyebabkan badannya sangat kurus. Rizal tidak mempunyai masalah pendengaran yang serius. Hal ini kerana dia mampu mendengar percakapan guru. Dia akan menjawab semula dalam bahasa isyarat. Dalam kelas Tingkatan 4 pula, terdapat 4 orang pelajar iaitu Albert, Afiq, Monica dan Teng. Pelajar yang bernama Teng, merupakan pelajar perempuan yang berbangsa Cina. Pelajar tersebut lewat memasuki kelas pendidikan khas. Hal tersebut kerana menurut guru yang mengajar, pelajar tersebut lewat dikenalpasti sebagai mempunyai masalah pendengaran. Menurut pemerhatian saya, pelajar tersebut kelihatan tidak dapat menyesuaikan diri lagi berada dalam kelas pendidikan khas tersebut. Seperti yang kita tahu, apabila seseorang tidak menggemari akan sesuatu, dia akan berperlakuan agresif seperti suka marah dan sukar untuk mendengar arahan guru. Pelajar tersebut mempunyai perlakuan tersebut yang menyebabkan guru-guru sukar untuk memberi arahan kepadanya. Selain itu, walaupun pelajar tersebut tidak mempunyai masalah pendengaran yang serius, guru-guru terpaksa bercakap dalam nada yang tinggi supaya dia mampu mendengar. Pelajar tersebut juga mencuba untuk bercakap, namun butiran percakapannya sukar untuk dikenalpasti. Hal ini menimbulkan kesukaran dalam proses interaksi. Kelas Tingkatan 5 pula terdapat 7 orang pelajar iaitu Nurhidayah, Nabil, Hadi, Alvin, Hazemi, _____ dan ______. Dalam kelas ini terdapat kemudahan seperti papan putih, rak simpanan buku, rak kasut, kipas dan OHP. Menurut guru yang mengajar, para pelajar di dalam kelas ini mempunyai sikap dan pencapaian akademik yang baik. Apabila saya masuk untuk memerhati, mereka rajin membuat kerja yang guru berikan. Terdapat guru yang
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 7

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

memberitahu bahawa ada pelajar di dalam kelas ini berpotensi untuk mendapat gred A dalam mata pelajaran tertentu. Walaupun mereka sukar untuk faham akibat masalah pendengaran yang dihadapi, namun mereka tidak berputus asa untuk fahami subjek yang guru ajar. Pemerhatian kelima-lima kelas membolehkan saya tahu serba sedikit mengenai pelajar dan tingkahlaku mereka di dalam kelas. Waktu pengajaran dan pembelajaran tamat pada pukul 1 tengah hari. Saya bernasib baik kerana berkesempatan terlibat dalam aktiviti mereka pada hari itu. Aktiviti itu bermula pada pukul 2 petang. Aktiviti yang diadakan adalah aktiviti penanaman bunga di kawasan yang berhadapan dengan kelas pendidikan khas. Melalui aktiviti tersebut, dapat dilihat kerjasama antara pelajar sangat baik. Walaupun mereka berada dalam tingkatan yang berlainan, mereka boleh berinteraksi sesama sendiri seperti rakan-rakan yang normal. Malah mereka kelihatan lebih rapat antara satu sama lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh jumlah pelajar yang sedikit. Guru-guru memberi tunjuk ajar kepada mereka cara-cara untuk penanaman pokok. Pada permulaannya, mereka mencabut keseluruhan tanaman yang tumbuh di kawasan yang hendak ditanam. Kemudian, beberapa orang pelajar ditugaskan untuk mencangkul tanah bagi menggemburkan tanah-tanah yang ada. Apabila melihatkan mereka melakukan tugasan yang diberi, tergambar bahawa pelajar-pelajar tersebut amat tekun melakukan kerja yang melibatkan kemahiran. Berbeza suasananya apabila dibandingkan antara mereka berada di dalam kelas dan di luar kelas. Aktviti yang melibatkan kemahiran vokasional lebih menarik minat mereka. Walaupun sukar untuk mendengar, mereka mampu melaksanakan tugasan penanaman pokok tersebut dengan baik. Aktiviti luar tersebut digunakan oleh guru sebagai latihan amali untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Aktiviti
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 8

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

tersebut dilakukan untuk menguji kefahaman pelajar serta peneguhan untuk mata pelajaran yang guru ajar. Guru-guru juga turut serta dalam proses penanaman pokok-pokok tersebut. Pelajarpelajar tersebut diajar untuk menggemburkan tanah, menanam pokok di dalam pasu dan di dalam tanah serta menggunting ranting-ranting yang ada di pokok. Kesimpulannya, perjalanan internship hari pertama berlalu dengan baik.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 9

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.2

Hari kedua (10 Julai 2012 / Selasa ) Awal pagi sebelum bermulanya waktu persekolahan, seperti biasa pelajar-

pelajar melakukan tugasan pembersihan seperti menyapu lantai, mengemop, membersihkan papan putih dan mengelap tingkap. Selain itu, ada juga pelajar disuruh untuk menyiram pokok bunga yang ditanam semalam. Waktu pertama sehingga keempat dihabiskan dengan aktiviti wajib seluruh sekolah di Malaysia iaitu 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti ini serentak dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia pada hari Selasa. Para pelajar dan guru-guru pendidikan khas tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti ini. Pelajarpelajar sungguh bersemangat ketika menyertai aktiviti ini. Mereka berjaya mengikut rentak senamrobik yang dibuat oleh jurulatih. Hal tersebut merupakan sesuatu yang membanggakan kerana walaupun mempunyai kekurangan, mereka masih mampu untuk menyertai aktiviti sebegitu. Waktu selepas rehat dihabiskan dengan membuat pemerhatian di kelas Tingkatan 1. Hari sebelumnya, seorang pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah. Pada hari ini, pelajar tersebut yang bernama Hafiz hadir ke sekolah. Menurut guru yang mengajar serta melalui pemerhatian saya, pelajar tersebut tidak sesuai dimasukkan ke kelas bermasalah pendengaran. Hal ini kerana, pelajar ini boleh mendengar dengan baik. Pelajar ini seolaholah mempunyai masalah pembelajaran iaitu autisme. Simptom-simptomnya dapat dilihat dengan jelas. Pelajar ini tidak mempunyai kontak mata dengan orang lain, dia mampu mendengar tetapi berpura-pura tidak mendengar arahan guru. Hafiz dilihat gemar membentuk bahasa isyarat dengan sendirian tanpa maksud. Contohnya dia sering

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 10

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

membentuk isyarat abjad-abjad namun tidak memberi apa-apa maksud. Apabila kita melihat padanya, dia akan berusaha untuk memalingkan muka serta badannya supaya kita tidak dapat melihatnya. Pelajar-pelajar dalam kelas tingkatan 1 mengalami masalah dalam penulisan bahasa, tidak kiralah bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Seperti yang diketahui, pelajar bermasalah pendengaran sememangnya mempunyai masalah yang besar dalam

pembentukan bahasa. Penggunaan bahasa mereka kerap salah dan banyak mengalami kesalahan tatabahasa. Seperti contoh, pelajar-pelajar lain kecuali Hafiz mempunyai masalah dalam bahasa. Walaupun mereka hanya menyalin, namun apa yang disalin mengalami kesalahan terutamanya kesalahan ejaan. Selain itu, mereka juga mengalami masalah dalam menggunakan imbuhan. Manakala, Hafiz pula mempunyai masalah yang lain. Dia tidak mampu untuk menyelesaikan apa-apa tugas yang guru berikan. Hafiz juga memerlukan arahan satu persatu daripada guru supaya apa yang disampaikan dapat dilaksanakan. Hafiz hanya boleh menyalin daripada buku atau papan putih, namun tidak memahami apa yang disalin dan tidak mempunyai sebarang input daripada apa yang dipelajari. Sekiranya ujian topikal diberikan kepada Hafiz, dia tidak mampu untuk membuatnya dengan baik. Sebarang tulisan yang ditulis oleh Hafiz menjadi suatu perkataan yang tidak mempunyai sebarang makna kerana perkataan yang ditulis adalah hasil campuran huruf yang berlainan. Hal ini menunjukkan bahawa Hafiz sememangnya mengalami masalah dalam bahasa. Bagi guru Bahasa Malaysia yang mengajar mereka pula mengatakan bahawa guruguru tidak boleh memberikan perhatian yang lebih kepada Hafiz. Hal ini kerana tahap pencapaian Hafiz sangat rendah berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Sekiranya guru-guru terlalu tertumpu pada Hafiz, rakan-rakan yang lain akan mengalami masalah
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 11

