Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1 Sebuah persatuan pengguna telah menerima aduan daripada pengguna. Apakah tindakan awalnya?

A Membuat laporan polis B Menyiasat aduan berkenaan C Membawa peniaga ke balai polis D Mengambil tindakan undang-undang Soalan 2 Bagaimanakah Akta Perihal Dagangan 1972 melindungi pengguna? A Peniaga diwajibkan meletak tanda harga B Mewajibkan perniagaan jualan langsung didaftarkan C Peniaga atau pengeluar dilarang memberi maklumat palsu D Kerajaan diberi kuasa menetapkan harga barang keperluan Soalan 3 Pilih pernyataan yang menerangkan prinsip konsumerisme. I. Bertujuan menyatupadukan semua pengguna untuk menegakkan keadilan dan hak individu. II. Memperjuangkan hak dan kepentingan pengguna. III. Menegakkan kebebasan individu. IV. Mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang kepenggunaan. A. I, II dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV Soalan 4 Pilih pernyataan yang menunjukkan hak pengguna. I. Mendapatkan pendidikan kepenggunaan. II. Mendapatkan produk berkualiti. III. Mendapat maklumat. IV. Mendapatkan perlindungan dan keselamatan. A. I, II dan III sahaja C. I, III, dan IV sahaja B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV Soalan 5 Zher merupakan seorang pengguna yang bijak dan sentiasa merancang pembeliannya. Apakah tindakan yang biasa dilakukan oleh Zher? A. Membeli barang semasa musim tawaran. B. Menyediakan senarai barang yang ingin dibeli mengikut keperluan. C. Memilih tempat yang selalu dikunjungi ramai. D. Membeli barang ikut tren atau kepopularan semasa Soalan 6 Berikut adalah sebab-sebab pengguna perlu dilindungi, I. Pengeluar-pengeluar menggunakan amalan-amalan yang curang untuk memaksimakan keuntungan. II. Pengguna-pengguna tidak kisah tentang penggunaan bahan pengawet yang membahayakan kesihatan. III. Pengguna-pengguna tidak mahu mempraktikkan hak-hak mereka. IV. Iklan-iklan yang mengelirukan menyebabkan pengguna-pengguna tidak berkeupayaan untuk menilai. A. I dan IV sahaja C. I, III, dan IV sahaja B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV Soalan 7 Seorang pembeli yang bijak akan memberikan pertimbangan ke atas beberapa perkara berikut sebelum membeli sesuatu barang. Apakah perkara yang akan dipertimbangkan? I Status sosialnya II Masa dan tempat membeli III Jenis produk yang hendak dibeli IV Sebab dan rasional pembelian A. I dan II sahaja C. I, III dan IV sahaja B. II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja

Huraikan tiga tanggungjawab pengguna (9m) Nyatakan tiga prinsip asas yang boleh membantu seorang pengguna membeli dengan bijak (3m) Soalan a) Kesedaran mengkritik Pengguna berhak mengkritik dan menyuarakan pendapat Pengguna boleh mengemukan aduan sekiranya barang yang diterima tidak memuaskan Penglibatan dan tindakan Pengguna perlu bergiat secara aktif dalam persatuan pengguna supaya hak mereka dibela Persatuan pengguna dapat memperjuangkan sesuatu isu, menyelesaikan sesuatu masalah dan memastikan hak pengguna dilayani dengan adil Tanggungjawab social Pengguna tidak harus merokok atau merosakkan harta awam yang menjejaskan keselamatan orang lain Pengguna harus menghulurkan bantuan kewangan dan bukan kewangan kepada mereka yang kurang bernasib baik Soalan b) Menentukan jenis barangan yang hendak dibeli Menentukan sebab dan rasional untuk membeli Menentukan masa untuk membeli Menentukan teknik untuk membeli Menentukan tempat untuk membeli Lee Ho membeli satu tin susu tepung untuk bayinya yang berusia enam bulan. Apabila tin tersebut dibuka, didapati ada seekor cicak yang sudah kering di dalamnya. Lee Ho terus membawa tin tersebut ke kedai untuk dikembalikan tetapi pemilik kedai itu enggan membayar gantirugi atau menukarkan susu tepung itu dengan alasan tin itu sudah dibuka oleh Lee Ho. Dengan perasaan marah, Lee Ho pun membuang susu tepung itu ke dalam tong sampah. Soalan 1 Mengapakah Lee Ho membuang susu tepung itu? A. Lee Ho takut kesihatan anaknya terjejas. B. Lee Ho faham bahawa penjual perlu mencari untung. C. Lee Ho tidak ada keupayaan untuk menilai kualiti susu tepung itu. D. Lee Ho jahil mengenai haknya sebagai pengguna. Soalan 2 Apakah hak-hak Lee Ho dalam petikan di atas? I. Mendapat perlindungan terhadap barang yang boleh memudaratkan kesihatan. II. Mendapat perwakilan untuk mengadu. III. Mendapat ganti rugi. IV. Mendapat keperluan asas. A. I dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV Soalan 3 Apabila penjual enggan membayar gantirugi atau menukarkan susu tepung itu, Lee Ho sepatutnya A. Membuang cicak kering itu dan terus menggunakan susu tepung itu. B. Memarahi penjual itu. C. Membuang susu tepung itu. D. Mengadu kepada Persatuan Pengguna.