Anda di halaman 1dari 9

PANTUN NASIHAT

MAKSUD PANTUN NASIHAT

Tema
Nasihat yang diberikan untuk menjadi peringatan kepada kita.

Persoalan
1)Perlunya mempunyai kekuatan diri untuk menghadapi apa jua kebarangkalian. 2)Mengingati kebaikan yang diberikan oleh orang lain kepada diri kita. 3)Mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Nilai
1) Mendengar nasihat 2) Rasional 3) Keyakinan 4) Bertanggungjawab

Pengajaran
1)Sebagai seorang manusia kita perlulah mendengar nasihat yang telah diberikan untuk menjadi panduan hidup kita. 2)Kita perlu mempunyai sikap yang positif agar setiap keputusan dibuat adalah tepat. 3)Sentiasa mengingati kebaikan seseorang yang telah berbudi kepada kita. 4)Kita perlulah mengambil tahu perkara yang sepatutnya sebelum kita membincangkan perkara tersebut.

Gaya Bahasa

PANTUN MUHIBAH DAN PERPADUAN

MAKSUD PANTUN

Tema
Semangat perpaduan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Persoalan
1)Mengamalkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat. 2)Pentingnya hidup bersatu padu dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa. 3)Semangat bekerjasama dalam menjalankan segala urusan. 4)Menghormati kebudayaan setiap bangsa yang ada. 5)Penerapan semangat perpaduan dan muhibah dalam kehidupan pelbagai keturunan.

Nilai
1)Bersatu padu 2)Bekerjasama 3)Menghormati 4)Keharmonian

Pengajaran
1)Kita perlulah bersikap saling hormat- menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. 2)Semangat bersatu padu perlulah diterapkan dalam menjalani hidup bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. 3)Kita perlulah mengamalkan hidup muhibah dan harmoni dalam hidup bermasyarakat berbilang kaum. 4)Semangat bekerjasama antara kaum perlulah ditanamkan dalam diri kita.

Gaya Bahasa

PANTUN AGAMA

MAKSUD PANTUN

Tema
Pantun yang memberi peringatan kepada manusia di muka bumi ini.

Persoalan
1)Ketaatan kepada Allah dalam menjalani kehidupan di dunia ini. 2)Manusia sering melakukan kesilapan dan ini adalah kelemahan yang ada dalam diri manusia. 3)Allah memberikan pelbagai pinjaman di dunia yang indah ini. 4)Amalan seseorang itu adalah perbezaan bagi setiap manusia di atas muka bumi ini.

Nilai
1)Ketaatan 2)Keimanan 3)Tanggungjawab 4)Keyakinan

Pengajaran
1)Sebagai seorang Muslim, kita perlulah taat kepada perintah yang Esa. 2)Kita perlulah berusaha untuk mempertingkatkan iman untuk menuju ke syurga di akhirat kelak. 3)Sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi mengikut hukum yang telah ditetapkan dan menjauhi perkara yang di larang. 4)Kita perlu yakin akan hari akhirat adalah tempat yang kekal selamanya.

Gaya Bahasa