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

dalam menguasai pelajaran. Namun, para guru telah mengambil inisiatif untuk memberikan masa tambahan untuk mengajar Hafiz. Pemerhatian yang teliti perlu dilakukan kepada Hafiz kerana apabila guru memberikan perhatian kepada rakan lain, dia akan membuat kerja yang lain. Oleh itu, apabila rakan-rakan membuat latihan, Hafiz akan diajar untuk menguasai sesuatu pelajaran misalnya kemahiran menulis. Hafiz akan disuruh untuk menyalin nota yang guru sediakan. Hal ini telah menunjukkan Hafiz memerlukan teknik pengajaran yang tepat untuk membantunya dalam akademik. Hafiz dapat menyalin tugasan dengan cepat, namun tulisannya tidak kemas dan bersambung-sambung. Guru perlu memberi panduan kepadanya untuk menyalin supaya Hafiz dapat menyalin dengan baik. Hal ini menyumbang kepada satu masalah apabila kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, yang memerlukan para pelajar lulus tahap-tahap ujian yang tertentu. Skala yang diukur adalah menggunakan Band 1 sehingga Band 6. Para pelajar perlu lulus tahap-tahap tersebut, sekiranya gagal, mereka perlu mengulangi semula tahap yang gagal. Bagi Hafiz, dia sukar untuk lulus Band 1 kerana masalah yang dihadapinya. Guru-guru sedaya upaya untuk membantunya walaupun untuk mencapai tahap Band 1. Pelajar-pelajar ini boleh memahami pelajaran yang tidak memerlukan mereka untuk memahami sesuatu yang abstrak. Misalnya mata pelajaran Matematik. Mereka boleh melakukan Matematik lebih baik daripada mata pelajaran yang memerlukan kemahiran bahasa. Namun untuk membuat latihan Matematik, mereka memerlukan bantuan kalkulator untuk mengira nombor yang ada. Para pelajar ini juga tidak boleh diberikan kerja rumah yang terlalu banyak. Jika diberi terlalu banyak tugasan, peratus untuk tidak menyiapkan kerja rumah adalah tinggi. Oleh itu, guru-guru akan memberikan tugasan yang sedikit untuk mereka siapkan di rumah.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 12

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

Selain itu, apabila memasuki kelas Tingkatan 1 ini, saya berpeluang untuk memerhati bagaimana kaedah yang guru gunakan untuk mengajar pelajar bermasalah pendengaran. Guru-guru akan menulis nota di papan putih, manakala murid akan menyalinnya ke dalam buku. Kemudian, guru akan menyuruh mereka membaca kembali nota tersebut dengan menggunakan bahasa isyarat. Guru mengatakan bahawa bacaan tersebut bertujuan untuk melatih para pelajar untuk menguasai bahasa isyarat mereka. Ada antara pelajar yang masih mengeja perkataan-perkataan yang mempunyai bahasa isyarat tersendiri. Jadi, guru-guru akan menggalakkan mereka membaca buku bahasa isyarat untuk meneguhkan penguasaan bahasa isyarat mereka. Pelajar yang bernama Eileen menunjukkan penguasaan bahasa isyarat yang agak baik. Dia melakukan bahasa isyaratnya dengan sangat jelas. Walaupun mengalami kesalahan, cara dia membaca dengan menggunakan bahasa isyarat tersebut sangat baik. Guru akan menegur kesilapannya dan dia akan berusaha untuk mengingati bahasa isyarat yang dibetulkan. Dua lagi rakan yang lain, mempunyai kemahiran berbahasa isyarat yang sederhana. Hal ini menunjukkan kepada saya bahawa pelajar-pelajar juga perlu menguasai bahasa isyarat dengan baik supaya mereka mampu berkomunikasi dengan guru, rakan lain atau masyarakat luar. Pemerhatian di kelas Tingkatan 1 memberi gambaran kepada saya bahawa untuk mengajar pelajar pendidikan khas bermasalah pendengaran, guru perlu banyak tahu bahasa isyarat supaya dapat menerangkan pelajaran yang diajar kepada pelajar. Hal ini sangat penting apabila mengajar pelajar yang baru menginjak ke sekolah menengah. Suasana pembelajaran di sekolah menengah amat berbeza dengan sekolah rendah. Mereka perlu lebih berdikari untuk menimba ilmu berbanding di sekolah rendah, ramai guru yang membantu sepanjang masa.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 13

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

Saya turut mengambil kesempatan mempelajari bahasa isyarat yang mudah-mudah sepanjang guru mengajar pelajar tingkatan 1 tersebut. Selain daripada guru, saya juga mempelajari serba sedikit bahasa isyarat daripada pelajar-pelajar dalam kelas tersebut. Walaupun baru dua hari berada di sekolah ini, saya dapat lihat banyak situasi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam program tersebut.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 14

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.3

Hari ketiga (11 Julai 2012 / Rabu ) Hari ketiga diteruskan dengan pemerhatian di kelas Tingkatan 2. Dalam kelas ini

terdapat 5 orang pelajar, kesemuanya lelaki. Menurut guru-guru, pelajar di dalam kelas ini hampir kesemuanya lemah dalam pembelajaran. 4 orang antara mereka mempunyai masalah pendengaran yang teruk kerana tidak mampu mendengar walaupun mempunyai alat bantu pendengaran. Manakala seorang lagi yang bernama Fikri mampu mendengar jika guru bercakap dengan kuat, walaupun tiada alat bantu pendengaran. Fikri juga mampu bercakap, namun dengan suara yang perlahan. Melalui pemerhatian saya, Fikri kurang sesuai ditempatkan dikelas pendidikan khas bermasalah pendengaran. Hal ini kerana, dia mampu mendengar dan bercakap dengan baik sekiranya dilatih. Di dalam kelas ini, dia terpengaruh oleh rakan-rakan yang mengalami masalah pendengaran, dia sentiasa berbahasa isyarat untuk berkomunikasi walaupun dengan guru. Fikri boleh dilatih untuk bercakap supaya dia boleh membantu dirinya sendiri untuk berhubung dengan masyarakat. Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tingkatan 2 berlangsung dengan baik. Guru-guru yang mengajar perlu mengajar dengan teliti untuk memahamkan pelajar-pelajar. Para pelajar tersebut amat lemah dalam bahasa. Apabila saya ikuti kelas bahasa Malaysia, pelajar-pelajar diminta untuk menjawab soalan latihan. Guru meminta pelajar untuk membaca secara individu. Fikri boleh membaca dengan baik soalan yang diberi. Rakanrakan yang lain pula, ada di antara mereka yang masih perlu mengeja perkataan-perkataan yang dibaca. Manakala, ada pelajar yang bernama Nicholas pula, menghadapi masalah untuk membaca. Dia baru masuk ke sekolah pada tahun 2011, dan tidak pernah memasuki

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 15

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

mana-mana sekolah rendah sebelumnya. Guru yang mengajar pula perlu membantunya mengeja satu persatu perkataan yang dibaca. Sehingga pada satu tahap, Nicholas sudah lupa abjad-abjad dalam bahasa isyarat. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada dia dan guru yang mengajar. Inisiatif yang guru tersebut ambil adalah mencetak gambar abjad dalam bahasa isyarat yang besar untuk bacaannya. Guru tersebut memintanya menghafal semula abjadabjad tersebut. Hal tersebut menunjukkan bahawa para pelajar berpendidikan khas perlu menjalani pendidikan seawal yang mungkin. Mereka perlu mendapatkan kemahiran yang asas ketika masih kecil bagi membolehkan mereka mudah untuk faham pembelajaran pada tahap-tahap seterusnya. Pendidikan asas bukan sahaja perlu kepada pelajar khas bermasalah pendengaran sahaja, malah semua pelajar yang mengalami ketidakupayaan termasuklah bermasalah penglihatan dan masalah pembelajaran. Pelajar-pelajar dalam kelas ini perlu melalui pengajaran yang sama seperti pelajar dalam tingkatan 1. Mereka masih tidak memahami kebanyakan pelajaran yang guru ajar. Guru perlu memberi tunjuk ajar satu persatu untuk memastikan mereka faham apa yang diajar. Selain itu, mereka kurang minat akan bidang akademik. Jika dilihat, mereka lebih gemar akan sesuatu yang melibatkan kemahiran. Ada diantara mereka yang sangat minat dalam bermain bola sepak, minat untuk membaiki sesuatu dan banyak lagi. Apabila mereka mengikuti aliran perdana, mereka kurang didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan kemahiran. Pelajar seperti ini boleh diajar dan dilatih untuk kemahiran vokasional supaya mereka mudah untuk memasuki bidang kerjaya kelak. Waktu pembelajaran selepas rehat diteruskan dengan menemani pelajar-pelajar tingkatan 5 ke dewan sekolah. Terdapat aktiviti ceramah kerjaya yang diadakan untuk semua pelajar-pelajar tingkatan 5 di SMK Rosli Dhoby. Mereka juga turut serta dalam
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 16

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

aktiviti tersebut. Ceramah tersebut adalah mengenai bagaimana pelajar-pelajar dapat menempatkan diri dalam alam pekerjaan serta cara-cara untuk mendapatkan pekerjaan. Untuk aktiviti seperti ini, para pelajar memerlukan penterjemah untuk menterjemahkan apa yang disampaikan oleh penceramah. Pelajar-pelajar ini saling membantu satu sama lain. Contohnya, apabila rakan mereka tidak memahami apa yang disampaikan, rakan yang lain akan berusaha untuk menerangkan kembali kepada rakan mereka. Wujudnya komunikasi yang baik antara mereka membolehkan mereka mendapat ilmu yang disampaikan oleh orang luar dengan baik. Adakalanya mereka tidak memerlukan penterjemah kerana terdapat pelajar tingkatan 5 yang boleh mendengar dan membantu membuat penerangan kepada rakan-rakan.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 17

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.4

Hari keempat (12 Julai 2012 / Khamis ) Hari keempat praktikal digunakan untuk memerhati di kelas Tingkatan 3. Kelas ini

mempunyai 2 orang pelajar sahaja, iaitu David dan Rizal. Kedua-dua mereka mempunyai masalah pendengaran, Rizal mempunyai masalah pendengaran yang sederhana. Oleh itu, dia mampu mendengar apa yang guru sampaikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku, kedua-dua menunjukkan perlakuan yang baik dalam akademik. Walaupun tidak mencapai keputusan yang cemerlang, namun bagi pelajar yang bermasalah pendengaran, mereka boleh mengikuti pembelajaran yang dijalankan. Rizal mempunyai tubuh badan yang sangat kurus. Guru-guru mengatakan bahawa dia sering sakit sehingga menyebabkan badannya menjadi begitu. Rizal boleh mendengar sekiranya guru bercakap dalam nada yang tinggi. Walaupun mengalami masalah, Rizal seorang pelajar yang cepat memahami apa yang guru sampaikan. Apabila guru menerangkan sesuatu, dia boleh meniru kembali perbuatan guru untuk menunjukkan dia faham apa yang disampaikan. Selain itu, Rizal juga mahir dalam menggunakan bahasa isyarat. Saya juga cuba untuk mengajar Rizal mata pelajaran Agama Islam. Apabila saya menyuruhnya membaca nota, dia boleh membaca dengan menggunakan bahasa isyarat dengan baik. Kemudian, guru yang mengajar bertanyakan mengenai topik yang dipelajari, dia memahami dan boleh menjawab soalan yang guru tanya. Seorang lagi pelajar iaitu David mempunyai masalah pendengaran yang agak teruk Walaupun mempunyai alat bantu pendengaran, dia sukar untuk mendengar bunyi. Menurut gurunya, David seorang pelajar yang lemah dalam menerima pelajaran. Dia sukar untuk

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 18

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

faham apa yang guru ajar. Namun, kesukaran yang dialaminya tidak menjadi masalah buat guru-guru kerana David seorang pelajar yang sangat rajin. Dia boleh memahami sesuatu walaupun mengambil masa yang agak lama. David juga memerlukan panduan untuk melakukan latihan dalam setiap subjek yang dilakukan. Walaupun David lemah dalam akademik, namun David rajin dalam melakukan kerja-kerja harian. Pada awal pagi tadi, David mengadu akan rakannya Rizal bahawa dia tidak melakukan kerja-kerja pembersihan. Hanya David seorang sahaja yang mengemas kelas mereka. Rizal kelihatan tidak mengambil kisah akan apa yang David katakan. Apabila dilihat, Rizal sememangnya tidak peduli akan apa yang orang katakan. Selepas 4 hari pemerhatian, Rizal seakan-akan hidup dalam dunianya sendiri. Namun dia tidak mengalami masalah autisme, mungkin disebabkan oleh kesakitan yang dialaminya menyebabkan Rizal tidak berdaya untuk melakukan kerjakerja harian. Semasa pengajaran mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Rizal bersama guru yang mengajar belajar mengenai tajuk kematian. Apabila ditanya mengenai kematian, Rizal mampu memahami sedikit mengenai maksud kematian. Dia sempat mengatakan kepada gurunya bahawa dia belum akan mati keesokkan harinya. Manakala David pula sudah menghabiskan silibus untuk mata pelajaran Pendidikan Moral, jadi guru yang mengajar memberi bimbingan kepadanya untuk memahami subjek lain. Apabila ketiadaan guru dalam kelas, David dan Rizal membuat kerja masing-masing. Saya lihat mereka berdua jarang berkomunikasi sesama sendiri melainkan ada perkara yang perlu dibualkan. Selepas beberapa hari pemerhatian saya kepada kelas-kelas pendidikan khas ini, dapat dilihat bahawa Rizal kurang bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Amat berbeza daripada David, dia boleh bersosial dengan rakan-rakan daripada kelas-kelas lain
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 19

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

dengan sangat baik. Pada pandangan pertama, David dilihat sebagai seorang yang suka menyendiri, namun bila menemui rakan-rakan, dia mempunyai banyak cerita yang menarik dikongsikan kepada rakan-rakannya. Mungkin disebabkan oleh hanya dia dan Rizal sahaja di dalam kelas tersebut, dia kurang untuk berinteraksi sesama mereka di dalam kelas. Selain itu, guru yang mengajar mengatakan bahawa Rizal sering tertinggal buku di rumah. Setiap kali pembelajaran dilakukan, Rizal akan memberi alasan tertinggal di rumah ataupun hilang. Pada hari ini, ibu Rizal datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru. Dia mengatakan bahawa Rizal ada mencari-cari buku di rumah, tetapi tidak tahu jumpa atau tidak. Dia juga mengatakan Rizal sering sakit yang menyebabkan dia tidak mampu untuk ke sekolah. Selain itu, ibu Rizal juga memberikan wang kepada guru untuk kegunaan Rizal di sekolah. Wang itu selalunya digunakan untuk membeli peralatan sekolah Rizal yang tiada serta untuk pembelian makanan semasa Rizal berada di sekolah.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 20

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.5

Hari kelima (13 Julai 2012 / Jumaat ) Saya bertuah pada hari ini kerana terdapat wakil-wakil daripada Deaf Association

Kuching datang melawat ke sekolah SMK Rosli Dhoby, Sibu. Mereka juga mewakili Sibu Deaf Club yang melakukan aktiviti-aktiviti untu pelajar-pelajar bermasalah pendengaran. Tujuan mereka datang adalah untuk membuat hari motivasi bersama pelajar-pelajar bermasalah pendengaran di sini. Program tersebut dinamakan Motivasi Ilmu untuk Pelajar Khas. Ada antara wakil tersebut merupakan bekas pelajar di sekolah ini sewaktu permulaan penubuhan kelas pendidikan khas di sekolah ini. Oleh itu, dia mengatakan bahawa dia ingin menyumbangkan sesuatu untuk pelajar bermasalah pendengaran di sini. Permulaan hari motivasi ini dimulakan dengan sesi perkenalan antara pelajar bersama wakil daripada Persatuan Pekak tersebut. Masing-masing mempunyai cara panggilan tersendiri, huruf yang melambangkan nama masing-masing. Saya lihat ia merupakan sesuatu yang menarik kerana hanya melalui 1 atau 2 huruf sahaja, mereka sudah mengetahui siapa orang yang dipanggil. Saya berpendapat bahawa pelajar-pelajar kursus pendidikan khas Tahun 2 di USM juga patut mempunyai nama bahasa isyarat yang tersendiri. Perkara tersebut akan menjadi satu keunikan bagi pelajar yang mengambil jurusan tersebut. Kemudian, aktiviti hari motivasi diteruskan dengan pembentangan slaid daripada wakil-wakil yang ada. Saya kurang memahami perbualan mereka bersama pelajar yang ada kerana mereka menggunakan bahasa isyarat yang sangat cepat dan ada antara bahasa isyarat yang digunakan belum dipelajari. Namun, saya dapat lihat pelajar-pelajar sangat gembira

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 21

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

mengikuti aktiviti yang dijalankan. Hal tersebut mungkin disebabkan oleh mereka kurang mengikuti aktiviti-aktiviti seperti yang dijalankan. Sewaktu pembentangan slaid oleh wakilwakil tersebut, mereka membentangkan dengan sangat baik. Hal ini kerana apa yang dipaparkan di slaid kurang difahami oleh pelajar-pelajar disini, namun mereka menerangkan dengan sangat baik. Mereka juga menyelitkan unsur cerita apabila menerangkan sesuatu. Para pelajar tidak dapat memahami dengan baik sekiranya terdapat peribahasa digunakan di dalam perbualan harian, tetapi wakil tersebut dapat menerangkan dengan baik peribahasa yang digunakan serta menggunakan contoh-contoh yang menarik untuk menerangkannya. Mereka juga membuat lakonan sebagai contoh di hadapan para pelajar. Walaupun kurang faham apa yang disampaikan, namun, saya dapat faham apa yang cuba disampaikan melalui lakonan yang mereka jalankan. Amat menarik dan saya berpendapat bahawa cara mereka menyampaikan tersebut boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana pelajar-pelajar dilihat lebih mudah memahami apa yang disampaikan sekiranya cara penyampaian tersebut menarik minat mereka dan mempunyai contoh-contoh yang boleh mengukuhkan pemahaman mereka. Mereka juga memberi peluang kepada para pelajar yang faham untuk menerangkan slaid tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Walaupun pada mulanya ada yang masih raguragu dan malu untuk berada dihadapan, wakil-wakil tersebut membantu pelajar untuk berasa yakin apabila berada dihadapan orang. Mereka tidak membiarkan pelajar untuk membuat penerangan secara bersendirian malah mereka turut serta membantu pelajar tersebut menerangkan kepada rakan mereka. Cara tersebut dapat membina keyakinan diri pelajar disamping dapat memperkembang bakat yang ada kepada orang lain.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 22

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

Antara topik yang diperkatakan dalam hari motivasi tersebut termasuklah berkaitan dengan impian para pelajar dan cara untuk memperoleh kejayaan. Mereka memerlukan bantuan daripada segi psikologi untuk membolehkan mereka yakin dan boleh berinteraksi dengan masyarakat. Cara penyampaian wakil-wakil tersebut sangat baik kerana mereka dapat meningkatkan psikologi yang positif dalam diri pelajar. Mereka juga memaparkan golongan yang bermasalah pendengaran yang berjaya dalam akademik dan memperoleh sijil di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Mereka mengatakan bahawa pelajar khas juga boleh berjaya sekiranya mereka mahukannya serta belajar bersungguh-sungguh. Contoh pelajar yang berjaya tersebut merupakan bekas pelajar di SMK Rosli Dhoby juga. Hal tersebut dapat memberi inspirasi kepada para pelajar tersebut untuk mengikuti jejak langkah senior-senior mereka. Selepas tamat sesi pertama, kami rehat dan makan bersama-sama tenaga pengajar yang ada. Ada pelajar yang makan bersama tenaga pengajar tersebut berbual bersama mereka. Sambil makan, terdapat proses interaksi antara mereka. Hal ini membolehkan mereka bertukar-tukar pendapat mengenai apa yang mereka tahu. Selepas rehat, hari motivasi diteruskan dengan latihan dalam kumpulan. Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Tenaga pengajar memilih pelajar untuk dibahagikan kepada 3 kumpulan, mereka tidak membenarkan pelajar memilih kumpulan mereka sendiri. Kemudian, mereka diberi kertas yang besar sebagai tempat untuk menulis. Tugasan mereka adalah menulis apa yang baik dan apa yang tidak baik yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Masing-masing menyumbang idea dalam aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 23

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

Tamatnya sesi perbincangan dalam kumpulan, para pelajar diminta menghantar wakil untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di hadapan. Apabila melihatkan hasil kerja mereka, nampak kesilapan yang jelas dalam bahasa. Tatabahasa yang mereka gunakan tunggang-langgang. Pembalikan ayat turut berlaku. Hal ini disebabkan mereka menulis mengikut apa yang mereka fahami dan cara penulisan mereka sememangnya lemah dalam penggunaan bahasa yang betul. Sewaktu pembentangan oleh tenaga pengajar tersebut juga menggunakan bahasa yang terbalik. Mereka menyediakan bahan yang mudah untuk difahami oleh para pelajar. Golongan bermasalah pendengaran sememangnya menggunakan singkatan dalam perbualan harian. Saya juga berpeluang untuk mengikuti perbincangan dalam kumpulan. Saya hanya bertanya menggunakan bahasa isyarat mudah sahaja, mereka sudah dapat memahami maksud yang saya cuba sampaikan. Pembentangan para pelajar diwakilkan oleh 3 orang daripada setiap kumpulan. Melalui pembentangan ini, dapat dilihat para pelajar mencuba sedaya upaya untuk menerangkan dalam bahasa isyarat di hadapan orang. Ada pelajar yang bernama Ling, boleh menggunakan bahasa isyarat dengan sangat cepat berbeza apabila bersama rakan-rakan dan guru. Mungkin disebabkan rakan-rakan atau guru sukar untuk memahami sekiranya dia menggunakan bahasa isyarat dengan sangat cepat. Hari motivasi bersama pelajar berkeperluan khas ini tamat pada pukul 11.30 pagi. Aktiviti tersebut ditamatkan dengan sesi bergambar bersama tenaga pengajar, guru dan para pelajar. Sesungguhnya aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar serta dapat mengukuhkan psikologi positif mereka. Aktiviti tersebut perlu dilakukan dengan lebih kerap supaya pelajar tidak hanya belajar di dalam kelas sahaja, mereka juga boleh memperkembangkan pembelajaran mereka di luar bilik darjah.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 24

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.6

Hari keenam (16 Julai 2012 / Isnin ) Pemerhatian pada hari ini dilakukan kepada pelajar Tingkatan 4. Dalam kelas ini

terdiri daripada empat orang pelajar iaitu Albert (Ketua Kelas), Monica (Penolong), Afiq dan Teng. Afiq dan Monica mempunyai masalah pendengaran yang teruk manakala Albert dan Teng mengalami masalah pendengaran yang sederhana. Jadi, mereka berdua mampu mendengar apa yang guru katakan dengan bantuan alat bantu pendengaran yang ada. Albert bukan sahaja boleh mendengar malah juga boleh bercakap. Namun butiran percakapannya tidak seperti pelajar normal. Hal tersebut merupakan satu kelebihan baginya. Dia mampu bertutur bagi pihak rakan-rakannya sekiranya terdapat orang-orang sekeliling yang tidak mampu memahami bahasa isyarat. Guru-guru juga sering meminta Albert berjumpa dengan pihak pentadbiran sekiranya terdapat masalah yang melibatkan pendidikan khas, kerana Albert boleh bercakap dan mewakili pelajar-pelajar pendidikan khas. Selain itu, Teng pula boleh mendengar. Dia juga boleh bercakap sedikit namun butiran percakapan tidak jelas. Apabila saya mendengar dia bercakap, seolah-olah ada sesuatu yang tersekat di pita suaranya. Teng hanya boleh bercakap bahasa Cina sahaja, dia tidak mahir berbahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Pada mulanya Teng bukan seorang yang suka bersosial. Namun, pada hari pemerhatian saya, dia sedaya upaya untuk berkongsi sesuatu kepada saya, tetapi dia bertutur dalam bahasa Cina yang menyebabkan saya tidak faham apa yang cuba disampaikan. Dia hanya menunjuk-nunjuk gambar, dan melalui gambar yang ditunjuk, saya boleh menangkap apa yang cuba disampaikan walaupun maklumatnya sedikit. Teng kurang untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Melalui

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 25

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

perbualan saya bersama PPM pendidikan khas, Teng baru sahaja dimasukkan ke program integrasi ini pada bulan Mei. Pengesanan terhadap ketidakupayaannya dilakukan agak lewat. Hal tersebut menyebabkan Teng seolah-olah memberontak apabila dilayan seperti pelajar pendidikan khas yang lain. Dapat dilihat setiap kali semasa perhimpunan harian dijalankan, Teng tidak akan menyanyikan lagu kebangsaan dan sekolah menggunakan bahasa isyarat. Dia hanya menggerakkan mulutnya, walaupun melalui pemerhatian saya, apa yang dinyanyikannya adalah salah. Dia tidak mahu mengikuti pergerakan guru yang berada dihadapan mereka. Situasi di dalam kelas juga begitu, Teng hanya cuba untuk bercakap dengan menggunakan bahasa Cina, namun tiada tanda dia akan menggunakan bahasa isyarat. Bagi pelajar yang bernama Monica pula, dia tidak mampu untuk mendengar dan bertutur. Apabila dia cuba berbual dengan saya, dia akan menggunakan bahasa isyarat mudah dan kami menggunakan pen dan kertas sebagai medium pertuturan. Apabila menulis, dia cuba menyampaikan sesuatu namun bahasa yang digunakan agak sukar difahami. Dia gemar menggunakan ayat yang terbalik yang sangat mengelirukan pembaca. Saya perlu memerhati dan membaca berulang kali untuk memahami apa yang cuba disampaikan. Monica mempunyai pergerakan dan bertindak dengan sedikit perlahan. Oleh itu, apabila saya cuba menyampaikan sesuatu, saya perlu memastikan dia benar-benar faham sesuatu maklumat sebelum berpindah ke maklumat seterusnya. Tetapi, Monica akan bertanya semula apabila dia tidak memahaminya. Terdapat seorang lagi iaitu Afiq. Afiq mempunyai masalah pendengaran yang teruk dan tidak boleh bertutur. Namun, apa yang menariknya, Afiq sangat gemar bersosial. Dia

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 26

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

akan senyum kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya. Afiq juga gemar berkomunikasi dengan orang lain. Dia akan menulis di atas kertas untuk berhubung dengan orang lain. Namun Afiq tidak pandai berbahasa Melayu. Dia akan berkomunikasi dengan orang lain dengan menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa isyarat yang digunakan juga merupakan bahasa Inggeris. Afiq bersifat sukakan perhatian daripada orang lain. Dia akan berasa terpinggir sekiranya rakan-rakan yang lain tidak memberikan perhatian kepadanya. Dia juga sering merasakan rakan-rakannya gemar meminggirkannya. Afiq tinggal di asrama lelaki sekolah ini. Dahulunya, dia masih dihantar oleh ibunya untuk ke sekolah. Namun, setelah beberapa tahun, ibunya menghantar dia ke asrama. Hal tersebut kerana dia terlalu leka dengan kemudahan komputer di rumahnya. Apabila berada di rumah, dia tidak akan menelaah buku-buku ataupun membuat kerja rumahnya. Dia menjadi leka apabila terdapat perkara yang sememangnya menjadi minatnya. Hal tersebut menjadi kesukaran kerana dia tidak dapat memahami apa sahaja yang dipelajari sekiranya tidak membuat tugasan yang diberikan oleh guru. Setiap kali berjumpa dengan Afiq, dia pasti akan mengatakan dia keseorangan. Kadang-kadang agak kelakar kerana dia yang memilih untuk tidak mahu berkawan bersama rakan yang lain. Namun, dia sendiri yang mengadu bahawa rakannya tidak mahu berkawan dengannya. Pemikirannya seolah-olah masih sama seperti kanakkanak. Mungkin disebabkan kerana dia merupakan anak manja dalam keluarganya. Pemerhatian saya pada hari tersebut dapat melihat bahawa Afiq sememangnya gemar berkenalan dengan orang yang baru dikenali. Dia akan bertanyakan banyak soalan kepada saya sepanjang saya melakukan pemerhatian. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan adalah bersamaan dengan kelaskelas yang lain. Guru-guru perlu menerangkan satu persatu apa yang dipelajari supaya

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 27

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

mereka faham apa yang disampaikan. Para pelajar juga akan mengulang apa yang guru sampaikan. Walaupun mereka mengatakan mereka memahami apa yang mereka pelajari, mereka akan membuat kesilapan di dalam latihan mereka. Mereka memerlukan latihan yang mencukupi dan bimbingan daripada guru untuk membuat latihan serta memahami apa yang dipelajari.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 28

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.7

Hari ketujuh (17 Julai 2012 / Selasa ) Hari ini saya melakukan pemantauan terhadap kelas Tingkatan 5.

4.8

Hari kelapan (18 Julai 2012 / Rabu )

4.9

Hari kesembilan (19 Julai 2012 / Khamis)

4.10

Hari kesepuluh (20 Julai 2012 / Jumaat )

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 29

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.11

Hari kesebelas (23 Julai 2012 / Isnin ) Minggu pertama untuk bulan Ramadhan. Hari ini saya ditugaskan untuk

menggantikan guru yang sakit. Pada waktu pertama, saya masuk ke kelas tingkatan 3, untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Hari ini sekali lagi Rizal tidak menghadirkan diri ke sekolah. David pula belajar seorang di dalam kelas. Jadi, saya menyuruh David untuk menyiapkan kertas soalan ramalan PMR Bahasa Inggeris. Selepas menyiapkan satu bahagian, David menghantarnya kepada saya, untuk disemak. David boleh melakukan soalan yang ada dengan baik. Dia boleh memahami soalan dengan baik. Selepas menyemak bahagian yang disiapkan oleh David tadi, saya menyuruh dia menyiapkan satu lagi bahagian dalam buku soalan tersebut. Kali ini, David menyiapkannya dengan banyak kesilapan. Saya menyuruhnya membetulkan kembali kesilapan yang dilakukannya. Kemudian, selepas membuat pembetulan, saya menyemak kembali tugasan yang dilakukannya. Namun, David masih membuat kesilapan yang sama. Apabila diteliti, David tidak memahami kebanyakan perkataan yang menyebabkan dia tidak dapat menjawab dengan baik. Walaupun merujuk kepada kamus, dia masih memerlukan penerangan untuk setiap perkataan yang sukar. Kemudian, selepas kelas tersebut, saya masuk ke kelas Tingkatan 4 bagi menggantikan guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Saya membenarkan pelajar membuat tugasan masing-masing yang belum siap. Setelah habis tugasan tersebut, pelajar yang bernama Teng meminta bantuan rakannya untuk mengajarnya bahasa isyarat. Dia menggunakan buku yang mempunyai bahasa isyarat yang disusuli dengan perkataan bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Dia akan mengulang kembali apa yang rakannya buat. Dengan

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 30

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

cara itu, dia mampu menghafal bahasa-bahasa isyarat tersebut. Walaupun tidak mahir berbahasa isyarat, dia boleh menggunakan bahasa isyarat yang ringkas untuk berkomunikasi bersama rakannya. Monica turut membantu Afiq mengajar Teng berbahasa isyarat. Terdapat kosa kata di dalam buku tidak menepati bahasa isyarat yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka, Afiq menyuruh Teng mengikut bahasa isyaratnya kerana bahasa isyarat di dalam buku tersebut mengalami kesalahan. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa isyarat daripada mereka. Hal tersebut kerana, apabila kita mempelajari bahasa isyarat berpandukan buku sahaja, sukar untuk mengingatnya. Tetapi, saya merasakan apabila saya mengikut bahasa isyarat yang ditunjukkan oleh para pelajar, saya boleh mengingatnya dengan lebih mudah. Pada pendapat saya, para pelajar pendidikan khas yang mengambil masalah pendengaran perlu lebih didedahkan dengan pelajar bermasalah pendengaran kerana ianya dapat membantu meningkatkan tahap kebolehan berbahasa isyarat.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 31

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.12

Hari kedua belas (24 Julai 2012 / Selasa )

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 32

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.13

Hari ketiga belas (25 Julai 2012 / Rabu ) Hari ini perhimpunan wajib dibatalkan kerana hari hujan. Jadi, para pelajar diminta

untuk duduk di dalam kelas bagi membuat kerja masing-masing. Saya mengambil kesempatan untuk berada dalam kelas Tingkatan 5. Seperti biasa mereka membuat tugasan masing-masing seperti membuat kerja rumah, membaca buku dan sebagainya. Kemudian, terdapat satu insiden di mana seorang pelajar yang bernama Alvin bermain marker dan menconteng muka rakannya, Tang. Saya memerhati bagaimana mereka menyelesaikan perkara tersebut. Pada mulanya Tang nampak marah kerana dia tahu kesan dakwat tersebut sukar untuk hilang. Kemudian, dia ingin membalas kembali apa yang dilakukan oleh Alvin kepadanya dengan menconteng muka Alvin. Namun, hasratnya dihalang oleh Hazemi. Hazemi menyuruhnya membiarkan sahaja tindakan Alvin kerana tiada gunanya membalas tindakan Alvin. Kemudian Tang bertanya kepada Hazemi, yang dia ingin membalas namun dia ingin menconteng di tangan Alvin dan bukan di mukanya. Hazemi mengatakan boleh. Kemudian, Tang pun memanggil Alvin lalu menconteng tangannya. Alvin hanya membenarkan Tang menconteng tangannya. Selepas mencontengnya, saya nampak Tang berpuas hati kerana sudah membalas tindakan Alvin. Insiden tersebut agak kelakar kerana mereka masih berfikir seperti kanak-kanak yang gemar membalas tindakan orang lain dengan melakukan perkara yang sama. Namun cara mereka menyelesaikan masalah tersebut adalah bijak kerana mereka tidak mencetuskan sebuah pergaduhan yang serius. Selepas insiden itu, mereka boleh meneruskan tugasan masing-masing tanpa memikirkan apa yang telah terjadi.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 33

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

Kemudian, saya mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama David yang dilakukan di dalam bilik rehat guru. David belajar subjek Matematik. Menurut cerita daripada guru Geografinya, dia baru sahaja mengajar David mengenai topik laut, sepuluh minit kemudian, apabila ditanya soalan mengenai apa yang dipelajarinya, David tidak dapat menjawab dengan baik. Ingatan David lemah menyebabkan dia tidak mampu untuk mengingat perkara yang baru sahaja dipelajarinya. Apabila dia belajar subjek Matematik, dia perlu membuat latihan yang banyak. Apabila membuat latihan Matematik, David sentiasa membuat kesilapan dalam menyelesaikan soalan yang ada. Semasa guru Matematik menyemak soalan, guru memberitahu David bahawa sekiranya dia tidak memahami apa yang diajar, dia perlu bertanya semula kepada guru. David mengatakan soalan yang cuba dijawabnya sangat susah sehingga menyebabkan dia muntah-muntah. Guru pula mengatakan bahawa David tidak boleh terlalu tertekan ketika belajar. Hal ini akan menyebabkan kesihatannya akan terganggu. Selepas beberapa latihan dibuat oleh David, dia mampu membuat soalan yang lain dengan baik. Hari ini masuk hari ketiga David belajar sendirian di dalam kelas kerana Rizal tidak hadir ke sekolah. Guru menganggap mungkin David kesunyian apabila belajar bersendirian di dalam kelas tanpa ada rakan. Pada waktu yang ke-7, saya ditugaskan untuk menggantikan guru yang mengambil ujian Cambridge di sekolah. Saya masuk ke kelas Tingkatan 2 bagi subjek Bahasa Inggeris. Sudah menjadi kelaziman apabila masuk ke kelas Tingkatan 2 ini, para pelajar sememangnya sukar untuk bergerak dengan cepat. Buku daripada waktu sebelumnya masih berada di atas meja, dan ada yang masih menyalin nota di papan putih. Saya menyuruh mereka menyimpan semua buku yang ada dan bersedia untuk mata pelajaran seterusnya. Guru yang mengajar hanya menyuruh saya memberikan latihan menjawab soalan sahaja

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 34

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

kepada mereka. Saya menyuruh mereka membuat tugasan tersebut. Setelah siap, saya menyemak dan menyuruh mereka membuat pembetulan soalan yang salah sekali lagi. Kemudian barulah saya menyemak dengan menggunakan pen merah. Markah yang mereka perolehi tidak lebih daripada 4 markah dan ada yang memperoleh 1 markah. Selepas memberikan kembali tugasan tersebut, terdapat lebihan masa untuk waktu tersebut. Saya mengambil peluang untuk berborak bersama mereka. Waktu seterusnya adalah untuk subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Ada pelajar menyuruh saya menggantikan guru tersebut kerana dia kurang gemar akan guru tersebut. Hal tersebut menunjukkan mereka seperti pelajar normal, kerana pelajar normal juga sering mengadu mengenai guru yang mereka kurang minat. Saya mendapat iktibar daripada peristiwa tersebut bahawa untuk menjadi guru, kita tidak boleh terlalu bertegas dan garang dengan pelajar. Impak daripada tersebut, pelajar tidak sukakan kita dan boleh menyebabkan mereka tiada minat langsung terhadap mata pelajaran yang kita ajari. Kemudian saya masuk ke kelas Tingkatan 3 bagi menggantikan guru yang sama. Kali ini untuk mengajar mata pelajaran Sejarah pula. Seperti biasa saya akan masuk ke kelas tersebut dan melihat kelibat David sahaja. Guru tersebut menugaskan saya untuk memainkan perisian Sejarah kepada David. Jadi, saya dan David duduk di hadapan komputer riba dan saya menyuruh David menyiapkan aktiviti yang ada dalam perisian tersebut. David mengalami kesukaran untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Dia terpaksa mencuba berkali-kali untuk menyelesaikan satu aktiviti. Ada antara aktiviti tersebut, David tidak mengingati kesalahan yang dilakukannya, malah melakukannya berulang kali. Kemudian saya lihat, apabila dia ingin menjawab soalan, dia akan berfikir dan jika tidak

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 35

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

tahu jawapannya, dia akan menjawab sesuka hati. Sememangnya David memerlukan latihan yang banyak supaya dia tidak teragak-agak untuk menjawab sesuatu.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 36

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.14

Hari keempat belas (26 Julai 2012 / Khamis ) Hari ini dimulakan dengan perhimpunan harian sekolah. Hari ini pula saya

ditugaskan untuk menggantikan guru yang mengambil cuti rehat khas. Pagi-pagi saya masuk ke kelas Tingkatan satu bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Saya sekali lagi menyuruh para pelajar bermain permainan bina perkataan. Perisian ini sesuai untuk membina pengetahuan para pelajar dalam membina perkataan-perkataan bahasa Inggeris. Mereka kelihatan berminat apabila saya menyuruh mereka bermain permainan tersebut. Hafiz pula kelihatan seronok, tidak seperti apabila guru menyuruhnya membaca dan menulis. Mereka hanya boleh membina perkataan yang pendek-pendek. Hafiz ingin bermain permainan tersebut juga namun dia tidak boleh mengeja. Saya membantu Hafiz mengeja, dan apabila memenangi tahap tersebut, Hafiz sangat gembira. Ternyata, Hafiz tertarik kepada pembelajaran berasaskan multimedia. Saadiah pula cuba membina perkataan berdasarkan kamus. Secara keseluruhan mereka boleh mengeja perkataan bahasa Inggeris yang mudah dengan baik. Selang satu waktu, saya masuk ke kelas Tingkatan 5. Mereka kelihatan tekun membuat tugasan subjek Matematik. Saya memberi masa kepada mereka untuk menyiapkan tugasan mereka. Apabila mereka tidak tahu menjawabnya, mereka bertanya kepada saya. Walaupun sudah lama meninggalkan subjek-subjek di Tingkatan 5, saya masih boleh mengingat langkah-langkah untuk menyelesaikan soalan Matematik Tingkatan 5. Saya bernasib baik kerana mampu untuk menjawab soalan yang ditanya.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 37

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

Selepas rehat pula, saya memasuki kelas Tingkatan 1 sekali lagi untuk subjek Sains sebanyak 2 masa. Kali ini, saya tidak memberikan sebarang permainan kepada mereka. Saya memberikan tugasan dalam buku latihan Sains mereka. Saya menunjukkan muka surat yang perlu dilakukan. Saya menyuruh mereka mencari jawapannya di dalam buku teks. Walaupun mereka agak lambat dalam mencari jawapan bagi soalan yang diberikan, mereka masih boleh menjawab dengan betul. Saya hanya memberikan tugasan tersebut kepada Tan, Eileen dan Saadiah sahaja. Manakala untuk Hafiz pula, saya menyuruh dia menyalin nota ke dalam buku notanya. Hafiz dapat menyiapkan nota tersebut dengan kadar yang segera. Rakannya yang lain boleh menjawab soalan Sains berdasarkan jawapan dalam buku teks. Dua waktu yang terakhir, saya memasuki kelas Tingkatan 4 untuk subjek bahasa Inggeris. Seperti biasa, saya hanya memberikan latihan di dalam buku latihan kepada mereka. Para pelajar juga bergegas ingin menyiapkan tugasan Sejarah mereka. Jadi saya hanya memberikan sedikit latihan kepada mereka. Selepas menyiapkan tugasan Bahasa Inggeris mereka, mereka kembali menyambung tugasan Sejarah mereka yang perlu dihantar sebelum tamatnya waktu persekolahan. Mereka kelihatan bersungguh menyiapkan tugasan, mungkin kerana guru yang mengajar tegas terhadap mereka. Mereka akhirnya dapat menyiapkan tugasan Sejarah mereka sebelum tamatnya masa pembelajaran. Semasa menyiapkan tugasan, pelajar yang bernama Afiq sempat berborak bersama saya. Seperti kebiasaan dia akan berbahasa isyarat kepada saya. Jika saya tidak memahaminya, dia akan mengeja perkataan-perkataan tersebut dengan bahasa isyarat secara perlahan-lahan. Saya senang berkomunikasi bersama Afiq. Hal tersebut kerana dia akan memastikan saya faham apa yang disampaikan dengan sebaiknya. Itulah yang

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 38

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

menyeronokkan apabila berkomunikasi bersama mereka, mereka akan memastikan orang yang berinteraksi dengan mereka memahami bahasa yang mereka gunakan.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 39

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.15

Hari kelima belas (27 Julai 2012 / Jumaat ) Hari ini saya tidak melakukan sebarang pemerhatian terhadap mana-mana kelas.

Saya melakukan pencarian terhadap Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 40

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.16

Hari keenam belas (30 Julai 2012 / Isnin ) Awal pagi dimulakan dengan perhimpunan harian. Kemudian, saya melakukan

pemerhatian terhadap pelajar Tingkatan 2. Minggu lepas, pelajar bernama Alexander telah digantung sekolah kerana membotakkan kepalanya secara keseluruhan. Sememangnya peraturan sekolah tidak membolehkan pelajar untuk membotakkan kepala. Mata pelajaran pertama hari ini adalah Bahasa Malaysia. Guru mengajar mengenai penulisan ringkasan karangan. Selepas rehat pula, saya memasuki kelas Pendidikan Islam untuk kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Mula-mula, guru mengajar dan menerangkan topik Hidayah Sumber Kebahagiaan. Sesudah menerangkan topik tersebut kepada Fikrie, Fikrie disuruh menulis nota dan membuat latihan ke dalam buku nota. Selepas itu, guru memfokuskan kepada Hafiz dan Saadiah untuk Pendidikan Khas Tingkatan 1. Hafiz disuruh untuk menulis namanya di dalam borang pentaksiran PBS. Guru menanyakan sama ada Hafiz boleh menulis namanya sendiri atau tidak. Hal tersebut kerana apabila Hafiz menulis sendirian, dia akan menulis perkataan yang pelik-pelik. Guru menyuruhnya cuba menulis namanya sendiri di papan putih. Setelah menulis namanya, terdapat kesalahan ejaan yang dilakukannya. Setelah itu, guru menyuruh Hafiz meniru ejaan namanya yang terdapat di buku latihannnya. Kemudian, guru menyuruh Saadiah menulis nota sambil menunggu Hafiz siap menulis namanya di kertas pentaksiran tersebut. Selepas Hafiz siap menulis namanya di kertas pentaksiran tersebut, Hafiz disuruh menulis nota. Kemudian guru menerangkan topik

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 41

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

hari itu. Sambil guru menerangkan, dia menggunakan bahasa isyarat supaya pelajar memahaminya. Dia juga menyuruh pelajar mengikut bahasa isyaratnya supaya mereka tidak duduk sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Semasa membuat penerangan, Hafiz kelihatan tidak fokus terhadap pengajaran yang berlaku. Dia mengatakan dia mengantuk. Guru yang mengajar mengatakan baru pertama kali dia melihat Hafiz menguap di dalam kelas. Hal tersebut menunjukkan walaupun Hafiz tidak dapat menangkap ilmu pengetahuan yang diajar di sekolah, namun, dia masih boleh berusaha untuk menumpukan perhatiannya kepada pengajaran guru. Perkara yang menarik perhatian saya adalah apabila guru menyuruh Hafiz mengeja ABC dengan bahasa isyarat, Hafiz boleh mengeluarkan suara. Pertama kali saya mendengar suara Hafiz semenjak saya memasuki kelas mereka. Rupa-rupanya Hafiz juga boleh bercakap, mungkin dia tidak mahu mengeluarkan suaranya, menyebabkan dia hanya berkomunikasi dengan saya menggunakan bahasa isyarat. Selepas tamatnya waktu Pendidikan Islam, saya mengikuti kelas Geografi Tingkatan 1. Seperti biasa guru akan menyuruh pelajar mereka menyiapkan latihan yang ada dalam buku latihan. Mereka mencari jawapan dalam buku teks. Saya duduk di sebelah Eileen. Apabila dia tidak tahu jawapannya, dia sempat bertanya kepada saya bagaimana hendak menyelesaikan tugasan tersebut. Saya turut membantunya menyiapkan tugasan tersebut. Hafiz pula diberi latihan yang berbeza kerana dia tidak menyiapkan tugasan yang lepas. Guru menyuruh Hafiz menyiapkan latihan dengan berpandukan nota di dalam buku. Namun, Hafiz hanya membulat jawapannya sehingga habis. Hafiz tidak mampu untuk memahami bacaan dan apa yang dijawabnya adalah berdasarkan apa yang dibulat pada

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 42

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

jawapan sebelumnya. Hafiz sememangnya sukar untuk melakukan tugasan yang berasaskan akademik.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 43

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.17

Hari ketujuh belas (31 Julai 2012 / Selasa ) Hari ini diteruskan dengan membuat pemerhatian terhadap Tingkatan 2. Awal-awal

pagi saya sudah menyuruh Nicholas untuk mengulangkaji abjad dalam bahasa isyarat. Apabila saya melihat kertas yang saya berikan kepadanya semalam, saya berasa gembira kerana dia menampakkan dia mengulangkaji abjad tersebut di asrama. Dia sudah boleh mengingati sedikit demi sedikit abjad-abjad tersebut. Bahasa isyarat yang dilakukannya masih tidak tepat dan dia masih teragak-agak untuk menunjukkan bahasa isyarat tersebut. Hari ini tidak banyak perkara yang berlaku. Para pelajar mengikuti pembelajaran secara biasa. Pada masa pembelajaran Bahasa Inggeris, Patrick dimarahi oleh guru kerana dia silap dalam menulis rumusan Bahasa Inggeris. Patrick menyalin soalan ke dalam jawapannya sebagai rumusan. Guru memarahinya kerana sudah diajar beberapa kali supaya tidak menyalin soalan ke dalam jawapan. Satu perkara yang saya lihat, para pelajar cuba untuk menghabiskan waktu pembelajaran subjek tertentu dengan melambat-lambat untuk menyiapkan tugasan mereka. Jika guru yang mengajar adalah guru kegemaran mereka, mereka akan menyalin dan membuat tugasan dengan cepat. Fenomena ini adalah sama seperti apa yang berlaku kepada pelajar normal. Bagi masa kedua terakhir dan seterusnya, saya mengikuti pengajaran Pendidikan Islam bagi kelas Tingkatan 1 dan 2. Seperti biasa pengajaran dilakukan berasingan untuk subjek tingkatan 1 dan tingkatan 2. Hafiz sekali lagi disuruh untuk membaca ABC. Kali ini dia disuruh untuk menulisnya di papan putih. Setelah selesai menulis, Hafiz tertinggal beberapa huruf dalam abjad tersebut. Hafiz disuruh untuk mengulang membaca abjad-abjad

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 44

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

tersebut untuk mengenal di mana kesilapan Hafiz. Hafiz kemudiannya disuruh untuk menulis namanya sendiri. Hafiz selalu tersilap menulis namanya, selalu tertinggal abjad tertentu di dalam namanya. Selain itu, guru juga menyuruh Fikrie untuk menulis di papan putih kerana Fikrie selalu tersilap dalam menyalin ayat daripada buku. Kemudian, Hafiz juga disuruh untuk menulis perkataan-perkataan yang mudah seperti baca, meja dan kipas. Namun, Hafiz tidak dapat mengejanya. Dia hanya menurut apa yang saya eja menggunakan bahasa isyarat. Yang menyeronokkan, Hafiz mampu untuk menerangkan satu perkataan kepada saya iaitu bola dan dia mampu untuk mengeja perkataan bola dengan sendirinya. Buat pertama kali saya dapat lihat Hafiz mampu mengeja sesuatu dengan sendirinya. Berbanding dengan perkataan-perkataan yang selalu diejanya yang tidak mempunyai makna. Selepas itu, Hafiz juga diminta oleh guru untuk menyanyikan sebuah lagu. Hafiz cuba menyanyi sambil tangannya dihayun-hayunkan. Guru yang mengajar mengatakan bahawa Hafiz sememangnya berminat untuk melakukan perkara berikut contohnya menyanyi, menari dan sebagainya. Setelah tamat waktu sekolah, Hafiz dan Saadiah bertugas untuk menutup tingkap dan memadam papan tulis. Hafiz sudah tahu tugasnya untuk membuang sampah. Guru mengatakan dia lebih berminat untuk melakukan perkara yang melibatkan kemahiran.

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 45

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

4.18

Hari kelapan belas (1 Ogos 2012 / Rabu ) Awal pagi dimulakan dengan perhimpunan wajib sekolah. Agak lama kerana terdapat

upacara perlantikan pengawas. Kemudian, hari ini saya gunakan untuk membuat pemerhatian di kelas Tingkatan 4. Proses pengajaran dan pembelajaran 4.19 Hari kesembilan belas (2 Ogos 2012 / Khamis )

4.4

Hari kedua puluh (3 Ogos 2012/ Jumaat )

5.0

Laporan Mengenai Pemerhatian Terhadap Guru

6.0

Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan 6.1 6.2 6.3 6.4 Masalah Kekurangan Tenaga Guru Kelayakan sebenar Guru-guru Kelemahan / Ketidakupayaan sebenar Pelajar Bilik Rehat Guru

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 46

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM

6.5 7.0 8.0 9.0

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Contoh Rancangan Pengajaran Individu Refleksi Keseluruhan / Kesimpulan Lampiran

SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak

Page 47